Nasi Lemak TanglinImage via @adie_salleh (Instagram)
Nasi Lemak TanglinImage via @_faezahnasir (Instagram)
Mali's CornerImage via @jiaoyi.my (Instagram)
Mali's CornerImage via @farhana.ab.rahman (Instagram)Jika anda beradadi sekitar Wangsa Maju, memang wajib anda kunjungi ke Mali's Corner ini untuk Nasi Lemak Ayam Goreng mereka yang memang popular. Ayam Goreng sini sangat rangup dan juicy kerana digoreng segar setiap 30 minit.Selain itu, anda juga memang wajib kena try Char Kuey Teow Basah di sini yang juga memang popular dan orang sentiasa beratur panjang untuk menikmatinya
Nasi Lemak WanjoImage via @hanschai (Instagram)
Nasi Lemak WanjoImage via @dhaniculinary (Instagram)Telah beroperasi selama lebih 55 tahun, Nasi Lemak Wanjo (dahulu dikenali sebagai Nasi Lemak Mak Wanjo) boleh dikatakan antara Nasi Lemak yang paling popular di KL. Bagi anda yang tidak menyukai sambal yang pedas, Nasi Lemak Wanjo ni memang sesuai untuk anda dengan sambal yang mempunyai rasa pedas dan manis. Tapi nasi lemak ini memang cukup flavourful apabila dimakan dengan lauk-lauk yang dihidangkan seperti limpa, sambal sotong, ayam goreng dan pelbagai lagi
Nasi Lemak CT GardenImage via @watie_z (Instagram)
Nasi Lemak CT GardenImage via @hanschai (Instagram)Nasi Lemak CT Garden ini merupakan salah satu hidden gem di KL yang terletak bersebelahan Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Dengan menggunakan resipi tradisi ibu pemilik, anda pasti akan menikmati nasi lemak autentik ini yang dibalut dengan daun pisang dan helaian surat khabar. Sangat sedap dan murah (hanya RM1 sebungkus), anda boleh menikmatinya dengan pelbagai lauk-pauk yang lazat seperti Rendang Daging, Telur Puyuh Sambal, Bergedil, Tempeh goreng sambal ikan bilis, Sardin sambal dan pelbagai pilihan lain!Alamat: Nasi Lemak CT Garden, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, 50300 Kuala LumpurWaktu Operasi: 6.00 petang - 4.00 pagi (Isnin - Jumaat)
Nasi Lemak SalehaImage via @amrimatsaaid65 (Instagram)
Nasi Lemak SalehaImage via @tinakhairani (Instagram)Nasi Lemak Saleha ini berasalnya dari Kampung Pandan, tapi kerana ia sangat popular, telahpun mereka membuka cawangan ini di sri rampai. Restoran ini memang terkenal dengan nasi lemak ayam rendangnya, dan Kak Saleha (pemilik kedai) menggunakan resipi tradisi keluarganya untuk memastikan kesedapan hidangannya. Selain nasi lemak popularnya, anda boleh mendapat banyak lagi hidangan sarapan pagi tradisi di sini seperti pulut kuning, pelbagai kuih-muih Melayu, Mee Rebus Johor, Lontong dan banyak lagi. Alamat: Nasi Lemak Saleha, Pusat Perindustrian Sri Rampai, 8, Jln Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala LumpurWaktu Operasi: 7.00 pagi - 12.00 tengah malam (setiap hari)No. Telefon: +03-4144 48806. Nasi Lemak Antarabangsa @ Kampung Baru
Nasi Lemak Antarabangsa Kampung BaruImage via @muhammadsadikin (Instagram)
Nasi Lemak Antarabangsa Kampung BaruImage via @linlinsdiary (Instagram)Memang confirm anda pernah dengar pasal Nasi Lemak Antarabangsa ini! Nasi lemak ini memang popular di KL, dan dikatakan nasi lemak kebanggaan penduduk Kampung Baru. Warung ini menghidangkan juadah nasi lemak dan juga lauk-pauk pelbagai variasi yang sememangnya cukup rasa. Sangat popular, anda juga boleh merasai nasi lemak popular ini di cawangan mereka di Bangsar, TTDI dan Kota Damansara.Alamat: Nasi Lemak Antarabangsa, 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala LumpurWaktu Operasi: 6.00 petang - 12.00 pagi (Isnin)
R.A Nasi LemakImage via @derpyluke (Instagram)
R.A Nasi LemakImage via @afiq_nazar (Instagram)Terletak berdekatan Nasi Lemak Antarabangsa (di belakang stesen LRT Dang Wangi), anda juga wajib cuba warung R.A Nasi Lemak ini yang juga terkenal di sekitar Kampung Baru untuk nasi lemaknya yang lazat sekali. Nasi lemak ini dihidangkan secara self-servis, jadi anda boleh ambil sebanyak mana nasi, sambal dan lauk-pauk untuk memuaskan craving nasi lemak anda. Tapi, sebagaimana warung nasi lemak popular yang lain, anda harus beratur panjang dulu sebelum dapat menikmati nasi lemak ini. Tapi dengan harganya murah dan rasanya yang sedap, memang berbaloi untuk menunggu! Alamat: R.A Nasi Lemak 15, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala LumpurWaktu Operasi: 6.30 pagi - 3.00 petang (Isnin-Jumaat)
Nasi Lemak Pak HassanImage via @ahchay6703
Nasi Lemak Pak HassanImage via @eatout.kualalumpur (Instagram)Warung Pak Hassan ini memang famous kat Kampung Baru untuk 2 benda, iaitu nasi lemak ayam yang sangat lazat dan juga roti canai yang cukup istimewa yang dihidangkan dengan kari kaki ayam yang cukup sedap! Warung ini telah beroperasi lebih daripada 70 tahun, dan diniagai oleh keluarga Pak Hassan sendiri. Lauk nasi lemak yang paling digemari olen pengunjung warung ini adalah sambal sotong dan ayam masak merahnya yang memberikan rasa manis pedas yang sangat balanced!
Nasi Lemak Tepi Jalan 1996Image via @nasilemaktepijalan_1996 (Instagram)
Nasi Lemak Tepi Jalan 1996Image via nasilemaktepijalan_1996 (Instagram)Jika anda berada di sekitar Cheras pula, anda WAJIB berkunjung ke restoran nasi lemak ini yang famous dengan Nasi Lemak Lobster yang telah viral pada tahun lepas! Harga Nasi Lemak Lobster sedikit mahal, tapi sangat berbaloi untuk mencubanya!Alamat: 28-G, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala LumpurWaktu Operasi: 9.30 pagi - 12.30 tengah malam (Setiap hari, kecuali Rabu)
Pak Omar Nasi Lemak ChampionImage via @pakomarchampion
Pak Omar Nasi Lemak ChampionImage via @afzalsukasuki (Instagram)Jika anda di Publika, anda memang kena kunjungi Nasi Lemak Champion Pak Omar. Hidangan istimewa di sini adalah set Nasi Lemak Jumbo (3-4 orang) mereka yang dihidangkan dengan lauk ayam berempah, rendang kambing, sayur kangkung, sambal sotong dan 3 mangkuk nasi yang cukup berlemak. Hidangan ini memang cukup padu dan memang puas makan bersama rakan-rakan
Active Search Results Search Engine|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |