Nasi Kerabu Ayam Bakar Vs Nasi Kerabu Ayam Goreng
Sejak tahu ada kedai makan berdekatan dekat rumah jual nasi kerabu paling sedap setakat ini. Boleh dikatakan seminggu 2-3 kali juga sarapan nasi kerabu seminggu. Pagi-pagi pekena hidangan nasi kerabu makanan berat terasa nikmatnya.
Bukan hanya jual nasi kerabu, nasi dagang pun ada! Kalau beli nasi kerabu, husband akan beli nasi dagang sebab husband tak makan nasi kerabu. Tapi nasi dagang tak kena dengan tekak dia. Kadang tu beli nasi kerabu je untuk isteri dia ni.
Pagi ni beli nasi kerabu ayam bakar dan nasi kerabu ayam goreng lagi. Biasa beli nasi kerabu ayam goreng je tapi ayam goreng tinggal satu je. So dia bagi nasi kerabu ayam bakar. Okaylah, dapat juga rasa nasi kerabu ayam bakar. Satu untuk sarapan, satu untuk lunch nanti. Senang tak payah masak dah!
Untuk seorang penggemar nasi kerabu, takde hal lah nak makan nasi kerabu pagi dan tengahari. Tapi tak boleh selalu, takut jemu bertukar benci. hahaha
Nasi KerabuNasi kerabu hidangan nasi tradisional melayu kegemaran rakyat Malaysia yang popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Sekarang dah merata popular seluruh negeri di Malaysia. Nasi kerabu mudah dikenali kerana nasi kerabu berwarna biru
Nasi kerabu juga telah divariasi kan, ada nasi kerabu berwarna kuning, putih dan hitam. Tapi yang biasa nampak, warna biru lah. Itu signature nasi kerabu yang semua orang tahu. Nasi yang berwarna biru dihasilkan daripada kelopak bunga telang yang biasa digunakan dalam masakan orang melayu
Ada ketikanya bila bunga telang sukar didapati, sebagai alternatif lain ada yang menggunakan kunyit untuk menghasilkan warna untuk nasi kerabu berwarna kuning. Masih lagi menggunakan perwarna semulajadi. Tiada pewarna, nah makan nasi putih pun boleh
Orang siam menggunakan daun atau herba na-dam (dalam bahasa siam) untuk menjadikan warna nasi kerabu berwarna hitam.
Nasi kerabu dihidangkan dengan ikan kering, telur masin, keropok goreng, budu, solok lada dan ulam-ulaman lain. Lauk nasi kerabu ada ikan goreng, ikan celup tepung goreng, ayam goreng, ayam bakar, daging bakar dan lain-lain
Nasi Kerabu Ayam Bakar Vs Nasi Kerabu Ayam GorengNasi Kerabu Ayam BakarHidangan nasi kerabu ayam bakar dengan nasi biru, seketul ayam bakar, ulam-ulaman, solok lada, budu, keropok ikan goreng tapi telur masin tidak kelihatan. Lupa letak agaknya kot
Nasi Kerabu Ayam GorengHidangan nasi kerabu yang lengkap. Nasi biru, ayam goreng beberapa ketul kecil, telur masin, solok lada, budu, keropok ikan goreng
Nasi kerabu ayam bakar vs nasi kerabu ayam goreng mana satu sedap? Dua dua sedap! Dari segi beza, cuma beza ayam je lah. Ayam kot, mana mungkin tak sedap. Tapi kalau ayam bakar tu dapat bahagian yang kepak tu lagi sedap kot.
Dapat nasi kerabu ayam percik lagilah sedap. Lama oii tak makan ayam percik. Craving tetiba.
Hidangan nasi kerabu ni dahlah sedap, murah pula untuk portion banyak ni. RM5 je! Orang Seremban boleh beli dekat kedai makan depan Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof. Tak pasti pagi buka pukul berapa. Biasa beli pukul 8 pagi macam tu.
Nak buat nasi kerabu tak pandai, belum ada kehendak lagi nak mencuba resepi nasi kerabu. Tapi kalau nak mencuba, nak cari resepi nasi kerabu simple simple je. Ada kerajinan bolehlah mencuba.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/11/nasi-kerabu-ayam-bakar-vs-nasi-kerabu.html