Sempena Tahun Baharu Cina Jom Barbeku Di Tepi Pantai Dalam Bandar Di Sunway Theme Parks
Sempena Tahun Baharu Cina, Jom Barbeku Di Tepi Pantai Dalam Bandar Di Sunway Theme Parks
JIKA belum mempunyai perancangan untuk menghabiskan cuti bersempena Tahun Baharu Cina, apa kata bawa keluarga berseronok di Sunway Theme Parks iaitu Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun.
Mengangkat tema Roaring Reunion dari 1 hingga 15 Februari 2022, kedua-dua taman tema itu menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan.
Menaikkan lagi semangat sambutan perayaan itu pada tahun ini, kedua-dua taman tema ini juga akan dihiasi dengan tanglung dan bunga berwarna-warni yang cukup cantik untuk dirakam dan dimuat naik ke Instagram anda!
Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho berkata, Roaring Reunion adalah mengenai pertemuan semula bersama ahli keluarga dan rakan, percintaan yang diperbaharui dan permulaan baharu untuk tahun yang akan datang
“Saya berharap anda dan keluarga dapat meraikan perayaan Tahun Baharu Cina yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan pada tahun ini,” katanya.
Apa sahaja aktiviti yang boleh dilakukan di Sunway Theme Parks pada musim perayaan ini?
1. Harimau putih gagah!
Tiger Land di Sunway Lagoon turut menjadi kediaman Samson iaitu harimau putih bermata biru yang merupakan subspesies harimau paling jarang ditemui di dunia.
Jadi apa tunggu lagi? Inilah peluang anda untuk melihat dengan lebih dekat haiwan eksotik itu di sebalik kandang kaca dan melihat aktiviti hariannya.
2. Makan malam bersempena CNY
Makan malam merupakan bahagian terpenting dalam perayaan Tahun Baharu Cina dan merupakan hidangan paling penting tahun ini.
Ahli keluarga daripada beberapa generasi akan berkumpul dan duduk semeja untuk menikmati makanan dan menghabiskan masa bersama.
Terdapat beberapa pakej makan malam bersempena CNY iaitu;
a. Prosperity Yee Sang | Lou-Sang di Sunset Cruise (Sunway Lagoon)
Harga permulaan bagi pakej Lou Sang di Sunset Cruise Sunway Lagoon untuk dua orang ialah RM488 dan ke atas. Tetamu boleh memilih slot bermula dari pukul 11.30 pagi hingga 8 malam.
Pakej itu termasuk tiket masuk ke Sunway Lagoon, minuman, set Lou-Sang, palet makanan ikan, sunset cruise dan terdapat hadiah bertuah menanti pelanggan.
b. Prosperity Yee Sang | Lou-Sang bersama The Fluffy-Ones (Sunway Lost World Of Tambun)
Lou Sang bersama The Fluffy-Ones, akan menjadi pengalaman baharu untuk tetamu merasai pengalaman menakjubkan di Sunway Lost World of Tambun.
Pakej ini berharga serendah RM18 berserta Gambar 6R percuma dan pakej ini boleh dapati di Giraffe and Friends, Hippo Kingdom dan Lost World Petting Zoo.
Pengunjung juga berpeluang menerima paket angpau Sunway Theme Parks edisi terhad.
3. Barbeku di Beach
Jika ingin merasai pengalaman barbeku di tepi pantai di dalam bandar, jom datang ke Sunway Lost World of Tambun untuk menikmati petang yang menyeronokkan di bawah sinaran matahari dan air kolam hangat di Beach.
Nikmati menu BBQ dan minuman yang lazat di Beach dan rasakan suasana pesta BBQ yang menyeronokkan.
4. Percikan bungai api dan mercun
Apalah erti Tahun Baharu Cina jika tiada percikan bunga api dan mercun. Oleh sebab itu, di Sunway Lost World Of Tambun akan disinari dengan cahaya pada malam sambutan perayaan itu yang pastinya akan memukau pengunjung.
Selain itu, acara tarian singa juga akan berlangsung di kedua-dua taman tema itu dengan aktiviti lain seperti meet and greet bersama ‘God of Prosperity’ yang akan memberikan Fortune Cookies, limau mandarin dan paket angpau kepada pengunjung.
Sempena Tahun Baharu Cina, Jom Barbeku Di Tepi Pantai Dalam Bandar Di Sunway Theme Parks
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?
The post Sempena Tahun Baharu Cina, Jom Barbeku Di Tepi Pantai Dalam Bandar Di Sunway Theme Parks appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/31/sempena-tahun-baharu-cina-jom-barbeku-di-tepi-pantai-dalam-bandar-di-sunway-theme-parks/