Nak Tahu Anak Dah Ready Untuk Potty Train Buat Ujian Fizikal Ini


Latihan ke tandas adalah proses biasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Permulaan untuk ke tandas bergantung kepada faktor fizikal dan emosi seorang kanak-kanak itu.
Apa itu latihan ke tandas?
Latihan ke tandas merupakan salah satu aktiviti harian yang asas yang perlu dilalui oleh semua kanak-kanak bagi menggalakkan keberdikariaan. Latihan ke tandas juga membantu kanak-kanak untuk belajar supaya sentiasa berada di dalam keadaan kering dan bersih.

Kepentingan Latihan ke Tandas kepada Kanak-kanak
Ianya penting untuk perkembangan kanak-kanak supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan selesa, kering dan bersih. Adanya latihan ke tandas, pada umur 2 hingga 2½ tahun kanak-kanak boleh dilatih untuk menjaga dirinya berada dalam keadaan kering dan bersih. Manakala bagi kanak-kanak yang tiada latihan, pada umur 4 tahun sahaja mereka mungkin boleh berada dalam keadaan kering dan bersih.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang kurang upaya pula memerlukan bantuan latihan untuk menjadikan mereka lebih berdikari tanpa meminta bantuan pertolongan daripada sesiapa.
Cara memberi latihan kepada kanak-kanak yang normal dengan kanak-kanak yang kurang upaya adalah berbeza kerana melatih kanak-kanak yang kurang upaya memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu mengambil masa yang panjang. Dan apa yang penting adalah sokongan dan dorongan yang tidak pernah putus untuk mereka supaya boleh lebih berdikari sendiri.
Kenapa kanak-kanak tidak mampu untuk ke tandas?
Mempunyai perkembangan mental yang lambat dan juga menghadapi masalah fizikal.
Ibu bapa/penjaga tidak menyediakan keperluan yang diperlukan dan juga memberikan latihan kepada anak.
Kanak-kanak tidak mampu untuk mengawal pundi kencing mereka.
Tidak mendengar ataupun memahami arahan yang ringkas
Langkah-Langkah untuk Latihan ke Tandas
Untuk Permulaan
Kenalpasti kekerapan dan masa yang biasa kanak-kanak itu membuang air. Untuk mengenalpasti keadaan ini, ibubapa / penjaga boleh membuat satu jadual untuk mencatat kekerapan kanak-kanak membuang air.
Ini penting untuk mengetahui tempoh yang diambil oleh kanak-kanak untuk membuang air. Cara untuk mencatat kekerapan kanak-kanak membuang air boleh dibuat dalam bentuk jadual.
Contoh Jadual : Jadual Kanak-kanak Pergi ke Tandas
Contoh Jadual : Jadual Kanak-kanak Pergi ke Tandas
HARI DAN MASA
MASA SEWAKTU MENGHANTAR ANAK KE TANDAS/POTTY
ADAKAH ANAK MEMBUANG AIR DI TANDAS/POTTY
BASAH
KERING
YA
TIDAK
 
 
 
 
 
Cara untuk Mengawal Membuang Air Kencing / Besar Dan Belajar untuk Berdikari
Mula Apabila Kanak-kanak Telah Bersedia
Biasanya kanak-kanak yang normal pada umur 2 hingga 2½ tahun boleh mula dilatih, tetapi bagi kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat, latihan ke tandas boleh dimulakan pada umur 3 atau 4 tahun ataupun lebih.
Tiga cara untuk melihat samada kanak-kanak telah bersedia untuk melakukan latihan ke tandas :
Mengawal pundi kencing Adakah kanak-kanak sentiasa kering pada setiap jam. Adakah kanak-kanak tahu tentang hendak membuang air (lihat pada muka, dua belah kaki kanak-kanak). Adakah kanak-kanak membuang air dengan banyak pada satu masa tanpa meleleh/menitis pada setiap masa. Jika kanak-kanak dapat mengawal 3 perkara ataupun sekurang-kurangnya 2 perkara di atas, ini bererti mereka boleh mengawal pundi kencing dan latihan ke tandas boleh dimulakan.
Persediaan untuk bekerjasama
Untuk melihat kanak-kanak cukup memahami dan boleh memberi kerjasama, uji dengan memberikan arahan yang ringkas kepada kanak-kanak seperti baring, berdiri, masukkan mainan ke dalam kotak dan juga meminta kanak-kanak menepuk tangan. Jika kanak-kanak boleh membuat dengan rela hati ini menunjukkan mereka telah bersedia dari segi mental untuk melakukan latihan ke tandas.

Persediaan fizikal dan emosi
Uji dengan cara seperti dibawah :
Bolehkah kanak-kanak mengambil objek yang kecil dengan mudah.
Bolehkan kanak-kanak berjalan /bergerak dengan sendirinya.
Bolehkah kanak-kanak mencangkung atau duduk diatas bangku /tempat duduk dan adakah mereka dapat mengimbangkan diri.
Bagi kanak-kanak yang masih memakai lampin pakai buang mereka akan meminta untuk ditukar baru apabila tidak selesa.
Mula menunjukkan minat untuk memakai seluar dalam dan bukannya lampin pakai buang.
Mahu bersendirian apabila ingin membuang najis.
Jika kanak-kanak itu dapat lakukan seperti diatas, ini bermakna mereka sudah boleh dilatih untuk ke tandas tetapi masih memerlukan pertolongan dari segi fizikal dan emosi.
Melatih Kanak-kanak di atas Potty
Kenalpasti masa yang biasanya kanak-kanak membuang air contoh selepas makan.
Selepas mengenalpasti masa tersebut, latih kanak-kanak untuk ke tandas atau pun letakkan kanak-kanak di atas potty.
Berikan galakkan kepada mereka dengan perkataan yang biasa digunakan (seperti shiiiih atau poo).
Tinggalkan kanak-kanak diatas potty sehingga membuang air. Jika tidak membuang air, kanak-kanak tidak harus didudukan/ditinggalkan di atas potty lebih dari 10 minit.
Pastikan potty diletakkan dalam keadaan yang selamat.
Beri ganjaran setelah kanak-kanak berjaya membuang air seperti tepuk tangan, cium dia, dan lain-lain.
Jika kanak-kanak tidak membuang air semasa latihan, jangan paksa atau menghukum. Jangan mengkritik kanak-kanak tersebut apabila mereka melakuka kesalahan semasa latihan ke tandas.
Membersihkan
Terangkan kepada kanak-kanak bahawa bermain dengan najis adalah tidak baik.
Ajar kanak-kanak untuk membersihkannya dan basuh tangan kamu dan kanak-kanak itu dengan sabun.
Ajar dan bantu anak untuk menggunakan flush.
Ajar kanak-kanak supaya membasuh tangan dengan sabun selepas menggunakan potty bagi contoh dengan membasuh tangan anda sendiri.
Tunjuk Ajar Cara Menanggalkan Seluar dan Bukan Hanya Memberi Arahan
Ibubapa digalakkan memakaikan anak-anak mereka dengan pakaian (seluar) yang mudah untuk ditanggalkan/dilonggarkan. Tujuannya untuk memudahkan kanak-kanak untuk menanggalkan/melonggarkan pakaian (seluar) mereka apabila hendak ke tandas.
Jika kanak-kanak tidak boleh melakukannya (susah untuk melaksanakan tugasan), ibubapa/penjaga tidak boleh melaksanakan tugasan tersebut. Bantu mereka dengan cara melakukan bersama-sama kanak-kanak tersebut supaya dapat belajar bagaimana untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan sendiri.
Jika kanak-kanak susah untuk menarik pakaian (seluar) ke bawah, gunakan pakaian (seluar) yang mudah untuk dilonggarkan, contoh : seluar yang elastik, seluar yang menggunakan velcro.
Elakkan menggunakan seluar yang berbutang dan bertali pinggang.
Kredit: myhealth portal 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekaran
The post Nak Tahu Anak Dah Ready Untuk ‘Potty Train’? Buat Ujian Fizikal Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-tahu-anak-dah-ready-untuk-potty-train-buat-ujian-fizikal-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Sengaja Nak Tantrum Anak Tak Mampu Kawal Emosi Ayah Ini Kongsikan Fakta Kita Perlu Tahu

Bukan Sengaja Nak Tantrum Anak Tak Mampu Kawal Emosi Ayah Ini Kongsikan Fakta Kita Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 142 hits
Sekitar usia anak nak membesar lebih kurang tiga tahun ke bawah itu adalah normal Biasanya tantrum ini terjadi kerana ia adalah cara terbaik untuk anak menunjukkan perasaannya Untuk meluahkan dengan kata kata adalah sukar jadi ekspresi mela...
Bila Naik Kereta Nak Berjalan Jauh Anak Selalu Pening Muntah Dalam Kereta Kan Cuba Cara Ini Untuk Atasinya

Bila Naik Kereta Nak Berjalan Jauh Anak Selalu Pening Muntah Dalam Kereta Kan Cuba Cara Ini Untuk Atasinya

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 175 hits
Ibu adik pening duduk dalam kereta lama lama rasa macam kepala berpusing Ayat seperti ini mungkin akan keluar dari mulut si manja anda setiap kali bawa anak naik kereta untuk perjalanan yang jauh bukan Ya ia memang kedengaran menyusahkan Di...
Bapak Dia Tak Keruan Anak Bujang Buat Hal Gelagat Anak Nak Berkawan Curi Perhatian Comel

Bapak Dia Tak Keruan Anak Bujang Buat Hal Gelagat Anak Nak Berkawan Curi Perhatian Comel

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 164 hits
Anak anak yang sedang membesar ni ada saja ragamnya yang mencuti hati Ada masanya mereka akan buat perkara di luar jangkaan Bila dikenangkan semula memang lucu dan seronok bila teringatkan kerenah anak tersayang ni Sudah menjadi lumrah anak...
Jalan Kaki 2km Dari Rumah Ke Sekolah Motor Kena Tarik Cikgu Fadli Kongsi Kisah Semangat Bapa Nak Sekolahkan Anak

Jalan Kaki 2km Dari Rumah Ke Sekolah Motor Kena Tarik Cikgu Fadli Kongsi Kisah Semangat Bapa Nak Sekolahkan Anak

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 173 hits
Ibu bapa mana yang tidak mahu memberikan pendidikan yang terbaik buat anaknya Walau diri sendiri tidak tinggi pelajarannya anak harus disekolahkan sehabis daya Inilah semangat seorang bapa yang dikongsikan kisahnya oleh menerusi facebooknya...
Jadi Anak Angkat Tak Nak Jadikan Menantu Je Abang Ok

Jadi Anak Angkat Tak Nak Jadikan Menantu Je Abang Ok

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 207 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank You AIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber youtube
Nak Rotan Anak Ada Bahagian Badan Yang Dibolehkan Bahagian Larangan Bukan Semua Tempat Boleh Rotan

Nak Rotan Anak Ada Bahagian Badan Yang Dibolehkan Bahagian Larangan Bukan Semua Tempat Boleh Rotan

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 173 hits
Nak mendidik anak anak memang memerlukan kesabaran lebih lebih lagi anak yang sedang membesar Memang mencabar jiwa raga kalau tak kena gaya memang boleh hilang kesabaran Ye lah kita manusia biasa niat hanya mahu mendidik anak menjadi manusi...
Bila Nak Mansuhkan Ptptn Kami Anak Muda Sangat Terbeban Pengadu Tuntut Pm Tunaikan Janji Tetapi

Bila Nak Mansuhkan Ptptn Kami Anak Muda Sangat Terbeban Pengadu Tuntut Pm Tunaikan Janji Tetapi

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 204 hits
Bila nak mansuhkan PTPTN Kami anak muda sangat terbeban Pengadu tuntut PM tunaikan janji tetapi Selasa lalu seorang pengguna Twitter menuntut kerajaan baharu menunaikan janji yang pernah dilaungkan suatu masa dahulu untuk memansuhkan pinjam...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life