Nasi Goreng Salmon Panggang Dan Kisah Duit
Assalamualaikum...
MASA punggah-punggah harta karun dalam peti ais sebelum panaskan murtabak Iman tadi, Sk terserempak ternampak sekeping salmon yang dah rupa plastisin. Cuma nampak warna oren aje, tekstur belang putih yang membentuk corak salmon pun dah ilek. Disebabkan Iman dan Pak Inche tak makan salmon la, Sk malas nak makan sorang tapi kunun beli jugak sebab nak jaga diet, kahhhh. Orang dua beranak tu bukanlah tak makan salmon, tapi tak minat. Pak Inche pulak, lepas duduk Jerman seminggu kerana bertugas, terus kembang tekak tengok salmon sebab katanya kat sana hari-hari tulah yang dihadap, hahaha. Teringat pulak masa Sk ikut trip ke Pekanbaru, Riau, macam tu jugaklah. Dari tengahari sampai malam makan ikan baung sampai dah tak tertelan, hihi.
Jadi, disebabkan Iman dah cakap, dia cuma nak makan murtabak yang Pak Inche beli kat pasar malam semalam tu hari ini, Sk fikir terlanjur dah panaskan pan grill tu, lebih baik Sk terus bentangkan salmon tu, haha. Salmon cuma direnjis dengan lada hitam cincang kasar dalam botol, garam pun tak letak sebab lada hitam tu dah siap garam. Oh, sebelum tu, Sk gorengkan nasi terlanjur ada nasi lebih dan belen-belen lok lok, kita kasi clear peti sejuk terus.
Takyahlah ambil gambar murtabak Iman tu, sama jer rupa murtabak sebelum-sebelum ni, hehehe. Nahhh.. baru siap makan dan kemas dapur ni sebenarnya. Hari ni bolehlah beronok-ronok di rumah sebab BDR. Kain baju pun semua dah siap lipat sambil duduk depan laptop, hahaha. Esok kena masuk pejabat pulak. Dah rasa tak seronok. Tak seronok sebab apa? Sebab kerja sorang-sorang, hurmm.. tapi macam seronok jugak kerja sorang. Tapi, macam tak seronok, seronok ke tak ek sebenarnya, ada pro dan kontranya.
Tahun 2020 ni, dah macam tahun berehat-rehat. Alhamdulillah, tidak diuji dengan masalah kewangan, masih ada gaji, dapat moratorium dan merasa duit i-lestari. Kagum campur tersentak jugak sebenarnya apabila ada sorang kawan beritahu dia tak mohon i-lestari sebab tak ada masalah kewangan. Rasa tersampar muka kita dengar, rasa macam takde duit sangat ke aku sampai mohon i-lestari tu. Duit ada tapi tak banyak, gituuu.. Malah, kalaulah i-sinar tu semua ahli boleh memohon, pasti akan Sk pohon jua, dah alang-alang ada peluang, kan. Nak tunggu umur 50 tahun macam lambat nau nau, hahahaha
Nilai DUIT...DUIT.. tak boleh bawak mati, tapi tak ada duit rasa macam nak matiDUIT.. tak boleh beli kasih sayang, tapi kasih sayang boleh melayang bila tak ada duitDUIT.. tak boleh beli tidur, tapi tak ada duit, tidur pun tak lenaDUIT.. tak boleh beli kesihatan, tapi nak sihat perlukan duitDUIT.. tak boleh beli kebijaksanaan, tapi nak belajar kena ada duitOrang bodoh nampak cerdik bila ada duit, tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duitDUIT.. memang bukan segalanyaTapi segalanya memerlukan DUIT!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/11/nasi-goreng-salmon-panggang-dan-kisah.html