Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli
Nasi Briyani Kukus Padu - Kisahnya bulan puasa haritu, macam biasalah siang tu tengah nak cari resipi untuk berbuka puasa. Sekali, terlalu video dekat timeline Nasi Kukus Briyani Padu ni, nad pun tengokla. Ramai betul orang beratur nak beli Nasi Briyani ni dekat bazar. Nad ni kalau dah beratur macam tu memang takkan beratur la, tapi..hah!! Tiba-tiba dia cakap untuk ibu mengandung, tak perlu beratur, boleh je terus beli dan dapat percuma Nasi Briyani Kukus Ayam
Terus nad kongsikan video tu dekat suami. Lagipun lokasi bazar Nasi Kukus Briyani ni dekat Taman Melawati, memang dekat la dengan nad. Takda la dekat sangat tapi memang kadang pergi ke bazar sini untuk beli juadah berbuka puasa
Nasi Briyani Kukus Padu
Nad bukan pergi esoknya, dalam beberapa minggu tu baru pergi..hahaha. Bazar Taman Melawati memang best sikit, pelbagai juadah ada. Faham-faham jela bila nampak makanan semua, time bulan puasa, semua rasa nak beli, tapi kawal nafsu ni ye
Macam biasalah datang bazar akan pusing-pusing dulu, sekali tu mata melilau tengok mana khemah Nasi Briyani Kukus Padu ni..hehehe. Jalan punya jalan eh ternampak khemah tu
Pergh!! Memang betul la, beratur ramai gila orang nak beli Nasi Briyani Kukus Padu ni. Sedap sangat ke sampai orang bertaur macam ni? So haritu kita pun belila
Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung
Ada seorang staff nampak nad, so dia terus suruh ke belakang dan order, tak perlu beratur. Dengan kuasa ibu mengandung, dapatla juga beli dan tak perlu beratur. Nad beli Nasi Briyani Kukus Kambing dan dapat PERCUMA satu Nasi Briyani Kukus Ayam. Alhamdulillah. Semoga diperluaskan rezeki owner ni. Takyah tunggu beratur semua
Pelbagai Jenis Lauk Nasi Briyani
Selain kambing dan ayam ada juga Nasi Briyani Kukus Daging
Sebenarnya ni pertama kali nad rasa Nasi Briyani Kukus Padu ni. Bila dah dapat tak sabar nak balik berbuka dengan Nasi Briyani Kukus ni. Nak rasa betul ke sedap sampai orang beratur panjang tu
Azan Maghrib pun dah berkemundang, maka kita pun jamahla.
Patutla orang beratur panjang ye, memang sedap betul. Nasi dimasak dengan sempurna. Ayam rasa manis pedas macam ayam kenduri tu. Anak nad suka sangat ayam tu. Bukanayam je, kambing tu sedap. Takda rasa hanyir ke apa. Kambing tu macam masak kurma, lembut je daging dia. Kitaorang sekeluarga setuju memang sedap..heheheh. Beli dua je memnag tak cukup. Kena beli lebih tau..hehehe
Insyallah, kalau ada lagi puasa tahun depan, umur panjang, boleh rasa lagi
Eh jap, nad baru tengok tiktok Nasi Briyani Kukus ni, percuma untuk ibu mengandung bukan bulan puasa sahaja tapi setiap hari
Kalau nak tau lebih lanjut boleh layari https://linktr.ee/nasibriyanikukuspadu?utm_source=linktree_profile_share<sid=3e06545d-003b-4886-b774-99f9bb225dd2
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2024/05/nasi-briyani-kukus-padu-sedap-uii.html