Ismail Sabri Pm Boneka Umno Rakyat Jangan Lagi Sokong




Ismail Sabri PM boneka Umno, rakyat jangan lagi sokongPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: April 17, 2022
ShareKenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa memorandum kerjasama (MoU) Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan tidak akan diteruskan selepas tamat 31 Julai ini menunjukkan usaha yang dirintis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini diambil alih oleh elit Umno.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, sebaik sahaja idea dan usaha PM Ismail untuk berbaik baik dengan pembangkang diambil alih oleh Umno dengan tawaran beliau akan dicalonkan sebagai PM pada Pilihan Raya Umum ke 15 maka Ismail tidak lagi memiliki kuasa penuh dalam pemerintahannya.
“Ini adalah “horse-trading” di dalam rumahtangga Umno di mana Kluster Mahkamah masih memegang hulu parang dan Perdana Menteri yang merupakan hanya Naib Presiden Umno menjadi seorang pemimpin dalam tebusan.
“Tolak ansur dan tawar menawar antara PM Ismail Sabri dengan Presiden Umno bermakna Parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi selepas MoU tamat pada 31 Julai 2022.
“Selepas itu Perdana Menteri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menasihatkan Baginda agar membubarkan Parlimen dan PRU diadakan dalam tempoh 60 hari,” katanya.
Hassan menolak PM yang dikawal oleh elit parti dan setiap tindakannya lebih cenderung untuk memastikan apa sahaja yang diusahakan Umno menjadi kenyataan, meskipun akan merugikan rakyat terbanyak.
Kata Hassan, sebelum ini PM adalah watak yang kuat dan tidak ditentukan tindak tanduknya oleh parti.
“Selama ini PM seorang yang berwibawa dan berkuasa dalam menentukan hal ehwal negara. Perdana Menteri ketua Eksekutif dan Ketua Jemaah Menteri atau Kabinet. Perdana Menteri adalah Ketua Majlis Mesyuarat bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
“PM adalah orang yang menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk perlantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan serta segala jawatan penting dan utama negara seperti Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengerusi SPR, Ketua PDRM dan Ketua Angkatan tentera Malaysia juga duta-duta ke negara asing.
“Perdana Menteri juga orang yang diberi hak dan kuasa oleh undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan untuk menentukan bilakah tarikh pilihan raya dan Parlimen patut dibubarkan. Kuasa itu miliknya sendiri di bawah Perlembagaan dan Perdana Menteri tidak perlu tunduk dan berkompromi dengan sesiapa termasuk parti politik yang diwakilinya.
“Tetapi kini Malaysia memiliki seorang PM yang boleh ditolak oleh Umno ke sana dan ke sini,” ujarnya.
Justeru, menurut Hassan, rakyat harus sedar hakikat PM ‘terikat tangannya’ dan tidak wajar memberikan sokongan melulu kepada PM seperti itu yang dikuasai elit sesebuah parti.
Katanya, hal itu amat merbahaya apabila sebahagian elit Umno itu merupakan kluster mahkamah yang dibuktikan telah melarikan berpuluh juta atau malah berbilion wang rakyat.
“Malaysia perlukan seorang PM yang kuat, berwibawa dan berintegriti. Malaysia perlukan PM yang memimpin, bukannya seorang yang dipimpin oleh Kluster Mahkamah Umno seperti sekarang ini.
“Pemimpin yang lemah dan boleh dicucuk hidung bukanlah seorang PM yang diimpikan oleh rakyat. PM yang menjadi tawanan tebusan pemimpin-pemimpin Kluster Mahkamah dari partinya sendiri wajar ditolak rakyat dalam PRU-15 akan datang,” kata Hassan lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/ismail-sabri-pm-boneka-umno-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Hadkan Presiden Timbalan Sebagai Poster Boy Ismail Sabri Hanya Naib Presiden Umno

Spr Hadkan Presiden Timbalan Sebagai Poster Boy Ismail Sabri Hanya Naib Presiden Umno

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 230 hits
agendaily com19 4 2022SPR sebelum ini hanya benarkan Presiden Timbalan Presiden parti sebagai gambar poster boy semasa PRU 14 lalu UMNO mengumumkan minggu lalu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy mereka yang juga calon Perdana...
Calon Pm Pada Pru15 Ismail Sabri Bersyukur Sambut Baik Keputusan Mkt Umno

Calon Pm Pada Pru15 Ismail Sabri Bersyukur Sambut Baik Keputusan Mkt Umno

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 211 hits
Calon PM Pada PRU15 Ismail Sabri Bersyukur Sambut Baik Keputusan MKT UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Kerja Tertinggi parti berkenaan yang mencadangkan agar be...
Ismail Sabri As Ge15 Pm Candidate Shows Umno S Stability Mat Hasan

Ismail Sabri As Ge15 Pm Candidate Shows Umno S Stability Mat Hasan

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 175 hits
Umno s decision to nominate Ismail Sabri Yaakob as the prime minister candidate for the 15th general election proves the party s unity and stability to face the challenges in GE15 Deputy president Mohamad Hasan said the decision clearly sho...
Umno Proposes Ismail Sabri As Ge15 Pm Candidate

Umno Proposes Ismail Sabri As Ge15 Pm Candidate

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 256 hits
The Umno Supreme Council today decided that Prime Minister Ismail Sabri Yaakob will be its poster boy for the upcoming 15th general election Umno secretary general Ahmad Maslan in a statement announced that the council has agreed to name Is...
Naming Ismail Sabri As Pm Candidate Not Ploy To Hasten Ge15 Umno

Naming Ismail Sabri As Pm Candidate Not Ploy To Hasten Ge15 Umno

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 339 hits
Amanah s claim that Umno nominated Ismail Sabri Yaakob as its prime minister candidate for the 15th general election as a ploy to speed up the general election is not true said Umno secretary general Ahmad Maslan Ismail Sabri the current pr...
Party Man Ismail Sabri Will Consult Umno On Mou Selangor Bn Chief

Party Man Ismail Sabri Will Consult Umno On Mou Selangor Bn Chief

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 183 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob remains a party man who will likely consult Umno before making any significant decisions related to the memorandum of understanding with Pakatan Harapan said Selangor BN chief Isham Jalil I know Ismail Sab...
Mkt Umno Sebulat Suara Namakan Ismail Sabri Calon Pm Bagi Pru15

Mkt Umno Sebulat Suara Namakan Ismail Sabri Calon Pm Bagi Pru15

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 199 hits
MKT UMNO sebulat suara namakan Ismail Sabri calon PM bagi PRU15 Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat hari ini sebulat suara menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Mesyuarat yang dipengerusikan Presid...
Tun Dr Mahathir Mendakwa Umno Tidak Mahu Ds Ismail Sabri Menjadi Pm Selepas Pru 15

Tun Dr Mahathir Mendakwa Umno Tidak Mahu Ds Ismail Sabri Menjadi Pm Selepas Pru 15

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 183 hits
KUALA LUMPUR Walaupun UMNO berjaya menang selepas pilihan raya umum ke 15 tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan dilantik menjadi Perdana Menteri semula Pengerusi parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO tidak akan meng...
Keputusan Mt Umno Hanya Gula2 Manis Untuk Paksa Pru15 Segera Tapi Bukan Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri

Keputusan Mt Umno Hanya Gula2 Manis Untuk Paksa Pru15 Segera Tapi Bukan Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 165 hits
Melihat kepada keputusan mesyuarat MT UMNO petang tadi tiga daripada empat ketetapan yang diputuskan sebagaimana diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan adalah semata mata bertujuan memaksa Perdana Menteri Ismail Sabri agar membub...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord