Himpunan Resepi Mudah Ayam Panggang Buat Berbuka Puasa 2024


Himpunan Resepi Mudah Ayam Panggang Buat Berbuka Puasa 2024 7 Pada bulan ramadan tahun ini ayam panggang atau sering dikenali ayam bakar antara lauk berbuka yang terlaris di bazar ramadan. Selain itu, banyak juadah ayam panggang dijual di gerai bazar dan antara yang terpaling laris serta harganya yang boleh tahan mahal.
Oleh itu, admin ingin berkongsi beberapa variasi resepi mudah buat ayam panggang sendiri di rumah. Bolehlah dicuba sebab ianya lebih jimat dan sedap!
Panduan Lengkap Resepi Ayam Panggang Mudah Dan Jimat credit gambar : FB Siti Fatimah Bagi mak-mak yang pening kepala memikirkan hidangan juadah berbuka untuk seisi keluarga amat dialukan untuk mencuba resepi ayam panggang mudah dan jimat.
Berikut admin kongsikan 3 variasi resepi utama ayam panggang untuk dicuba iaitu ayam panggang madu, ayam panggang air fryer dan ayam panggang blackpepper.
Resepi Ayam Panggang Madu credit gambar : FB Munira Ali Berikut bahan-bahan yang perlu disediakan :
 1 ekor ayam (ikut berapa bahagian yang diperlukan)  5-7 ulas bawang putih (ditumbuk halus)  1/2 inci halia (ditumbuk halus)  sos tiram (2-4 sudu besar)  madu (2-4 sudu besar) gula perang (2-3 sudu besar) gula pasir (2-3 sudu besar)  sos cili (2-3 sudu besar)  serbuk cili (1-2 sudu besar)  serbuk lada hitam (2-3 sudu besar)  garam (ikut selera) Cara Memasak Ayam Panggang Madu credit gambar : FB Munira Ali Potong-potong ayam kepada bahagian kecil kemudian basuh ayam terlebih dahulu sehinga bersih dan toskan dengan air biarkan sehingga kering. Ketepikan sementara menyediakan bahan perapan yang lain. Tumbuk halus bawang putih dan halia jika menggunakan lada hitam biji bolehlah ditumbuk dengan bahan-bahan tadi. Sedia bekas ayam untuk tujuan perapan. Selepas itu, masukkan kesemua bahan termasuk yang ditumbuk halus kedalam bekas kecuali ayam panggang kemudian gaul sehingga sebati. Kemudian, masukkan ayam yang telah dibasuh bersih ke dalam bekas perap. Gaulkan ayam dan bahan perapan sehingga rata. Pastikan semua bahagian ayam dilapisi dengan perapan supaya rasa perap meresap sepenuhnya ke dalam isi ayam. Perap ayam selama sekurang-kurangnya 30 minit. Untuk cita rasa yang lebih sedap, perap ayam semalaman dan simpan dalam peti sejuk. Setelah ayam siap diperap, anda boleh memasaknya mengikut cara memasak kegemaran anda, seperti menggunakan oven, air fryer, atau membakarnya di atas dapur arang. Untuk menggunakan oven, anda boleh tetapkan suhu antara 150 hingga 180 darjah Celsius dan bakar selama 15 hingga 20 minit. Bakar ayam sehingga luarannya sedikit garing dan warna daging ayam menjadi putih. Untuk memeriksa kematangan ayam, hiris sedikit pada bahagian dalam daging. Jika cecair yang keluar jernih dan dagingnya telah putih, itu menunjukkan ayam telah masak sepenuhnya. Angkat ayam dan susun dalam bekas yang sesuai. Ayam bakar madu anda kini siap untuk dinikmati. Selamat menjamu selera! Resepi Ayam Panggang Air Fryer credit gambar : FB Munira Ali Berikut bahan-bahan yang perlu disediakan mudah dengan air fryer :
Sos tiram – 3 sudu Sos cili – 3 sudu Bawang putih – 4 ulas Halia Rempah kari – 1 sudu Madu – 3 sudu Minyak masak – 2 sudu Serbuk lada hitam – setengah sudu Kicap – 2 sudu Garam secukup rasa – setengah sudu Cara Penyediaan Ayam Panggang Air Fryer Mudah Perap ayam panggang bersama halia, serbuk lada hitam, dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur untuk meningkatkan kesepaduan cita rasa. Masukkan secukup rasa, seterusnya tambah bahan-bahan lain mengikut citarasa. Perapkan ayam lebih lama untuk mencapai cita rasa yang lebih enak. Anda juga boleh memotong-motong ayam sedikit demi sedikit agar bahan-bahan lebih mudah meresap dan menyatu dengan ayam. Bakar ayam pada suhu 180°C untuk tempoh 20 minit. Kemudian, balikkan ayam panggang dan bakar lagi selama 15 minit. Setelah itu, terbalikkan sekali lagi dan teruskan proses pembakaran selama 5 minit tambahan. Walau bagaimanapun, masa yang diperlukan mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan. Siap untuk dihidang! Ayam Panggang Blackpepper credit gambar : FB Melaka Foodie Bahan-bahan yang diperlukan bagi menyediakan juadah ayam blackpepper adalah:
1/2 ekor ayam, dipotong menjadi 2 2 biji ubi kentang, dibelah dua 1 batang wortel 2 inci halia 6 ulas bawang putih 4 sudu besar sos tiram Maggi Sedikit madu 2 sudu besar Maggi Cukup Rasa, atau mengikut citarasa Lada hitam, ditumbuk kasar, secukupnya Sedikit minyak zaitun, untuk menumis Cara-Cara Penyediaan :
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
Kisar halia dan bawang putih sehingga menjadi halus. Kemudian, masukkan 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa ke dalam campuran halia dan bawang putih tersebut. Gaulkan campuran tersebut dengan baik dan lumurkan pada ayam secara merata. Lumurkan sos tiram Maggi pada ayam dan pastikan rata. Selepas itu, tuangkan madu dan lumurkan dengan rata, termasuk di celah-celah bawah kulit ayam. Pastikan semua permukaan ayam dialasi dengan baik dengan campuran sos tiram dan madu untuk mendapatkan rasa yang meresap. Bakar ayam selama 45 minit, terbalikkan dan sapu dengan minyak dari masa ke semasa. Gunakan kuah yang terkumpul dari baki membakar ayam panggang sebagai pencicah untuk hidangan ayam. Sajikan sebagai sos sampingan untuk meningkatkan cita rasa hidangan. Siap untuk dihidang!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/04/himpunan-resepi-mudah-ayam-panggang-buat-berbuka-puasa-2024himpunan-resepi-mudah-ayam-panggang-buat-berbuka-puasa-2024.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Resepi Ayam Kicap Pedas Guna 3 Bahan Mudah Untuk Menu Berbuka Puasa

Himpunan Resepi Ayam Kicap Pedas Guna 3 Bahan Mudah Untuk Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 241 hits
Tertanya tanya menu berbuka yang mudah tapi sedap dan mengenyangkan Jangan risau dengan Himpunan Resepi ini anda boleh menyediakan hidangan lazat hanya dengan 3 bahan mudah Ayam kicap sememangnya menu kegemaran ramai untuk waktu berbuka Ia ...
Himpunan Resepi Solok Lada Menu Berbuka Puasa Mudah

Himpunan Resepi Solok Lada Menu Berbuka Puasa Mudah

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 137 hits
Mencari menu berbuka puasa yang mudah tapi mengenyangkan dan menambah selera Jangan lepaskan Himpunan ini Ia memuatkan pelbagai variasi solok lada yang dijamin akan menjadi kegemaran anda dan keluarga ketika berbuka nanti Gabungan nutrisi l...
Himpunan Resepi Ayam Kukus Sos Thai Sungguh Sedap Dan Memikat Idea Menu Sahur Mudah

Himpunan Resepi Ayam Kukus Sos Thai Sungguh Sedap Dan Memikat Idea Menu Sahur Mudah

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 198 hits
Jemu dengan menu sahur yang sama setiap hari Cuba Himpunan Resepi ini untuk kemudahan dan kelazatan juadah sahur anda Ayam kukus yang disalut dengan sos Thai yang sungguh sedap dan memikat inilah menu sahur mudah yang anda tidak boleh lepas...
Himpunan Resepi Gulai Ikan Tongkol Kelantan Idea Menu Berbuka Puasa Khairul Aming

Himpunan Resepi Gulai Ikan Tongkol Kelantan Idea Menu Berbuka Puasa Khairul Aming

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 244 hits
Pecinta masakan tradisional Kelantan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Himpunan Kelantan Idea Menu Berbuka Puasa terbaru oleh Chef Khairul Aming Dalam artikel ini mengumpulkan pelbagai resepi gulai ikan tongkol turun temurun yang me...
Himpunan Resepi Siakap Goreng Berlada Menu Juadah Berbuka Puasa

Himpunan Resepi Siakap Goreng Berlada Menu Juadah Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 186 hits
Mencari menu berbuka yang mencuit selera selepas sehari berpuasa pedas ini pasti akan memuaskan kehausan anda kepada hidangan berpedaskan masakan kampung Gabungan ikan siakap yang digoreng rangup dengan kuah berlada yang dipenuhi cili kerin...
Himpunan Resepi Roasted Chicken Menu Berbuka Puasa Ala Mat Salleh

Himpunan Resepi Roasted Chicken Menu Berbuka Puasa Ala Mat Salleh

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 240 hits
Resepi roasted chicken Bau semerbak ayam panggang yang meresap ke dalam daging memang menggiurkan selera Dalam artikel ini anda akan didedahkan dengan pelbagai gaya resepi dari seluruh dunia Sama ada ayam panggang tradisional ayam panggang ...
Himpunan Resepi Ayam Goreng Berempah Juadah Sahur Mudah Dan 5 Tips Ayam Goreng Crispy

Himpunan Resepi Ayam Goreng Berempah Juadah Sahur Mudah Dan 5 Tips Ayam Goreng Crispy

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 162 hits
Resepi ayam goreng berempah Dalam dunia masakan yang kaya dengan pelbagai tradisi dan budaya terdapat sebuah hidangan yang telah memikat selera dan hati ramai orang iaitu Sebuah hidangan sederhana yang awalnya dimulakan oleh generasi terdah...
Rendang Ayam Untuk Berbuka Puasa

Rendang Ayam Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 156 hits
Alhamdulillah kita telah pun berada di pertengahan kedua Ramadhan Begitu cepat masa berlalu Mulai malam ini kita boleh mula membaca doa Qunut dalam solat witir rakaat yang ketiga Beruntung jadi generasi zaman ini kerana banyak pesanan dari ...
Resepi Ikan Masak Asam Yang Simple Dan Sedap Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan

Resepi Ikan Masak Asam Yang Simple Dan Sedap Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 269 hits
RESEPI IKAN MASAK ASAM YANG SIMPLE DAN SEDAP MENU BERBUKA PUASA 6 RAMADAN Assalamualaikum Cik Rose rasa Ramadan kali ni Cik Rose lebih produktif di dapur Penant macam mana pun tetaplah ke dapur memasak juada berbuka untuk diri sendiri Beber...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids