Nasi Goreng Tomyam Simple Anak Anak Pun Suka
Assalamualaikum,Selamat Pagi
Kisah semalam, Nasi malam sebelumnya masih berbaki. Sayang pulak nak buang. Mulalah cari idea nak masak nasi goreng apa? Mulalah termenung depan peti sejuk, kot-kot la idea boleh menjelma bila ternampak bahan-bahan yang ada. Nak buat nasi goreng cina, selalu sangat dah. Nak buat nasi goreng kampung, nasi goreng sardin pun sama. Nak jugak buat kelainan
Bila scroll FB cari koleksi nasi goreng, tiba-tiba terfikir pulak nak buat nasi goreng tomyam. Actually, berikut adalah resepi asal dari Che Nom.
Bahan-Bahan:Bahan untuk nasi goreng:3 cawan nasi, yang sudah disejukkan1 biji telur2-3 sudu besar pes Tom Yam (Che Nom guna pes Tom Yam Kung)7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat2 batang serai, hiris nipis3 helai daun limau purut, carik-carikkan2 sudu besar sos sotong atau sos ikansayur kobis, potong kecilkarot, potong dadu kecil2-3 helai sawi, hiris nipisBahan untuk tumbuk kasar:4 ulas bawang merah3 ulas bawang putih6 biji cili padiBahan untuk hiasan tambahan:keropok gorengtelur goreng mataCara Penyediaan:Cara-cara untuk nasi goreng tom yam:Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mataTapi, Fiza derhaka pada resepi tersebut... Sebabnya, kalau ikutkan resepi Che Nom ni, terdapat bahan seperti seafood. Kemudian, letak daun purut jugak. Disebabkan anak-anak Fiza tak suka seafood. Fiza tukar dengan telur dan ikan bilis. Then, nak dapatkan rasa tomyam pulak sepatutnya guna pes tomyam. Tapi Fiza tukar dengan cube tomyam knor... Yang penting rasa tomyam tu ada. Sos pulak, Fiza guna sos cili biasa. Then, letak kicap manis sedikit
Sayur pulak, Fiza just masukkan daun bawang dan carrot sahaja. Disebabkan Nur Dhia masih menyusu badan. Fiza tak letak pun sayur kobis, sebab sayur kobis antara sayur yang boleh mengurangkan susu. Tu apa yang Fiza alamilah ye. Last sekali, Fiza letak jugak sedikit habatus sauda
Nampak tak betapa derhakanya Fiza pada resepi. Takpe... Sendiri masak, sendiri makan kan. Nak buat simple pun takpe. Betul tak? 🤭
Hakikatnya, tu jela bahan yang ada dalam peti sejuk Fiza sebenarnya. Tak shopping lagi barang dapur. That why, derhaka banyak
Tapi bila dah siap..
Wah! Serious sedap. Encik suami siap puji. Katanya setanding dengan yang kedai punya walaupun simple. Cuma hanya yang kurangnya seafood dan daun purut je la. Kalau tak, memang mantap! Haha... Pandaila membodek. Kan
Alhamdulillah, puas hati sangat dengan resepi Che Nom ni. Next time, kita ikut sebijik resepinya yeah
Sumber Resepi : Che Nom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2022/03/resepi-nasi-goreng-tomyam.html