Mcdonald S Malaysia Raikan Identitinya Sebagai Syarikat Malaysia



JOM LEPAK...Mana? Mcd...!! Hmmm...memang ayat power...haaaa..tulah selalu Seri Wangi dengar..tapi Seri Wangi bukan kaki lepak tau...selalu dengar anak-anak Seri Wangi dengan kekawan dia...kalau nak makan, nak lepak sambil study tempat paling win...McD!! Bila ingat McD...ingat Burder McD lah...apa lagikan? Sedap ke? Ishhhh...memanglah sedapkan? Agak-agaknya dah berapa lama McDonal's Malaysia bertapak di Malaysia? Tak tau kan? Haaaa....Seri Wangi pun tak tau jugak.


McDonald's Malaysia


Sempena menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald's Malaysia meraikan 37 tahunnya sebagai Syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya Mekdi - panggilan tempatan bagi McD iaitu kependekan bagi McDonald's yang kini jelas terpampang di Restoran McDonald's Bukit Bintang, Lokasi pertama McDonald's di Malaysia yang dibuka pada tahun 1982. Hmmm...kalau korang nak tau tahun 1982 Seri Wangi bekerja di Kota Kinabalu, Sabah, sama tahun dengan kelahiran anak kedua Seri Wangi.




Seri Wangi dan rakan-rakan juga bersama hadir meraikan 37 tahun McD di Restoran McDonald's Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Jelas Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai bahawa sepanjang 3 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald's Malaysia seperti yang dikenali hari ini. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan tersebut pihak McD telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan di mana ianya sinonim dengan jenama McD.


Melati Abdul Hai


NASI LEMAK McD

Kemeriahan dalam meraikan Bulan Kebangsaan,  McDonald's Malaysia menyambut segala yang berkaitan Malaysia dengan memperkenalkan Nasi Lemak McD  hidangan kegemaran ramai rakyat malaysia dalam versinya tersendiri. 


Hmmm...sedapnya Nasi Lemsk McD sebab Seri Wangi dah pun rasa keenakannya. Hidangan nasi lemaknya lengkap dengan nasi bersantan yang wangi, ada ikan bilis rangup, timunnya segar dan sedap, telur goreng serta sambal pedas yang pasti tak puas makan. Dan kalau uoll suka boleh tambah Ayam Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau.

Menyedari populariti Nasi lemak McD di kalangan rakyat Malaysia, McDonald's Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di Laman Web: Change.org supaya Nasi Lemak diiktirafkan secara rasmi sebagai hidangan Kebangsaan Malaysia dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September). Untuk turut serta petisyen ni uoll bolehlah layari: http://chng.it/LDfjGDJsQs


McDonald's Malaysia -  Berjiwa Rakyat
Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald's Malaysia dikendalikan mengikut kehendak citarasa tempatan - darpada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal. Antaranya:


Pilihan menu bercitarasa tempatan: 
Selain menu utamanya, McDonald's Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu terbaru Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Malah, Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya. Citarasa tempatan turut diserap ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald's di seluruh negara pada masa ini.


  

Penggunaan bahan-bahan mentah:

80 peratus daripada bahan-bahan McDonald's Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran dan sos termasuk sos Cili dihasilkan atau diperolehi di dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik yang ditawarkan.

Restoran didukung oleh tenaga kerja warga Malaysia:  

McDonald's Malaysia kini menggaji semua 14,000 rakyat Malaysia dan syarikat itu komited utuk menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.

Pemegang Francais 100 peratus warga Malaysia: 

McDonald's Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatan kami adalah warga Malaysia yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.
Aktiviti akar umbi setempat:

Restoran McDonald's di seluruh negara menyumbang semula kepada masyarakat setempat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, Seri Wangi dan rakan-rakan juga bersama hadir meraikan 37 tahun McD di McDonald's Malaysia telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyaratan.

Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia

Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) McDonald's Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah program 'Kembali ke Sekolah' yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.


Kini Nasi Lemak McD boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald's 24 jam sehari. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, hanya yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dab Teh Ais Limau.






Untuk maklumat lanjut layari
Websitewww.mcdonalds.com.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2019/08/mcdonalds-malaysia-raikan-identitinya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mekdi Mcdonald S Malaysia Terima Mekdi Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka Sempena Hari Merdeka Dan Hari Malaysia

Mekdi Mcdonald S Malaysia Terima Mekdi Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka Sempena Hari Merdeka Dan Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 973 hits
Mekdi McDonald s Malaysia Terima Mekdi Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka Mekdi McDonald s Malaysia Terima Mekdi Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Satu M...
Netizen Mahu Malaysia Raikan Hari Malas Sedunia Seperti Di Colombia

Netizen Mahu Malaysia Raikan Hari Malas Sedunia Seperti Di Colombia

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 373 hits
Tahukah anda bahawa Hari Malas Sedunia diraikan setiap Ogos Baru baru ini penduduk di Colombia telah meraikan hari berkenaan di sepanjang jalan bagi mengingatkan orang ramai bahawa tekanan boleh membawa maut Sumber Elite Readers Sehingga ki...
Sambutan Rumah Ronald Mcdonald Ke 20 Tun Dr Siti Hasmah Puji Rmhc Malaysia

Sambutan Rumah Ronald Mcdonald Ke 20 Tun Dr Siti Hasmah Puji Rmhc Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 216 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Piala Malaysia Nafuzi Anggap Kekalahan Di Tangan Negeri Sembilan Sebagai Satu Peringatan

Piala Malaysia Nafuzi Anggap Kekalahan Di Tangan Negeri Sembilan Sebagai Satu Peringatan

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 266 hits
Pengendali pasukan Terengganu Nafuzi Zain mengakui agak kecewa dengan kekalahan di tangan Negeri Sembilan Namun beliau memberikan kredit kepada pasukan Negeri Sembilan yang disifatkan beliau beraksi dengan baik Nafuzi menyatakan dia berpuas...
Puluhan Penerbangan Tergendala Malaysia Airport Minta Penumpang Hubungi Syarikat Penerbangan

Puluhan Penerbangan Tergendala Malaysia Airport Minta Penumpang Hubungi Syarikat Penerbangan

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 186 hits
Kuala Lumpur 22 Ogos Setakat 10 malam tadi sebanyak 68 penerbangan mengalami kelewatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini Menurut Malaysia Airports lapangan terbang tersebut mengalami gangguan sistem menyebabkan kelewata...
Hairul Azreen Sebagai Duta Sun Life Malaysia

Hairul Azreen Sebagai Duta Sun Life Malaysia

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 324 hits
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai reader semua Bonde ingin kongsikan info berkaitan Aplikasi SunAccessSUN LIFE MALAYSIA MEMPERKASAKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN JAMINAN KEWANGAN LEBIH BAIK DAN PENGALAMAN PELANGGAN LEBIH LANCAR DAN MUDAH Pela...
Nasi Lemak Mcd Jadi Menu Tetap Di Mcdonald S Malaysia Eh Mcd Ke Mekdi

Nasi Lemak Mcd Jadi Menu Tetap Di Mcdonald S Malaysia Eh Mcd Ke Mekdi

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 808 hits
Assalamualaikum hye korang Dah makan belum Nasi Lemak McD Haa dengar cerita Nasi Lemak dah muncul kembali tapi kali ni sambal dia pergh lagi sedap But one thing nak share dengan korang sebab tengah kecoh sekarang tentang shortform MEKDI Kal...
Sun Life Malaysia Kini Dengan Sun Infinity I Dan Aplikasi Sunaccess

Sun Life Malaysia Kini Dengan Sun Infinity I Dan Aplikasi Sunaccess

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 377 hits
Dalam situasi ekonomi negara yang tidak begitu baik kini keperluan kepada perlindungan diri dan keluarga ketika kecemasan amatlah penting untuk di miliki supaya kita sentiasa bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal datang Ana yak...
Hackathon Data Terbuka Malaysia 2019

Hackathon Data Terbuka Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 284 hits
Hackathon Data Terbuka Malaysia 2019 merupakan satu pertandingan pembangunan aplikasi produk menggunakan set data yang disediakan di Portal Data Terbuka Malaysia sebagai data asas di samping menggunakan sumber sumber data lain Penganjuran H...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan