Negara X Islam Mudah Jadi Begini Kembalilah
Bella bersama ibu bapa yang menetap bersamanya di Kuala Lumpur. - Foto IG Bella Astillah
I. Ibu Bella enggan ulas isu anak didakwa curang dengan menantu
KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah enggan mengulas sama ada masih berhubung dengan anaknya yang didakwa curang dengan menantunya yang juga penyanyi Aliff Aziz.
Siti Zarina yang menemani anak sulungnya, Bella untuk sebutan kedua kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, hari ini berkata, dia kurang selesa berkongsi secara terbuka kerana mahu masalah diselesaikan bersama keluarga.
"Saya tak nak komen soal itu, nanti kami akan selesaikan antara keluarga sahaja," jawabnya ringkas.
Siti Zarina kelihatan sedih tidak tahu bagaimana hendak mengulas keputusan Aliff enggan menceraikan Bella kerana mendakwa masih sayangkan perkahwinan mereka.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya akan terus berada di belakang Bella.
"Saya tak suka kongsikan masalah dalam media sosial. Sebab itulah, saya lebih banyak mendiamkan diri.
"Hanya Bella dan saya tahu apa yang saya buat untuknya," katanya.
Semalam, Bella mendedahkan suaminya berlaku curang sebanyak 11 kali termasuk dengan adik kandungnya.
Aliff dan adiknya berbalas mesej meminta mendoakan agar hubungan mereka dipermudahkan ketika dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022.
Ekoran itu, kata Bella, dia sanggup membuang adiknya dan tidak lagi pulang ke Sabah kerana terlalu menyanjungi suaminya. (BH)
BERITA BERKAITAN
SELEBRITI Apr 3, 2024 @ 8:47pm BBella dakwa Aliff curang 11 kali, jalin hubungan dengan adik kandungnya
SELEBRITI Apr 4, 2024 @ 6:01amAliff 'kantoi' kereta ada GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh
SELEBRITI Mac 14, 2024 @ 9:28pmBella sembunyikan masalah, kesedihan - Puteri Sarah
SELEBRITI Apr 4, 2024 @ 12:23pmBella minta doa prosiding sebutan mohon cerai lancar, Aliff enggan komenII. Maka kembali kepada Islam sebagai penyelesaian, ini jalannya terkini..
Ahmad Fadhli Shaari
PAS-PN sedia masuk gelanggang PRK
PASIR MAS: PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) sedia masuk gelanggang pilihan raya kecil (PRK) sekiranya enam kerusi Parlimen BERSATU yang menyokong perdana menteri diisytiharkan kosong.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, secara asasnya enam kerusi Parlimen itu milik BERSATU, namun ia tidak menghalang PAS membantu mempertahankan kerusi tersebut.
“Bagi kita tidak kira kerusi milik siapa, siapa yang akan bertanding sekali pun ia tidak menjadi isu memandangkan masih atas nama PN.
“Kita akan bekerja kuat dan kita juga bersedia sekiranya PRK itu berlaku,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Pusat Khidmat Parlimen Pasir Mas di sini, hari ini.
Terdahulu, Ketua Armada BERSATU Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal memberitahu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan permohonan pindaan perlembagaan BERSATU bagi membolehkan parti itu mengosongkan enam kerusi ahli parlimen yang menyokong pihak lain.
Pada Mac lepas BERSATU meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas.
Sebelum ini enam ahli parlimen BERSATU menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Selain itu Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Langkah serupa juga dijejaki Adun Selat Klang, Dato’ Abdul Rashid Asari yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Ahli Parlimen yang beralih sokongan akan hilang segalanya kerana tidak layak lagi menjadi calon.
Bagaimanapun, Ahad lepas Ketua Penerangan BERSATU Datuk Razali Idris dilapor berkata, enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN daripada parti itu diberi peluang menetapkan pendirian semula, sebelum tindakan pengguguran sebagai keahlian dilakukan. – HARAKAHDAILY 4/4/2024
III. Indahnya bersama Islam. Lihat ini!
Alhamdulillah, 'Chia Zhen anjur majlis ramah mesra, berbuka'. – HARAKAHDAILY 4/4/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim:Negara X Islam, mudah jadi begini.. Kembalilah! UNDILAH PAS & Kumpulanya!
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir..
1. S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?2. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...3 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?5. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..6.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++7. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..8. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?9. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...10. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..11. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...12. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2024/04/negara-x-islam-mudah-jadi-begini.html