Saksi Dakwa Ada Kereta Menteri Di Lokasi Private Parti Kata Ngo


Manzaidi Mohd Amin Pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan dan Hak Rakyat (Power), S. Gobi Krishnan (dua kiri) bersama Pengerusi Pertubuhan Gerakan Anti Rasuah Negara (Gegar), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor (kiri) serta NGO yang lain menunjukkan laporan SPRM terhadap menteri dan syarikat GK Sport berkaitan serbuan polis di Private Party di Ibu Pejabat SPRM Selangor, Shah Alam. foto HAZROL ZAINAL 
SHAH ALAM – Sebuah NGO membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kewujudan sebuah kenderaan mewah tertera perkataan “Menteri” pada nombor pendaftaran di lokasi serbuan polis di “private parti” di Jalan Puchong awal pagi Isnin lalu.

Pertubuhan Kesejahteraan dan Hak Rakyat (Power) turut meminta SPRM Selangor menyiasat sebuah syarikat yang dikatakan pemilik kondominium tempat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan beberapa pegawai khas menteri ditahan kerana positif dadah.

Pengerusi Power, S. Gobi Krishnan berkata, beliau mendapat tahu ada kereta milik menteri di lokasi kejadian, iaitu sebelum anggota polis menyerbu premis persendirian itu, daripada seorang saksi yang kebetulan pulang ke rumahnya di kondominium berkenaan.

“Kami telah dihubungi seorang saksi, iaitu individu yang melaporkan kejadian private parti di sebuah kondominium itu yang melihat ada sebuah kereta MPV Toyota Alphard tertera perkataan “Menteri” pada nombor pendaftaran di lokasi.

“Saksi itu bagaimanapun tidak melihat kelibat menteri, tetapi hanya melihat pemandunya sahaja, yang meninggalkan premis berkenaan sebelum anggota polis membuat serbuan.

“Saksi ini akan dipanggil SPRM Selangor petang ini untuk mendapatkan keterangan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di ibupejabat SPRM Selangor di sini, hari ini.

Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan penahanan 17 individu dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Puchong, dekat sini awal pagi Isnin.

Menurut Abdul Hamid, daripada 17 individu yang ditahan, 16 orang disahkan positif dadah dan seorang bebas dari penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencing.

“Didapati 10 lelaki Melayu, seorang lelaki Cina, tiga wanita Melayu, seorag wanita Iban, seorang wanita berbangsa Sulu dan seorang wanita dipercayai dari ngara jiran sedang berhibur dan khayal dengan bunyi muzik mengganggu ketenteraman penghuni di kondominium berkenaan,” kata Abdul Hamid.

Bagaimanapun, ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah yang dikatakan berada di lokasi kejadian menafikan beliau ditahan polis kerana positif dadah.

Ketua Armada Selangor itu berkata, dakwaan berkenaan adalah satu fitnah, kerana dakwanya beliau berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong pada malam serbuan itu dibuat.

Menurut S. Gobi, pihaknya turut meminta polis mendedahkan kepada umum siapakah menteri yang berada di tempat kejadian dan mengapa maklumat itu tidak didedahkan kepada umum pada sidang media Ketua Polis Negara baru-baru ini.

“Malah dalam kenyataan akhbar KPN itu langsung tidak membangkitkan bahawa ada kenderaan milik menteri di tempat kejadian.

“Dengan itu, kami membuat laporan SPRM untuk agensi penguatkuasaan itu menyiasat kes berkenaan kerana dikhuatiri wujud salah guna kuasa atau unsur rasuah untuk menutup siasatan polis.

“Kami juga mahu SPRM menyiasat syarikat berkenaan, iaitu pemilik premis terbabit yang turut ditahan pada awal pagi itu kerana mendapat banyak kontrak terutama dari Kementerian Belia dan Sukan sejak 2015 tahun 2019,” katanya.

Kata beliau, siasatan juga harus dilakukan untuk mengetahui sama ada semua kontrak yang telah diberikan dan akan diberikan kepada syarikat terbabit mematuhi peraturan tender yang ditetapkan atau sebaliknya.

“Sebagai penyokong kuat kerajaan Pakatan Harapan (PH), Power terpanggil untuk melaporkan perkara ini, kerana kami tidak mahu imej dan nama baik PH berlandaskan reformasi terjejas dan terpalit dengan isu rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

“Kami minta SPRM menyiasat dengan segera kerana ia melibatkan kepentingan umum,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/saksi-dakwa-ada-kereta-menteri-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Virus Influenza Kembali Serang Negara Menteri Kata Tiada Kaitan Dengan China

Virus Influenza Kembali Serang Negara Menteri Kata Tiada Kaitan Dengan China

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 351 hits
Kita semua sedia maklum yang kini virus influenza telah kembali menyerang negara di mana beberapa negeri telah menunjukkan peningkatan jangkitan Bagaimanapun Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan yang jangkitan virus ini tiada kai...
Kekosongan Jawatan Menteri Pendidikan Sebiji Macam Mat Sabu Kata Dulu Mat Hang P Mana Mat

Kekosongan Jawatan Menteri Pendidikan Sebiji Macam Mat Sabu Kata Dulu Mat Hang P Mana Mat

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 444 hits
Mohd Afendi AbasPengerusi PH Tun M beri cadangan kepada Pengerusi Kabinet Kerajaan PH iaitu Tun M Tun M kata Tunggu dulu Kita kena rujuk kepada Perdana Menteri jugak kata Tun M Perdana Menteri pun Tun M jugak maka Setelah Tun M berbincang d...
Masalah Parti Jadi Sejarah Kata Azmin

Masalah Parti Jadi Sejarah Kata Azmin

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 453 hits
Azmin Ali bercakap kepada media selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya Selangor malam ini PETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata masalah parti itu sudah menjadi sejarah dan tiba ...
Proses Tukar Kereta Mb Kelantan Sama Seperti Negeri Lain Tiada Isu Kata Takiyuddin

Proses Tukar Kereta Mb Kelantan Sama Seperti Negeri Lain Tiada Isu Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 368 hits
Isu pembelian kereta jenis Mercedes Benz untuk kegunaan menteri besar Kelantan tidak perlu diperbesar dan dijadikan modal politik kata Takiyuddin Hassan Setiausaha agung PAS itu berkata proses menukar kenderaan rasmi bagi kegunaan menteri b...
Kabinet Sudah Pilih Siapa Pemangku Menteri Pendidikan Kata Guan Eng

Kabinet Sudah Pilih Siapa Pemangku Menteri Pendidikan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 408 hits
Lim Guan Eng KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan Kabinet sudah memilih pemangku menteri pendidikan Pada sidang media majlis bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri hari ini Lim berkata Kabinet sudah bersetuju siapa yang akan m...
Pengguna Dakwa Ada Tumpahan Bijih Besi 4 Kereta Terbabas Di Jalan Bypass Kemaman Kuantan

Pengguna Dakwa Ada Tumpahan Bijih Besi 4 Kereta Terbabas Di Jalan Bypass Kemaman Kuantan

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 290 hits
Tular di media sosial hari ini berkaitan beberapa pengguna jalan dikatakan terbabas akibat tumpahan bijih timah yang bertaburan dipermukaan jalan Susulan daripada isu tersebut banyak kereta rosak selepas terbabas ketika menggunakan jalan by...
Tiada Bukti Pas Parti Ekstrem Kata Samsuri

Tiada Bukti Pas Parti Ekstrem Kata Samsuri

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 213 hits
HASPAIZI ZAIN PRK KIMANIS PAS menyifatkan kenyataan pemimpin Warisan yang melabelkan PAS sebagai parti ekstrem adalah sebagai retorik politik sempena PRK kali ini Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada masa sama berkata tuduhan ter...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi