Resepi Nasi Lemak Mudah Dan Senang Masak
Kita mak-mak ni, kerja tau tak kerja. Masak tu, wajib. Kali ini, mummy terajin nak masak Nasi Lemak. Nasi lemak ini, lain orang lain cara masaknya. Kita masak Nasi Lemak resepi mudah dan senang masak je. Hehehe
Contents
RESEPI NASI LEMAK MUDAH DAN SENANG MASAK
Sebut tentang nasi lemak ni, kan. Teringat mengandungkan Dhia dulu. memang dok teringin Nasi Lemak Kampung Baru. Ada 2 tempat favorite Nasi Lemak Kg Baru City Garden dekat sekolah dan juga Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru.
Ini lah nasi lemak #dapurmummydhiadzal bersambalkan ikan bilis, kacang goreng, ikan bilis goreng, telur mata, telur rebus cumanya..
Timun is missing in action daaa. Ye lah kan adhoc plan nak masak nasi lemak. Dah la seharian hujan 2 hari lepas. Kereta pula 1 dah masuk workshop. Takpe lah, belasah apa yang ada kat dapur. Asalkan kita dapat jadikan nasi lemak. Cukup kot.
Mummy masak nasi lemak ni mudah je. Mummy gunakan santan kotak hari ini. Sebab santan asli tak ada..yang ada dalam peti santan kotak. Almaklum ler, dua hari lepas seharian hujan kan. Nak gi pasar malam pun bercinta. Santan kotak pun santan kotak ler janji nasi lemak.hehehe
BAHAN DAN CARA MASAK NASI LEMAK MUDAH DAN SENANG MASAK
Resepi Nasi Lmeak ini untuk kami 2 orang je suami isteri. Berikut adalah resepi nasi lemak untuk 2 orang makan:
Bahan-bahan Nasi Lemak:
1 cawan beras
2 cawan santan (pakai 1 kotak santan je..pekat hat KARA)
2 helai daun pandan
1/2 batang serai, hiris
1/2 inci halia, hiris
1/2 sudu teh garam
4 biji telur rebus, belah dua
1/2 cawan kacang tanah goreng
1/2 cawan ikan bilis goreng
Timun, hiris halus untuk hiasan
BAHAN SAMBAL NASI LEMAK
5 biji cili kering, rendam dalam air panas
3 biji cili merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm belacan, bakar
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula
1/4 cawan minyak masak
CARA MASAK NASI LEMAK GUNA RICE COOKER
1. Bersihkan beras dan rendam dalam air selama 30 minit.
2. Campurkan beras dengan santan, daun pandan, serai, halia, dan garam dalam periuk nasi.
3. Masak nasi seperti biasa dengan menggunakan rice cooker / periuk nasi elektrik.
CARA MASAK SAMBAL NASI LEMAK MUDAH
Sementara nasi dimasak, kita buat sambal dulu
1. Kisar semua bahan sambal dalam blender hingga hancur.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan sambal hingga wangi dan berminyak.
3. Masak sambal dengan api perlahan selama 10-15 minit sehingga sambal menjadi pekat dan minyak nampak di permukaan.
4. Hidangkan nasi lemak dengan sambal, telur rebus, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, dan hiasan timun.
Resepi ini mencukupi untuk 2 orang makan. Gandingkan nasi lemak yang enak dan lezat dengan pelbagai hidangan seperti telur rebus, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, dan sambal yang pedas dan sedap.
Selamat mencuba!
Resepi lain :-
>> Nasi Arab Mandy>> Bihun Goreng>> Resepi Nasi dan Lauk untuk 50 Orang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2016/12/resepi-nasi-lemak-mudah-dan-senang-masak.html