Nasi Ayam Penyet Special Di Suliana Cafe Kampung Jalan Kebun Klang Selangor


Nasi ayam adalah satu menu hidangan makanan yang cukup sinonim apabila kita gagal untuk melebihkan pemikiran dalam memilih makanan.

Nasi Ayam Penyet Suliana Cafe Jalan Kebun

Cukup mudah, dengan adanya ayam yang diperap sehingga perang kehitaman ayamnya, nasi yang bewarna kuning, dengan sup, sambal lada, sambal kicap dan daun salad.



Nasi Ayam Standard Ramai Ramai
Datang dalam satu set kesemua bahan-bahan di atas untuk dipanggil dan dikategorikan sebagai nasi ayam standard.
Kali ini penulis berjaya mencuba satu lagi nasi ayam yang terletak di Jalan Kebun, Klang.
Makanan Tema Masakan Vietnam
Sebuah restoran makanan siang yang lebih bertemakan ala Vietnam iaitu Suliana Kafe Jalan Kebun.
Memulakan percubaan selera di restoran ini, penulis memesan satu set nasi ayam spesial. 
Apa yang ada pada perkataan 'special' ni ?
Melalui khabar angin, lauk ayamnya ekstra banyak berbanding set nasi ayam biasa di restoran ini.
Nasi Ayam Penyet Special
Portion 
Dari segi 'portion', nasinya masih dalam julat kebiasaan iaitu semangkuk standard yang berjaya di telangkup ke dalam pinggan.

Nasi Ayam Penyet Special


Ini bahagian special yang diletakkan pada nama set menu ini, iaitu portion ayam. Tidaklah berapa besar bagi penulis ia adalah dalam kategori medium. Ayam bahagian paha yang telah di potong kepada empat bahagian dari seekor ayam.
Lain lain portion sampingan seperti salad, timun, sup, sambal lada dan sambal kicap dalam kapasiti biasa di kedai makan nasi ayam lain. Sambal lada dan kicap boleh ditambah kerana terdapat balang kecil ekstra untuk mereka yang inginkan sambal lebih.
Rasa Set Nasi Ayam Penyet Special
Nasi
Tidak begitu berbeza dengan adunan hasil tanakan nasi ayam di kedai nasi ayam lain. Agak lembut nasinya. Rempah dalam nasinya tidak begitu kuat, sepertimana pewarna dan aromanya yang agak sedan sedan tidak begitu menonjol.

Nasi Nasi Ayam


Namun, terdapat hirisan halia yang berjaya penulis temui yang mungkin menyebabkan rasa sangsi adakah ia lauk atau halia.
Ayam Goreng Ranggup
Seperti mana subtopik diatas, nasi ayam ini menggunakan ayam goreng yang ranggup berbanding dengan ayam perapan yang direbus dan sedikit rasa madu dalam perapan yang biasa ditemui di mana mana kedai nasi ayam. Sebab itulah namanya 'ayam penyet'.

Ayam Goreng Penyet Ranggup


Jika anda pernah makan nasi ayam penyet, hmm lebih hampir jika anda pernah menikmati nasi ayam geprek yang ayamnya digoreng ranggup sehingga kulitnya seumpama keropok, itulah gambarannya.
Walaupun digoreng ranggup, masih terdapat jus dan tidak begitu kering isi ayamnnya. Agak boleh tahan sebenarnya apabila dimakan dengan nasi beraroma dan bewarna hasil kunyit dengan ayam yang agak ranggup. Satu kelainan.
Sambal Lada
Kalau mahu dibandingkan dengan sambal lada yang penulis pernah nikmati sebelumnya, inipun agak lain.

Perasa Ekstra


Sejujurnya sambal lada ini bukan lebih kepada lada sejati, namun ala-ala sos keropok lekor lagipun teksturnya agak pekat.
Dari segi rasa, jika anda pernah makan sos pencicah keropok lekor dari pantai timur, ada irasnya. Manis dan pekat pada masa yang sama, beberapa saat kemudian akan hadir rasa pedas. Agak unik jika dibandingkan dengan sebelumnya.
Sambal Kicap
Tiada sebarang kriteria unik ditemui, cuma apabila bersatu dengan sambal lada di atas. Rasanya berbeza.
Sup Nasi Ayam
Untuk sup pula tidak banyak yang boleh dijelaskan melainkan ia agak wangi. Sewangi bedak sejuk. Penulis tidak mengatakan ia bancuhan bedak sejuk tetapi aroma baunya seakan bau bedak zaman dulu-dulu yang ada gambar ah soo bedak putih warna warni tu.
Suasana Restoran
Mungkin penulis boleh ceritakan sedikit tentang suasana di restoran Suliana Kafe ini.

Suasana Restoran


Agak mendamaikan kerana berada di tengah kampung. Dengan suasana redup hujan renyai ketika penulis sampai.
Deruan air terjun mini hasil dari satu kolam dipenjuru kiri kedai yang dilitupi dengan pohon rambutan.
Gantungan lampun ala kafe menghiasi ruang siling dengan lantainya dilengkapi dengan meja dan kerusi yang warnanya seredup suasan hujan renyai di kampung.
Dari impresi pertama, cukup menenangkan jiwa sebelum menenangkan perut sehingga kenyang.
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Terletak di tengah perkampungan Jalan Kebun Klang. Tidak begitu sukar untuk sampai ke restoran memandangkan ia berada di tepi jalan. Carian melalui Waze atau Google Maps pasti berhasil.
Suliana Kafe
Jln Haji Taib, 
Kampung Jln Kebun, 
40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Restoran
Dibuka setiap hari kecuali isnin minggu ke-2 dan ke-4 dari jam 11 pagi sehingga 11 malam.
Harga Makanan
Nasi Ayam Penyet Special : RM8.80/set
Cara Bayaran
Tunai
Debit kad (pin atau paywave)
Bank transfer




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2023/07/nasi-ayam-penyet-special-di-suliana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Ayam Merah Menu Baru Selera Johor

Nasi Ayam Merah Menu Baru Selera Johor

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 368 hits
Cerita kejadian hari Sabtu haritu Bila tengah selsema ditambah pula dengan sakit tekak dan batuk Jadi badan pun macam tak sihat dan lemau je rasa Tanda tanda kena rehat lah tu kan Hari cuti pula tu Bagi chance lah nak rehat Makanya makan te...
Nasi Minyak Ayam Masak Merah

Nasi Minyak Ayam Masak Merah

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 318 hits
Assalamualaikum WBTSEPATUTNYA hari Khamis yang Sk ambik cuti tu cadangnya nak masak Nasi Minyak tapi sebab memasing dah kenyang makan di tak jadilah nak memasaknya Ayam yang dah diperap garam kunyit Sk masukkan dalam freezer sebab belum tah...
Kutbah Di Selangor

Kutbah Di Selangor

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 224 hits
Ada yang minta aku ulas khutbah Jumaat di negeri Selangor semalam Aku orang Johor manalah aku tahu khutbah di Selangor Kalau di Johor khutbah tentang Hijrah bersempena awal Muharam Jadi gigihlah aku download teks khutbah semalam Tapi diseba...
Polis Selangor Terima 3 Laporan Mengenai The 1975

Polis Selangor Terima 3 Laporan Mengenai The 1975

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 350 hits
POLIS menerima tiga laporan berhubung kelakuan dan kenyataan biadab kumpulan dari United Kingdom The 1975 di Festival Good Vibes 2023 hari ini Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata ketiga tiga laporan itu diterima Ibu Pejabat Polis...
Pkr Tanding 58 Kerusi Antaranya 20 Di Selangor Kedah Negeri Sembilan Kelantan Terengganu Dan 13 Di Pulau Pinang

Pkr Tanding 58 Kerusi Antaranya 20 Di Selangor Kedah Negeri Sembilan Kelantan Terengganu Dan 13 Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 393 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR PKR mempertaruhkan 58 calon pada PRN enam negeri 12 Ogos ini Parti itu mempertaruhkan 20 calon di Selangor 6 di Negeri Sembilan dan 13 di Pulau Pinang negeri negeri ditadbir oleh kerajaan perpaduan Di Kedah yang di...
Kbs Negeri Selangor 2023

Kbs Negeri Selangor 2023

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 241 hits
SALAMAlhamdulilah di beri kesempatan untuk terus berkhidmat sebagai AJK Kebajikan Keselamatan dan Kecemasan untuk program KEM BESTARI SOLAT dibawah anjuran PPD KS PPD HULU SELANGOR dan PPD SABAK BERNAM berkolaborasi dengan SPI JPN Selangor ...
Merasai Penginapan Di Hotel Mewah Tapi Harga Murah Di Hotel Armada Petaling Jaya Selangor

Merasai Penginapan Di Hotel Mewah Tapi Harga Murah Di Hotel Armada Petaling Jaya Selangor

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 263 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Buat korang yang mencari penginapan hotel yang mewah tapi harga murah sekitar Selangor untuk stay atas tujuan berkerja atau sa...
Rakyat Selangor Marah Sanusi

Rakyat Selangor Marah Sanusi

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 186 hits
Rakyat Selangor dah marah Jangan harap PNgkhianat akan menang di Selangor PRN2023 TolakPN TolakPNDerhaka SanusiBiadap
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba