Nasi Lemak Telur Vs Nasi Lemak Ayam


 Assalamualaikum WBT
DALAM perjalanan ke Ipoh hari tu, kami singgah ke R&R Machap. Pak Inche kata, belum makan nasi, sebabnya paginya beliau dah sarapan dua bungkus nasi lemak daun pisang dan masih kenyang lagi tengaharinya. Kerja Pak Inche ni makin petang makin sibuk jadi teruslah tak sempat nak makan. Teringat di Machap ada stall yang menyajikan menu nasi dengan kari kambing, rupanya dah tak ada la stall tu, tapi aunty tu masih ada, cuma dah tak jual lagi menu kari kambing.

Kami ke gerai sebelahnya. Tak ada pilihan, Pak Inche makan nasi lemak, haha. Pagi nasi lemak, malam nasi lemak. Sk kalau dah nampak mee goreng, memang tak pandang lain la. Sk angkat pinggan nasi lemak dan mee goreng ke meja di hadapan kedai sementara Pak Inche membayar. Sementara itu, minta Iman pergi belikan minuman di stall sebelah stall aunty yang dulu jual kari kambing tu

Nasi lemak dengan mee goreng dah RM10, Pak Inche merungut sambil menggeleng kepala. Pehhh.. mahalnya makan di R&R. Sebab tu tak suka makan dekat R&R, rungut Pak Inche lagi. Sk tanya, mana resit? Pak Inche kata, budak tu tak bagi. Sk suruh Pak Inche bangun mintak resit. Pak Inche bangun pergi semula ke stall tu, kemudian dia datang semula bawa resit. Sk tengok dakwat pada resit dah pudar. Tapi masih nampak lagi total harganya RM10. Hurmm.. mahalnya, nasi lemak telur dengan mee goreng kosong RM10


Kemudian, Iman datang bawa dua mug nescafe panas dan teh o ais berserta sekotak Tauhu Bergedil. Semua sekali RM14, sambil tunjuk resit. Kami cerita pada Iman, kami kena RM10 untuk sepinggan nasi lemak telur dan mee goreng kosong. Iman kata, mahalnya! Iman duduk mengadap stall dan menelek tanda harga yang dipamerkan di papan tanda stall

Tengok resit! Minta Iman tiba-tiba


Haaa.. patutlah.. sini tulis nasi lemak ayam! Sk dan Pak Inche, dua-dua rabun tak pakai cermin mata, memang tak boleh nak baca nama makanan tu kecuali nampak total yang di'bold'
Pak Inche pulak dah habis makan, apa bukti dia makan telur bukan ayam?? Hahahah.. nasib teringat tadi ada ambil gambar sebelum makan. Sk terus bawa resit dan tunjukkan gambar makanan kami kepada staf stall tersebut. Menggigil-gigil eh dia nak bagi resit baru. Dahlah yang mula-mula tadi tak bagi resit, geram betul! Ni bukan pasal nak berkira RM2, tapi hak kita sebagai pembeli


Iman dok menatap menu dan harga di depan ni la sambil berfikir-fikir. Nasi lemak telur RM4. Mee goreng pulak tak ada harga kat situ. Takkanlah mee goreng kosong RM6, tu yang dia nak tengok resit. Tu yang dia nampak kat resit tu tulis nasi lemak ayam padahal sepatutnya nasi lemak telur, hahahaha. Tapi kan, mee goreng dia sedapppppp 😋😋😋


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/08/nasi-lemak-telur-vs-nasi-lemak-ayam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Ayam Penyet Special Di Suliana Cafe Kampung Jalan Kebun Klang Selangor

Nasi Ayam Penyet Special Di Suliana Cafe Kampung Jalan Kebun Klang Selangor

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 249 hits
Nasi ayam adalah satu menu hidangan makanan yang cukup sinonim apabila kita gagal untuk melebihkan pemikiran dalam memilih makanan Nasi Ayam Penyet Suliana Cafe Jalan KebunCukup mudah dengan adanya ayam yang diperap sehingga perang kehitama...
Resepi Nasi Lemak Mudah Dan Senang Masak

Resepi Nasi Lemak Mudah Dan Senang Masak

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 338 hits
Kita mak mak ni kerja tau tak kerja Masak tu wajib Kali ini mummy terajin nak masak Nasi Lemak Nasi lemak ini lain orang lain cara masaknya Kita masak Nasi Lemak resepi mudah dan senang masak je Hehehe Contents RESEPI NASI LEMAK MUDAH DAN S...
Masak Lemak Cili Padi Ayam

Masak Lemak Cili Padi Ayam

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 255 hits
Alhamdulillah kita bertemu lagi Haa dah klik iklan yang keluar di blog ke belum Dah klik follow blog ke belum Kalau belum boleh lah support blogger macam saya dengan klik apa apa yang patut Terima kasih atas kerjasama anda semua Sebenarnya ...
Nasi Lemak Sambal Paru Bekalan Hari Ini

Nasi Lemak Sambal Paru Bekalan Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 145 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM ada permintaan nak makan Nasi Lemak untuk makan malam Permintaan siapa lagi kalau bukan Raja Nasi Lemak Pak Inche la tuuuu Balik kerja di tangan Pak Inche jarang tak berbuah Pak Inche singgah Gerai Nasi Lemak Berl...
5 Resepi Cara Masak Nasi Ayam

5 Resepi Cara Masak Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 253 hits
Cara masak nasi ayam ni macam senang Tapi entahlah kadang kadang bila buat nasi ayam rasa macam nasi ayam kami tu kurang kick Erm banyak kali juga kena try and error cara masak nasi ayam sampai kena dengan selera kami sekeluarga Contents 5 ...
Santan Elevates Airasia S Famed Inflight Menu With First Of Its Kind Speciality Coffee And Plant Based Nasi Lemak

Santan Elevates Airasia S Famed Inflight Menu With First Of Its Kind Speciality Coffee And Plant Based Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 326 hits
Santan is taking its inflight dining options to new heights with the latest additions to its renowned AirAsia menu featuring a first of its kind freeze dried speciality coffee and a delectable Plant Based Pak Nasser s Nasi Lemak AirAsia s g...
Tips Rahsia Nasi Lemak Confirm Sedap

Tips Rahsia Nasi Lemak Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 337 hits
Nasi lemak adalah salah satu hidangan tradisional yang sangat terkenal di Malaysia Nasi lemak memiliki rasa berlemak dan bertekstur lembut hasil penggunaan santan yang memberikan aroma dan citarasa yang khas Nasi Lemak Hidangan ini merupaka...
Ayam Goreng Sambal

Ayam Goreng Sambal

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 219 hits
Bahan bahannya Bahan mesin 1 inci halia1 biji bawang besar3 ulas bawang putih1 2 ekor ayam dicuci digaul dgn garam kunyit dan digoreng hingga masak6 sudu makan cili kisar1 sudu makan asam jawa dicampur dengan 1 cawan air1 biji bawang besar ...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini