Nak Jadi Bapa Mithali Bakal Ayah Kena Sedia Dengan Perubahan Ini Anak Terjaga Isteri Gembira


Bagi pasangan suami isteri, kelahiran bayi pastinya menyempurnakan kehidupan. Tetapi seiring dengan kehadiran zuriat, pastinya akan berlaku perubahan kehidupan, bersediakah anda, wahai bakal ayah?

Kelahiran bayi vs perubahan kehidupan
Setiap hubungan pastinya akan melalui beberapa perubahan besar dalam kehidupan setelah kelahiran bayi. Ia boleh menjadi sesuatu yang baik mahupun sebaliknya. Sudah tentu ia akan melibatkan keperluan untuk menjaga bayi.
Tetapi apakah perubahan dalam kehidupan yang mungkin berlaku?
Usah bimbang wahai bakal ayah, apa yang akan dikongsikan ini adalah perkara yang boleh anda dan pasangan jangkakan nanti.
Menyesuaikan diri selepas kelahiran bayi
Selepas bayi selamat dilahirkan, anda dan pasangan akan memulakan tugas sebagai ibu bapa. Ini kerana bayi akan bergantung 100% kepada anda untuk melakukan semua perkara – menukar lampin, mandi, menyusu dan mendodoikannya.
Sememangnya bayi yang baru lahir kerap tidur – namun si kecil juga akan bangun pada waktu malam untuk menyusu dan menukar lampin. Jika tidak kena gayanya, si manja mungkin akan mendendangkan tangisan nyaring pada waktu tengah malam.
Sebagai bapa baharu, pastinya anda akan mendapati kehidupan pasca kelahiran ini lebih berkisar mengenai bayi: penyusuan, waktu tidur dan terjaga serta penjagaan harian.
Ia bukanlah jadual rumit tetapi ia lebih kepada keperluan yang menuntut banyak kesabaran. Kebiasaannya, minggu-minggu pertama selepas kelahiran si kecil, ayah dan sudah tentunya ibu dapat tidur yang mencukupi.

Tidak cukup tidur
Mendapat tidur yang mencukupi bermakna tahap pemikiran anda pada keesokan harinya akan berada pada tahap yang baik.Anda juga mampu menyelesaikan masalah dengan mudah. Dalam bahasa yang mudah, anda akan berasa lebih bertenaga, gembira dan bahagia.
Sebaliknya, jika tidak mendapat tidur yang mencukupi, sudah tentu emosi dan fikiran akan lebih mudah terganggu. Anda akan cepat marah dan melenting.Begitu jugalah keadaan yang boleh terjadi kepada ibu ayah yang tidak cukup tidur. Ditambah pula dengan tekanan menjaga bayi yang baharu dilahirkan.
Pada waktu ini, apabila keadaan mental dan fizikal yang tertekan, maka amat mudah untuk anda melafazkan kata-kata yang boleh menyebabkan salah faham dan akhirnya berlakulah pertengkaran.
Emosi bercampur-baur dan kecewa
Bergelar bapa baharu pastinya melibatkan gabungan pelbagai emosi bersama perubahan kehidupan dari pelbagai sudut.Ia bukanlah 1 perkara mudah untuk menjaga anak kecil, apatah lagi tiada buku manual sempurna untuk dijadikan panduan.
kelahiran bayi
Jika si kecil menangis dan tiada apa yang dapat menenangkannya, anda pastinya akan berasa sedih, bimbang dan kecewa. Ia juga keadaan normal untuk anda dan pasangan berasa seperti tidak berguna.
Ada sesetengah bayi, mempunyai keperluan tambahan yang mungkin didasari oleh masalah perubatan.Jika ini situasi yang dialami, anda dan pasangan akan lebih berasa tidak berdaya, kecewa atau bimbang.
Lebih banyak konflik, kurang kebebasan
Pasangan yang baharu kelahiran bayi sering mengalami lebih banyak konflik. Ini disebabkan terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan dan difikirkan dalam masa yang sama.
Pada tempoh itu, anda mungkin tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang keperluan si suami, begitu juga dengan si isteri.Selain menyesuaikan diri dengan rutin bayi dan masalah kurang tidur, isu kewangan juga mungkin menjadi faktor lain yang menyumbang kepada tekanan.
Sudah tentu apabila mendapat zuriat, tanggungjawab anda semakin bertambah, begitu juga dengan keperluan kewangan yang meningkat.Lebih parah lagi jika anda seorang sahaja yang bertanggungjawab dalam mencari nafkah buat isi rumah.
Anda juga sedar yang anda semakin tidak mempunyai masa untuk ‘me-time’ seperti dahulu. Tiada lagi kebebasan keluar minum petang dan lepak bersama rakan-rakan.
Perkara-perkara di atas yang melibatkan perubahan kehidupan, umumnya boleh menjadi punca kepada tekanan, kekecewaan dan konflik pada anda dan pasangan.Pada akhirnya, anda mungkin akan kerap bertengkar, berselisih faham, mengelakkan perbincangan, berasa marah dan memutuskan komunikasi antara kalian berdua.
Semua itu tanda bahawa hubungan perkahwinan kalian berada dalam tekanan.
Cara pengendalian terbaik
Berbincanglah dan bertolak-ansurlah dengan pasangan. Ia membantu menjaga hubungan agar terus utuh.
Semasa tempoh kehamilan lagi anda sudah boleh berbincang dan membahagikan tugasan menjaga bayi.Ia nampak remeh, namun jika dipraktikkan dengan betul, ia dapat membantu mengurangkan tekanan.
Meluangkan masa bersama juga pasti membantu dalam mengurangkan tekanan. Mungkin anda boleh temankan pasangan yang bangun menyusukan si kecil lewat tengah malam.
Percayalah, perkara semudah itu, boleh menjaga keharmonian rumah tangga kalian. Cubalah amalkan, okay?
Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Nak Jadi Bapa Mithali? Bakal Ayah Kena Sedia Dengan Perubahan Ini, Anak Terjaga, Isteri Gembira! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-jadi-bapa-mithali-bakal-ayah-kena-sedia-dengan-perubahan-ini-anak-terjaga-isteri-gembira/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insyallah Tahun Depan Beraya Bertiga Umum Isteri Hamil Ikmal Amry Bakal Bergelar Bapa

Insyallah Tahun Depan Beraya Bertiga Umum Isteri Hamil Ikmal Amry Bakal Bergelar Bapa

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 502 hits
Berita kehamilan isteri pastinya menjadi perkhabaran paling menggembirakan buat semua suami Pelakon Ikmal Amry turut mengakui dia begitu gembira dan teruja apabila isterinya Najla Shamsul kini hamil anak pertama mereka Malah kata Ikmal lagi...
Video Ahya Rosli Bakal Bergelar Bapa Normah Damanhuri Gembira Akan Timang Cucu Ke 17

Video Ahya Rosli Bakal Bergelar Bapa Normah Damanhuri Gembira Akan Timang Cucu Ke 17

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 363 hits
Usahawan sensasi Liana Rosli berkongsi berita gembira apabila memaklumkan adiknya yang juga pelakon dan model Ahya Rosli bakal bergelar bapa apabila isterinya Shahirah Sanusi kini sedang hamil anak pertama Liana atau selesa disapa Kak KM it...
Anak Tak Pandai Nak Buat Kawan Baru Ibu Ayah Kena Ajar Si Kecil 7 Skill Ini

Anak Tak Pandai Nak Buat Kawan Baru Ibu Ayah Kena Ajar Si Kecil 7 Skill Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 304 hits
Seiring dengan peningkatan usia si manja perkembangan sosial kanak kanak juga perlu diperluaskan Terdapat 7 skil perkembangan sosial anak yang perlu anda terapkan dalam diri mereka Jom baca Perkembangan sosial kanak kanak Kanak kanak yang m...
Dapat Sepasang Kepala Terkehel Ditarik Isteri Masa Bersalin Tajul Gembira Dapat Anak Lelaki

Dapat Sepasang Kepala Terkehel Ditarik Isteri Masa Bersalin Tajul Gembira Dapat Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 435 hits
Penyanyi Tajul Ariff dan isterinya Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka petang semalam Berita gembira tersebut disampaikan olehnya di laman Instagram tajuk memaklumkan bayi seberat 3kg itu selamat dilahirkan seca...
8 Anak Artis Bollywood Yang Benar Benar Warisi Wajah Ayah Ibunya Sampai Dikira Kembaran

8 Anak Artis Bollywood Yang Benar Benar Warisi Wajah Ayah Ibunya Sampai Dikira Kembaran

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 336 hits
Tampilan fisik mereka didominasi oleh gen salah satu orang tua aja para anak artis ini bak pinang dibelah dua
Laju Laju Nak Ke Mana Tak Salah Anak Pandai Tapi Kesian Paksa Jadi Pintar Awal Usia

Laju Laju Nak Ke Mana Tak Salah Anak Pandai Tapi Kesian Paksa Jadi Pintar Awal Usia

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 263 hits
Ibu ayah laju laju nak ke mana Dengan zaman yang makin mencabar anak anak dipaksa menjadi pintar seawal usia Ye tak salah Tapi jika anak hanya pintar akademik itu yang menjadi kerisauan Akhlak dan adab kian terhakis Anak tak mampu kawal emo...
No Baby Shaming Please Mak Ayah Kena Hentikan Sikap Suka Bandingkan Anak

No Baby Shaming Please Mak Ayah Kena Hentikan Sikap Suka Bandingkan Anak

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 387 hits
Baby shaming dalam kalangan ibu bapa ternyata adalah perkara yang berlaku secara realiti Mungkin ramai dalam kalangan kita beranggapan bahawa perkara ini adalah remeh namun kita tidak tahu hati dan perasaan kepada anak anak yang diperlakuka...
Tidur Awal Awal Adik Datang Kejut Sebak Dengar Pesanan Anak Ziarah Kubur Ayah

Tidur Awal Awal Adik Datang Kejut Sebak Dengar Pesanan Anak Ziarah Kubur Ayah

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 391 hits
Kehilangan insan yang tersayang adalah rindu yang tiada penghujungnya Tambah lagi bagi anak kecil yang masih memerlukan kasih sayang Andainya takdir Allah siapa kita untuk mempertikaikannya Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ...
Tinggalkan Isteri Anak Usia Setahun Baru Bertugas Konstabel Maut Di Tangan Rakan

Tinggalkan Isteri Anak Usia Setahun Baru Bertugas Konstabel Maut Di Tangan Rakan

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 322 hits
Sungguh berat ujian ini namun apakan daya Allah lebih mengetahui segalanya Pemergian suami tercinta tanpa apa apa pesan cukup mengejutkan seorang isteri tambah lagi dengan anak kecil yang berusia setahun Lagi sedih pemergian suami sungguh t...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Ini Rupanya Urutan Makanan Yang Betul Elak Pankreas Terkejut

Lima Daerah Di Pahang Mungkin Alami Banjir Susulan Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Bermula Hari Ini

Why Is There Such Inexhaustible Hatred For Tun Musa Aman

Cuti Cuti Pulau Pangkor Island Tour Dengan Teksi Pink

Experience The Power Of Unlimited Website Traffic

Gempak Fiesta 2025 Fun Family Fabulous Prizes