Soto Ayam Sambal Kicap Padu Nasi Impit Ekspress
Assalamualaikum WBT
SEJAK puasa sebenarnya, Pak Inche request masakkan Soto Ayam. Tapi, dah dia pun masa puasa tu banyak berbuka di hotel kan, jadi Sk pun demand jugaklah. Masa yang berbuka sama di rumah, Sk tak mahu masak, banyaknya beli makanan siap masak di bazar termasuklah main course. Semalam, dia dah bagi hint minta masak soto, dok tanya apa barang nak beli, hurmmm.. layan aje la, tak susah pun kita guna rempah soto Mak Pon aje pun, beli rempah dengan member office.
Pesan dengn Pak Inche belikan nasi impit kalau jumpa tapi tak jumpa dia kata. Sk syak, sebenarnya dia tak reti nak beli. Cadangnya balik kerja nak singgah mini mart kadang ada jual dan nak beli bergedil frozen jugak tapi petang semalam hujan lebat, tak jadi singgah kedai. Sk buat nasi impit ekpress, senang jer la, nanti Sk kongsikan caranya, baca sampai habis ya.
Goreng suhun dalam minyak yang cukup panas supaya ia kembang cantik
Sk rebus ayam dalam periuk noxxa set 30 HP. Siap rebus, keluarkan ayam, Pak Inche tukang carik-carikkan ayam. Kemahen, nak suruh carik ayam sampai keluar cutting board dia, padahal guna garfu jer pun. Ayam setengah ekor ya pasal nak ayam banyak-banyak dia kata.
Ayam tu Sk rebus bersama dua batang serai diketuk, halia dan lengkuas. Lepas keluarkan ayam, barulah Sk masukkan rempah soto segera Mak Pon dan setengah cawan santan serta kiub ayam dan sedikit garam. Senang guna rempah ni sebab dia dah siap semua rempah ratus dan bawang-bawangnya. Santan tu Sk letak sebab nak bagi lemak macam Soto Madura
Sementara rebus ayam, Sk siang taugeh.
Untuk Pak Inche, Mihun Soto sebab dia tak minat Soto Nasi
Gunting jer daun sup dan daun bawang. Lupa nak pesan Pak Inche beli bawang goreng
Buat Sambal Kicap ikut resepi Mak Cella cuma yang ni Sk tak ikut sukatan sebenar. Goreng dulu cili padi dan bawang putih, kemudian kisar halus bersama gula pasir dan cuka. Dah siap kisar baru masukkan kicap manis dan gaul hingga mesra. Pak Inche cuba, dia kata pedasnya, tapi bila dah makan dengan soto tak terasa sangat pedasnya
Ni resepi penuh, pandai-pandailah adjust jika nak buat sikit je, tapi buat banyak pun tak apa sebab tahan lama, memang mantul
Resepi Sambal Kicap Mak Ngah (Mak Cella)
Bahan :1 cwn cili padi hijau3 ulas bawang putih1 st garam1 cwn kicap manis1/4 cwn cuka4 tbs gula pasir3 tbs minyak masakCara:1. Panaskan minyak masak2 Patahkan cili, goreng cili dan bawang putih hingga kulit cili jadi putih3. Angkat, masukkan dalam lesung batu, tumbuk bersama garam hingga halus4. Masukkan gula, cuka dan kicap manis. Gaul sebati.
Mihun Soto Pak Inche, siap tambah ya. Sorry tak jempuit, heheheheh
Nasi impit ekspress. Dapat inspirasi sukatannya masa buat Punten Sambal Bilis. Rupanya ada cara mudah nak buat nasi impit
Nasi Impit Ekspress (2 orang makan)
1 cup beras cuci bersih3 cup air
Masak macam biasa dalam rice cooker. Dah kering, panas-panas tu, lenyek dengan anak lesung (balut plastik), lepas tu masuk dalam bekas, tekan-tekan bagi mampat.
Gandakan sukatan jika ramai nak makan.
Soto Ayam tak ada Bergedil, tapi puas makan sebab ayamnya banyak, hehehe. Alhamdulillah, melimpah rezeki dan rahmat yang Allah swt kurniakan. Nikmat sihat dan nikmat makan.
Syukur selalu 😍
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/04/soto-ayam-sambal-kicap-padu-nasi-impit.html