Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan


KUALA LUMPUR – Beberapa kapal bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza dipintas dan dinaiki tentera Israel di perairan antarabangsa pada Rabu malam waktu tempatan, memetik laporan CNN.
Dalam kenyataan, GSF berkata kapal Alma, Sirius dan Adara telah diceroboh secara haram oleh Pasukan Pendudukan Israel.
“Walaupun beberapa kapal telah dipintas, Global Sumud Flotilla masih 70 batu nautika dari pantai Gaza dan akan terus mara tanpa gentar,” kata GSF.
Menerusi Telegram, GSF mendakwa tentera Israel menggunakan tindakan agresif termasuk meriam air dan melanggar sebuah kapal. Video turut menunjukkan kapal Yulara diserang dengan meriam air namun semua yang berada di atasnya dilaporkan selamat.
Kementerian Luar Israel kemudian mengesahkan kapal telah “berhenti dengan selamat” dan penumpang dipindahkan ke pelabuhan, termasuk aktivis Sweden Greta Thunberg yang berada dalam keadaan selamat.
Duta Israel ke PBB, Danny Danon, menegaskan semua peserta flotila akan dihantar pulang selepas sambutan Yom Kippur.
Peserta Malaysia Antara Ditahan
Sementara itu portal berita tempatan melaporkan delegasi GSF yang berada di atas kapal Alma, Sirius dan Huga turut ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel.
Di kapal Sirius, empat wakil Malaysia iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli memuat naik video mesej kecemasan.
Di kapal Alma pula, tiga peserta Malaysia iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil turut berkongsi mesej sama.
Manakala di kapal Huga, artis tanah air Zizi Kirana dilaporkan memuat naik video kecemasan dengan menyatakan dirinya telah diculik tentera Israel.
“Jika ada menonton video ini bermaksud saya telah diculik bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel. Misi kemanusiaan kami aman, tiada keganasan, dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa. Saya segera merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat,” menurut mesej kecemasan itu.
Penahanan kapal Huga menjadikan empat kapal GSF kini dipintas dan diceroboh oleh tentera Israel.
Perkembangan Terkini
Seorang lagi peserta flotila dari Malaysia, Farah Lee, dilaporkan kali terakhir menghantar mesej kepada pasukan Childrity pada jam 5.19 pagi. Sejak itu, beliau gagal dihubungi dan status keselamatannya masih belum dapat dipastikan.
Perkembangan Terkini Kapal Huga
Dalam perkembangan terbaru, tersebar mesej kecemasan bertajuk “SOS Mesej Delegasi Kapal Huga” yang menyeru orang ramai menyebarkan video rakaman tersebut. Video berkenaan menegaskan bahawa jika ia ditonton, bermakna delegasi Malaysia di kapal Huga iaitu artis tanah air Zizi Kirana telah pun ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa. Pesanan itu turut disertakan dengan laungan solidariti “No More Silence. No More Siege” serta doa “Hasbunallah wa ni’mal wakil”.
Kecaman Global
Tindakan Israel itu mencetuskan gelombang kecaman antarabangsa. Di Itali, ribuan penunjuk perasaan turun ke jalan raya di Rom, Pisa, Florence dan Turin sebagai tanda solidariti bersama flotila. Turki melalui Kementerian Luar mengecam keras pemintasan itu sebagai “perbuatan keganasan”, manakala protes besar-besaran tercetus di Istanbul.
Dalam pada itu, Hamas menggelarkan tindakan tersebut sebagai “serangan khianat dan perbuatan lanun.” Presiden Colombia, Gustavo Petro, pula menyifatkannya sebagai “jenayah antarabangsa” sambil mengumumkan pembatalan perjanjian perdagangan bebas dengan Israel serta mengusir keluar seluruh delegasi diplomatik negara itu.
Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot, menggesa Israel memastikan keselamatan peserta flotila, manakala Menteri Luar Itali, Antonio Tajani, menegaskan tentera diberi arahan jelas agar tidak menggunakan sebarang bentuk keganasan.
Pemintasan ini sekali lagi menonjolkan wajah sebenar sekatan laut Israel terhadap Gaza yang telah berlarutan lebih 17 tahun. Apa yang jelas, misi kemanusiaan yang membawa mesej keamanan kini bertukar menjadi simbol kekejaman dan keangkuhan Zionis di mata dunia. – The Malaysian Update
The post Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla, Peserta Malaysia Antara Ditahan appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/10/02/tentera-israel-pintas-kapal-bantuan-global-sumud-flotilla-peserta-malaysia-antara-ditahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Kapal Global Sumud Flotilla Diculik Disabotaj Tentera Laut Israel

Tiga Kapal Global Sumud Flotilla Diculik Disabotaj Tentera Laut Israel

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 238 hits
Malam tadi 1 Oktober 2025 dunia dikejutkan dengan berita yang tidak akan dilupakan Jam menunjukkan 9 44 malam di Gaza ketika kapal kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla berlayar dengan penuh semangat Di atas dek bendera dari pelbagai...
Hiburan Pelayaran Gsf Aktivis Malaysia Ditahan Tentera Israel Enam Kapal Dipintas

Hiburan Pelayaran Gsf Aktivis Malaysia Ditahan Tentera Israel Enam Kapal Dipintas

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 194 hits
Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla menuju Gaza sekali lagi berdepan tindakan agresif apabila kapal kapal mereka dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa awal pagi tadi 06 59 Pagi Seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai mi...
Peserta Malaysia Dalam Global Sumud Flotilla

Peserta Malaysia Dalam Global Sumud Flotilla

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 181 hits
Kita doakan semua peserta selamat dalam perjalanan dan mencapai matlamat Kepada Allah kita berserah Laporan The Star 2 10 2025 6 51 pagi PETALING JAYA Global Sumud Flotilla vessels which had Malaysians aboard has been intercepted by the Isr...
Wan Rosdy Perjuangan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Rejim Israel Jadi Pembakar Semangat Rakyat

Wan Rosdy Perjuangan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Rejim Israel Jadi Pembakar Semangat Rakyat

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 124 hits
KUANTAN Perjuangan sukarelawan Global Sumud Flotilla yang ditahan rejim Israel menjadi pembakar semangat kepada seluruh rakyat untuk terus bersatu kata Wan RosdyMenurutnya kesemua 23 sukarelawan GSF dari Malaysia yang ditahan tentera Israel...
Freedom Flotilla Sembilan Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Isral

Freedom Flotilla Sembilan Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Isral

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 126 hits
Noor Atiqah Sulaimanam hmetro com myTANGKAP layar video kapal yang dinaiki mereka dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition ke Gaza dipintas tentera Israel pada jam 10 50 pagi waktu Malaysia Kuala Lumpur Sembilan rakyat Malaysia kin...
Kapal Sumud Flotilla Bawa Delegasi Malaysia Melepasi Zon Kuning

Kapal Sumud Flotilla Bawa Delegasi Malaysia Melepasi Zon Kuning

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 608 hits
NUR ALWANI ZAFIRAH KHAIRULPETALING JAYA Beberapa kapal Global Sumud Flotilla yang membawa sukarelawan Malaysia antaranya Rahmat Ikhsan Zizi Kirana Ardell Aryana serta dua beradik iaitu Heliza Helmi dan Hazwani Helmi sudah memasuki zon kunin...
Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza

Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 246 hits
Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza ANKARA 3 Okt Pertubuhan antarabangsa Global Sumud Flotilla pada Jumaat memaklumkan bahawa sembilan kapal baharu telah tiba di pesisir utara Marsa Matruh Mesir dan meneruskan pelay...
Pempengaruh Pro Israel Dakwa Kapal Flotilla Tiada Bantuan Netizen Balas Pedas

Pempengaruh Pro Israel Dakwa Kapal Flotilla Tiada Bantuan Netizen Balas Pedas

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 129 hits
MEDITERRANEAN SEA Pada 3 Oktober 2025 kapal terakhir dalam konvoi Global Sumud Flotilla Marinette disekat oleh tentera laut Israel kira kira 42 5 batu nautika dari Gaza Semua penumpang termasuk aktivis iklim terkenal Greta Thunberg ditahan ...
Mb Pahang Seru Seluruh Rakyat Negeri Ini Mendoakan Kesejahteraan Sukelawan Malaysia Misi Global Sumud Flotilla

Mb Pahang Seru Seluruh Rakyat Negeri Ini Mendoakan Kesejahteraan Sukelawan Malaysia Misi Global Sumud Flotilla

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 191 hits
KUANTAN Seluruh rakyat di negeri ini diminta terus bersama sama mendoakan kesejahteraan sukarelawan Malaysia yang terlibat misi Global Sumud Flotilla menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismai...
Lirik Lagu Kumbang Bunga Nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza Dan Lesti

From Speeding Tickets To Blackouts To Rm5 05b Tax Liability Watts Going On Tnb

Kl Cops Warn Against Gatherings During Asean Summit

What Could Possibly Happen If You Honk A Car With A Honk Me For A Surprise Sticker At The Rear

Beyond Connectivity Towards Digital Justice In Education

Kad Kredit Vs Buy Now Pay Later Mana Lebih Bagus

6 New Ways Google Is Protecting You From Scams

Tular Video Babi Hutan Serang Kenduri Kahwin Tetamu Lari Bertempiaran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tawakal Menghadirkan Solusi Yang Tak Terlintas Dalam Hati

Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Baca Ini

Cara Senang Untuk Membahagiakan Isteri

Petronas Ni Tak Reti Serik Ke Duk Melabur Di Negara Rusuhan

Belajar Hormat Orang Tanpa Tahu Siapa Mereka

Introducing Galaxy Xr The First Android Xr Headset