Nak Racun Monyet Kanak Kanak Kritikal Selepasambil Makan
Pagar yang diletakkan jajan beracun tikus
Nak racun monyet, akibatnya kanak-kanak kritikal selepas ambil makan. Seluruh negara tergempar dengan berita tentang dua orang kanak-kanak berumur 2 dan 3 tahun yang telah makan keropok jajan yang telah diletak racun tikus bagi membunuh monyet yang mencuri makanan di kebun pemiliknya.
Sha baca berita, pemilik kebun tersebut telah ditahan oleh pihak polis untuk diambil keterangan berhubung perkara ini.
KEADAAN MANGSA KRITIKAL
Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun. Sedihnya baca berita tentang kritikal dua beradik di Kulim yang berusia 2 dan 3 tahun tu.
Adik-beradik ni jumpa bungkusan keropok yang digantung pada tiang sebuah pagar, jadi mereka pun ambil dan makan.
Tak lama lepas tu, mereka dijumpai dalam keadaan muntah-muntah dan berbuih mulut, lalu segera dikejarkan ke hospital.
Selepas disiasat, rupa-rupanya keropok tu telah dicampur dengan racun tikus dengan niat untuk meracun monyet.
Kalau dah macam ni, sape pun teringin
Kenapalah letak umpan berupa makanan ringan untuk haiwan perosak? Kenapa pula diletak di tempat awam macam tu?
Budak-budak manalah faham bahaya. Mereka nampak jajan(keropok), sudah pastilah mereka ambil dan makan.
Nak meracun makhluk perosak, perlulah utamakan keselamatan. Bukan keselamatan diri sahaja, bahkan persekitaran kita.
Persekitaran tu termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan selain makhluk perosak yang menjadi sasaran.
Garis Panduan
Ini antara garis panduan penting yang perlu diikuti untuk menghindari kemalangan yang tidak diingini:
1. ■ Penyimpanan yang Selamat: Racun harus disimpan dalam bekas berkunci dan diluar capaian kanak-kanak. Label pada bekas ini harus jelas dan mudah dibaca.
2. ■ Penggunaan yang Bertanggungjawab:Gunakan racun mengikut arahan pada label. Jangan ubah suai atau gunakannya dengan cara yang tidak disarankan oleh pengeluar.
3. ■ Kawasan Terhad: Jangan letak racun di kawasan umum atau tempat yang mudah diakses oleh orang ramai, terutama kanak-kanak.
4. ■ Pemantauan dan Pembersihan: Selepas gunakan racun, kawasan tersebut harus dipantau dengan rapi. Pembersihan segera harus dilakukan selepas penggunaan.
5. ■ Pemberitahuan dan Notis: Individu yang tinggal di kawasan berhampiran harus diberi notis tentang penggunaan racun sebagai langkah berjaga-jaga.
Gunakan racun dengan beretika. Utamakan keselamatan. Semoga kita dapat hindari tragedi seperti ini di masa akan datang.
Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan & Keselamatan
Sedih memikirkan nasib kedua-dua anak tersebut. Dari Klinik Kesihatan Malau dikejarkan ke Hospital Sungai Petani dan dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang.
Biasanya, kalau dah masuk ke hospital Penang, memang teruk keadaannya.
Semoga baik2 sahaja anak-anak itu. Kanak-kanak tidak tahu apa-apa. Lagipun jangan la letak keropok. Letaklah makanan lain. Jagung ke pisang ke..
Tapi niat nak membunuh binatang itu pun sudah tidak baik. Di akhirat, kita akan dipertanggungjawabkan ke atas segala perbuatan kita.
Nauzubillah himinzalik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sha-myheart.blogspot.com/2024/07/nak-racun-monyet-kanak-kanak-ambil-makan.html