Nasihat Berbeza Dalam Bisnes 10 Perkara Yang Perlu Ada Untuk Buatkan Perniagaan Anda Berjaya




Saya ada ikuti pendapat bagaimana nak jadikan sesebuah perniagaan itu berjaya oleh seorang bekas usahawan yang sekarang dah beralih arah lebih kepada falsafah kehidupan. Namanya Martin Butler.
Dia seorang ahli fizik teori yang habiskan doktoratnya terhadap teori umum relativity Einstein. Selepas habis belajar dia rasa agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Lalu dia mula membuat kerja-kerja analisa terhadap teknologi maklumat. 
Dia bernasib baik apabila kerja itu bertukar jadi sebuah bisnes yang berjaya bermula pada tahun 1990 dengan kosong, dan dia menjual bisnes yang dimulakan itu selepas 15 tahun menjalankannya. Ketika menjual bisnes tersebut, dia ada 150 orang pekerja di bawah syarikatnya.
Pandangannya terhadap usaha menjayakan sesebuah perniagaan agak berbeza berbanding apa yang semua orang selalu katakan. 
Bagi saya, ia sangat bernilai dan lebih realistik serta mudah faham. Berikut saya kongsikan nasihatnya di bawah ini.  
1. Nasib baikIni perkara utama yang perlu ada untuk membuatkan perniagaan anda sukses. Berada di tempat yang betul, pada masa yang betul dengan produk yang betul. 
Itu namanya bernasib baik sebab untuk merancang ketiga-tiga perkara tersebut berlaku serentak adalah hampir mustahil. Terlalu banyak pemboleh ubah atau faktor yang menentukan semua perkara tersebut berlaku serentak.
Jadi berdoalah sekerap mungkin, tanpa jemu agar anda dikurniakan rezeki yang sedemikian.
2. Cuba banyak kaliAda orang yang mencuba 18 perniagaan tapi semuanya gagal kecuali satu. Dan yang satu itu benar-benar membuatkan dia menjana kekayaan dan kejayaan yang besar. Dan dia kekal dengan bisnes tersebut.
Oleh itu, jangan jemu mencuba banyak kali. Untung nasib anda baik, satu menjadi sudah memadai.
3. LeverageAmbil kesempatan terhadap kelebihan yang anda ada pada tahap yang paling maksimum. Jangan lengah dan jangan buat separuh hati terhadap kelebihan itu. Pulun betul-betul dan pergunakan ia sesungguh hati.
Contohnya jika anda mendapat peluang sebagai satu-satunya ajen terhadap produk yang punya permintaan tinggi, buat betul-betul secepat kilat supaya produk anda sampai di segenap penjuru tempat tanpa gagal.
Jangan sampai ada orang lain cantas atau tiru atau ciplak. Pertahankan peluang itu dan jual dan jual sebanyak mungkin.
4. Jangan dengar nasihat profesionalNasihat dari pro biasanya adalah untuk buat perancangan yang betul, buat unjuran, sediakan plan dan bajet yang tepat untuk pastikan bisnes anda berjaya. Hakikatnya semua itu tidak ada apa-apa makna ketika anda baru memulakan perniagaan.
Anda tak tahu apa bakal berlaku pada perniagaan yang baru bermula. Semua unjuran dan perancangan itu tidak berguna.
Malah jika perniagaan anda sudah berjalan dengan baik, semua bajet serta unjuran secara terperinci oleh ahli profesional itu tidak menentukan kejayaan bisnes anda.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah patikan duit anda dibelanjakan pada perkara yang mendatangkan hasil. Itu saja.
5. PekaAnda perlu ada deria yang sensitif terhadap mengenal pasti apa yang boleh jalan dengan apa yang tak boleh jalan. 
Mana yang jalan, gandakan lagi usaha terhadap perkara tersebut. Manakala yang tak bergerak buang saja atau hentikan.
Hanya keadaan peka dalam melakukan kerja anda dalam perniagaan sahaja yang akan membantu untuk anda pilih mana yang jalan dan mana yang tidak.
6. Tiada nilai sentimentalUntuk pastikan perkara di atas berlaku, mesti ada keupayaan untuk menghapuskan apa yang anda sayang sekiranya ia tidak berjalan sebagaimana yang anda harapkan. Suka macam manapun, kalau tidak memberikan hasil, hapuskan atau hentikan saja.
Ini banyak menggagalkan para usahawan. Tak sanggup buang aktiviti, atau idea perniagaan yang dia sangat suka dan sayang. Anda tak kan mampu ajar orang untuk buat keputusan apa nak beli dan di mana nak belanjakan duit mereka. Kalau orang nak beli dia akan beli, kalau dia tak nak beli, tinggalkan saja idea tersebut.
7. Bisnes yang susahPerlu ada sekatan yang baik untuk pastikan orang lain yang nak buat bisnes yang sama jadi susah. 
Lagi tinggi sekatan, lagi bagus. Kalau boleh biar semua orang tak boleh buat bisnes itu melainkan anda saja.
Jika anda buat bisnes yang siapa saja boleh mulakan, akhirnya anda akan lawan harga makin lama makin rendah. Tak ada bisnes yang akan berjaya bila jual sampai tak ada untung.
8. Jangan pertaruhkan segalanya untuk bisnesPertahankan apa yang anda ada, jangan sampai habis.
Sebab 9 dari 10 bisnes akan gagal dalam tempoh setahun pertama mereka jalankan perniagaan. Jadi jangan buat perkara bodoh untuk pertaruhkan apa yang anda ada untuk perkara berisiko tinggi begitu.
Perniagaan yang betul akan menjana pulangan yang baik tanpa perlu menyuntik modal yang terlalu tinggi sehingga habis apa saja harta kekayaan yang anda ada. Suntik duit pada bisnes yang nak mati adalah kerja sia-sia. Ia tetap akan mati juga. Perlu tahu bial nak berhenti.
Jika kena perniagaan yang dijalankan, anda akan mendapat pulangan lumayan. Jika tak kena, buatlah apapun, ia hanya akan menghabiskan tenaga dan duit yang anda ada saja. Terima hakikat jika bisnes yang anda buat itu tidak menguntungkan, tinggalkan saja dan cari bisnes lain.
9. Kerja keras tidak membantuSekeras manapun anda berusaha, kerja sampai 16 jam sehari, jika bisnes itu tak menguntungkan, ia tetap tidak akan berubah menjadi untung. Tak perlulah tambah lagi kerja keras anda 3 ata 4 jam lagi kerana ia tidak akan membantu.
Sama macam di atas tadi, kalau bisnes nak mati, ia tetap akan mati. Kerja keras tak membantu. Mula kerja keras hanya pada benda yang nak hidup sahaja. Ketika itu insyaallah akan ada impak.
Jadi, pastikan anda curahkan tenaga pada bisnes yang betul dan kerja yang ada hasil.
10. Perlu daya ketahananDalam perjalanan anda berusaha menjayakan perniagaan, sudah tentu akan ada naik dan turun. Anda perlu bertahan, belajar dari apa yang berlaku dan melakukan perubahan jika perlu sehingga ia membuahkan hasil.
Jika tak ada daya ketahanan yang tinggi, anda tak akan mampu melakukan semua itu. Orang lembek tak ada tempat dalam urusan perniagaan.
Selepas anda berjaya membina perniagaan anda, fikirkan untuk menjualnya kepada entiti yang berminat. Tak payah cari venture capital atau angel capital untuk jual share perniagaan anda itu.
Cari sendiri mana-mana syarikat yang perlukan bisnes anda tersebut dan jual dengan harga yang betul. Dengan duit yang anda dapat, hidup aktif sebagai orang pencen.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2023/12/nasihat-berbeza-dalam-bisnes-10-perkara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Memilih Perniagaan Dengan Cara Paling Mudah Berjaya Dan Selamat

Panduan Memilih Perniagaan Dengan Cara Paling Mudah Berjaya Dan Selamat

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 119 hits
Bagaimana agaknya cara untuk pilih perniagaan yang mudah dan selamat untuk dijalankan Anda tentu ada impian untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri Itu perkara biasa sebab ramai orang idamkan perkara yang sama Tapi terlalu sedikit yang ben...
7 Perkara Yang Anda Perlu Buat Untuk Menguruskan Syarikat Perniagaan Dengan Baik

7 Perkara Yang Anda Perlu Buat Untuk Menguruskan Syarikat Perniagaan Dengan Baik

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 110 hits
Soalan paling kerap yang muncul dalam kepala setiap peniaga dalam menguruskan syarikat adalah macam mana nak menguruskan syarikat dengan baik Saya juga sering tertanya tanya apakah yang saya perlu buat yang boleh menunjukkan bahawa saya sed...
Kediaman Ahli Perniagaan Bergelar Tan Sri Diserbu Sprm

Kediaman Ahli Perniagaan Bergelar Tan Sri Diserbu Sprm

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 212 hits
HarapandailySuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri pagi tadi bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah perolehan membekal dan mengurus flit kenderaan kerajaan Malaysia Turut diserbu be...
Selalu Dadaa Yang Buatkan Ayda Jebat Kekok Tukar Lampin Anak Kedua

Selalu Dadaa Yang Buatkan Ayda Jebat Kekok Tukar Lampin Anak Kedua

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 151 hits
Betapa beruntungnya penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang diuruskan sepenuhnya oleh suaminya Nabil Mahir dalam bab bab menguruskan anak Pun begitu Ayda tetap mencuba menguruskan anak keduanya Aali Mateen biar pun merasa agak kekok untuk menu...
Kes Culik Ahli Perniagaan Bangladesh Inspektor Antara 7 Ditahan

Kes Culik Ahli Perniagaan Bangladesh Inspektor Antara 7 Ditahan

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 205 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pegawai polis antara tujuh suspek ditahan disyaki terbabit kes penculikan seorang warga Bangladesh di Bandar Seri Sendayan Seremban minggu lalu New Straits Times melaporkan ahli perniagaan itu dikatakan me...
Aktiviti Perniagaan Yang Mencurigakan Pada Akhir 1990 An Anak Bekas Perdana Menteri Disiasat Sprm

Aktiviti Perniagaan Yang Mencurigakan Pada Akhir 1990 An Anak Bekas Perdana Menteri Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 136 hits
Seorang anak bekas Perdana Menteri kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Beliau dikatakan berkaitan dengan aktiviti perniagaannya pada akhir tahun 1990an Siasatan itu terfokus kepada syarikat yang dimiliki oleh in...
Jalani Hidup Teratur Ini 6 Perkara Korang Perlu Tahu Jika Bercadang Untuk Menetap Di Korea

Jalani Hidup Teratur Ini 6 Perkara Korang Perlu Tahu Jika Bercadang Untuk Menetap Di Korea

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 113 hits
Ini mungkin petua berguna untuk sesiapa yang ingin ke Korea mahupun mahu menetap di sana ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaiy nak kongsikan 6 perkara yang korang perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk tinggal di Korea bagi tempoh masa ...
5 Perkara Yang Perlu Kita Stop Di Tahun 2024

5 Perkara Yang Perlu Kita Stop Di Tahun 2024

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 194 hits
Ahmad Shahril 1 STOP untuk terus mengejar ketika kamu sudah tahu kamu di buang 2 STOP untuk mencari ketika kamu sudah tahu kamu sudah di abaikan 3 STOP mengemis perhatian ketika kamu sudah tidak di perlukan 4 STOP menyakiti diri mu sendiri ...
12 Perkara Untuk Renungan Isu Pencerobohan Lahad Datu

12 Perkara Untuk Renungan Isu Pencerobohan Lahad Datu

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 186 hits
1 Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun Pegawai...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan