Namaku Sara Iaitu Mangsa Nani Roomate Pendendam Sampai Aku Jadi Cacat Mungkin Untuk Selamanya




Nani Dan Sara PART 3
Wah. Baca komen pembaca sebab aku tak habiskan cerita pasal Nani lagi seram keadaannya dari keadaan mengadap kejadian insan bernama Nani. Takut aku. Hahaha. Minta maaf semua. Aku rasa panjang mungkin sebab aku rasa tempoh masa nak kumpul dan ingat balik semua kejadian dari 2 tahun lepas ambil masa sikit. Banyak sangat yang berlaku jadi, aku perlukan masa untuk pastikan aku betul-betul okay, mental dan fizikal aku. Minta maaf banyak-banyak semua. Okay lah. Aku compile sekali semua, start dari yang tak habis kelmarin.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Perlu mula dari mana, macam kurang pasti pulak. Tadi pagi, (tarikh : 21 September 2018) ternampak thread dari twitter yang Fiksyen Shasha share tentang Dendam Housemate Pengotor. Tak sangka betul admin up balik cerita tu. Lama sungguh, dari 2017 cerita tu. Dan kejadian Nani yang paling awal, tahun 2016.

Dan, setelah sekian lama, aku Sara Liyana, confessor pada story di atas. Hi Semua! Sebenarnya tak terfikir nak share the rest of the story dan SUNGGUH tak sangka aku masih boleh hidup sampai sekarang, dari 2016 sampai 2018, dari umur 24 tahun sampai 26 tahun, lepastu tengok pulak admin up balik cerita lama, mengundang memori berdaarah betul :’( Jadi, ini adalah pengakhiran cerita dekat atas, lepas hampir 2 tahun peram cerita ni.

Lepas Pakcik Said tolong pulihkan keadaan aku dan rumah, dan mak datang KL teman anak dia yang ‘sakit’ ni, aku cari balik Nani. Pergi rumah lama, dia dah tiada. Cari facebook account dia, tiada juga. Memang runsing betul masa tu cari jalan mana nak jumpa dia. Sebab memang tak banyak info pasal Nani. Cuba cari dengan buat public post di Facebook, masih tak jumpa. Tanya jiran-jiran lama, mereka semua cakap dah lama tak Nampak Nani sejak aku keluar dari rumah tu. Aduh, makin pelik ni. Macam makin susah dah perjalanan nak jejak Nani. Serabut betul masa tu.

4 bulan lepas Pakcik Said datang rumah (oh ya, aku masih duduk rumah yang sama sampai sekarang), dan masa ni mak balik kampung dah sebab aku yakin aku dah betul-betul sihat… sampailah aku sampai rumah betul-betul waktu senja. Satu tabiat aku dari dulu sampai sekarang, aku akan guna tangga untuk turun naik rumah, tingkat 11 sebab nak keep fit. Tapi lain betul rasa haritu. Tangga tingkat 7, aku jumpa Nani wehh semuaaaaa! Memang dasyat betul keadaan kaget aku masatu. Nani berdiri dekat pintu kecemasan yang selalu jadi exit door dekat tangga tu. Cara dia pandang aku, cara dia senyum, sampai sekarang aku masih ingat. Macam dia dah tahu aku akan naik tangga, jam 720pm. Nani sengih dan…

“Hi Sara. Jom pergi rumah aku?” “Kau tinggal sini ke Nani?” aku tanya. “Ya. Tu rumah aku” – sambil tunjuk ke arah lorong rumah. Gelap. Pelik betul. Apesal floor 7 sepanjang floor gelap gelita. Takkan semua lampu rosak kot! “Sara! Jom pergi rumah aku?” “Taknak. Aku nak balik” jawab aku. Dan….. Nani menjerit sekuat hati dia sampai aku rasa nak terkencing sebab takut sangat. Masa tu aku rasa macam dia nak bunuh aku. Serius trauma sangat masa tu. Aku terus lari naik tangga sampai rumah, tak toleh belakang dah.

BAMMM!
Pintu rumah kena tendang. Kalau ingat balik, aku tak rasa perempuan ada kekuatan untuk hasilkan tendangan kuat macam tu. Tapi sekali je tendang, lepas tu dia senyap. Aku terus solat, mengaji dan teruskan sampai Isyak lepas tu aku tido. Penat lain macam. Bangun pagi, memang rasa takut. Lepas Subuh, sungguh-sungguh aku nangis. Aku fikir apa jadi kalau aku keluar rumah harini, macam mana aku nak survive another days dekat sini sebab aku rasa Nani macam follow aku salama ni, dan mungkin sampai bila-bila.. Jadi aku decide untuk guna lif pulak. Lepas kejadian jumpa Nani dekat tangga floor 7 tu, 4-5 minggu jugak aku tak jumpa dia jadi konklusi yang aku dapat adalah, Nani cuma follow aku selama ni, dia taklah sampai nak pindah rumah tingkat 7 tu kan?

Sara, kau silapppppp besar! Hari Sabtu beberapa minggu lepas tu, seawal pukul 2.30pagi camtu, aku dengar ada bunyi dekat luar bilik. Macam bunyi plastik. Cuak betul masatu. Aku decide untuk bukak pintu, manalah tahu ada orang jahat masuk rumah ke kan.. tapi kosong. Aku keluar bilik beberapa langkah untuk ke ruang tengah. Dan..

“Sara. Jom pergi rumah aku?” Astagfirullah. Nani dalam rumah? “Sara. Jom pergi rumah aku? Kau kan dah lama cari aku?” “Nani. Aku tak tahu engkau ni apa. Aku nak kau keluar dari rumah aku. Apa kau nak ni?” aku tanya. “Kenapa kau tinggalkan aku dulu? Kenapa kau keluar tinggalkan rumah kita dulu? Kenapa kau tak bawa aku sekali pindah sini? Kenapa kau—“

Lepas tu terus aku tak ingat apa jadi. Gelap. Aku sedar lepas terdengar bunyi azan. Alhamdulillah. Hidup lagi aku. Nani mana? Dan kalau betul yang tadi tu Nani, macam mana dia masuk rumah ni? Tolonglah jangan jadi lagi kejadian lama. Aku tak sanggup dah. Terus bangun, siap pergi kerja. Hari yang sama, balik kerja, entah macam mana, aku dapat call dari number yang aku tak kenal minta aku pergi Melaka sebab Azri (masatu boifren aku) accident. Aik, bila masa pulak Azri pergi Melaka. Tak beritahu pulak tu. Cuba call Azri, tak dapat. Lepas cakap dengan mak, ayah, aku terus pecut ke Melaka, tak fikir apa dah. Di area Simpang Ampat, aku nampak Nani berdiri tengah-tengah jalan. Allahu. Nani, apa kau buat tengah jalan tu?! Oleh sebab aku cuba mengelak Nani, aku yang terbabas.

Lepas kejadian aku ternampak Nani tengah jalan di area Simpang Ampat dan kereta aku terbabas, aku koma lebih kurang dalam 2-3 hari. Rumah aku kosong, takde siapa yang masuk untuk cek keadaan rumah semasa aku koma. Hari ke 36 aku tinggalkan rumah (masa ni aku dah sedar), mak datang rumah dengan Azri. Dan, cerita dibawah adalah diolah berdasarkan pencerita (mak, Azri, Ayah, nurse), kepada aku.

Mak & Azri
“Masa mak nak pergi rumah kamu, mak ada terjumpa jiran selang 3 rumah. Dia tanya kamu mana sebab dah 3 HARI dia tak nampak kamu” “Mak cakap dengan dia ke Sara dekat sini?” aku tanya. “Haah. Mak cakap kamu kemalanggan. Dan dekat sebulan dah ni” Mak jawab. “Tapi lepas mak cakap dah sebulan kamu dekat sini, auntie Elly terus cepat cepat pergi” sambung mak.

“Rumah ok tak mak?” Mak nampak resah nak jawab. Azri pon sama. Terus dia nak ajak mak keluar. Mana boleh jadi, ada apa-apa ke mak dan Azri sorokkan dari aku. “Azri. Mak. Rumah ok tak?” aku ulang soalan. Dan mak duduk semula, terus mak pegang tangan aku sambil tanya; “Kenapa kamu tak cakap dengan mak Nani datang cari kamu lagi? Kamu tahu apa jadi dekat rumah kamu masa kami ke sana?”

“YaAllah rumah kamu kotor sangat Sara. Bersawang, macam dah bertahun kene tinggal, bau busuk jangan ceritalah. Tak tahan mak. Lepas tu, dekat bilik kamu (bilik utama), kenapa ada banyak gambar kamu sendiri? Kamu selfie tu tak apa lah. Yang peliknya, gambar kamu tu, gambar dari jauh. Macam bukan dari kamu sendiri. Ada juga gambar kamu dengan Azri. Tapi semua gambar tu, kamu berdua tak tengok kamera pon.”

Aku pandang Azri. “Saya pon terkejut tengok gambar tu. Tak tahu dari mana?” Azri sambung. “Mak jumpa kertas atas meja kerja kamu, tertulis ‘Nani rindu Sara’” Aku diam.

Azri
“Sara, kenapa awak ke Melaka masa malam awak kemalanggan tu? Saya call awak tak berjawab. Nasib baik mak beritahu saya awak kemalanggan, kalau tidak sampai bila pon saya tak tahu awak kemalanggan” Azri mengomel.

“Azri. Saya nak tanya awak. Masa saya kemalanggan dulu, awak ada ke Melaka tak?” Aku tanya. “Lah.. Saya baru je tanya awak kenapa awak ke Melaka. Bukan saya yang ke Melaka” “Sebab saya dapat panggilan dari nombor yang saya tak kenal beritahu awak kemalanggan dekat Melaka. Saya ada cuba call awak tapi tak berjawab. Awak pergi mana masatu?” Aku tanya lagi. Geram.

“Masatu saya turun dari office ke lobby nak siap-siap solat maghrib sebab surau floor pejabat saya tutup. Masa nak turun tu, saya nampak awak tengah duduk atas bangku surau perempuan. Saya peliklah sebab, yang pertama kenapa awak ada dekat sini dan yang kedua, kenapa awak duduk dekat laluan surau yang tengah renovate tu. Dah lah kawasan tu suram je” Azri Tarik nafas.

“Tapi saya dah syak ada benda tak kena sebab tu saya terus call awak. Tapi tu lah, tak berangkat pulak. Saya terus decide untuk turun bawah, tak nak tegur awak” Dan, aku rasa Nani menang. Aku tewas untuk yang keberapa kali dengan Nani.. YaAllah tolong aku..

Ayah
Ayah dapat panggilan dari tuan rumah, Kak Zai sebab kata Kak Zai, dia tak dapat hubungi aku. Ada benda yang Kak Zai perlu beritahu ayah. Cerita Kak Zai; “Assalamualaikum pakcik, saya Zai, owner rumah yang Sara sedang menyewa sekarang. Saya cari Sara dah seminggu lebih, tapi tak berangkat. Ada benda sikit saya nak beritahu pakcik ni, tentang Sara”

Menurut Kak Zai, pihak Accomodation Office apartment dapat 2 aduan dari jiran sebelah dan depan rumah aku, masing-masing mengadu hal yang sama—tiap malam dengar ‘AKU’ menjerit dan menangis dalam rumah, dari pukul 2 pagi hingga 3 pagi, setiap hari sejak 5 hari sebelum aduan dibuat. Jiran tak tahan, ketuk rumah tak berjawab, rumah bergelap (memanglah, sebab bukan ada Sara yang sebenar pon dalam tu), dan tiap kali ‘AKU’ menangis dan menjerit, anak mereka turut menangis, takut.

Pihak Accomodation Office terus ke rumah untuk cek. Masih juga tak berjawab bila mereka panggil. Oleh sebab pihak office ada simpan nombor pemilik rumah, mereka terus contact Kak Zai. Dan usaha kak Zai untuk cuba contact aku juga masih gagal, jadi Kak Zai terus call ayah. Nak suka-suka pecah rumah penyewa, langgar kontrak katanya.

Ayah terus pergi rumah untuk mengemas sikit-sikit apa yang patut. Takut kalau dibiarkan kosong terlalu lama, ada benda lain pulak yang tinggal, kata ayah. Cerita ayah kali ni, ada sedikit debar dalam hati aku, entah kenapa aku rasa tidak enak. Ayah cerita, masa ayah masuk rumah, ayah mulakan dengan sedikit bacaan ayat lazim. Selangkah ayah masuk ke rumah, ayah cerita ada sesuatu macam langgar ayah sampai terduduk ayah di depan pintu. Tapi ayah buat cekal je. Ayah masuk dan teruskan mengemas, tiba tiba grill rumah di ketuk (kebetulan ayah cuma tutup grill saja) ayah nampak ada satu budak perempuan, rambut terikat kemas, muka cerah pucat, tersenyum depan pintu rumah. Comel ayah kata, linkungan 5-6 tahun.

“Adik cari siapa ya?” “Pakcik, saya nak masuk boleh?” adik tu tanya. Ayah serba salah terus. Kalau tak masuk, takut dikata ayah sombong, terus menangis susah pulak. Kalau bagi masuk, entah anak siapa lah ni. Jadi kes culik lain pulak jadinya. Ahh sudah. “Adik tak boleh masuk. Pakcik dah nak siap ni. Kejap lagi nak keluar” Ayah sambung. “Tapi kakak tu panggil. Dia ajak main panjat-panjat dekat balcony.” Sambil tunjuk ke arah luar rumah. Ayah terus sudahkan kemas dan keluar dari rumah. Ayah rasa ayah kene buat sesuatu dekat rumah ni!

Diluar rumah, ayah tanya semula dekat adik perempuan tadi, sebab dari tadi dia tak beralih dari grill rumah. Ketawa-ketawa, macam tengah bermain dengan seseorang. “Adik. Ada berapa kakak adik nampak tadi dalam rumah pakcik?” Adik perempuan tunjuk 4 jari kepada ayah..

Nurse
Aku dapat berbual panjang dengan nurse yang jaga aku, masa aku discharged. Itupon sebab aku saja tanya, aku ada merapu meraban ke masa aku terlantar (selepas koma). Kot lah kan aku mengigau ke apa tersebut nama Azri hahaha. Tapi selamba je nurse yang incharge aku beritahu; “Selalu akak nampak ada kaki extra dekat katil Sara. Bila kamu tarik tirai, akak cuma boleh nampak bahagian bawah. Jadi boleh lah nampak kalau ada orang duduk dekat kerusi menunggu, ada kaki dekat lantai. Tapi bila akak datang ke katil Sara untuk cek, takde siapa pulak.”

“Tapi pelik jugak, selalu kalau mak Sara yang stay jaga Sara, mesti akak nampak ada barang extra mak Sara, kadang-kadang nampak lah makcik ke tandas, atau biasanya kalau akak datang cek, mesti ada mak Sara.” “Tapi kadang-kadang kaki extra ada dekat kerusi, bila selak tirai ehh hilang pulak dia. Tapi akak dah biasa jaga pesakit yang datang sekali dengan benda lain. Akak anggap benda biasa lah tu Sara”

Nurse senyum, tepuk belakang badan aku. “Tapi Sara pernah meracau satu malam tu, Sara cakap ‘Nak ikut’ ulang-ulang” Nurse sambung. Siapa pulak yang aku nak ikut ni?

Aku mulakan rawatan baru lepas aku balik rumah mak. Banyak lagi benda yang perlu dibersihkan. Dan dalam proses rawatan ni lah, aku tahu tentang Nani dan punca semua masalah ni jadi. Tapi aku tak dapat ingat semua sebab aku dibawah paras sedar masani. Aku cerita dari apa yang mak ayah dan Azri cerita semula dekat aku. Melalui perantara, ‘benda’ tu beritahu semua orang yang dia adalah dibawah kuasaan Nani. Nani adalah tuan dia dan dia tak boleh langgar arahan Nani. ‘Benda’ tu beritahu Nani marahkan aku sebab aku keluar dari rumah lama kami tanpa pengetahuan Nani. Nani marahkan aku sebab aku bersihkan rumah tanpa persetujuan dia. Nani tak suka keadaan yang bersih, benda tu buat semua ‘kawan-kawan’ Nani marah.

Nani tak suka aku solat dan mengaji, tapi dalam masa yang sama, Nani sayangkan aku, Nani attached dengan aku. Nani taknak aku tinggalkan dia. Nani marah dan berdendam sebab aku tegur dia dengan cara yang salah. Nani fikir aku tak respect dia sebagai seorang rakan. Dan, Nani terlalu sayangkan aku sebab aku housemate yang paling lama bertahan duduk satu rumah dengan dia. Nani nak aku sentiasa ada dengan dia. Keadaan jadi terkawal, ‘benda’ tu berjaya ditundukkan oleh Ustaz Zul (aku dapat number Ustaz Zul dari salah satu komen di posting aku yang awal dulu. Macam berjodoh pulak, antara banyak-banyak number perawat alternative Islam, aku tertarik untuk terus berhubung dengan Ustaz Zul) Alhamdulillah, berjaya lepas beberapa kali rawatan. Sampai ke harini aku rasa lebih tenang, tak macam dulu. Nani? Hilang, semua gangguan dari dia pon lenyap.

Sampai sekarang aku masih berharap untuk jumpa dengan dia sebenarnya. Aku nak peluk dia. Aku nak minta maaf dengan dia. Nani, aku dah lama maafkan kau, aku dah redha dengan apa yang jadi pada aku selama 2 tahun ni. Aku hilang kerja aku, sebab ada anggota badan aku yang dah hilang upaya sejak dari kemalanggan tu, dan masih dalam proses untuk dapatkan kad 0KU. Tapi Alhamdulillah Nani, aku masih dikelilingi orang yang sayangkan aku sama macam dulu. Aku lebih kenal erti kehidupan. Terima kasih Nani.

Dan terima kasih korang sebab aku banyak dapat semangat bila baca komen korang. Ada yang positif dan ada yang negatif. Aku okay. Terima kasih sebab banyak sangat yang cadangkan nama dan contact number perawat Alternatid Islam ni. Aku harap kita tak berjumpa lagi di sini dan doakan aku tabah teruskan hidup sebagai ahli baru pemegang kad 0KU. Semoga hidup kalian sentiasa dirahmaati Allah. Ohh ya. Beberapa minggu yang lepas, aku dapat satu pesanan ringkas dari Ustaz Zul; “Sara. Nani dah pulang. Pulang kepada yang lebih berhak ke atasnya. Dan dia pulang for good” Sampai sekarang aku tak faham.

Cerita part 3 ini juga adalah sambungan dari part 1 di laman iium dan part 2 di laman fiksyenshasha. Cerita ini tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi ada yang kata ini cerita benar. Boleh jadikan IA sebagai bahan bacaan dan pengajaran buat kita semua © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber Namaku sara iaitu mangsa nani roomate pendendam sampai aku jadi cacat mungkin untuk selamanya.
Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2018/11/namaku-sara-iaitu-mangsa-nani-roomate.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kerap Sakit Mungkin Disebabkan Oleh Kekerapan Makan Makanan Ringan Jom Ketahui Puncanya

Anak Kerap Sakit Mungkin Disebabkan Oleh Kekerapan Makan Makanan Ringan Jom Ketahui Puncanya

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 455 hits
Sistem pertahanan tubuh bayi dan kanak kanak belum matang sepenuhnya Ia berkembang selari dengan tumbesaran masing masing Jika kanak kanak kecil sering mengalami demam dan selesema mahupun batuk sehingga sehingga 5 6 kali setahun ia masih d...
Najib Disoal Siasat Berhubung Scorpene Razak Baginda Mungkin Menyusul

Najib Disoal Siasat Berhubung Scorpene Razak Baginda Mungkin Menyusul

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 260 hits
Najib disoal siasat berhubung Scorpene Razak Baginda mungkin menyusul Dikemas kini 26 minit yang lalu middot Diterbitkan pad
Rasa Sakit Bila Bersama Hati Hati Ia Mungkin Petanda Vagina Jatuh Atau Tombong

Rasa Sakit Bila Bersama Hati Hati Ia Mungkin Petanda Vagina Jatuh Atau Tombong

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 456 hits
Rasa sakit bila bersamadengan pasangan Adakah ia normal atau petanda vagina jatuh a k a tombong Kesakitan semasa melakukan hubungan intim merupakan salah satu tanda vagina jatuh atau juga dikenali sebagai tombong
Kembung Perut Air Liur Lebih Banyak Kuat Sentap Mungkin Salah Satu Tanda Anda Berbadan Dua

Kembung Perut Air Liur Lebih Banyak Kuat Sentap Mungkin Salah Satu Tanda Anda Berbadan Dua

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 490 hits
Hamil ataupun tidak Semua orang tahu tanda tanda awal kehamilan lazim seperti tidak datang haid mual mual dan muntah ataupun pitam Pun begitu tidak ramai yang sedar akan tanda tanda awal lain yang menunjukkan anda sedang berbadan dua Ada an...
Jika Demam Batuk Dan Selesema Hati Hati Mungkin Terdedah Pada Jangkitan Influenza

Jika Demam Batuk Dan Selesema Hati Hati Mungkin Terdedah Pada Jangkitan Influenza

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 547 hits
Dalam musim panas hujan ni cuaca tak menentu dan kesihatan semua orang pun dah up and down terutamanya anak kecil pemantauan ibu bapa sangat penting Ini kerana anak lebih terdedah dengan perubahan cuaca Selalunya ibu ibu bimbang bila anak d...
Perang Mungkin Tercetus Di Laut China Selatan

Perang Mungkin Tercetus Di Laut China Selatan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 430 hits
Rakyat Malaysia yang otak nya ada sedikit mental akan persoal berkenaan kesiapsiagaan tentera Selepas bajet 2016 di bentang kan ada pula yang bertanya berkenaan perbelanjaan ketenteraan Dia terlupa di Negara ini bajet tentera termasuk perum...
Bamsoet Candai Ketum Pp Tak Mungkin Pilih Capres Selain Orang Solo

Bamsoet Candai Ketum Pp Tak Mungkin Pilih Capres Selain Orang Solo

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 214 hits
Sesuai arahan ketua umum kata Bamsoet Pemuda Pancasila di Pilpres 2019 tidak kemana mana tapi ada dimana mana Artinya Pemuda Pancasila sebagai organisasi menyerahkan sepenuhnya pilihan kepada anggota
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator