Nazak Kerajaan Perpaduan Sekarang


 

Kelihatannya hanya terdapat satu jalan untuk kita keluar dari kebuntuan menggila ini. Kita sedang melihat kegagalan demi kegagalan yang dahsyat dalam menangani negara ini ketika pandemik Covid-19. Dalam masa yang sama, kita juga melihat percekcokan politik yang tiada hasilnya.
Jalan keluar yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan adalah sebuah kerajaan perpaduan nasional. Apakah bentuk kerajaan ini?
Kerajaan perpaduan nasional adalah satu perikatan yang amat luas di mana ia melibatkan semua parti-parti politik besar yang ada. Kerajaan perpaduan nasional ini dibentuk biasanya untuk berdepan dengan musuh di kala peperangan atau beberapa krisis yang menimpa. Tidak syak lagi pandemik Covid-19 boleh disenaraikan sebagai satu krisis yang besar, yang mana boleh membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan perpaduan nasional.
Ketika kerajaan perpaduan nasional dibentuk, parti-parti politik sedia ada hendaklah mengetepikan sementara agenda politik masing-masing dan mendahulukan kepentingan negara demi membawa keluar rakyat dari krisis yang melanda. Jika parti-parti politik ini tidak duduk sekali, serasa mustahil malapetaka Covid-19 ini dapat diatasi.
Terdapat banyak kelumpuhan pentadbiran negara sedang berlaku. Dari pembelajaran anak-anak yang kian keciciran ekoran gagal ke sekolah dan ketiadaan peranti pengajaran dan pembelajaran yang dijanjikan menteri kewangan; sehinggalah kepada kegagalan program vaksin kebangsaan yang malah membuatkan baginda Sultan Selangor sendiri terkejut.
Kegagalan ini menjadi lebih menggerunkan apabila kita melihat betapa banyak bisnes dan pendapatan rakyat terjejas yang mendorong kepada kebankrapan, penutupan perniagaan, dan juga kecanakan naik kes-kes kesihatan mental. Tanpa selia-kelola yang baik juga, angka kematian ekoran pandemik ini mendadak tinggi, dan kekusutan pentadbiran menjadi-jadi.
Parlimen pula ditutup yang mengakibatkan tiada apa yang dapat dipantau. Ini mendorong rakyat nekad bersuara dan bertanya di media sosial lantas membawa pula kepada penggunaan kekerasan dan pencerobohan hak asasi manusia. Dalam keadaan yang penuh gagal secara epik ini, musuh negara turut meninjau ruang angkasa negara.
Masih banyak kegagalan yang boleh disenaraikan tetapi memadailah apa yang disebut di atas. Semua kegagalan pentadbiran sedia ada ini telah mengakibatkan rakyat terlalu murka, dan kemurkaan rakyat itu menyambar ke mana-mana, bahkan apa sahaja; sehingga apa yang terlihat adalah Rukun Negara turut dijilat api marak. Jika kegagalan ini tidak ditangani dengan baik dan segera, kebencian rakyat boleh ikut meruntuhkan kepercayaan terhadap maruah semua institusi yang memayungi negara ini (dibaca: demokrasi berparlimen).
Kerajaan perpaduan nasional boleh dan akan memadamkan ketegangan politik sedia ada, dan boleh meletakkan pemimpin pelbagai parti dalam satu petak. Ini, petak ini boleh dinamai satu majlis gerakan. Ia berfungsi sebagai sebuah kerajaan secara sementara. Nanti, setelah keadaan pulih dan membaik, majlis ini akan terbubar sendiri dan silalah bercekcok kembali seperti sebelumnya Langkah Sheraton berlaku.
Sebuah kerajaan perpaduan nasional juga tidak semestinya dianggotai oleh tokoh politik sahaja, tetapi juga boleh melibatkan para profesional dan cendekiawan yang diiktiraf bakat dan kemampuan mereka di arena sejagat. Tokoh perubatan dan wabak seperti Profesor Adeeba Kamarulzaman dari Universiti Malaya boleh dipanggil untuk berkhidmat demi negara. Mana-mana ahli politik yang bagus dan sanggup mengetepikan faham politik dan bai’ah setia dengan mursyid atau cukong saku mereka boleh juga didorong menyertai kerajaan perpaduan nasional ini.
Mana-mana penasihat kerajaan dan penjawat awam yang selama setahun lebih ini tidak berguna dan menyumbang kepada kekacauan dan kegilaan ini hendaklah kita minta mereka diam beku secara terhormat. Silalah beri jalan kepada yang sanggup membuat kerja, untuk berbuat kerja. Kita memerlukan kerajaan yang ada kerjaan. Bukan sebuah kerajaan yang tidak pandai mengerjakan. Kerajaan perpaduan nasional hendaklah melantik seorang pemuka atau pemimpin yang boleh diterima semua orang (buat tempoh sementara).
Pemimpin ini sebaiknya seorang negarawan. Bukan seorang ‘abah’. Bukan seorang ‘pak long’. Bukan seorang ‘pak su’. Bukan pula seorang ‘pak anjang’. Kita juga tidak memerlukan mana-mana ‘mak ngah’ atau ‘kak alang’ yang hanya menyumbang gagasan dan idea tidak membangun. Memang mencari seorang negarawan sangat sukar. Negarawan ini boleh sahaja dari mana-mana bangsa pun, mana-mana kepercayaan pun, dan mana-mana wilayah pun (malah boleh dari Sabah atau Sarawak). Negarawan ini mestilah bertindak sebagai seorang pemimpin di kala perang, yang mana ia mesti berani dan tekad membuat keputusan.
Kerajaan perpaduan nasional itu mestilah sekarang. Mesti ini jam juga. Jika ia tidak dibentuk sekarang atau jam ini, kita tidak tahu berapa banyak lagi kematian akan berlaku. Kita juga tidak tahu berapa banyak lagi kesulitan akan menimpa. Kita juga tidak tahu berapa banyak lagi kerugian perlu ditanggung negara ini. Semua musibah ini akan dirasai oleh anak cucu kita generasi mendatang. Kita mesti menolong mereka, atau kelak pusara kita dikencingi.
Di kala pelbagai tabung kewangan sedang dikorek tetapi hasilnya tidak nampak dan tiada bergerak, kita sangat-sangat memerlukan pakar ekonomi yang boleh melihat dengan saksama. Kita ada ramai ahli ekonomi bertaraf dunia yang hendaklah dilantik sama.
Dalam keadaan negara di ‘ICU’, kita jangan melupakan pula isu-isu kemanusiaan lain seperti hak asasi manusia yang semakin parah. Tokoh hak asasi manusia dapat memberikan perspektif berbeza dan berimbang dalam isu-isu yang akan kita tangani. Misalnya, sikap kita kepada migran dan warga asing hendaklah penuh empati dan simpati. Kita tidak boleh melayan mereka yang memohon tempat berteduh di negara ini seperti binatang, yakni memasung mereka dengan belenggu besi dan menyembur cairan nyahjangkitan seakan-akan mereka itu anjing jalanan berkurap. Kerajaan perpaduan nasional mesti ingat, citra baik negara di peringkat antarabangsa sangat diperlukan di saat kita sedang membetulkan kembali negara ini ke landasan betul.
Kerajaan perpaduan nasional juga hendaklah memastikan mana-mana peruntukan hukum dan undang-undang yang cabul serta berat sebelah agar segera digantung dan tidak dilaksanakan. Manakala para penjenayah dari era sebelum 2018, yang saban detik mengganggu dan berpeleseran umpama hantu segera diurusi.
Tokoh budayawan yang berani dan tidak diam di kala rakyat bertempik menjerit meminta pertolongan hendaklah diminta membantu sama. Mereka juga dapat memberi idea bernas Insyaallah. Para agamawan silalah duduk jauh, “uskut”; cukuplah jangan melanggar SOP.
Kerajaan perpaduan ini juga memerlukan tokoh yang dapat memberi idea untuk memadam api korupsi yang marak di pelbagai sektor supaya negara ini tidak hancur leta setelah pandemik ini berakhir kelak. Kita perlukan suara waras dengan segera. Suara waras yang mampu.
Kerajaan perpaduan sekarang. Kerajaan perpaduan nasional ini jam juga. Jangan tunggu rakyat bergelimpangan. Jangan. Sesebuah negara menjadi negara jika ada rakyatnya. Maka jagailah rakyat ini. Jangan pentingkan diri. Jangan dipentingkan bini. Jangan diutamakan harta benda. Ia tidak boleh dipertahankan di alam barzakh.
Jika kerajaan perpaduan nasional ini tidak dilaksanakan sekarang, pandemik Covid-19 ini akan diganti dengan pandemik kemurkaan rakyat yang lebih parah dari sekarang ini.
Ketika itu kelak, nasi sudah menjadi sisa dihampas melalui dubur. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/nazak-kerajaan-perpaduan-sekarang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+K

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Undur Segera Bentuk Kerajaan Perpaduan Kata Baru Bian

Muhyiddin Undur Segera Bentuk Kerajaan Perpaduan Kata Baru Bian

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 236 hits
Ahli Parlimen Selangau Baru Bian mendesak Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya berundur segera dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan bagi baki penggal Parlimen ini PETALING JAYA Ahli Parlimen Selangau Baru Bian berkata sudah tiba masanya ker...
Kita Dah Lapor Kerajaan Gagal Sekarang Serah Pada Agong Kata Guan Eng

Kita Dah Lapor Kerajaan Gagal Sekarang Serah Pada Agong Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 359 hits
freemalaysiatoday com June 9 2021 5 45 PMSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat berharap pada Sultan Abdullah kerana wakil mereka tidak dapat bersidang di Parlimen ekoran darurat PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong sudah dimaklumk...
Bentuk Kerajaan Perpaduan Dengan Majoriti Sebenar

Bentuk Kerajaan Perpaduan Dengan Majoriti Sebenar

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 208 hits
Dijangkakan isu pandemik yang menular serta krisis ekonomi akan terus menjadi dua cabaran utama sehingga 1 Ogos 2021 Dalam keadaan ini terdapat risiko amat besar jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat dan meruncingkan lagi situasi k...
Bekas Penyelidik Bank Dunia Ulangi Gesaan Bentuk Kerajaan Perpaduan

Bekas Penyelidik Bank Dunia Ulangi Gesaan Bentuk Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 244 hits
May 31 2021 Bekas penyelidik kanan Bank Dunia Lim Teck Ghee berkata kerajaan perpaduan sangat diperlukan bagi mengatasi pelbagai krisis selain menangani polarisasi politik yang berlaku di negara ini PETALING JAYA Bekas penyelidik sosial kan...
Lelaki Ini Kata Mageran Perlu Ditolak Kini Waktunya Realisasikan Idea Kerajaan Perpaduan

Lelaki Ini Kata Mageran Perlu Ditolak Kini Waktunya Realisasikan Idea Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 184 hits
June 11 2021 Ada yang kata idea Mageran ini datang dari Kerajaan hari ini bagi mempertahankan kuasa Bagi aku tidak Jika itu kehendak mereka Dah pasti semalam tidaklah kelam kabut Setiausaha Sulit Kanan Muhyiddin Marzuki Mohamad tiba tiba be...
Kenapa Kerajaan Perpaduan Idea Tun Tidak Disokong

Kenapa Kerajaan Perpaduan Idea Tun Tidak Disokong

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 273 hits
Pemimpin PH kecuali Anwar tidak sokong kerana Tak nampak kebaikan nya otak MASIH bawah tempurung Kalau Lim kit SIANG tahu pun dia sedar tidak menguntungkan untuk partinya suara DAP akan tenggelam di dalam kerajaan Perpaduan yang AKAN KEMBAL...
Sebab Apa Kes Jenayah Guan Eng Senyap Saja Ada Ke Guan Eng Buat Deal Dengan Kerajaan

Sebab Apa Kes Jenayah Guan Eng Senyap Saja Ada Ke Guan Eng Buat Deal Dengan Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 276 hits
ADA KE KES JENAYAH GUAN ENG SENGAJA DILAMBATKAN UNTUK MENGGAGALKAN UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PERDANA MENTERI ORANG DALAMAN BERKATA DAP AKAN SOKONG UNDI TAK PERCAYA UMNO TERHADAP MUHYIDDIN YASSIN SEKIRANYA KES JENAYAH GUAN ENG TIDAK DIGUGU...
Ada Keperluan Kerajaan Bagi 2 Jenis Vaksin Ini

Ada Keperluan Kerajaan Bagi 2 Jenis Vaksin Ini

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 205 hits
SHAHBUDIN HUSINRasanya ada keperluan untuk kerajaan memberi hanya vaksin Pfizer dan AZ saja untuk rakyat yang beragama Islam Ini kerana dua jenis vaksin tersebut saja yang diterima oleh Arab Saudi untuk mengerjakan haji dan umrah dan sebaga...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya