Nak Jadi Macam Kakak Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Biasakan Anak Dengan Taekwondo


Melihatkan pelbagai aktiviti yang diatur pasangan doktor, Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr Halina Yunos buat anak-anak mereka padat dan begitu menyeronokkkan.
Sama seperti anak sulong dan kedua mereka, baik Dr Sheikh Muszaphar dan isteri sepakat memilih sukan taekwondo buat anak kembar lelaki mereka.
Berkongsi melalui Instagram, kedua pasangan ini turut memuat naik perjalanan dua beradik kembar ini untuk menjalani latihan pertama taekwondo.

“Hari ini kelas percubaan mereka di taekwondo, nak jadi macam kakak. Moga diterima, kalau dah pandai taekwondo, sure anak-anak kitorang bila bergaduh nanti up another level Hahaha. Double flying kick, back kick, segala jenis kick ada. Now diorang copy kakak-kakak je.. hehe,” kongsi Dr Halina di Instagramnya.
Menurut kata Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar, mengapa taekwondo menjadi pilihan mereka sudah semestinya kerana disiplin, hormat dan rasa tanggungjawab yang diterapkan melalui sukan itu.

 
Petua dan tip biasakan anak dengan latihan sukan
Sementara itu, menerusi Instagram, Dr Sheikh Muszaphar juga turut memuat naik gambar dan video latihan pertama kami pasangan kembar, Adam dan Noah. Malah bapa kepada enam cahaya mata ini turut sama berkongsi petua dan tip untuk semua ibu bapa yang memilih sukan untuk anak-anak mereka.
Anak-anak kecil kita terlalu muda untuk pilih sukan yang mereka suka. Sebagai ibu bapa kitalah memilih apa yang kita fikir terbaik untuk anak-anak.

Saya pilih renang & TaekwanDo untuk anak-anak saya dengan harapan mereka akan terus semangat sampai akhir. Bella & Tasha mulakan sukan ini sejak mereka berumur 3 tahun lagi dan sampai sekarang pun masih lagi dengan latihan taekwondo. Saya berharap anak lelaki akan melakukan perkara yang sama.
Berikut adalah beberapa petua:
1. Mulakan pada usia mereka muda
Jika anda mulakan latihan mereka masa muda dan anak-anak pun menyukai sukan itu, ada peluang yang sangat baik mereka akan terus melakukannya. Mulakan mereka dari umur 3 tahun.
2. Sediakan mereka dari segi mental
Terangkan pada kanak-kanak tentang sukan itu. Kanak-kanak akan lebih seronok jika mereka lebih memahami sukan ini.

3. Tidur nyenyak
Pastikan anak-anak mendapat rehat yang baik pada hari sebelumnya untuk mengelakkan tantrum, moody, pemarah dan lain-lain yang akan merosakkan hari itu.
4. Jadikan sukan menyeronokkan dan mengujakan
Adalah penting untuk kanak-kanak menikmati sukan. Mereka tidak jemu jika mereka seronok melakukannya.
5. Be there
Temani anak. Ibu bapa perlu berada bersama semasa latihan supaya anak rasa selesa. Buat anak lebih yakin.

6. Beritahu anda bangga
Beritahu anak betapa anda bangga dengan usaha dan pencapaian mereka. Anak-anak suka bila dapat membanggakan ibu bapa mereka.
7. Peluk cium
Saya tak percaya dengan bagi hadiah pada anak sebagai ganjaran. Beri mereka pelukan dan cium. Ini hadiah terbaik untuk anak-anak.
8. Apa yang kita harapkan daripada mereka
Terangkan pada anak apa yang kita harapkan daripada mereka. Kelas, pelajar, latihan dan sebagainya. Buat anak membina keyakinan mereka sekaligus boleh atasi rasa bimbang anak. Anak-anak ni biasanya selalu gementar tanpa mengetahui sebab apa.

9. Hari pertama penting
Kalau anak-anak enjoy masa sesi pertama, kemungkinan besar mereka mahu lebih dan tak sabar nak ke kelas seterusnya. Anda di landasan yang betul.
10. Peka dengan stress anak
Anak hilang selera makan, tantrum, cari alasan untuk tak pergi latihan dan sebagainya. Cari sebabnya bila anak berkelakuan macam ni. Mungkin boleh berehat sekejap dari latihan. Paksa anak hanya akan memburukkan keadaan.
 
View this post on Instagram  
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

 
Menarik: Nak Anak Lagi Cepat Menulis, Biasakan Latih Anak Dengan Cara Ni, Lagi Cepat Mahir!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Nak Jadi Macam Kakak” Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Biasakan Anak Dengan Taekwondo! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-jadi-macam-kakak-dr-sheikh-muszaphar-kongsi-tip-biasakan-anak-dengan-taekwondo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Menangis Bila Ada Orang Nak Dekat Tanda Anak Sihat Normal Pakar Kongsi Tip Bantu Anak Hadapi Stranger Anxiety

Takut Menangis Bila Ada Orang Nak Dekat Tanda Anak Sihat Normal Pakar Kongsi Tip Bantu Anak Hadapi Stranger Anxiety

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 273 hits
Pernah tak anda mengalami situasi di mana anak mula menangis apabila ada orang lain cuba mengambil mereka atau takut takut apabila ada yang mendekati Menurut Konsultan Tangisan dan Tidur Bayi ianya adalah perkembangan yang NORMAL bagi setia...
Pakar Kongsi Cara Mudah Nak Tahu Anak Perlu Jumpa Pakar Terapi Pertuturan Ataupun Tidak

Pakar Kongsi Cara Mudah Nak Tahu Anak Perlu Jumpa Pakar Terapi Pertuturan Ataupun Tidak

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 270 hits
Perkara yang paling membimbangkan mama papa tentu sekali anak tidak bercakap tidak mahu bercakap ataupun lambat bercakap dari usia sepatutnya Masalah kelewatan bahasa mungkin tidak nampak serius bagi bayi tetapi apabila kanak kanak meningka...
Start Caring Other Babies Insya Allah Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Ikhtiar Suami Isteri Yang Mahukan Zvriat

Start Caring Other Babies Insya Allah Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Ikhtiar Suami Isteri Yang Mahukan Zvriat

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 378 hits
Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menitipkan ikhtiar untuk mendapatkan anak kepada pasangan berumah tangga yang menantikan kehadiran zvriat Menerusi laman sosial Twitter seorang pengguna berkongsi tips mendapatkan zvriat da...
Nak Anak Lagi Cepat Menulis Biasakan Latih Anak Dengan Cara Ni Lagi Cepat Mahir

Nak Anak Lagi Cepat Menulis Biasakan Latih Anak Dengan Cara Ni Lagi Cepat Mahir

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 264 hits
Kita paling risau bila anak masih lagi memegang pensil dengan cara yang salah apa lagi menulis dengan lancar seperti kanak kanak lain Kemahiran menulis sebenarnya perlu diransang Apa mak ayah perlu buat Selain menggunakan pensil biasa ini c...
Sama Macam Baba Yassin Kongsi Video Dia Anak Buat Muka Lucu Ikut Rentak Lagu

Sama Macam Baba Yassin Kongsi Video Dia Anak Buat Muka Lucu Ikut Rentak Lagu

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 266 hits
Orang kata ke mana tak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi Biasanya anak anak akan ikut perangan ibu ayahnya Anak perempuan pula dikatakan akan menjadi rapat dengan ayah mereka Suka habiskan masa bersama sama rasanya kebanyakan ayah akan ber...
Play School Bukan Nak Suruh Belajar Tapi Untuk Anak Bermain Ibu Ini Kongsi Kelebihan Yang Anak Akan Dapat

Play School Bukan Nak Suruh Belajar Tapi Untuk Anak Bermain Ibu Ini Kongsi Kelebihan Yang Anak Akan Dapat

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 324 hits
Mungkin ada dikalangan kita yang teragak agak nak hantar anak ke play school lebih lebih lagi anak yang baru berusia 2 tahun ke atas kan Ada ibu ayah yang terpaksa hantar anak ke preschool playschool tapi rasa tidak senang hati Jangan bimba...
Puas Pujuk Tapi Baby Nak Lahir Dekat Sekolah Ramai Mak Angkat Sambut Dia Guru Kongsi Detik Mencemaskan

Puas Pujuk Tapi Baby Nak Lahir Dekat Sekolah Ramai Mak Angkat Sambut Dia Guru Kongsi Detik Mencemaskan

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 306 hits
Pengalaman sakit nak bersalin secara tiba tiba memang merupakan pengalaman yang paling mendebarkan buat semua Mana tidaknya bukan satu tugas yang mudah untuk menjadi bidan terjun menyambut kelahiran bayi secara tiba tiba Namun itulah pengal...
Ibu Berdepan Ragam Anak Enggan Makan Sabar Ibu Cuba 5 Tip Bijak Ini Dahulu

Ibu Berdepan Ragam Anak Enggan Makan Sabar Ibu Cuba 5 Tip Bijak Ini Dahulu

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 199 hits
Amalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan anak susah makan Jom ketahui cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tabiat makanan anak ini Tabiat pengambilan makanan anak Memastikan anak mendapat makanan berkhasiat dan seimb...
Hiburan Nak Tahu Rahsia Menambat Hati Ini Tip Dari Pelakon Terkenal Fattah Amin

Hiburan Nak Tahu Rahsia Menambat Hati Ini Tip Dari Pelakon Terkenal Fattah Amin

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 259 hits
Siapa tak kenal pelakon kacak Fattah Amin Karakter dan personalitinya dalam drama dan filem menjadikan aktor ini menjadi pujaan golongan hawa Tapi apa sebenarnya yang cara untuk menjadi wanita idaman bagi menambat si dia Fattah berkongsi be...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever