Jalan Kaki 2km Dari Rumah Ke Sekolah Motor Kena Tarik Cikgu Fadli Kongsi Kisah Semangat Bapa Nak Sekolahkan Anak


Ibu bapa mana yang tidak mahu memberikan pendidikan yang terbaik buat anaknya. Walau diri sendiri tidak tinggi pelajarannya, anak harus disekolahkan sehabis daya.
Inilah semangat seorang bapa yang dikongsikan kisahnya oleh Cikgu Fadli Salleh menerusi facebooknya. Ayah hebat ini diuji dengan hebat bila mana satu-satu kenderaannya untuk mencari rezeki ditarik gara-gara tidak dijelaskan hutang bulanannya.

Tetap mahu anak ke sekolah, bapa ini sanggup menemani anak kecilnya yang baru bersekolah di pra sekolah setiap hari. Sayu dan betapa semangatnya kuat untuk melihat anak ke sekolah. Ikuti perkongsiannya.
Seorang guru pra perasan murid yang sampai ke sekolah setiap hari berpeluh-peluh. Sedangkan sebelum ini tak begitu. Anak itu biasanya dihantar oleh kedua ibubapanya. Semua mereka berpeluh di awal pagi.
Setelah diselidik, rupanya mereka berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Sekitar 2km juga jaraknya. Motor si ayah kena tarik beberapa minggu lepas akibat tertunggak 4 bulan. Masa tu dia tengah buat job grab. Sumber pendapatan utama keluarga.
Lepas hantar barang, pergi tempat parking motor, motor hilang. Ada brader bagi surat tunggakan AEON beribu jumlahnya.

Terduduk si ayah. Motor kenderaan utama untuk cari makan kena tarik. Menung panjang jugalah. Namun dia bapa yang bertanggungjawab. Motor tak ada, anak pula minat nak pergi sekolah, setiap hari dia teman anak dengan berjalan kaki.
2km pergi, 2km balik. Kemudian masa pulang kena jalan lagi 2km pergi, 2km balik. 8km ulang alik jalan kaki semata-mata untuk anak dapat ilmu.
Kelmarin, anak dia dapat Anugerah Cemerlang pra sekolah. Masa tu aku dikenalkan dengan si ayah yang tabah ini oleh guru pra.
Hari ini, Hari Orientasi Tahun 1 anak dia. Datang hantar anak bersama isterinya. Dengar taklimat dan tunggu sampai habis program.
Tak ramai ayah yang sanggup datang hari orientasi ni. Biasanya wakil kat ibu je. Ni dua-dua datang. Bagus semangat si ayah walau dia sendiri tak ada SPM.

Dia dari keluarga susah 10 orang adik-beradik. Terpaksa berkorban tinggalkan bangku persekolahan di Tingkatan 4 kerana keluarga kurang mampu.
Dan hari ini, dia masih berkata pada aku memang dia suka belajar. Dia dulu nak jadi cikgu. Namun nasib keluarganya tidak menyebelahi cita-citanya. Namun dia akan pastikan anak-anak dia dapat pendidikan sempurna.
Bagus sungguh semangat si ayah. Aku cukup suka orang seperti ini. Menjaga hak anak-anak dan pentingkan pelajaran.
Habis program tadi, aku suruh dia tunggu depan pagar sekolah. Aku hantar keluarga mereka pulang, sebaik dia nak turun aku tahan.
“Abang ikut saya. Kakak dan anak naik rumah lah”. Pelik si ayah. Namun dia patuh saja. Aku bawa ke kedai motor di Batu Caves.

“Bang. Nak motor mana?” “Eh cikgu. Apa ni?” “Pilih motor. Nak motor mana?”
“Cikgu nak belikan untuk saya ke?” Aku angguk kepala. Bergenang terus mata dia. Dalam sebak dia berkata,
“Cikgu pilih yang mana-mana pun. Saya okey je”. “Abang la pilih. Abang yang nak guna”.
“Eh tak cikgu. Saya tak mampu nak memilih. Apa yang cikgu pilih, saya terima saja”.
Aku pertimbangkan 2 biji motor tadi. Satu Honda Dash tahun 2015, harga RM3100. Satu lagi motor baru, SM Sport, harga RM3600.
Seller syorkan SM Sport. Enjin ex5. Senang spare part dan murah. Lagi pun motor baru. Tak ada banyak masalah. So kami proceed ambil SM Sport. InsyaAllah Selasa or Rabu ni setel la urusan JPJ dan boleh ambil motor.
Masa pulang tadi, berkali-kali dia ucap terima kasih. “Cikgu. Saya tak tahu nak balas budi cikgu macamana. Saya doakan cikgu terus murah rezeki”.

“Budi ini bukan untuk dibalas. Budi ini untuk abang kembalikan pada orang lain bila abang senang sikit di hari akan datang. Dan sumbangan ini bukan dari poket saya seorang. Doakan semua penyumbang ya”. “InsyaAllah cikgu. Terima kasih banyak-banyak”.
Dan dia melangkah keluar kereta menuju ke rumahnya dengan pelbagai rasa. Yang pasti, mesti dia tak sabar nak cerita kat anak isteri,
“Minggu depan kakak dah tak perlu pergi sekolah jalan kaki. Ayah hantar naik motor baru”.
Mesti anak tersenyum gembira. Isteri hati berbunga. Satu masalah besar yang menimpa, satu bebanan berat yang mengusut kepala, satu punca pendapatan utama yang pudar sinarnya, kembali bercahaya.
Sebuah motor yang disyukuri dan InsyaAllah membantu menaikkan semula ekonomi keluarga ini. Terus gigih usaha tanpa tinggalkan doa bang. Solat jangan tinggal. Buat baik pada sesiapa sahaja selalu. InsyaAllah suatu masa nanti akan banyak kesenangan akan datang.
#MFS
– Secebis kisah di kotaraya –
Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma
The post “Jalan Kaki 2km Dari Rumah Ke Sekolah” Motor Kena Tarik, Cikgu Fadli Kongsi Kisah Semangat Bapa Nak Sekolahkan Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jalan-kaki-2km-dari-rumah-ke-sekolah-motor-kena-tarik-cikgu-fadli-kongsi-kisah-semangat-bapa-nak-sekolahkan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabar Ya Fasa Rumah Bersepah Sekejap Je Ibu Ni Kongsi Manfaat Bila Anak Rajin Kemas Rumah

Sabar Ya Fasa Rumah Bersepah Sekejap Je Ibu Ni Kongsi Manfaat Bila Anak Rajin Kemas Rumah

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 286 hits
Bila ada anak kecil ni kita tak boleh harap yang rumah akan bersih sepanjang masa Semuanya akan tersusun kemas tanpa ada tangan yang mengusik Itu adalah normal bila ada anak kecil pasti rumah akan bersepah Bukan kerana ibu atau ayahnya pema...
Nak Bersalin Tapi Nak Anak Teman Sekali Gelagat Ibu Kucing Nak Bersalin Tarik Perhatian Ramai

Nak Bersalin Tapi Nak Anak Teman Sekali Gelagat Ibu Kucing Nak Bersalin Tarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 262 hits
Kucing adalah makhluk yang hampir sama dengan manusia Seperti juga manusia melahirkan anak bagi kucing bukan perkara yang mudah juga bagi seekor kucing Kucing juga tidak suka melahirkan anak bersendirian Tetapi ada juga kucing yang tidak su...
Tengah Malam Pun Tak Tidur Lagi Nak Bagi Anak Mudah Tidur Awal Doktor Kongsi Tip

Tengah Malam Pun Tak Tidur Lagi Nak Bagi Anak Mudah Tidur Awal Doktor Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 349 hits
Pening dibuatnya bila anak masih tak tidur walaupun sudah lewat malam Kepenatan ibu bekerja bertambah bila mana anak tidak mahu tidur Sudahnya esok pagi susah hendak bangun ke sekolah Rupanya banyak cara untuk pastikan anak tidur awal Tip y...
Bila Anak Ramai Ni Susah Nak Kuarantin Dr Halina Kongsi Mental Kena Kuat Jaga Anak Tak Sihat

Bila Anak Ramai Ni Susah Nak Kuarantin Dr Halina Kongsi Mental Kena Kuat Jaga Anak Tak Sihat

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 173 hits
Bila anak demam memang macam macam ragam Tambah lagi bila anak ramai memang senang betul demam tu berjangkit dan buat mak mak jadi penat sebab setiap minggu si anak akan take turn demam Sama seperti isteri angkasawan negara Dr Sheikh Muszap...
Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Ibu Bapa Beli Kelengkapan Sekolah Anak

Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Ibu Bapa Beli Kelengkapan Sekolah Anak

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 296 hits
hai assalammualaikumPusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Beli Kelengkapan Sekolah Anak Korang dah selesai belum beli kelengkapan sekolah anak Tahun ni masuk persekolahan tahun baru bulan 3 Nad baru nak beli barang sekolah anak ni Biasalah ...
Cute Senang Nak Buat Idea Menu Jamuan Sekolah Anak Paling Senang Nak Masak

Cute Senang Nak Buat Idea Menu Jamuan Sekolah Anak Paling Senang Nak Masak

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 284 hits
Apa menu anda untuk jamuan anak Hujung tahun ini mak mak mula sibuk untuk menyediakan menu jamuan akhir tahun di sekolah anak Tak payah bersusah payah menu ringkas sememangnya jadi kesukaan anak anak kita Idea simple menggunakan roti dan nu...
Baby B Nak Mommy Sha Je Tak Nak Lepas Fasha Kongsi Momen Dengan Bunga Comelnya

Baby B Nak Mommy Sha Je Tak Nak Lepas Fasha Kongsi Momen Dengan Bunga Comelnya

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 112 hits
Pelakon jelita Fasha Sandha dikenali dengan bakat lakonannya yang bersahaja dan sering memberi impak kepada para penonton Fasha juga sering menjadi inspirasi kepada para ibu kerana dia sangat komited dalam menjaga kesihatan serta kecantikan...
Bulatnya Mata Dia Mia Ahmad Kongsi Foto Anak Ketiga Beri Nama Imaani

Bulatnya Mata Dia Mia Ahmad Kongsi Foto Anak Ketiga Beri Nama Imaani

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 196 hits
PELAKON Mia Ahmad berkongsi wajah anak ketiganya buat pertama kali kepada peminat sejak bayi perempuan itu dilahirkan Januari lalu Mia atau Samihah Ahmad Baderi 35 berkata dia dan suami iaitu Mohd Izham Tarmizi turut sepakat memilih nama Im...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias