Biadab Kepada Raja Antara 7 Sebab Umno Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyiddin


 
FMT Reporters -July 8, 2021 
PETALING JAYA: Umno menyenaraikan tujuh sebab kenapa ia menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, dan semua sebab itu berkait “kegagalan” kerajaan.
Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ia tetapkan pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan beliau.Katanya, selepas memperhalusi sama ada Muhyiddin memuaskan garis panduan itu, Majlis Kerja Tertinggi Umno mendapati kerajaan beliau:
Gagal menangani pandemik Covid-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat.Menyalahgunakan darurat yang hanya untuk muslihat politik hingga memudaratkan rakyat dan ekonomi.Gagal mempertahankan sistem demokrasi berparlimen hingga memandulkan segala amalan demokrasi semak dan imbang.Gagal menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan untuk semua peringkat dan kategori.Gagal memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat dalam menguruskan kebajikan mereka hingga berlaku peningkatan serius dalam permasalahan sosial seperti kes bunuh diri.Gagal mengurus kestabilan politik dan ekonomi hingga mewujudkan ketidakyakinan pelabur terhadap kemampuan menguruskan negara dan pandemik.Memperkotak-katikkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu hingga terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media dan titah menghadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang dan membahaskan ordinan darurat dan Pelan Pemulihan Negara.Berkenaan sebab akhir itu, Zahid menegaskan Umno, selaku benteng membela institusi Raja-Raja Melayu, tidak boleh berkompromi dengan “sikap biadab kerajaan terhadap institusi raja”.
“Berpandukan tujuh perkara di atas, ternyata kerajaan pimpinan Muhyiddin gagal memenuhi segala garis panduan yang dikemukakan oleh MKT pada 11 Mac 2020, sebagai syarat meneruskan sokongan.” katanya.
‘Rakyat dikurung secara sia-sia’
Memperincikan sebab-sebab tersebut, Umno membidas polisi-polisi yang tidak konsisten, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang separa masak dan berubah-ubah, “hingga rakyat dikurung secara sia-sia selama hampir 6 bulan tanpa pembelaan yang sewajarnya”.
Katanya, apa yang dikatakan sebagai “total lockdown” menyaksikan jumlah kematian meningkat daripada 2,800 kepada lebih 5,768 korban, dalam tempoh 38 hari selepas pengumuman perdana menteri.
Umno juga tidak berpuas hati kerana darurat disalahgunakan untuk muslihat politik, “sekaligus menafikan suara Umno yang sejak awal membantah keras proklamasi tersebut”.
“Malah ordinan darurat yang kononnya boleh digunakan untuk membantu rakyat, ternyata lebih banyak membebankan dengan pelbagai kompaun bersifat ‘dwi-standard’ dan melampau yang dikenakan ke atas rakyat, dalam keadaan mereka sudah sedia terbeban dengan isu-isu ‘survival’ dan kelangsungan hidup,” kata Zahid.
‘Memandulkan amalan demokrasi’
Sementara itu, Umno berkata kerajaan gagal pertahankan sistem demokrasi berparlimen hingga memandulkan amalan demokrasi semak dan imbang bagi menjamin hak dan suara rakyat terbela.
“…terutamanya dalam memantau segala inisiatif kerajaan dalam menangani pandemik termasuk aspek perbelanjaan, perolehan, dan segala usaha vaksinasi.”
Umno berkata kerajaan juga menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan, termasuk tuntutan moratorium 2.0 tanpa caj atau faedah terakru, dan dasar moratorium yang tidak dipanjangkan kepada agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.
“Skim i-Citra yang tidak mesra rakyat, bantuan tunai seperti BPR, BPN, dan BKC yang lambat dan amat terhad hingga ramai tercicir dan terpaksa melalui karenah birokrasi yang membebankan,” katanya.
Umno turut menarik perhatian kepada jumlah kes bunuh diri daripada Mac 2020 hingga Mei 2021 iaitu sebanyak 1,099 kes.
Katanya lagi, gerakan #BenderaPutih contoh manifestasi kekecewaan dan bantahan rakyat terhadap kegagalan kerajaan menyantuni keperluan rakyat yang amat susah, tertekan, dan terdesak.
‘Negara di tempat ke-3 paling corot’
Berkenaan keadaan ekonomi, Umno merujuk kepada Indeks Pengendalian Covid yang dikeluarkan media Bloomberg, yang meletakkan negara di tempat ke-3 paling corot antara 53 negara ekonomi utama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/biadab-kepada-raja-antara-7-sebab-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Pas Mula Meroyan Bila Umno Tarik Balik Sokongan

Bersatu Pas Mula Meroyan Bila Umno Tarik Balik Sokongan

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 287 hits
MALAYSIA DATELINEKeputusan Umno menarik balik sokongan kepada Mahiaddin Md Yassin membuatkan parti dalam gabungan kerajaan Perikatan Nasional seperti Bersatu dan Pas menunjukkan tanda meroyan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Z...
Umno Sah Tarik Semula Sokongan Terhadap Pm Berkuatkasa Serta Merta

Umno Sah Tarik Semula Sokongan Terhadap Pm Berkuatkasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 253 hits
Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri berkuat kuasa serta merta Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi berkata ini beriku...
Mana Datang Cerita Umno Tarik Balik Sokongan Untuk Adakan Pru Ketika Pandemik Soal Zahid

Mana Datang Cerita Umno Tarik Balik Sokongan Untuk Adakan Pru Ketika Pandemik Soal Zahid

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 250 hits
July 12 2021 8 12 PMZahid Hamidi berkata Umno sebelum ini menjelaskan untuk menamatkan dan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin serta merta kerana tujuh sebab yang dirasakan sangat mustahak PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahi...
Sekarang Bukan Masa Tarik Balik Sokongan Tajuddin Beritahu Umno

Sekarang Bukan Masa Tarik Balik Sokongan Tajuddin Beritahu Umno

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 235 hits
July 13 2021 Tajuddin Abdul Rahman berkata perhimpunan agung Umno memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan bukan setakat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Semua ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno bersetuju menarik ...
Tarik Sokongan Terhadap Pm Tajuddin Kata Pirah Kepada Mt Umno

Tarik Sokongan Terhadap Pm Tajuddin Kata Pirah Kepada Mt Umno

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 359 hits
agendadaily com12 7 2021Pengarah Pilihanraya UMNO yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Pengarah Pilihanraya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan mengutuk Majlis Tertinggi UMNO apabila menggunakan ...
Zahid Tak Mampu Paksa Mp Tarik Sokongan Terhadap Pm Tegas Pemimpin Umno

Zahid Tak Mampu Paksa Mp Tarik Sokongan Terhadap Pm Tegas Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 234 hits
July 12 2021 PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gagal memaksa dan tidak mampu mendesak Ahli Parlimen parti itu untuk menarik kembali sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putra...
Memahami Muslihat Umno Tarik Sokongan Kepada Mahiaddin

Memahami Muslihat Umno Tarik Sokongan Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 417 hits
ULASAN Ismail Sabri mengetik kad perakam waktupertama di JPM KONSENTRASI khalayak kepada isu penebangan tidak berhati perut lebih 200 pokok durian musang king di Raub Pahang beberapa hari lalu terganggu dengan kenyataan penarikan dan penama...
Tiada Mana Mana Ahli Parlimen Yang Akan Menarik Sokongan Terhadap Muhyiddin Shahidan Kassim

Tiada Mana Mana Ahli Parlimen Yang Akan Menarik Sokongan Terhadap Muhyiddin Shahidan Kassim

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 230 hits
Jika beliau meletakkan jawatan kerajaan sudah pasti akan runtuh begitu jelas Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim setelah Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan S...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi