Ini Berat Ideal Normal Ibu Mengandung Tak Perlu Makan Untuk Dua Orang


Banyak sebenarnya persoalan yang bermain di fikiran ketika sedang mengandung dan salah satu daripadanya ialah apakah berat normal ibu mengandung. Maklumlah tengah berbadan dua, perlu makan lebih supaya cukup untuk dua orang. Betul ke macam ni?

Secara umumnya, boleh ikuti jadual di bawah ini tentang berat normal ibu mengandung sebagai panduan:
Berat sebelum mengandung                Berat tambahan yang disyorkan ketika mengandung
Berat yang kurang (BMI di bawah 18.5)            13 – 18kg
Berat normal (BMI 18.5-24.9)                          11 – 16kg
Berat yang berlebihan (BMI 25-29.9)                7 – 11kg
Obes (BMI atas 30)                                         5 – 9kg
KADAR BMI
Jika anda mempunyai berat yang kurang iaitu BMI di bawah 18.5, anda perlu menambah berat badan yang banyak ketika mengandung. Ini adalah kerana, tanpa berat tambahan tersebut, bayi anda mungkin lahir pra-matang atau lebih kecil daripada biasa.
Sebaliknya pula jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan. Anda perlu lebih mengawasi penambahan berat badan jika ianya naik terlalu banyak, ia boleh meningkatkan risiko dan komplikasi berkenaan dengan diabetes dan tekanan darah tinggi.
Jika berat badan anda naik sepanjang anda mengandung dan tidak menurunkan berat selepas bayi selamat dilahirkan, dikhuatiri berat yang berlebihan tadi akan meningkatkan risiko kesihatan. Kenaikan dan penambahan berat yang berlebihan ketika mengandung juga boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan kepada bayi dan obesiti semasa membesar.

PECAHAN KENAIKAN BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG
Sebenarnya, berat badan tambahan itu ke mana ya? Katakanlah anda naik 12kg sepanjang 9 bulan tadi, pecahannya dianggarkan seperti berikut:
Berat bayi (3kg)
Payudara lebih besar (1kg)
Rahim lebih besar (1kg)
Plasenta (0.7kg)
Air ketuban (1kg)
Penambahan isipadu darah (1.5kg)
Penambahan isipadu cecair (1.5kg)
Simpanan lemak (2.3kg)
BERAT BADAN IBU HAMIL MENGIKUT TRIMESTER
Sekarang anda tahu berapa berat normal ibu mengandung, bagaimana pula ianya dibahagikan kepada 3 trimester?
1. TRIMESTER PERTAMA
Semasa trimester pertama, kebanyakan ibu tidak perlu naik berat sangat pun. Memandangkan ramai yang sedang alami mabuk hamil pada ketika ini. Ramai sekali yang tidak lalu makan, jadi tak perlu paksa diri sendiri ya untuk tambah berat badan. Anda hanya perlu tambah di sekitar 2kg semasa trimester pertama ini.

2. TRIMESTER KEDUA DAN KETIGA
Apa yang penting ialah penambahan berat badan yang berterusan dan konsisten pada trimester kedua dan ketiga. Setiap bulan anda perlu tambah lebih kurang 1.5kg sehinggalah sampai waktu untuk melahirkan anak.
Sebaiknya cuba seimbangkan dengan diet yang mengandungi kalsium seperti susu dan lebihkan sayur-sayuran. Jika anda suka makan roti putih, apa kata bertukar kepada roti gandum. Makan buah daripada makan biskut. Banyak lagi sebenarnya, tetapi biarlah diambil dengan kesederhanaan.
Semoga dengan mengetahui berat normal ibu mengandung ini, dapat membantu menjadikan anda dan bayi anda lebih sihat. Jangan lupa amalkan amalan ibu mengandung semasa hamil.
Menarik: Moga Jadi Anak soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!
Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Ini Berat Ideal Normal Ibu Mengandung, Tak Perlu Makan Untuk Dua Orang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ini-berat-ideal-normal-ibu-mengandung-tak-perlu-makan-untuk-dua-orang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepala Tertinggal Dalam Rahim Kes Bayi Songsang Ibu Tetap Dipaksa Bersalin Normal

Kepala Tertinggal Dalam Rahim Kes Bayi Songsang Ibu Tetap Dipaksa Bersalin Normal

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 154 hits
Berpenat lelah mengharungi fasa kehamilan alangkah sedihnya apabila bayi yang dikandungkan meninggal dunia Lebih menyakitkan bayi itu menemui ajal kerana kesalahan orang lain yang tidak peka dengan keadaan si ibu dan bayi Begitulah yang ter...
Hiburan Doktor Paksa Lahir Normal Walaupun Bayi Songsang Kepala Tertinggal Dalam Rahim Ibu

Hiburan Doktor Paksa Lahir Normal Walaupun Bayi Songsang Kepala Tertinggal Dalam Rahim Ibu

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 240 hits
Meraung si berusia 38 tahun dibuatnya selepas terpaksa menerima hakikat selepas bayi yang dikandung selama 9 bulan pergi meninggalkan buat selamanya Paksa bersalin normal Difahamkan sewaktu mahu bersalin si ibu sudah terkena jangkitan dan t...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 302 hits
Nasi Briyani Kukus Padu Kisahnya bulan puasa haritu macam biasalah siang tu tengah nak cari resipi untuk berbuka puasa Sekali terlalu video dekat timeline Nasi Kukus Briyani Padu ni nad pun tengokla Ramai betul orang beratur nak beli Nasi B...
Tip Buat Ibu Mengandung Yang Ingin Berpuasa Di Bulan Ramadan

Tip Buat Ibu Mengandung Yang Ingin Berpuasa Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 283 hits
yang ingin berpuasa di bulan bukanlah suatu perkara baru Malah isu ini sering diperkatakan Hampir setiap tahun pasti ada saja golongan ibu mengandung yang bimbang dengan keadaan diri juga bayi setiap kali menjelang Ibu Mengandung Ingin Berp...
Dua Kali Melalui Proses Bedah Bukan Mudah Shila Amzah Tak Dapat Melahirkan Secara Normal Bayi Dah Terbelit Tali Pusat

Dua Kali Melalui Proses Bedah Bukan Mudah Shila Amzah Tak Dapat Melahirkan Secara Normal Bayi Dah Terbelit Tali Pusat

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 223 hits
Penyanyi Shila Amzah tak berjaya memenuhi hasratnya untuk melahirkan anak keduanya secara normal dan terpaksa bersalin kaedah pembedahan Anak terbelit tali pusat Menurut Shila dia dinasihatkan untuk melalui proses pembedahan untuk kelahiran...
Makan Di Restoran Sayam Open House Sepupu

Makan Di Restoran Sayam Open House Sepupu

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 301 hits
Assalamualaikum WBT SEMALAM sampai ke tengahari tak rasa lapar Langsung tak Kenyang betul agaknya Ingatkan jika lapar nak pesan nasi goreng aje di kantin asrama tapi tak pun Lepas zohor pun masih maintain lagi tapi nak dekat pukul 3 eh peru...
Daytrip Makan Angin Ke Genting Highlands

Daytrip Makan Angin Ke Genting Highlands

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 328 hits
Tak boleh nak kata percutian sebab kak ana duk pii Genting ni tanpa plan apa apa Pagi tu saja lah ajak suami jom naik Genting hari Ahad dua minggu sebelum puasa Tapi macam tak serius sangat pun kak ana masih masak masak lah untuk sarapan da...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online