Nazri Yakin Perjanjian Muhyiddin Dap Sudah Wujud



SHAH ALAM - Seorang lagi ahli Parlimen UMNO melahirkan keyakinan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah mewujudkan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan DAP sebelum UMNO memutuskan untuk keluar kerajaan, minggu lalu.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, keyakinan itu berdasarkan komitmen Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjanjikan peruntukan bakul makanan bernilai RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang baru-baru ini.
Katanya, secara lazim, amalan politik di Malaysia menyaksikan kerajaan memerintah tidak menyalurkan sebarang peruntukan tahunan kepada ahli Parlimen blok pembangkang yang dipercayai bernilai lebih RM3 juta.

"Sama ada wujud perjanjian CSA antara Muhyiddin dan DAP, saya tidak dapat sahkan.
"Lazimnya, sistem politik negara kita mengamalkan kaedah kerajaan tidak menyalurkan sebarang peruntukan tahunan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang.
"Namun dengan komitmen terbaru program bantuan bakul makanan untuk membantu rakyat terkesan krisis Covid-19, saya percaya perjanjian CSA mungkin sudah diwujudkan Muhyiddin bersama DAP sahaja atau keseluruhan pihak pembangkang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menjangkakan kerajaan PN dipimpin Muhyiddin bakal menerima sokongan tidak dijangka daripada DAP pada saat memerlukan.
Jangkaan Tajuddin itu berasaskan langkah alternatif mungkin diambil kerajaan PN dan DAP sekiranya UMNO berterusan mendesak Muhyiddin untuk meletak jawatan dalam masa terdekat.
Pandangan Tajuddin turut diakui seorang sumber ahli Parlimen UMNO yang mendakwa satu satu perjanjian CSA sedang dirundingkan di antara kerajaan PN dan DAP ketika ini.
Untuk rekod, perjanjian CSA ini merupakan satu usaha bagi mengelakkan parlimen tergantung, dengan parti pembangkang akan bersetuju tidak akan menentang kerajaan minoriti tipis melalui undi percaya, mahupun undi bajet, namun mempunyai hak menentang peraturan atau undang-undang lain.
Perjanjian ini biasa dilakukan oleh negara-negara Komanwel dengan kerajaan Britain selepas pilihan raya umum 2017 turut memeterainya.
Hal itu berlaku selepas Perdana Menteri Britain ketika itu, Theresa May daripada Parti Konservatif yang telah kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen, bersetuju untuk membuat perjanjian CSA dengan Parti Kesatuan Demokraktik.
Mohamed Nazri menambah, perjanjian CSA yang mungkin dipersetujui kerajaan PN bersama DAP, tidak semestinya berbentuk sokongan secara kepartian.
Sebaliknya, beliau menegaskan Muhyiddin boleh memeterai perjanjian itu dengan pemimpin-pemimpin DAP atau parti pembangkang lain termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara persendirian.
"Paling penting, perjanjian CSA berkenaan membolehkan kerajaan PN akan terus bertahan meskipun berstatus minoriti kelak.
"Lagipun, parti-parti pembangkang seperti DAP sudah pasti menyedari sekarang bukan masa terbaik untuk mereka bertindak menukar kerajaan kerana tindakan itu akan mengundang kemarahan rakyat pada saat mereka susah dan menderita akibat Covid-19," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan parti itu akan menyokong Muhyiddin dalam usul undi percaya kepimpinan Perdana Menteri sebagaimana didakwa Tajuddin.
Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), Guan Eng turut menegaskan DAP dan keseluruhan blok pembangkang sebaliknya akan terus mendesak Muhyiddin meletak jawatan susulan kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen, susulan keputusan UMNO menarik balik sokongannya serta-merta.
"Dakwaan Tajuddin adalah satu 'penipuan'. Saya minta beliau tunjukkan bukti kerjasama CSA dengan Muhyiddin seperti didakwa.
"Penipuan ini tercetus kerana pertelingkahan dalaman UMNO. Khabar angin ini dicetuskan oleh pihak dalam UMNO yang menyokong Muhyiddin," katanya lapor Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/nazri-yakin-perjanjian-muhyiddin-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Mungkin Sokong Muhyiddin Biaq Betoi Tajuddin Ni

Dap Mungkin Sokong Muhyiddin Biaq Betoi Tajuddin Ni

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 264 hits
SHAH ALAM Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan besar bahawa kerajaan Perikatan Nasional dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menerima sokongan DAP pada saat memerlukan Mengu...
Nazri Aziz Isytihar Kembali Sokong Muhyiddin Yassin Kerana Dosa Zahid Hamidi Tikam Belakang Parti

Nazri Aziz Isytihar Kembali Sokong Muhyiddin Yassin Kerana Dosa Zahid Hamidi Tikam Belakang Parti

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 213 hits
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan kembali sokongan beliau kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu pengisytiharan terbaharu itu sekali gus membatalkan penarikan sokongan terhadap ...
Sinar Pm Nazri Isytihar Kembali Sokong Muhyiddin

Sinar Pm Nazri Isytihar Kembali Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 242 hits
SINAR PM Nazri isytihar kembali sokong Muhyiddin SINAR PM 2 JULAI 2021 1 Parlimen akan bersidang semula sebelum 1 Ogos 2 Jika PM terus membisu PH seru MP kumpul di Parlimen 3 ADUN gesa menteri letak jawatan 4 Euro 2021 Denmark semakin kuat ...
Zahid Tak Boleh Dipercayai Nazri Umum Sokong Muhyiddin Semula

Zahid Tak Boleh Dipercayai Nazri Umum Sokong Muhyiddin Semula

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan kembali sokongan beliau kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu pengisytiharan terbaharu itu sekali gus membatalkan penarikan sokon...
Muhyiddin Remains Hospitalised Due To Infection Of Digestive System

Muhyiddin Remains Hospitalised Due To Infection Of Digestive System

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 280 hits
PETALING JAYA Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is receiving treatment for an infection to his digestive system and not a recurrence of a tumour says the Prime Minister s Office on Sunday In a statement the PMO said that after further...
Tiada Mana Mana Ahli Parlimen Yang Akan Menarik Sokongan Terhadap Muhyiddin Shahidan Kassim

Tiada Mana Mana Ahli Parlimen Yang Akan Menarik Sokongan Terhadap Muhyiddin Shahidan Kassim

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 224 hits
Jika beliau meletakkan jawatan kerajaan sudah pasti akan runtuh begitu jelas Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim setelah Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan S...
Biadab Kepada Raja Antara 7 Sebab Umno Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyiddin

Biadab Kepada Raja Antara 7 Sebab Umno Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 222 hits
July 8 2021 PETALING JAYA Umno menyenaraikan tujuh sebab kenapa ia menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan semua sebab itu berkait kegagalan kerajaan Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata Muhyiddin gagal mem...
Umno Masih Sokong Kerajaan Tapi Bukan Muhyiddin

Umno Masih Sokong Kerajaan Tapi Bukan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 217 hits
UMNO masih sokong kerajaan tapi bukan Muhyiddin Masih sokong kerajaan PN tapi tak sokong Muhyiddin keputusan tepat kata Najib Keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno untuk terus bersama kerajaan Perikatan Nasional sambil menarik balik sokonga...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Mom Of Boys Surviving The Chaos

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki