Jho Low Jadi Buruan Singapura
Jho Low Jadi Buruan Singapura | perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low kekal sebagai orang dikehendaki oleh polis Singapura, demikian menurut akhbar ‘The Edge Singapore’ yang memetik jurucakap polis negara itu
Menurut laporan itu, pengesahan tersebut dilakukan selepas akhbar The Straits Times menerbitkan wawancara dengan Low Isnin lalu dengan ahli perniagaan itu menegaskan dia hanya merupakan pengantara dalam aliran dana 1Malaysia Development Berhad (IMDB) dan bukan dalang seperti didakwa
Laporan itu menyebut Singapura telah meletakkan ahli perniagaan Malaysia itu di bawah Notis Merah Polis Antarabangsa (Interpol) pada Oktober 2016 berikutan siasatan aliran dana 1MDB membabitkan bank yang berpangkalan di Singapura
Selain Low, laporan itu menyebut Notis Merah Interpol juga dikeluarkan terhadap Tan Kim Loong, yang dikatakan sebagai sekutu Low dan namanya digunakan untuk membuka akaun dengan Falcon Bank, sebuah bank swasta yang tidak lagi beroperasi, untuk pengubahan wang haram yang disalurkan daripada 1MDB
Jho Low Jadi Buruan Singapura
“Tuduhan, waran tangkap dan Notis Merah Interpol terhadap Low dan Tan masih berkuat kuasa. Kedua-duanya kekal sebagai orang utama yang dikehendaki dalam siasatan berkaitan 1MDB,” seorang jurucakap polis dipetik sebagai berkata oleh akhbar tersebut
The Edge Singapore melaporkan Notis Merah Interpol terhadap Low didedahkan oleh negara itu pada Julai 2018
Ia diumumkan selepas akhbar South China Morning Post melaporkan bahawa Low dapat meninggalkan Hong Kong ke Macau susulan tiada permohonan untuk menahannya
Menurut polis Singapura ketika itu, permohonan untuk menahan Low telah dikemukakan kepada polis Hong Kong tetapi ia dinafikan, demikian menurut akhbar tersebut. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.addindeen.com/2020/01/jho-low-jadi-buruan-singapura.html