Nasi Goreng Bangkok Bungkus Makan Sini


 Assalamualaikum...
BILA datang segala mak nenek malas..
Malas masak
Malas nak keluar jauh-jauh
Kami ke Permit Tomyam yang terletak di taman perumahan baru sebelah taman perumahan kami. Walaupun begitu, kami telah lama kenal dengan pemiliknya, Na, Kelantanese yang telah bermastautin di JB sejak puluhan tahun. Masa tu, Na suami isteri membuka restoran Tomyam Ameruskee namanya di pekan Kangkar Pulai. Kangkar Pulai pun belum begitu membangun, orang kata, tempat jin bertendang 😆
Nampak ada papan putih tertulis menu istimewa yang diletak depan pintu masuk kedai. Ada menu, Nasi Goreng Bangkok dan satu lagi nasi goreng negara mana tah, lupa pulak. Ada Pulut Mangga, Keropok Lekor dan beberapa lagi menu istimewa. Sk pesan Pulut Mangga dan Nasi Goreng Bangkok. Pak Inche nak jugak Kerabu Mangga.

Kerabu Mangga sampai dulu. Betul sungguh pembuka selera ni. Mangga muda disagat dengan taburan kacang tanah dan digaul bersama bawang merah yang dimayang, cili padi yang dicincang serta disirami jus limau dan sos ikan. Sedap sangat. Kami makan sambil borak-borak plan Pak Inche nak sewa homestay di kampung masa raya nanti. Hurmmm.. puasa pun belum dah sibuk nak raya


Pulut Mangga. Mangganya keras, mungkin kena kupas tebal sikit kulitnya tu. Sos santannya ala kadar dan pulutnya macam masak guna periuk nasi aje. Pendek kata, mengecewakan. Panjang kata, lain kali jangan pesan Pulut Mangga lagi


Iman makan Nasi Goreng Tomyam dan Pak Inche makan Nasi Daging Merah. Mereka makan dengan penuh berselera. Oh, pagi sampai tengahari ni, Iman menghadiri taklimat petugas Pilihanraya Dewan Negeri Johor ke 15 (PRN 15). Iman ni memang suka ya buat benda-benda macam ni sebab dia suka cari pengalaman dan berani menghadapi cabaran. Sk pulak sanggup ambil cuti sebab nak menghantar dia tambah dengan malas tak rajin nak masuk kerja

Eh, Sk tapau apa tu ya


Ingatkan Mee Kari Kuah Laksa Yah Kuchai aje yang boleh bungkus, makan sini. Nasi Goreng Bangkok ni pun sama. Kisahnya, siap masak, tukang masak termasukkan nasi gorengnya dalam pek bungkusan ni. Dah siaplah kot letak telur, lauk segala tu, baru perasan. Nak pindah ke pinggan macam leceh pulak agaknya. Nasib baiklah Sk ni bukanlah cerewet sangat orangnya. Bolehlah.. walaupun dah terbungkus, makan situ jer. 
😂








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/nasi-goreng-bangkok-bungkus-makan-sini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Daging Campak Campak

Nasi Goreng Daging Campak Campak

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 318 hits
Assalamualaikum TIADA apa yang lebih mudah hendak dimasak jika sudah kekeringan idea selain dari Nasi Goreng Nasi putih yang dikumpul kumpul ada tiga mangkuk rasanya dalam bekas tipuware panjang Hari tu Sk dah siap hiris daging sebuku besar...
Nasi Lemak Ayam Goreng

Nasi Lemak Ayam Goreng

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 342 hits
Assalamualaikum NASI Lemak pertama yang dimasak dalam tahun 2022 Jemu jugak asyik makan di luar aje dahlah balik balik pergi kedai sama hihi Teringat masa masak hari tu Iman punya bersorak sebab katanya dah lama tak makan kat rumah Walaupun...
Valentino Rossi Beli Nasi Goreng Di Warung

Valentino Rossi Beli Nasi Goreng Di Warung

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 461 hits
JAKARTA Sebuah warung tepi jalan menjadi tular apabila didatangi seorang pelanggan yang wajahnya mirip legenda pelumba motosikal MotoGP Valentino Rossi lapor laman berita Suara com semalam Menerusi muat naik di laman Isntagram jabodatek tre...
Nasi Goreng Ketam Sofea

Nasi Goreng Ketam Sofea

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum SEBULAN dua ni setiap kali balik dari mana mana melalui jalan depan masuk ke Taman Perumahan Sk ada sesuatu yang mengganggu pandangan Tak tahulah pula pandangan penduduk lain tapi memang menyakitkan mata hahahahaSuka suka ha...
Nasi Goreng Chicken Chop In The House

Nasi Goreng Chicken Chop In The House

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 302 hits
Nasi Goreng Chicken Chop In The House Macam mana tu Nasi goreng chicken chop Hehe nasi goreng di letak chicken chop di atasnya dengan sos lada hitam tu Biasa kan nasi goreng ayam kita ganti dengan chicken chop Lagi mudah dimakan sebab chick...
Selain Nasi Lemak Anjing Netizen Kongsi Beberapa Nickname Tempat Makan Unik Dan Pelik

Selain Nasi Lemak Anjing Netizen Kongsi Beberapa Nickname Tempat Makan Unik Dan Pelik

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 386 hits
Ciapan Vlogger makanan terkenal Ceddy yang memuatnaik foto restoran yang terkenal dengan nama panggilan Nasi Lemak Anjing di laman Twitter mengundang banyak komen dan respon warganet diruangan komen ciapan Twitternya
Makan Tengahari Nasi Campur Di Warung Caen Selera Kampung Dan Tomyam Padang Besar Perlis

Makan Tengahari Nasi Campur Di Warung Caen Selera Kampung Dan Tomyam Padang Besar Perlis

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 606 hits
Warung Caen Selera kampung dan TomyamWarung Caen Selera Kampung dan Tomyam ni terletak di Padang besar Perlis Warung ni warung untuk korang makan tengahari Ada pelbagai jenis masakan yang korang boleh try Walaupun gerai ni tak besar mana pu...
Mengidam Nak Makan Nasi Budak Sekolah Rezeki Mak Cik Kantin Cikgu Belanja

Mengidam Nak Makan Nasi Budak Sekolah Rezeki Mak Cik Kantin Cikgu Belanja

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 300 hits
Ibu hamil bab mengidam atau teringin sesuatu memang tak boleh nak elak Ramai kata mengada ngada tetapi sebenarnya ia berlaku secara spontan Bukan setakat teringin makan saja ada juga yang mempunyai tabiat lain dari kebiasaan Hanya yang pern...
Makan Nasi Daging Utara Dalam Dulang Tiga Beradik

Makan Nasi Daging Utara Dalam Dulang Tiga Beradik

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 317 hits
Assalamualaikum DAH berapa kali nak buat pesanan tapi asyik lari timing Bila Mas buka tempahan kadang tak kena hari atau berada di luar kawasan Agaknya belum ada rezeki la tu kan Rezeki memang cantik sangat la bila nampak di ig Mas buka tem...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang