Nampak Sedap Berlumut Cantik Je Agar Agar Pandan Santan Ni Jom Cuba Buat
Agar-agar Pandan Santan sedap dimakan bila rasa berlemak tapi tidaklah sampai muak. Pendek kata bila makan, rasanya sedang-sedang elok sahaja. Menggunakan daun pandan, tentunya aroma Agar-agar Pandan Santan harum dan secara tidak langsung membuka selera untuk menikmatinya. Ini perkongsian resipi Agar-agar Pandan Santan seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Ali
RESIPI AGAR-AGAR PANDAN SANTAN

BAHAN-BAHAN:
( Loyang 8 inci)
12 gram agar-agar tali-BELI ONLINE
4 cawan air
4-5 helai daun pandan
200 ml santan – BELI ONLINE
1 biji telur
125 gram gula/setengah cawan gula ( Resepi ini dikurangkan gula, kalau hendak manis boleh lebihkan)-BELI ONLINE

CARA MEMBUAT:
1. Kisar 4-5 daun pandan dengan 1 cawan air. Sudah siap kisar terus tapis. Siap air pandan.

Air pandan yang sudah siap.
2. Kacau sebati 200 ml santan dengan 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau hendak kisar santan dengan telur pun boleh. Tekstur lebih halus. Sudah siap ketepikan.

3. Panaskan api dapur, masukkan 4 cawan air dan 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.

4. Apabila sudah mendidih, masukkan 125 gram gula, air pandan, santan dan telur serta 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Mesti kacau dulu supaya tidak bergumpal.

5. Apabila sudah sebati, biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau ketika ini sebab hendak bagi santan terpisah dengan air.

6. Apabila sudah 1-2 minit, padamkan api dapur . Kacau beberapa saat dan terus masukkan dalam loyang 8 inci.

7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Selepas itu bolehlah dimakan. Selamat mencuba!

Sumber kredit: Muhammad Ali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Masak Sambal Taucu Ikan Bawal. Resipi Mudah & Merecik Sedap
Apam Puri Kastard Lemak Manis Untuk Menu Berbuka
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post Nampak Sedap & Berlumut Cantik Je Agar-agar Pandan Santan Ni, Jom Cuba Buat appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/04/nampak-sedap-berlumut-cantik-je-agar.html