Hidangan Kembali Ke Sekolah Dan Buka Puasa Mudah Cepat Dan Enak Bersama Pes Dan Santan Ayam Brand


Hi Korang,
Sesi persekolahan dan Ramadan tiba pada waktu sama tahun ini. Adakah anda bersedia untuk menghadapinya

Ibu bapa, khasnya si emak, mempercayai kombinasi sempurna pes dan santan Ayam Brand™ bagi mendepani bulan yang mulia tetapi sibuk ini dengan memastikan makanan dan persiapan sekolah atau kerja anak-anak atau dewasa lain dapat disempurnakan tanpa tekanan dan pada masa sama, hidangan yang disediakan enak untuk dinikmati

Sebelum musim kesibukan bermula, teliti perbelanjaan, kemahiran dan pantri anda. Adakah anda mahu menghabiskan wang dengan membeli makanan luar sebanyak dua kali sehari selama hampir 30 hari, atau adakah ia lebih menjimat dan menyihatkan jika anda menyediakan makanan sendiri? Adakah anda mempunyai masa yang mencukupi dan kemampuan untuk memasak hidangan sahur dan buka puasa, daripada peringkat menyediakan bahan sehingga hidang, untuk anda dan keluarga

Bagi pilihan yang lebih menjimatkan, sihat dan enak untuk anda seisi keluarga, pes tempatan baharu Ayam Brand™ yang termasuk Kari Ikan, Masak Merah, Kurma dan Masak Lemak Cili Padi mampu mengurangkan masa penyediaan anda

Menerusi pes terbaharu ini, anda mampu menjimatkan kira-kira 20 minit kerja-kerja memotong, mengisar atau menggoreng kering rempah dan herba, membebaskan lebih banyak masa untuk menyempurnakan perkara penting di sebelah pagi mahupun untuk berbuka puasa

Tambahkan satu pek santan Ayam Brand™ untuk rasa berkrim dan kenakan hidangan yang seimbang untuk seisi keluarga tanpa perlu berbelanja lebih. Fikirkanlah saat-saat indah dan tradisi yang akan dibentuk bersama insan tersayang

Pes baharu ini merupakan tambahan kepada koleksi istimewa pes Ayam Brand™ yang telah diuji, dirasai dan memenuhi selera: Pes Kari Ayam, Sambal Tumis, Asam Pedas dan Rendang

Kesemua lapan varian pes tempatan Ayam Brand™ dijamin mempunyai rasa asli dan mudah disediakan sekiranya anda mematuhi arahan yang tertera pada pek pembungkusannya dan tidak leka ketika memasak

Setiap pek Pes Ayam Brand™ 180g, ditambah dengan 500 hingga 600g ayam, daging, ikan atau makanan laut pilihan anda boleh disediakan dalam masa 30 minit atau lebih awal. Ia juga boleh mengenyangkan sebuah keluarga dengan empat atau lima orang ahli pada hanya RM5 setiap pek Pes Masakan Ayam Brand™ dan RM3 bagi satu kotak Santan Ayam Brand™

Jangan risau, Pes dan Santan Ayam Brand™ bebas daripada bahan awet, MSG tambahan dan bahan tambah. Ia juga menerima pensijilan HALAL oleh JAKIM

Pes tempatan Ayam Brand™ berpadanan dengan Santan Ayam Brand™, yang diperah daripada kelapa terpilih secara bersih dan kemudian dimasukkan dan ditutup rapi dalam pek tetra mudah menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT) yang membantu dalam mengekalkan kesegaran santan, seperti ia baru diperah

Kualiti, kepekatan dan kuantiti standard dalam setiap pek santan menyingkirkan keperluan untuk mengagak-agak sama ada santan cukup atau tidak. Santan Ayam Brand™ mempunyai kepekatan santan yang tepat seperti santan sebenar yang sesuai untuk setiap resipi

Jadikan kembali-ke-sekolah, Ramadan dan musim Raya ini lebih berharga dengan menyertai Peraduan Masak dan Menang Ayam Brand™ yang menawarkan hadiah mingguan dan utama bernilai RM30,000. Peraduan berlangsung dari 11 Mac hingga 10 April 2024. Untuk menyertainya, beli Pes dan/atau Santan Ayam Brand™. Untuk terma dan syarat lengkap, sila layari www.ayambrand.com.my/raya2024

Di mana boleh kita mula untuk menikmati ganjaran keenakan kombo pes tempatan dan Santan Ayam Brand™? 
Di bawah ada beberapa contoh apa yang boleh dimasak dengan arahan lengkap

Tambahkan sentuhan rasa anda tersendiri dalam resipi-resipi ini dan cipta tradisi asli untuk keluarga anda bersama Ayam Brand™. Buat sementara waktu, ikuti arahan mudah untuk menghasilkan dan menjamu hidangan asli kegemaran Malaysia:

Kurma Ayam
Sementara kanak-kanak mungkin merasakan kari ayam pedas, namun kurma ayam dengan rasa yang kurang pedas dengan rasa ketumbar yang menenangkan amat digemari ramai dan tidak memberikan kesan yang kurang menyenangkan pada perut si kecil yang baru mencuba puasa buat kali pertama. Daripada membeli di kedai mamak terdekat, cubalah untuk menyediakan hidangan ini sendiri

Dalam pan bersaiz sederhana yang diletakkan di atas api sederhana, masukkan satu pek pes Kurma Ayam Brand™, tumis sehingga naik bau. Kemudian, tambah 160g ubi kentang yang telah dipotong dadu dan 600g ketulan daging ayam, gaul sehingga separa masak. Masukkan 400ml air, tutup pan berkenaan dengan penutup dan biarkan ia mereneh sehingga ayam dan ubi masak. Tambah dua biji bawang merah yang telah dikerat, 160 Santan Ayam Brand™ dan masak sehingga mendidih. Untuk menyempurnakan hidangan, hiaskan sajian anda dengan daun ketumbar dan hirisan cili merah. Hidangkan bersama nasi

Tempoh penyediaan: 10 minit, tempoh memasak: 20 minit, saiz hidangan: 4 hingga 5 orang

Daging Masak Merah
Satu sajian Melayu klasik yang menjadi kegemaran apabila anda teringinkan rasa umami pedas. Jangan beli bungkus kerana lebih mudah, enak dan cepat jika dimasak sendiri

Dalam sebuah kuali, panaskan satu sudu besar minyak masak dan goreng 600g hirisan daging batang. Kemudian, keluarkan daging dan minyak. Hiris bulat dua biji bawang merah dan potong dadu sebiji lada benggala. Tumiskan kedua-duanya dalam kuali yang sama sebelum dimasukkan pes Masak Merah Ayam Brand™ dan kacau sempurna. Tambahkan semula daging ke dalam kuali, dan gaul rapi, biarkan ia mereneh seketika bagi membolehkan daging menyerap rasa. Setelah siap, hidangkan dan hias dengan Kacang Pea Ayam Brand™. Hidangkan bersama nasi panas

Tempoh penyediaan: 5 minit, tempoh memasak: 15 minit, saiz hidangan: 4 hingga 5 orang

Udang Masak Lemak Pucuk Ubi
Antara masakan Kampung yang paling menenangkan adalah masak lemak yang mempunyai rasa pedas-pedas masam berkrim umpama satu pelukan. Dapatkan kesan kulinari ini di rumah anda dengan Pes Masak Lemak Cili Padi Ayam Brand™

Reneh 800ml air, Pes Masak Lemak Cili Padi Ayam Brand™ dan tiga batang serai yang telah diketuk dalam sebuah periuk. Tambah 600g udang, biarkan mendidih sehingga udang masa. Tambah 600g pucuk ubi, 800ml Santan Ayam Brand™ dan 6 daun kunyit yang telah dicarik halus. Masak sehingga kuah pekat. Hidang bersama nasi

Tempoh penyediaan:5 minutes, tempoh memasak:15 minutes, saiz hidangan:4 hingga 5 orang

Kari Ikan
Jika anda rindu hidangan kari ikan tradisional yang biasannya dihidangkan bersama Nasi Dagang, dapatkan Pes Kari Ikan Ayam Brand™ dan jadikan sajian Pantai Timur ini satu realiti

Dalam sebuah kuali, panaskan Pes Kari Ikan Ayam Brand™ sehingga naik bau, selama kira-kira 3 minit. Tambah 600ml air dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan 600g ikan tonggol atau lebih mudah, gunakan dua tin 300g Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™, tambah 400ml Santan Ayam Brand™, tutup kuali dengan penutup dan biarkan reneh di atas api perlahan sehingga ikan masak. Tambah daun kari dan biarkan ia mereneh selama 3 minit lagi. Hidangkan bersama nasi putih atau untuk rasa lebih asli, nasi dagang

Tempoh penyediaan: 5 minit, Tempoh memasak: 30 minit, saiz hidanga: 4 hingga 5 orang
Nikmati pes asli tempatan yang menjimatkan masa dan kos serta enak daripada Ayam Brand™ untuk merasai pengalaman kulinari Malaysia dengan bermulanya sesi persekolahan dan bulan Ramadan ini

Produk-produk Ayam brand boleh didapati di kedai-kedai runcit berhampiran anda, termasuk rangkaian, Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store. Produk Ayam Brand™ juga boleh didapati di laman Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2024/04/hidangan-kembali-ke-sekolah-dan-buka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Resepi Ayam Kicap Pedas Guna 3 Bahan Mudah Untuk Menu Berbuka Puasa

Himpunan Resepi Ayam Kicap Pedas Guna 3 Bahan Mudah Untuk Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 241 hits
Tertanya tanya menu berbuka yang mudah tapi sedap dan mengenyangkan Jangan risau dengan Himpunan Resepi ini anda boleh menyediakan hidangan lazat hanya dengan 3 bahan mudah Ayam kicap sememangnya menu kegemaran ramai untuk waktu berbuka Ia ...
Himpunan Resepi Mudah Ayam Panggang Buat Berbuka Puasa 2024

Himpunan Resepi Mudah Ayam Panggang Buat Berbuka Puasa 2024

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 302 hits
Himpunan Resepi Mudah Ayam Panggang Buat Berbuka Puasa 2024 7 Pada bulan ramadan tahun ini ayam panggang atau sering dikenali ayam bakar antara lauk berbuka yang terlaris di bazar ramadan Selain itu banyak juadah ayam panggang dijual di ger...
Atvsi Buka Puasa Bersama Dpr Hingga Kemenkominfo Tv Indonesia Masih Eksis Walau Ekonomi Tak Baik Baik Saja

Atvsi Buka Puasa Bersama Dpr Hingga Kemenkominfo Tv Indonesia Masih Eksis Walau Ekonomi Tak Baik Baik Saja

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 195 hits
ATVSI Buka Puasa Bersama DPR hingga Kemenkominfo Tv Indonesia Masih Eksis walau Ekonomi Tak Baik Baik Saja
Foto Indahnya Toleransi Buka Puasa Bersama Penyandang Disabilitas Se Kota Bogor Di Vihara Dhanagun

Foto Indahnya Toleransi Buka Puasa Bersama Penyandang Disabilitas Se Kota Bogor Di Vihara Dhanagun

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 181 hits
Kegiatan santunan dan buka puasa bersama ini diselenggarakan oleh pengurus Vihara Dhanagun bersama Badan Sosial Lintas Agama Bogor Sahabat
Anwar To Attend State Level Buka Puasa Event In Penang

Anwar To Attend State Level Buka Puasa Event In Penang

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 123 hits
GEORGE TOWN Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim will be in Penang for various Ramadan activities including the state level buka puasa event today He will first head over to the island before ending the day on the mainland Anwar will att...
Baru Sahaja Buka Sekolah Dah Ada Kes Yang Mengerikan

Baru Sahaja Buka Sekolah Dah Ada Kes Yang Mengerikan

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 175 hits
1 Pelajar dipukul hingga mati 2 Pelajar mati jatuh dari tingkat 3 3 Guru wanita lakukan pengantunan kepada pelajar lelaki Walaupun kes diatas adalah terpencil namun ia tetap kes yang perlu dibendung Semua ini memerlukan lebih perhatian oleh...
Buka Sekolah Tak Daftar Bila Kerajaan Arah Mereka Marah Depa Saja Betoi Wakaliamput

Buka Sekolah Tak Daftar Bila Kerajaan Arah Mereka Marah Depa Saja Betoi Wakaliamput

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 207 hits
Che Ibrahim Depa buka sekolah depa tak daftar dengan kerajaan gaji kakitangan bayar murah murah bangunan tak ikut peraturan tak lengkap kemudahan asas gaji bawah paras minimum tak carum epf tak carum Perkeso guru takde kelayakan sijil yang ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya