Najib Mengaku Ada Berhubung Dengan Jho Low Berkaitan Wang Dalam Akaun


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau ada berhubung dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low “beberapa kali” berkaitan operasi akaun peribadi AmBank beliau.
Najib, 67, menjawab beberapa soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V. Sithambaram berhubung dengan perbualan dalam BlackBerry Messenger (BBM) antara pengurus perhubungan AmBank ketika itu Joanna Yu dan Jho Low pada 2014 yang dilihat menunjukkan bahawa Jho Low terlibat dalam memastikan dana dalam akaun Najib sentiasa cukup.

Loading… Sithambaram membacakan perbualan antara Yu dan Jho Low berhubung jumlah baki dalam tiga akaun Najib dan perlu memastikan terdapat dana mencukupi untuk Najib mengeluarkan cek. Beliau turut merujukkan penyata bank yang selaras dengan akaun itu kepada Ahli Parlimen Pekan itu.
Penyata bank itu memaparkan pembelian peribadi berjumlah 763,500 Euro (RM3.28 juta) dibuat Najib di sebuah kedai barang kemas mewah Swiss di Itali.
Sithambaram: Ini jelas menunjukkan bahawa Jho Low memastikan anda mempunyai cukup wang untuk mengeluarkan cek. Adakah ini betul, tuan
Najib: Ia kelihatan begitu.
Sithambaram: Adalah jelas bahawa Jho Low memastikan semua transaksi dapat dijalankan, betul tuan
Najib: Ya.
Sithambaram: Dan daripada transaksi dan perbualan ini, Jho Low mengesahkan akaun kepada pihak bank untuk tujuan memastikan dana mencukupi untuk anda menggunakan kad kredit anda dan mengeluarkan cek, betul tuan
Najib: Ya.
Sithambaram: Saya cadangkan kepada anda, perbualan BBM ini menunjukkan bahawa Jho Low pada beberapa waktu berhubung dengan anda, untuk memastikan kad dan cek boleh dikeluarkan.
Najib: Ia dibuat menerusi Datuk Azlin Alias ​​(bekas setiausaha peribadi utama Najib).
Sithambaram: Tetapi pada masa-masa tertentu dengan Jho Low
Najib: Hanya beberapa kali. Beberapa kali sahaja.
Sithambaram: Beberapa kali, dia berhubung dengan anda
Najib: Ya.
Semalam, Najib memberi keterangan bahawa beliau dimaklumkan tentang status akaun bank peribadinya kebanyakannya oleh Azlin dan kadang-kala oleh Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil tetapi dengan Jho Low ia hanya untuk pengiriman wang membabitkan sumbangan Arab Saudi.

Najib, bagaimanapun, tidak bersetuju bahawa beliau mempunyai pengetahuan sebenar tentang status tiga akaunnya pada setiap masa.
Sithambaram turut menyoal Najib tentang kenapa beliau menghalang bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah daripada pergi ke Switzerland untuk mendapatkan wang yang dipinjam SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
Dalam jawapannya, Najib menegaskan bahawa permintaan daripada Ahmad Husni tidak dibuat secara rasmi.
Sithambaram: Anda bersetuju bahawa SRC, sebagai sebuah syarikat, memohon kepada kerajaan Switzerland untuk menarik balik pembekuan wang adalah tidak begitu berkesan seolah-olah kerajaan telah menghantar wakil untuk mendapatkan wang itu
Najib: Itu boleh dibahaskan.
Sithambaram: Wang ini milik dana pencen kerajaan yang sah. Sekiranya menteri kewangan atau menteri kewangan kedua pergi, ia akan menjadi lebih berkesan. Saya tidak boleh bayangkan sebaliknya. Kenapa Ahmad Husni tidak boleh mengambilnya
Najib: Ia akan lebih berkesan dengan perancangan yang betul.
Sithambaram: Adakah anda memberitahunya untuk membuat perancangan yang betul
Najib: Saya tidak memberitahunya tetapi saya mahukan perancangan yang betul.
Sithambaram: Saya cadangkan kepada anda bahawa anda tidak mahu beliau pergi dan membawa balik dana itu.
Najib: Saya tidak bersetuju.
Najib juga memberi keterangan bahawa Kabinet tidak dirujuk apabila pinjaman kedua SRC International gagal kerana perkara itu sudah berada di bawah bidang kuasanya sebagai perdana menteri.
Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, yang terdiri daripada tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dengan dana SRC.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 20 Jan.
Hakim mengingatkan Najib untuk tidak membincangkan kes itu atau menyiarkan sebarang kenyataan di media sosial berhubung kes itu kerana beliau akan menyambung keterangan dan masih terikat dengan angkat sumpah.
–Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/01/najib-mengaku-ada-berhubung-dengan-jho-low-berkaitan-wang-dalam-akaun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akaun Peribadi Akhirnya Najib Mengaku Berhubungan Dengan Jho Low

Akaun Peribadi Akhirnya Najib Mengaku Berhubungan Dengan Jho Low

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 309 hits
Najib Razak akhirnya mengaku apabila disoal oleh pendakwa di dalam mahkamah yang dia telah beberapa kali berhubungan secara langsung dengan Jho Low dalam urusan akaun peribadi Najib di Ambank Nampaknya ini bertentangan dengan tindakan saman...
Najib S Lawyer Jho Low Is The Central Figure Not Mere Introducer

Najib S Lawyer Jho Low Is The Central Figure Not Mere Introducer

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 228 hits
Added comments by Shafee on companies board of directors failing to function Former premier Najib Abdul Razak s lawyer today rubbished a statement by fugitive businessperson Low Taek Jho where the latter claimed that he was merely playing t...
I Communicated With Jho Low Over Credit Card Transactions Najib Tells Court

I Communicated With Jho Low Over Credit Card Transactions Najib Tells Court

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 283 hits
Former prime minister Najib Razak attending the trial at the High Court KUALA LUMPUR Former prime minister Najib Razak told the High Court today there were a few occasions when he had communicated with Low Taek Jho or Jho Low over credit ca...
He S No Victim Says Najib S Lawyer In Rubbishing Jho Low S Claims

He S No Victim Says Najib S Lawyer In Rubbishing Jho Low S Claims

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 262 hits
Low Taek JhoPETALING JAYA Datuk Seri Najib Razak s defence team maintains that Low Taek Jho is the central figure in the 1Malaysia Development Bhd scandal refuting claims in an interview that he was merely a victim Najib s defence lawyer Ta...
After Jho Low S Interview The Edge Asks Hard Questions

After Jho Low S Interview The Edge Asks Hard Questions

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 284 hits
Business newspaper The Edge has urged Jho Low to explain who was principally responsible for the 1MDB scandal following his that was published today The paper which has played a crucial part in exposing the scandal in recent years said if L...
Jho Low Only Giving Excuses Not To Return To Malaysia Shafee

Jho Low Only Giving Excuses Not To Return To Malaysia Shafee

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 300 hits
Jho Low s claim that he feared of not getting a fair trial in Malaysia is only an excuse not to return to the country said lawyer Muhammad Shafee Abdullah The defence counsel for former premier Najib Abdul Razak claimed that Low made such a...
Jho Low Gives Pointless Interview To Straits Times Billion Dollar Whale Co Author Says

Jho Low Gives Pointless Interview To Straits Times Billion Dollar Whale Co Author Says

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 175 hits
Wall Street Journal journalist and co author of Billion Dollar Whale Tom Wright called fugitive financier Low Taek Jho s interview with The Straits Times pointless Wright said Low did not address the multiple criminal charges against him by...
Jho Low Manipulasi Jiwa Melayu

Jho Low Manipulasi Jiwa Melayu

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 250 hits
Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Jho Low guna Arab untuk tipu MelayuDAL...
Jangan Bersangka Sudah Beriman

Aku Menyesal Kahwin Dengan Warga Asing Enggan Tunaikan Nafkah Sebab Tak Tahu

Laporan Dosm Inflasi Malaysia Naik 2 Mei 2024

Alliance Bank Rakan Mytaman Untuk Meluaskan Kebolehcapaian Kad Kredit Maya Kepada 150 000 Pengguna

Kak Jane Pergi Selamanya

Bila Allah Tarik Nikmat Ibadah

Pakar Tak Semestinya Tinggi Kelulusan Akademik

Hukum Memakai Pendakap Gigi



10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu


Enjoy A Variety Of Abundant Prizes Playing Gacor123 Slot

Ulasan Filem Atlas Agak Mengecewakan

Nangka Madu Dari Kebun

Data Driven Decisions For Success

Kkm Digesa Jangan Mengetepikan Pemegang Taruh Kosmo 25 06 2024

Ppim Dakwa Kkm Ketepikan Pakar Dalam Pindaan Akta Perubatan Utusan Malaysia 26 06 2024