Kembung Perut Air Liur Lebih Banyak Kuat Sentap Mungkin Salah Satu Tanda Anda Berbadan Dua


Hamil ataupun tidak? Semua orang tahu tanda-tanda awal kehamilan lazim seperti tidak datang haid, mual-mual dan muntah ataupun pitam. Pun begitu, tidak ramai yang sedar akan tanda-tanda awal lain yang menunjukkan anda sedang berbadan dua. Ada antara simptom-simptom kehamilan ini kedengaran pelik untuk anda.
1 Lelehan faraj lebih pekat
Ya, anda mungkin mengalami masalah lelehan faraj pada satu-satu tempoh setiap bulan. Namun, kebanyakan wanita hamil akan mengalami lelehan faraj yang lebih pekat berbanding hari biasa di mana cecair yang keluar adalah berwarna putih melekit atau kuning pucat. Gejala ini biasa dialami semasa berada dalam trimester pertama disebabkan peningkatan hormon dan aliran darah pada vagina. Awas! Anda mungkin mengalami jangkitan jika mengalami simptom di bawah:
Lelehan faraj berbau Kegatalan pada alat sulit Keluar cecair berwarna hijau-kekuningan Lelehan sangat pekat atau berair Maka, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.

2 Kerap terkencing
Jika anda sering berulang-alik ke tandas kerana ingin terkencing, ini mungkin berita baik untuk anda. Boleh jadi anda sedang hamil kerana rahim yang sedang membesar menekan-nekan pundi kencing anda. Rajin-rajinlah untuk melakukan senama kegel bagi menguatkan otot pelvis.
3  Kembung perut
Sesetengah wanita hamil akan mengalami gejala ketidakselesaan pada bahagian perut seperti perut kembung dan berangin, sehingga membuatkan anda akan kerap sendawa atau terkentut. Sama keadaannya seperti semasa anda mengalami premenstrual syndrome atau PMS. Ini berikutan regangan rahim yang berlebihan semasa hamil bagi menampung bayi yang bakal lahir. Bagi mengurangkan jumlah gas pada badan anda sekali gus merawat masalah kembung perut, amalkan pengambilan makanan seperti brokoli, kubis bunga dan jagung.
4 Tak sedap badan
Rasa letih, lesu dan nak demam? Ini mungkin antara simptom awal kehamilan anda. Ibu hamil akan mengalami gejala seperti hendak demam dan kurang bertenaga disebabkan tahap hormon anda sedang meningkat ketika ini. Ada kalanya anda akan rasa letih tanpa sebarang sebab munasabah. Jadi, banyakkanlah berehat supaya badan anda kekal segar. Pastikan juga anda minum air secukupya dan mendapatkan makanan seimbang untuk membina tenaga.
5 Period?
Jika anda mengalami pendarahan ringan atau bintik darah muncul pada hari sepatutnya anda haid, ini juga mungkin tanda anda hamil. Tahukah anda, kira-kira 25 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami spotting atau pendarahan ringan pada awal kehamilan mereka? Namun, ini bukanlah bermaksud bahawa anda sedang haid. Pendarahan ringan berlaku kerana telur yang telah disenyawakan menempel pada lapisan rahim. Ia dinamakan pendarahan implantasi, dan lazimnya berlaku kira-kira dua minggu selepas konsepsi.
6   Kuat sentap
Anda yang dulunya hati kering, kini sudah menjadi begitu sensitif. Ada kalanya anda merajuk dan berkecil hati hanya disebabkan hal kecil sahaja. Hah! Ini mungkin tanda anda sedang berbadan dua. Hormon kehamilan yang ada dalam badan anda membuatkan anda mengalami mood swings.
7 Air liur lebih banyak
Perubahan hormon semasa hamil menyebabkan sesetengah wanita hamil mengeluarkan lebihan saliva (air liur) tiga atau empat kuarts setiap hari. Bagi mengurangkan ketidakselesaan ini, anda boleh mencuba minum jus lemon.
Sesetengah simptom yang disenaraikan di atas mungkin akan menyebabkan anda tertekan. Kami sarankan supaya anda menikimati alam kehamilan anda kerana siapa tahu selepas bersalin nanti anda akan rindukan salah satu daripada simptom-simptom tersebut. Good luck, Mama!
Sumber: Hello Doktor
The post Kembung Perut, Air Liur Lebih Banyak, Kuat Sentap Mungkin Salah Satu Tanda Anda Berbadan Dua appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kembung-perut-air-liur-lebih-banyak-kuat-sentap-mungkin-salah-satu-tanda-anda-berbadan-dua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luno Salah Satu Syarikat Kriptowang Popular Akan Membuat Pelaburan Lebih Rm25 Juta Ke Ekonomi Malaysia

Luno Salah Satu Syarikat Kriptowang Popular Akan Membuat Pelaburan Lebih Rm25 Juta Ke Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 286 hits
Luno merupakan salah satu syarikat kriptowang terkemuka dan digunakan ramai pengguna tempatan dalam membuat pertukaran kriptowang dan sebagainya Terkini selari dengan pengumuman kerajaan melalui Belanjawan 2019 untuk hadir dengan rangka ker...
Dua Kelompok Pemuda Bertikai Gara Gara Jual Beli Motor Satu Orang Tewas

Dua Kelompok Pemuda Bertikai Gara Gara Jual Beli Motor Satu Orang Tewas

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 289 hits
Pertikaian itu berawal dari jual beli sepeda motor antara anggota masing masing kelompok pemuda Pelaku yang belum bisa diungkap identitasnya itu merasa dipermainkan karena motor yang dijual tidak kunjung datang
Benarkah Ini Tanda Akhir Zaman Bukan Air Tapi Cuba Lihat Apa Yang Mengalir Deras Disungai Ini

Benarkah Ini Tanda Akhir Zaman Bukan Air Tapi Cuba Lihat Apa Yang Mengalir Deras Disungai Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 1107 hits
Benarkah Ini Tanda Akhir Zaman Bukan Air Tapi Cuba Lihat Apa Yang Mengalir Deras Disungai Ini Benarkah Ini Tanda Akhir Zaman Bukan Air Tapi Cuba Lihat Apa Yang Mengalir Deras Disungai Ini
Muka Seiras Tanda Ada Jodoh Wajah Sama Dengan Pasangan Jodoh Kuat

Muka Seiras Tanda Ada Jodoh Wajah Sama Dengan Pasangan Jodoh Kuat

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 2258 hits
Muka seiras tanda ada jodoh First of all siapa yang mulakan dulu tips or petua ni Second of all yeke Hahaha Muka umi dan abi saya tak berapa nak seiras tapi Alhamdulillah berkekalan je hingga sekarang Mana bukti muka seiras tanda ada jodoh ...
Bayi Lelaki Baru Lahir Kuat Menyusu Normal Pakar Kata Ia Bantu Rangsang Lebih Penghasilan Susu

Bayi Lelaki Baru Lahir Kuat Menyusu Normal Pakar Kata Ia Bantu Rangsang Lebih Penghasilan Susu

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 527 hits
Ramai ibu baru melahirkan kehairanan mengapa bayi lelaki yang baru lahir lebih kerap menyusu Hal ini secara tidak langsung menyebabkan si ibu keletihan bagi memenuhi keperluannya yang mahu menyusu dalam tempoh yang singkat Menurut Pakar Lak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip