Nazri Sokong Gesaan Untuk Ismail Dilantik Pengerusi Bn


freemalaysiatoday.com
Nicholas Chung
-April 15, 2022 4:59 PM
Nazri Aziz berkata, ada beberapa sebab kenapa Ismail Sabri Yaakob perlu dilantik sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz memberikan beberapa sebab untuk menyokong gesaan Annuar Musa supaya Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan pengerusi Barisan Nasional (BN) daripada Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, sebagai calon perdana menteri Umno untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Ismail akan mengetuai kempen parti itu dan patut diberikan kuasa untuk memberi surat watikah kepada calon BN.

Beliau berkata, sentiasa wujud “ancaman” yang dihadapi ahli Umno, sama ada dalam keadaan bergurau atau hakikatnya, mereka tidak boleh bersuara menentang presiden parti kerana bimbang tidak akan dilantik sebagai calon pilihan raya.

“Ia hanya adil dan betul, untuk menghapuskan ancaman ini, jawatan pengerusi BN perlu diberikan kepada Ismail, kerana perdana menteri itu telah dilantik Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk mengetuai parti dalam PRU15,” katanya kepada FMT.

“Dan apabila ia berkaitan BN, kita tidak boleh anggap hanya Umno boleh menentukan siapa yang patut menjadi pengerusi. Tanggungjawab itu dikongsi bersama parti komponen lain – MCA, MIC dan PBRS. Dan setiap parti mempunyai satu undi.”

Bekas menteri undang-undang itu, berkata parti itu bertindak betul dengan melantik Ismail sebagai presiden Umno memandangkan beliau ialah perdana menteri sekarang.

Dahulu, katanya, beberapa pemimpin menjadi timbalan perdana menteri terlebih dahulu, sebelum “disahkan” dan dilantik sebagai timbalan presiden parti.

“Ini berlaku pada masa lalu dengan pelantikan beberapa timbalan perdana menteri, seperti Tun Dr Mahathir (Mohamad), Ghafar Baba, Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) dan bahkan Najib Razak sendiri. Jadi ini adalah duluan.”

Terdahulu, bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa dilaporkan berkata, sudah sampai masanya untuk Ismail dilantik sebagai pengerusi BN dan pengarah utama jentera pilihan raya BN, selepas Ahli Parlimen Bera itu dinamakan sebagai calon perdana menteri Umno bagi PRU15.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman, semalam, memberi amaran ia bukan jaminan Ismail akan kekal sebagai perdana menteri selepas PRU15, walaupun parti membuat keputusan itu.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu memberi contoh pilihan raya negeri Johor bulan lalu, apabila Hasni Mohammad yang dijadikan “poster boy” tidak dipilih sebagai menteri besar.

Nazri menyifatkan apa yang berlaku di Johor sebagai “janggal” dan percaya ini tidak akan berulang dengan Yang di-Pertuan Agong selepas PRU15.

Beliau berkata, ia adalah prerogatif Agong untuk menentukan siapa yang patut dilantik menerajui negara dan BN akan sentiasa menghormati keputusan Agong.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/nazri-sokong-gesaan-untuk-ismail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Sudah Tak Relevan Hanya 4 Mahunya Kembali Berbanding 21 Sokong Ismail Sabri

Najib Sudah Tak Relevan Hanya 4 Mahunya Kembali Berbanding 21 Sokong Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 219 hits
Meskipun populariti bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meningkat kebelakangan ini namun hanya empat peratus pengundi mahu beliau kembali menerajui negara Maklumat itu dikongsi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi...
Depan Sokong Ismail Jadi Pm Belakang Pengkhianat Najib Sindir Muhyiddin

Depan Sokong Ismail Jadi Pm Belakang Pengkhianat Najib Sindir Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 207 hits
Menurut Najib Razak jika kerjasama itu berjaya dibentuk sejarah kerajaan tikam menikam dan tidak stabil pasti akan berulang seperti mana selepas Pakatan Harapan menang PRU14 PETALING JAYA Najib Razak secara sinis menyindir sikap Presiden Be...
Ismail Sabri Hanya Bakal Pengantin Jika Tak Jadi Pengerusi Bn Annuar

Ismail Sabri Hanya Bakal Pengantin Jika Tak Jadi Pengerusi Bn Annuar

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 318 hits
agendaily com16 4 2022Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menjelaskan rasional di sebalik cadangannya supaya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Pengerusi Barisan Nasional menggantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi D...
Annuar Musa Dakwa Cadang Ismail Sabri Jadi Pengerusi Bn Hanya Pandangan Lontaran Idea

Annuar Musa Dakwa Cadang Ismail Sabri Jadi Pengerusi Bn Hanya Pandangan Lontaran Idea

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 283 hits
JOHOR BAHRU Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyifatkan cadangan beliau supaya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai Pengerusi Barisan Nasional yang baharu hanyalah sebagai pandangan dan lontaran idea Ahli Parlimen...
Nazri Supports Call For Ismail To Take Over As Bn Chairman

Nazri Supports Call For Ismail To Take Over As Bn Chairman

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 320 hits
Nazri Aziz says there are several reasons why Ismail Sabri Yaakob should be appointed the BN chairman Padang Rengas MP Nazri Aziz has backed Annuar Musa s call for Ismail Sabri Yaakob to take over from Ahmad Zahid Hamidi as the Barisan Nasi...
Ini Sebab Mengapa Ismail Sabri Perlu Jadi Pengerusi Barisan Nasional

Ini Sebab Mengapa Ismail Sabri Perlu Jadi Pengerusi Barisan Nasional

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu berada dalam posisi yang kukuh dalam Barisan Nasional sebagai sebahagian perancangan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan...
Ismail Harap Pembangkang Sokong Undi Perlembagaan

Ismail Harap Pembangkang Sokong Undi Perlembagaan

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 168 hits
Ismail harap pembangkang sokong undi perlembagaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata ahli parlimen kerajaan menyokong pindaan perlembagaan esok untuk membolehkan undang undang antilompat parti digubal pada masa hadapan Dalam masa y...
Ismail Sabri Pm Boneka Umno Rakyat Jangan Lagi Sokong

Ismail Sabri Pm Boneka Umno Rakyat Jangan Lagi Sokong

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 287 hits
Ismail Sabri PM boneka Umno rakyat jangan lagi sokongPosted By on April 17 2022Kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa memorandum kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan tidak akan diteruskan selepas tamat 31...
Ismail Adakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Kabinet Mb Duta Asing

Ismail Adakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Kabinet Mb Duta Asing

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 263 hits
Ismail adakan majlis berbuka puasa bersama menteri kabinet MB duta asing Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu berbuka puasa bersama menteri kabinet menteri besar ketua menteri timbalan menteri serta duta duta asing di ke...
To Debate Satanic Us Trade Deal

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

Trade Deal Why Are We Surrendering Rm1 Trillion To Us Ask Hassan Mca Leader

China Trade Deal Shows We Re Not Intimidated By Us Says Anwar

Peniaga Kedai Makan Disamun Rm10 000 Tiga Lelaki Berparang

Klgcc Mall Milik Sime Darby Property Kini Dibuka

Quantum Sensing Transforming Measurement For Industry Innovation

Welcome Embrace No No But Rape Is Fine Pas Trolled Over Hypocrisy In Criticising Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalendar Akademik Tahun 2026 Bagi Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Padang On Wheels Shah Alam Masakan Padang Asli Gurame Fresh Padu

Minyak Tak Meletup Dah 6 Bahan Rahsia Elak Minyak Merecik Ketika Goreng Ikan

Keropok Ikan Dari Masjid

Kerajaan Pahang Memperuntukkan Sebanyak Rm10 Juta Bagi Persediaan Untuk Menghadapi Monsun Timur Laut 2025 2026

Mywira Cara Mohon Pengeluaran Ltat 2025