Cuaca Panas Melampau Ramai Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan


 

Cuaca Panas Melampau : Ramai Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan. Akhir-akhir ini kita berhadapan dengan suhu yang terlampau panas sehingga mencapai 37 darjah celcius.
Cuaca Panas Melampau : Ramai Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan Tidak sedikit ibubapa yang menyuarakan kebimbangan dan menyarankan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia agar melanjutkan cuti sekolah kerana bimbang akan kesihatan anak-anak mereka terjejas dengan keadaan cuaca sekarang. Kebimbangan ini berlanjutan kerana sebelum ini dilaporkan 2 kanak-kanak meninggal dunia akibat strok haba.
Diharapkan KPM membuat pertimbangan dengan sebaiknya untuk menyambung lagi tempoh cuti sekolah yang berlanjutan daripada aidilfitri baru-baru ini agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini kepada kanak-kanak.
STROK HABA (HEAT STROKE) MEMATIKAN Berita kelmarin telah mengejutkan kita rakyat Malaysia bahawa ini bukan satu hal yang boleh diremehkan. Kematian dua kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan bayi 1 tahun di Kelantan ini membuka mata kita untuk lebih peka dan berjaga-jaga.
Post mortem bagi kedua-dua kematian membuktikan disebabkan dan komplikasinya.
Baik. Saya ingin berkongsi sedikit berkenaan strok haba yang boleh membahayakan nyawa ini dan meminjam masa anda 2 minit untuk membaca.
Pendedahan kepada matahari pada suhu melebihi 32 darjah Celsius secara berterusan untuk jangkamasa panjang boleh menyebabkan seseorang diserang penyakit-penyakit akibat haba tersebut.
.
Strok Haba adalah pemanasan tubuh berlebihan pada keadaan suhu badan kita meningkat sehingga 40 darjah atau lebih disebabkan pendedahan berpanjangan atau senaman fizikal dalam cuaca yang ekstrim panas.
boleh mengakibatkan kerosakan pada beberapa organ penting atau vital dalam tubuh iaitu otak, jantung, buah pinggang dan kerosakan atau kecederaan otot-otot❗️
Sebelum terjadinya strok haba, individu tersebut akan mengalami gejala dan tanda kelesuan haba (Heat Exhaustion).

Gejala dan Tanda Kelesuan Haba seperti;  Suhu badan 37 hingga 39  Denyutan jantung laju Pening atau sakit kepala Loya atau muntah Letih teramat  Lemah  Berpeluh yang banyak  Jika ada tanda-tanda ini, segera berikan pertolongan pertama iaitu ; Longgarkan atau tanggalkan pakaian Mandikan dengan air sejuk. Basahkan kulit badan pada kepala, leher, ketiak dan badan Anginkan dengan kipas atau berada dalam ruang berhawa dingin. Berikan minuman air sejuk segera. Rehatkan dalam ruangan terbuka dan sejuk. Jika pertolongan pertama ini tidak dilakukan, maka risiko terjadinya strok dalah sangat tinggi ‼️
Individu akan menjadi semakin lesu dan sedikit demi sedikit organ penting dalam tubuh akan terjejas.
Gejala dan Strok Haba adalah seperti berikut; Suhu badan 40 atau lebih Fungsi otak terjejas misalnya tidak dapat berfikir dengan normal, celaru, atau hampir pengsan.  Percakapan terjejas.  Mental terganggu atau delirium Pengsan atau koma  Sawan.
Beza dengan kelesuan haba ialah pada strok haba individu tersebut tidak akan mengeluarkan peluh lagi kerana telah mengalami dehidrasi sangat teruk.
 
Kulit atau skin turgor pada strok haba juga kering dan berkurang.
Air kencing pada mereka yang mengalami kelesuan haba sudah berkurang atau strok haba pula hampir tiada kerana dehidrasi yang teruk akibat tiada pertolongan pertama diberikan. Ini menyebabkan kerosakan buah pinggang
Otak dan jantung juga mula bengkak dan fungsi boleh berhenti pada bila-bila masa.

Baik, apa langkah mencegah dan apa rawatan jika berlaku di depan mata kita?? Risiko? Komplikasi?? Strok haba boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup atau mati apabila tidak mendapat rawatan segera.‼️
Jika ada individu mengalami strok haba, segera lakukan pertolongan pertama seperti berikut;
1. Buat panggilan kecemasan ambulans 999 atau bawa ke klinik/ hospital berdekatan dalam 10 -15 minit pertama.
2. Pindahkan mangsa ke tempat lebih sejuk dan terlindung serta selamat.
3. Baringkan mangsa tersebut dan tinggikan kaki.
4. Buka baju mangsa atau longgarkan. Jaga aurat individu sesuai keadaan.
5. Sejukkan tubuh mangsa dengan cara;
– mandikan atau siram dengan air sejuk
– lap dengan tuala sejuk pada keseluruhan badan terutama di kepala.
– balut dengan pakaian atau kain basah yang sejuk sehingga petugas kesihatan sampai.
– kipaskan atau halakan penghawa dingin ke arah badan mangsa.
6. Sentiasa bersama mangsa dan pastikan mangsa sentiasa dalam keadaan sedar dengan cara bercakap kepada mangsa.
7. Pastikan ruang udara yang baik. Tidak ada kumpulan ramai atau sesak.
Cuti Sekolah Mungkin Dilanjutkan, Cuaca Panas Melampau
Bagaimana mencegah strok haba, terutamanya pelajar sekolah yang bakal memasuki alam sekolah pada minggu depan⁉️ 1. Memakai pakaian yang lebih longgar dan tidak tebal. Jangan memakai dua lapisan baju atau pakaian tebal pada waktu siang hari apatah lagi jika terdedah dengan cahaya matahari.
2. Menggunakan krim pelembap sunburn jika ada apabila keluar rumah.
3. Sentiasa hidrasi cukup dengan mengambil kerap dan banyak air kosong dalam badan. Sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari atau 2 Liter per hari. Kanak-kanak juga kalau boleh sekurang-kurangnya 1.5 liter per hari.
4. Jika anda mengambil ubat-ubatan yang menyebabkan badan kering seperti ubat hipertensi dan kencing manis tertentu, sila bincang dengan doktor anda untuk mengawalnya.
5. Jangan berada dalam kereta yang sedang parking bawah cahaya matahari. Walaupun menggunakan penghawa dingin. Suhu kereta akan meningkat 20 darjah dalam masa 10 minit apabila berada bawah cahaya matahari tanpa perlindungan.
6. Jangan lakukan aktiviti fizikal pada siang hari. Untuk pelajar sekolah, diharapkan pengetua atau guru besar sekolah melarang dahulu aktiviti senaman diluar kelas sehingga musim panas berakhir.
7. Jika anda seorang pekerja buruh yang bekerja bawah cahaya matahari dalam jangkamasa lama, silakan bawa payung besar sebagai tempat menghalang terus pancaran cahaya matahari, dan silakan minum air sekerap dan sebanyak mungkin dalam setiap 1 jam. Pakai pakaian nipis dan longgar.
Jika ada tanda-tanda kelesuan haba, segera berhenti dan dapatkan tempat teduh dan pertolongan pertama.
8. Para guru sebaiknya sentiasa mengingatkan anak-anak murid untuk mengambil air minum yang cukup semasa proses pembelajaran dalam sekolah. Berikan peluang kepada anak-anak murid mendapatkan bekalan air minuman di sekolah melalui penapis air yang ada tanpa perlu membelinya.

Cara Permohonan Lengkap Pengeluaran KWSP FSA2 2023 Inisiatif ini sangat membantu menyelamatkan nyawa mereka. 9. Ibu bapa tolong sediakan payung kepada anak-anak anda untuk digunakan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari sekolah.
10. Sangat baik jika guru besar atau pengetua menyediakan satu bilik dengan cikgu yang mahir bagi memberikan rawatan pertama jika ada pelajar-pelajar yang mengalami kelesuan haba atau strok haba ini.
Ajarkan mereka pertolongan pertama. Jika tak tahu, boleh panggil para doktor atau petugas kesihatan untuk berikan simulasi atau ajar. Ianya mudah jika tahu caranya. 11. Ajar anak-anak kita untuk hitung berapa kerap dia kencing per hari atau di sekolah, jika dalam masa 8 jam mereka tidak ada air kencing, itu bermaksud mereka sedang mengalami dehidrasi.
Segera minum air dengan cukup. Jangan minum air 1 liter sekaligus dalam masa singkat atau kurang dari 1 jam. Ini bahaya kerana risiko terjadinya water intoxication pada tubuh. Boleh menyebabkan sawan dan koma.
12. Silakan bawa alat kipas mini atau portable untuk menyejukkan badan apabila perlu. Terutamanya sewaktu pergi beraya dalam musim raya yang masih berlangsung ini.
13. Digalakkan mengambil minuman air kosong berbanding air isotonik atau berkarbonat. Jika tidak mengalami kekejangan otot atau tiada muntah-muntah atau cirit birit, mengambil air minuman putih atau kosong sudah sangat memadai dan berkesan bantu hidrasi tubuh.
Semoga bermanfaat.
Dr. Arisman, MD. (FACEBOOK)
“Sama-sama belajar”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/04/ibubapa-setuju-untuk-cuti-dilanjutkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuti Sekolah Mungkin Dilanjutkan Berikutan Cuaca Panas Melampau

Cuti Sekolah Mungkin Dilanjutkan Berikutan Cuaca Panas Melampau

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 296 hits
JEMAAH Menteri akan berbincang keperluan untuk melanjutkan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri atau sebaliknya berikutan fenomena cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini Memetik laporan Harian Metro Timbalan Perdana Menteri...
Cadangan Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr Bagi Negeri Negeri Alami Cuaca Panas Melampau

Cadangan Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr Bagi Negeri Negeri Alami Cuaca Panas Melampau

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 435 hits
KESATUAN Kebangsaan Guru Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia mencadangkan lanjutan cuti persekolahan bersasar buat negeri yang benar benar terkesan dengan cuaca panas melampau Presidennya Jasni Md Kechik berkata pihaknya menyambut ba
Cuaca Panas Cadangan Lanjut Cuti Sekolah Perlu Dibincang Jemaah Menteri Tpm

Cuaca Panas Cadangan Lanjut Cuti Sekolah Perlu Dibincang Jemaah Menteri Tpm

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 338 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jemaah Menteri perlu berbincang untuk melanjutkan cuti sekolah berikutan fenomena gelombang haba Katanya perkara tersebut perlu dilakukan susulan fenomena haba panas yang mel...
Fenomena Panas Cuti Sekolah Dilanjutkan Perlu Perbincangan Tpm Zahid

Fenomena Panas Cuti Sekolah Dilanjutkan Perlu Perbincangan Tpm Zahid

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 251 hits
Gambar hiasanPONTIAN 28 April Jemaah Menteri harus berbincang sama ada cuti sekolah perlu dilanjutkan susulan fenomena haba panas yang melanda negara ketika ini sehingga menyebabkan dua kematian melibatkan kanak kanak kata Timbalan Perdana ...
Cuaca Panas Kabinet Sabah Bincang Lanjut Cuti Sekolah

Cuaca Panas Kabinet Sabah Bincang Lanjut Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 290 hits
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif Gambar fail NSTPKOTA KINABALU Sebarang keputusan mengenai cadangan melanjutkan cuti persekolahan di Sabah berikutan cuaca panas ketika ini akan dibawa untuk perbincang...
Cuaca Panas Ekstrem Landa Thailand Suhu Tembus Rekor 42 Derajat Celcius

Cuaca Panas Ekstrem Landa Thailand Suhu Tembus Rekor 42 Derajat Celcius

papar berkaitan - pada 23/4/2023 - jumlah : 788 hits
Cuaca Panas Ekstrem Landa Thailand Suhu Tembus Rekor 42 Derajat Celcius Sebagian negara negara di Asia melaporkan cuaca panas ekstrem dengan suhu yang memecahkan rekor Di Bangkok Thailand suhu dilaporkan mencapai rekor 42 derajat Celcius Me...
Cuaca Panas Tiada Permohonan Tutup Sekolah Setakat Ini Timb Menteri

Cuaca Panas Tiada Permohonan Tutup Sekolah Setakat Ini Timb Menteri

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 158 hits
Hui Ying di SJKT Bharaty Alor Setar Kedah hari ini ALOR SETAR Kementerian Pendidikan setakat ini tidak menerima sebarang permohonan daripada Jabatan Pendidikan Negeri untuk menutup mana mana sekolah susulan keadaan cuaca panas pada ketika i...
Kongres Setuju Jika Lanjut Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr

Kongres Setuju Jika Lanjut Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 195 hits
Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia KUALA LUMPUR Kesatuan Kebangsaan Guru Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia mencadangkan kerajaan memberikan lanjutan cuti persekolahan bersasar hanya kepada ...
Cuaca Panas Kurangkan Aktiviti Luar Bilik Darjah Tidak Perlu Tutup Sekolah Pensyarah

Cuaca Panas Kurangkan Aktiviti Luar Bilik Darjah Tidak Perlu Tutup Sekolah Pensyarah

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 207 hits
Inej hiasa KUALA LUMPUR Ahli akademik menyifatkan tiada keperluan mendesak ketika ini untuk melanjutkan cuti persekolahan akibat cuaca panas melampau sebaliknya beberapa langkah dicadangkan supaya pelajar tidak terdedah dengan risiko strok ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain

Ramalan Gbp Usd Pada 23 Disember 2024

Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches