Nasi Hujan Panas Dan Harumanis Perlis


Catatan kisah semalam, hari Sabtu. Saya dan encik suami ke Perlis balik hari, bertolak dari PP kira-kira pukul 11 pagi dan tiba semula di PP kira-kira pukul 11.30 malam. Sekejap saja kerana menghadiri jamuan raya di rumah adik ipar (adik encik suami) di Kangar

Rancangan awalnya nak bermalam di rumah mereka, hari ini (Ahad) bolehlah jalan-jalan di Perlis. Tapi encik suami ada urusan yang perlu dibereskan hari ini, maka kita balik hari sajalah Pulau Pinang - Perlis. Tempoh perjalanan sekitar 2 jam 30 minit hingga 3 jam sehala

Jamuan bermula pada pukul 3 petang, kami ahli keluarga termasuk mak mentua makan dulu. Mak mentua saya ada di Perlis sekarang ni, ikut adik ipar balik lepas beraya di Johor tempoh hari. Tukar angin

Menu utama jamuan hari ini - nasi hujan panas, gulai dalca, ayam goreng berempah dan kuey teow goreng. Hidangan lain - bubur kacang hijau (dengan campuran sagu dan jagung), kuih seri muka bakar, kek red velvet cream cheese, popia, buah pisang, potongan buah mangga muda & pencicah kuah rojak Mak Bee

Inilah nasi hujan panas, foto langsung dari tong nasi 😄. Teringat kali pertama saya makan nasi hujan panas ni semasa majlis perkahwinan adik ipar lebih 18 tahun lalu. Di lokasi yang sama sekarang ni, cuma rumah je dah bertukar binaan baru. Sejak itu saya suka makan nasi hujan panas

Sedap semua hidangan yang tersedia. Terutamanya kuih seri muka bakar yang baru pertama kali saya makan. Tengok dari atas macam kuih bakar, tengok sisi barulah nampak rupa kuih seri muka. Lemak sedap dan lembut

Balik PP malamnya kami dapat banyak bekalan makanan. Jadinya hari ini saya tak perlu memasak. Alhamdulillah

Selain dapat bekalan makanan jamuan, kami juga bawa pulang dua kotak buah mangga Harumanis. Encik suami kirim beli sekotak daripada kawan adiknya, tapi adiknya tak mau terima bayaran. Siap diberi dua kotak mangga Harumanis pulak. Semoga murah rezeki adik ipar sekeluarga belanja kami makan mangga yang berbau harum dengan rasa lemak manis ini

Untuk rekod, tahun ini rata-rata penjual di Perlis meletakkan harga RM25 / kg bagi mangga Harumanis. Di jual dalam kotak 2 kg atau 3 kg. Buah mangga Harumanis yang kami dapat kali ni dalam kotak 2 kg, ada 7 biji buah mangga di dalamnya. 
Kebetulan masa kami datang semalam, ada sebiji buah kuini yang masak gugur ke tanah. Adik ipar beri kami untuk merasa. Harum semerbak kereta dengan aroma buah kuini, kalah bau mangga Harumanis 😄
Seingatnya dah lama kami tak makan buah kuini. Bila tengok blogger Puan Hazel buat sambal, teringin jugak kita nak menyambal. Tapi tadi siang kami makan begitu saja, mengenangkan dah lama tak makan buah kuini ni kan. Insya Allah lain kali kalau ada rezeki, kita buat sambal kuini pulak ya

Bagaimana rasa buah kuini? Rasanya sedap manis dan sedikit bergas. Kulit kuini tebal, susah sedikit nak mengupasnya berbanding buah mangga

Perjalanan kami pulang dari Perlis ke PP ditemani bulan purnama malam 16 Syawal. Kelihatan besar dan bersinar terang. Malam yang indah 😍. Segala puji bagi Allah yang menciptakan seluruh alam ini dengan aturan cukup sempurna










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/05/nasi-hujan-panas-dan-harumanis-perlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telur Kukus Simple Sangat Sedap Rasanya Makan Dengan Nasi Panas Panas Ini Resipinya

Telur Kukus Simple Sangat Sedap Rasanya Makan Dengan Nasi Panas Panas Ini Resipinya

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 207 hits
Hari ini Pa Ma akan kongsikan satu menu sihat yang mudah untuk dimasak dan juga sedap di makan dengan nasi panas Resipi ini dikongsikan oleh di Instagram Bahan bahan 2 biji telur Garam secukup ras 1 2 cawan air Daun bawang Lada putih Udang ...
Cuaca Panas Murid Tak Perlu Uniform Baju T Sukan Memadai Pensyarah

Cuaca Panas Murid Tak Perlu Uniform Baju T Sukan Memadai Pensyarah

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 734 hits
Imej hiasanKUALA LUMPUR Tidak perlu tangguh pembukaan sekolah atau lanjutkan cuti susulan keadaan cuaca panas di negara ini kata Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia Anuar Ahmad Beliau sebalikny...
Tnb Kongsi Tips Jimat Elektrik Ketika Cuaca Panas

Tnb Kongsi Tips Jimat Elektrik Ketika Cuaca Panas

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 199 hits
KUALA LUMPUR Tenaga Nasional Berhad menyarankan pengguna kediaman untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah sepanjang tempoh peningkatan titik panas dan jerebu ekoran cuaca kering ketika ini
Cuaca Panas Sekolah Tidak Perlu Ditutup Ibu Bapa

Cuaca Panas Sekolah Tidak Perlu Ditutup Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 478 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Kesatuan kesatuan penndidikan berpendapat bahawa melanjutkan cuti persekolahan disebabkan oleh gelombang panas akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar lapor akhbar The Star hari ini Pengerusi Pers...
Cuaca Panas Jangan Lambat Ambil Anak Di Sekolah Nutp

Cuaca Panas Jangan Lambat Ambil Anak Di Sekolah Nutp

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 181 hits
Imej hiasanSHAH ALAM Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia menggesa ibu bapa agar tidak lambat mengambil anak anak selepas waktu sekolah bagi mengelakkan kanak kanak diancam strok haba setelah sesi persekolahan dibuka semula 2...
Cuaca Panas Kabinet Sabah Bincang Lanjut Cuti Sekolah

Cuaca Panas Kabinet Sabah Bincang Lanjut Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 307 hits
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif Gambar fail NSTPKOTA KINABALU Sebarang keputusan mengenai cadangan melanjutkan cuti persekolahan di Sabah berikutan cuaca panas ketika ini akan dibawa untuk perbincang...
Cuaca Panas Melampau Ramai Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan

Cuaca Panas Melampau Ramai Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 280 hits
Cuaca Panas Melampau Ramai Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan Akhir akhir ini kita berhadapan dengan suhu yang terlampau panas sehingga mencapai 37 darjah celcius Cuaca Panas Melampau Ramai Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan Tidak sed...
Cuaca Panas Kurangkan Aktiviti Luar Bilik Darjah Tidak Perlu Tutup Sekolah Pensyarah

Cuaca Panas Kurangkan Aktiviti Luar Bilik Darjah Tidak Perlu Tutup Sekolah Pensyarah

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 254 hits
Inej hiasa KUALA LUMPUR Ahli akademik menyifatkan tiada keperluan mendesak ketika ini untuk melanjutkan cuti persekolahan akibat cuaca panas melampau sebaliknya beberapa langkah dicadangkan supaya pelajar tidak terdedah dengan risiko strok ...
Cuaca Panas Guru Pelajar Dibenar Pakai T Shirt Sukan Setiap Hari Kpm

Cuaca Panas Guru Pelajar Dibenar Pakai T Shirt Sukan Setiap Hari Kpm

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 168 hits
Cyberjaya Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah tidak akan dilaksanakan sekiranya ada sekolah yang memohon penutupan sekolah untuk sementara waktu berikutan cuaca panas melampau Bagaimanapun hari persekolahan mungkin diganti mengikut ta...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Big Stage Alpha 2025

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf