Bila Nak Berhenti Makan Durian


Bila Nak Berhenti Makan Durian.  Sekarang ni mana-mana merata ada orang jual durian.  Musim durian datang lagi.  Dah hampir 2 minggu, lambakan durian yang dijual di merata tempat.  Kalau di utara ni port orang cari durian ialah di Balik Pulau, Pulau Pinang, Batu Kurau, Perak dan banyak lagi tempat-tempat lain.  Musim nilah tuanpunya kebun durian boleh kumpul duit.


Macam-macam Jenis DurianBila sebut jenis durian, ada macam-macam jenis.  Akak pun sampai sekarang tak begitu fasih lagi dengan jenis durian ni. Musim durian kali ni dapat cuba beberapa jenis juga antaranya durian kampung, IOI, musang king, udang merah dan beberapa jenis lagi.  Cuba sikit-sikit di masa yang lain-lain.  Tak boleh makan sekali gus di usia-usia begini.
Terjumpa sharing di fb tentang jenis-jenis durian.
Kampung - ada pelbagai rupa dan bentuk dengan rasa yang  tidak konsisten.  Paling murah dan mudah untuk djumpai.
D7 - buah sederhana besar dan berbentuk lonjong, kulit berwarna kuning dan isinya lemak manis.
D96 - buah sederhana besar dan berwarna gangsa, isinya tebal dan berwarna oren. Rasanya lemak manis.
D168/IOI - buah sederhana besar, bulat dan kulit berwarna hijau perang, isi berwarna oren dan rasanya lemak manis dan sedikit pahit.
D197/ Musang King - buah sederhana besar, bulat dan kulit berwarna hijau perang. Terdapat garisan bintang 5 ketara di bawah hujung pangsa.  Isi berwarna kuning dan rasanya manis, sedikit pahit dan berlemak.
D2/Dato Nina - buah sederhana besar dan kulit berwarna gangsa, isinya tebal berwarna kuning keemasan.
D24/Sultan - terdapat ruang pangsa tidak sempurna di tengah-tengah. Isinya tebal dan berwarna kuning.  Mempunyai rasa manis berlemak dan sedikit pahit.
D160/Tekka - buah besar dan bujur panjang, ada ruang di tengah-tengah pangsa dan isi berwarna oren, rasa sedikit pahit dan berlemak.
D198/ Golder phoenix - buah sederhana besar, bujur, pangsa nipis dan isinya berwarna kuning pucat.  Rasanya manis, sedikit pahit dan berlematk.
D175/Udang merah - buah sederhana besar, bujur, kulit berwarna hijau perang, isinya berwarna kuning jingga kemerahan yang tebal, lembut, lemak berkrim dengan rasa yang manis.

Ni jenis durian kampung. Kami beli di Ijok, Perak. Masuk jalan kampung, ramai yang menjual di tepi-tepi jalan.  Best sebab dapat durian elok. Kata yang menjual, durian ni datng dari pokok yang berusia lebih 100 tahun. Isi durian ni memang mantap



Dua minggu lepas, family daripada Melaka datang rumah. Kami jamu dengan durian Junjong. Ayah suka makan durian dengan nasi, gula Melaka dan santan. En Hubby pula suka makan durian dengan pulut dan santan. Maka masing-masing bertukar-tukar rasa


Hasil tangkapan IOI


Memang sesuai dengan gelaran Raja Buah.    Kami dapat buat beberapa bekas tempoyak,  Mudah je nak buat tempoyak.  Korang perisi isi durian daripada bijinya.  Hancur-hancurkan dan campurkan dengan garam.  Garam tu korang agak-agak saja, jangan sampai terlebih masin.  Lepas tu masukkan dalam bekas dan simpan di tempat yang dingin.  Akak simpan dalam peti sejuk saja.  Kalau banyak, bekukan dalan freezer.  Paling mudah, korang asing-asingkan dalam bekas kecil, boleh simpan lama

Cukup dah kot musim kali ini. musim depan pula







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2024/07/bila-nak-berhenti-makan-durian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Makan Rojak Dan Cendol Kat Ipoh Boleh Singgah Rojak N Cencol Padang Ipoh

Nak Makan Rojak Dan Cendol Kat Ipoh Boleh Singgah Rojak N Cencol Padang Ipoh

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 253 hits
Assalamualaikum Bila dah jalan jalan mestilah nak cari makan yang best best Kalau viral tu Fiza kurang berminat sangat sebab selalunya mesti ramai sedap belum tentu Tapi kalau nak makan yang sedap kita kena tanya orang kat situ mana port ma...
Teringin Makan Durian Waktu Hamil Sihatkah Untuk Ibu Mengandung

Teringin Makan Durian Waktu Hamil Sihatkah Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 159 hits
Teringinnya nak makan durian Ayat ayat sebegini selalu kita dengar dari ibu hamil Soalnya bolehkah ibu hamil makan buah durian Walaupun tinggi dengan khasiat terdapat banyak spekulasi berkenaan sama ada selamat ke untuk wanita hamil makan d...
Resipi Sambal Tumis Ikan Bunga Kantan Yang Sedap Wangi Aromanya Buat Tak Sabar Nak Makan

Resipi Sambal Tumis Ikan Bunga Kantan Yang Sedap Wangi Aromanya Buat Tak Sabar Nak Makan

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 275 hits
Kalau suka makan ikan sambal mesti akan suka dengan sambal tumis ikan bunga kantan ini Rasa sambal yang digabung dengan aroma bunga kantan yang wangi memang menambahkan lagi keenakan rasanya Waktu masak pun dah buat kita tak sabar nak makan...
Sean Lee Sambut Hari Jadi Isteri Bawa Lepak Makan Durian Di Raub

Sean Lee Sambut Hari Jadi Isteri Bawa Lepak Makan Durian Di Raub

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 116 hits
Selebriti terkenal Sean Lee sambut hari jadi isteri Bay Doucet dengan membawa wanita berkenaan ke Raub sambil menikmati durian Menerusi posting Sean atau nama sebenarnya Sean Lee Jia Ern dia telah memaklumkan yang sebenarnya hari lahir iste...
Anak Kucing Gila Makan Durian Curi Hati Netizen

Anak Kucing Gila Makan Durian Curi Hati Netizen

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 285 hits
PETALING JAYA Gelagat seekor anak kucing yang sangat suka memakan durian membuat netizen cair melihat kecomelannya menikmati raja buah itu Video berdurasi 44 saat yang dikongsi di laman TikTok Abangkucing menunjukkan anak kucing itu tidak m...
Cara Buat Pulut Kuah Durian Yang Bukan Saja Sedap Tapi Wangi Makan Dengan Gula Merah Lagi Ngam

Cara Buat Pulut Kuah Durian Yang Bukan Saja Sedap Tapi Wangi Makan Dengan Gula Merah Lagi Ngam

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 127 hits
Menu pulut durian ini selalu dihidang bila tiba musim durian Walaupun nampak ringkas tapi hakikatnya ada juga yang belum tahu cara membuatnya Bagi yang mahu cuba menyediakan hidangan pulut durian ini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh un...
Syurga Video Bambam Got7 Kopek Makan Durian Di Malaysia Curi Perhatian

Syurga Video Bambam Got7 Kopek Makan Durian Di Malaysia Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 252 hits
Selepas konsert solonya pada tahun lepas BamBam sekali lagi datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan peminatnya Artikel Berkaitan Pada 13 Julai hari ini BamBam akan mengadakan acara perjumpaan bersama peminatnya di Malaysia berkolaborasi de...
Nak Racun Monyet Kanak Kanak Kritikal Selepasambil Makan

Nak Racun Monyet Kanak Kanak Kritikal Selepasambil Makan

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 239 hits
Pagar yang diletakkan jajan beracun tikusNak racun monyet akibatnya kanak kanak kritikal selepas ambil makan Seluruh negara tergempar dengan berita tentang dua orang kanak kanak berumur 2 dan 3 tahun yang telah makan keropok jajan yang tela...
Resipi Peria Masak Serunding Kelapa Makan Dengan Nasi Paling Sedap

Resipi Peria Masak Serunding Kelapa Makan Dengan Nasi Paling Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 260 hits
Jom masak lauk Peria Masak Serunding Kelapa yang sangat sedap resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni Lauk yang sangat ringkas dan mudah bahkan tidak menggunakan banyak bahan Sangat berbaloi untuk dicuba CARA MASAK PERIA MASAK SERUNDIN...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Mereka Seperti Keluarga Meriah Bigbang Kembali Bersatu Di Konsert Encore Taeyang Di Seoul

Saman Supaya Orang Ramai Akan Sedar Pas Adalah Parti Pemfitnah

Tak Ngaku Ahli Parti Kot Bila Kesalahan Berulang

Amboi 7 Inci Kuku Cagu

Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama