Cuaca Panas Jangan Lambat Ambil Anak Di Sekolah Nutp


Imej hiasan
SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa ibu bapa agar tidak lambat mengambil anak-anak selepas waktu sekolah bagi mengelakkan kanak-kanak diancam strok haba setelah sesi persekolahan dibuka semula 2 Mei ini.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, seramai tiga juta murid berusia 12 tahun dan ke bawah termasuk prasekolah akan kembali semula ke sekolah pada minggu depan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Tegasnya, ibu bapa perlu mainkan peranan bagi mengelakkan anak-anak mereka terdedah dengan cuaca panas yang boleh memberi ancaman strok haba.

"Jangan lambat ambil anak selepas waktu sekolah dan jangan biarkan anak-anak bermain dalam cuaca panas selepas waktu sekolah.

"Di pihak guru, usaha akan dijalankan sebaik mungkin bagi memastikan tahap kesihatan murid semasa di sekolah akan terus terjaga dalam berhadapan isu cuaca panas ini," katanya kepada Sinar Ahad.

Jemaah Menteri pada Jumaat dilaporkan akan berbincang sama ada terdapat keperluan melanjutkan cuti persekolahan sempena Hari Raya susulan fenomena cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai langkah telah diambil termasuk mengkoordinasi kerjasama pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri bagi membantu rakyat menghadapi fenomena berkenaan.

Mengulas lanjut, Aminuddin menjelaskan, dalam situasi cuaca sekarang, tiada keperluan mendesak untuk memanjangkan tempoh cuti sekolah.

"NUTP berpandangan sekolah boleh beroperasi sebagaimana yang dijadualkan tetapi dengan beberapa pematuhan kepada garis panduan penutupan institusi pendidikan yang telah dikeluarkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi surat bertarikh 28 April 2023.

"Yang penting, aktiviti luar bilik darjah seperti kokurikulum, sukan dan aktiviti pendidikan jasmani perlu ditangguhkan. Cadangan pihak KPM dalam garis panduan tersebut telah menyeluruh dalam usaha mengatasi isu mengoperasikan sekolah dalam cuaca panas," ujarnya.

Garis panduan itu menetapkan pentadbir boleh menutup institusi pendidikan sekiranya cuaca panas mencapai suhu tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut dan diisytiharkan gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Pentadbir juga diarahkan menghentikan semua aktiviti luar yang melibatkan murid dan guru atau pensyarah sekiranya suhu panas berada pada tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

Antara contoh aktiviti luar yang tidak sesuai dilaksanakan pada tahap suhu amaran pertama ialah merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/cuaca-panas-jangan-lambat-ambil-anak-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuaca Panas Kurangkan Aktiviti Luar Bilik Darjah Tidak Perlu Tutup Sekolah Pensyarah

Cuaca Panas Kurangkan Aktiviti Luar Bilik Darjah Tidak Perlu Tutup Sekolah Pensyarah

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 286 hits
Inej hiasa KUALA LUMPUR Ahli akademik menyifatkan tiada keperluan mendesak ketika ini untuk melanjutkan cuti persekolahan akibat cuaca panas melampau sebaliknya beberapa langkah dicadangkan supaya pelajar tidak terdedah dengan risiko strok ...
Cuaca Panas Sekolah Tidak Perlu Ditutup Ibu Bapa

Cuaca Panas Sekolah Tidak Perlu Ditutup Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 499 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Kesatuan kesatuan penndidikan berpendapat bahawa melanjutkan cuti persekolahan disebabkan oleh gelombang panas akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar lapor akhbar The Star hari ini Pengerusi Pers...
Cadangan Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr Bagi Negeri Negeri Alami Cuaca Panas Melampau

Cadangan Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr Bagi Negeri Negeri Alami Cuaca Panas Melampau

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 499 hits
KESATUAN Kebangsaan Guru Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia mencadangkan lanjutan cuti persekolahan bersasar buat negeri yang benar benar terkesan dengan cuaca panas melampau Presidennya Jasni Md Kechik berkata pihaknya menyambut ba
Cuaca Panas Cadangan Lanjut Cuti Sekolah Perlu Dibincang Jemaah Menteri Tpm

Cuaca Panas Cadangan Lanjut Cuti Sekolah Perlu Dibincang Jemaah Menteri Tpm

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 386 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jemaah Menteri perlu berbincang untuk melanjutkan cuti sekolah berikutan fenomena gelombang haba Katanya perkara tersebut perlu dilakukan susulan fenomena haba panas yang mel...
Cuti Sekolah Mungkin Dilanjutkan Berikutan Cuaca Panas Melampau

Cuti Sekolah Mungkin Dilanjutkan Berikutan Cuaca Panas Melampau

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 341 hits
JEMAAH Menteri akan berbincang keperluan untuk melanjutkan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri atau sebaliknya berikutan fenomena cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini Memetik laporan Harian Metro Timbalan Perdana Menteri...
Tempurung Kepala Anak Retak Jatuh Tangga Naik Walker Biar Lambat Jalan Asal Jangan Guna Walker

Tempurung Kepala Anak Retak Jatuh Tangga Naik Walker Biar Lambat Jalan Asal Jangan Guna Walker

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 204 hits
Penggunaan walker selalu jadi pilihan mak ayah kita di negara ini untuk melatih anak agar cepat berjalan Hakikatnya penggunaan walker ini diharamkan di beberapa negara termasuklah Canada Semuanya kerana sistem keselamatan walker yang langsu...
Cuaca Panas Kabinet Sabah Bincang Lanjut Cuti Sekolah

Cuaca Panas Kabinet Sabah Bincang Lanjut Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 327 hits
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif Gambar fail NSTPKOTA KINABALU Sebarang keputusan mengenai cadangan melanjutkan cuti persekolahan di Sabah berikutan cuaca panas ketika ini akan dibawa untuk perbincang...
Cuaca Panas Tiada Permohonan Tutup Sekolah Setakat Ini Timb Menteri

Cuaca Panas Tiada Permohonan Tutup Sekolah Setakat Ini Timb Menteri

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 239 hits
Hui Ying di SJKT Bharaty Alor Setar Kedah hari ini ALOR SETAR Kementerian Pendidikan setakat ini tidak menerima sebarang permohonan daripada Jabatan Pendidikan Negeri untuk menutup mana mana sekolah susulan keadaan cuaca panas pada ketika i...
Fenomena Panas Cuti Sekolah Dilanjutkan Perlu Perbincangan Tpm Zahid

Fenomena Panas Cuti Sekolah Dilanjutkan Perlu Perbincangan Tpm Zahid

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 309 hits
Gambar hiasanPONTIAN 28 April Jemaah Menteri harus berbincang sama ada cuti sekolah perlu dilanjutkan susulan fenomena haba panas yang melanda negara ketika ini sehingga menyebabkan dua kematian melibatkan kanak kanak kata Timbalan Perdana ...
Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power

Pokok Kelapa Tepi Rumah

Klia S Aerotrain System Operational Next Month Loke

Serawa Buah Bachang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Rajuk Naratif Dicipta Lawan

Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Garlic Oyster Lamb

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy