Anak Suka Berebut Memukul Tu Rupanya Dari Kita Dalam Tak Sedar Mak Ayah Ajar Anak Jadi Pemarah


Bila anak-anak bermain dengan rakan-rakan yang seusia, insiden berebut dan memukul akan selalu kita lihat. Apakah ini antara persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran ibu ayah? Kenapa anak suka berebut dan memukul?
Menurut Ibu Rose, Family & Love Guru, hal ini berlaku kerana kanak-kanak belajar dari apa yang berlaku disekelilingnya. Justeru sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkan keperibadian anak-anak.
Kadang mungkin kita tak sedar apa yang dibuat itu kurang tepat dan ada cara yang lebih berhemah untuk kita secara tak langsung mengajarkan kepada anak-anak apa yang baik dan tidak untuk mereka.

KENAPA YE ANAK KECIL SUKA BEREBUT, MEMUKUL?.
“Ibu, kenapa ye. Anak saya ni suka marah-marah dan suka rampas mainan orang. Tak nak kongsi pulak tu. Runsing saya. Apa masalahnya ya Ibu?” Tanya seorang mama.
Emm..kemudian, Ibu perhati je anak tu. Emm..memang betullah, nampaknya anak tu memang cepat marah-marah dan tak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.
“Puan, boleh Ibu tau. Ada tak sesiapa atau yang jaga dia suka marah-marah?” soal Ibu.
Si mama tu, menggeleng. Tapi, Ibu pasti jawapan itu tidak betul sepenuhnya.
Dari keadaan anak tu, Ibu dapat rasakan yang anak tu sebenarnya belajar dari sikap orang dewasa yang disekelilingnya.
Yang menariknya, tak lama lepas Ibu tanya tu, Ibu tengok anak itu naik ke atas. Masa tu, ada beberapa kawan-kawannya sedang bermain dengan gembira.
Anak tu tadi, mencekak pinggangnya dan terus berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru seseorang, “Ehh..Jangan gaduh-gaduh!”.
Bagi pendapat anda lah kan, adakah dia melakukan ini semua hanya dari nalurinya atau ada seseorang yang sering melakukan kepadanya begitu?

Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan, si ibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan. Opss…pentingnya jaga emosi wanita mengandung ni. Haa..yang wanita mengandung pun kena aware tentang emosi yang dirasainya. Supaya tak bagi kesan buruk pada anak dalam kandungan.
SEBAB INILAH ANAK MERAMPAS DAN MEMUKUL
Cuba pelajari daripada senario ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut.
Ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu.
Takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya.
Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga.
Lalu ibu muda itu MERAMPAS LAGI.
Demi beri PENGAJARAN supaya sikap tu tak diulangi anak, si ibu MEMUKUL lembut tangan anaknya.
Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.
Namun, komunikasi itu gagal.
KENAPA?
Kerana apa yang anak itu faham ialah BILA DIA AMBIL BARANG, ORANG AKAN MERAMPAS DAN MEMUKUL DIA.
So, kalau orang lain ambil barang , maka dia akan MERAMPAS dan MEMUKUL orang itu.
Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.
FAHAM tak apa yang Ibu cuba sampaikan ni?.
Faham ye? Alhamdulillah.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut.
Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes itu berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES.
Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.
Ya, Ibu tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; ” There is more to parenting than meets the eye” kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.
Salam pencinta ilmu,
Ibu Rose & Yasmin Sari
Sumber: Ibu Rose

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Anak Suka Berebut, Memukul Tu Rupanya Dari Kita. Dalam Tak Sedar Mak Ayah Ajar Anak Jadi Pemarah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-suka-berebut-memukul-tu-rupanya-dari-kita-dalam-tak-sedar-mak-ayah-ajar-anak-jadi-pemarah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Ajak Borak Mak Ayah Bagi Gajet Bukan Salah Gajet Anak Guna Berlebihan Kena Alert

Anak Ajak Borak Mak Ayah Bagi Gajet Bukan Salah Gajet Anak Guna Berlebihan Kena Alert

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 156 hits
Zaman sekarang gajet tu dah jadi keperluan bukan sahaja kepada orang dewasa malah juga kepada anak anak kita yang masih kecil Memang tak salah nak berikan anak gajet tapi jangan jadikan gajet itu medium untuk anda mengelak atau sebagai satu...
Nak Anak Perempuan Suami Sampai Bernazar Hamil Anak Keempat Suka Melawa Rupanya Yang Kelima Baru Baby Girl

Nak Anak Perempuan Suami Sampai Bernazar Hamil Anak Keempat Suka Melawa Rupanya Yang Kelima Baru Baby Girl

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 402 hits
Anak anak pelengkap keluarga kehadiran mereka memeriahkan lagi kehidupan berumah tangga Tambah meriah bila lengkap punya anak lelaki dan perempuan dalam keluarga sempurna seadanya Bagi pasangan Siti Aisyah Abu 34 serta pasangannya Mohamad K...
Banyak Tanya Banyak Cakap Itu Cara Anak Nak Rasa Didengari Mak Ayah Kena Layan Baru Membesar Hebat

Banyak Tanya Banyak Cakap Itu Cara Anak Nak Rasa Didengari Mak Ayah Kena Layan Baru Membesar Hebat

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 404 hits
Anak umur empat hingga enam tahun memang tengah becok banyak tanya Ada masa sampai tak terlayan dengan soalan berangkai si kecil Namun itu sebenarnya cara mereka eksperesikan apa yang mereka fikir Mama dan papa sebaiknya layanlah si kecil s...
Dah Makan Ubat Tapi Demam Anak Masih Tak Kebah Ada Perkara Mak Ayah Kena Periksa

Dah Makan Ubat Tapi Demam Anak Masih Tak Kebah Ada Perkara Mak Ayah Kena Periksa

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 312 hits
Buntu dibuatnya bila mana demam anak masih tak kebah kebah lagi walaupun sudah makan ubat mengikut aturan dan kuantiti yang betul Apa sebabnya Dalam tak sedar cara kita menyimpan ubat dan ubat lama sebenarnya sudah tidak memberi kesan kepad...
Anak Meragam Kat Rumah Bukan Saja Saja Tangki Emosi Kosong Mak Ayah Kena Penuhkan

Anak Meragam Kat Rumah Bukan Saja Saja Tangki Emosi Kosong Mak Ayah Kena Penuhkan

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 163 hits
Pernah tak kat rumah tiba tiba anak datang mengacau Masa tu jugaklah kita tengah sibuk ada benda yang perlu diselesaikan dengan segera Itu tanda mereka perlukan perhatian daripada ibu dan ayah Mungkin sahaja tanpa sedar kesibukan kita buat ...
Hiburan Zaman Dulu Macam Ni Mak Mentua Degil Suap Biskut Pada Newborn Ibu Tegur Anak Sakit Tapi Dimarahi Semula

Hiburan Zaman Dulu Macam Ni Mak Mentua Degil Suap Biskut Pada Newborn Ibu Tegur Anak Sakit Tapi Dimarahi Semula

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 210 hits
Apabila sudah bergelar ibu bapa mempelajari ilmu parenting ini sememangnya penting lagi lagi pasangan yang menunggu hari kelahiran bayi sulung mereka kerana ianya sebagai langkah persediaan Bagaimanapun kisah duka yang dikongsikan oleh seor...
Hiburan Kecik Kecik Susahkan Mak Ayah Kena Paksa Beli Hibah Ejen Insurans Ini Mengundang Kecaman Netizen

Hiburan Kecik Kecik Susahkan Mak Ayah Kena Paksa Beli Hibah Ejen Insurans Ini Mengundang Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 144 hits
Tidak dinafikan kepentingan insurans dan juga hibah yang boleh dikatakan berbaloi untuk dimiliki bagi mereka di luar sana yang mampu dan mempunyai wang lebih setiap bulan Namun di saat ekonomi serta pendapatan yang tidak menentu tambahan pa...
Lelaki Ternampak Susuk Tubuh Budak Terbaring Tak Bernyawa Rupanya Anak Sendiri Terjatuh Dari Tingkat 4

Lelaki Ternampak Susuk Tubuh Budak Terbaring Tak Bernyawa Rupanya Anak Sendiri Terjatuh Dari Tingkat 4

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 301 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Puncak Alam Selangor hari ini Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa aton Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mel...
Mahu Anak Belajar Benda Baru Rupanya Ini Cara Dr Sheikh Muszaphar Tentukan Sekolah Anak

Mahu Anak Belajar Benda Baru Rupanya Ini Cara Dr Sheikh Muszaphar Tentukan Sekolah Anak

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 178 hits
Lain orang lain caranya Namun bagi Angkawasan negara Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Datin Dr Halina Yunos sepakat untuk membiarkan kesemua anak mereka merasai pengalaman berbeza melalui sekolah sekolah yang berbeza Menurut ka...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran