Insyallah Tahun Depan Beraya Bertiga Umum Isteri Hamil Ikmal Amry Bakal Bergelar Bapa
Berita kehamilan isteri pastinya menjadi perkhabaran paling menggembirakan buat semua suami. Pelakon, Ikmal Amry turut mengakui dia begitu gembira dan teruja apabila isterinya, Najla Shamsul kini hamil anak pertama mereka.
Malah kata Ikmal lagi, dia sememangnya sudah lama mengimpikan detik indah sebegitu dan begitu teruja untuk memiliki cahaya mata sendiri tidak lama lagi.
Melalui Instagramnya, Ikmal berkongsi khabar gembira itu kepada seluruh pengikutnya sambil berkongsi sekeping gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif.
“Alhamdulillah impian Am nak raya berdua tahun ni tercapai.
“Terima kasih buat isteriku @najlxsam for everything that u did to me since forever ❤️.
“InsyaAllah tahun depan kita beraya bertiga ye! Doakan perjalanan ini diberkati dan dipermudahkan. Amin yra. #daddytobe,” kongsinya dengan meninggalkan tanda pagar #daddy to be di kapsyennya.
Sementara itu, menerusi Media Hiburan, Ikmal juga turut berkongsi kisah kehamilan isterinya.
” Pertama sekali, Alhamdulillah kami bersyukur di atas pemberian ini walaupun kandungan masih diperingkat awal lagi. Semoga semua dapat terus mendoakan yang terbaik buat saya dan isteri.
” Bagi kami ini adalah rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Cuma sejak saja berusia awal 20an pun, saya sudah teringin mempunyai cahaya mata sendiri, lebih-lebih lagi apabila kenalan rapat semua sudah pun memiliki cahaya mata,” kongsinya menerusi Media Hiburan.
Berkongsi lanjut mengenai kehamilan isterinya, Ikmal mengakui dia sendiri turut mengalami alahan pada peringkat awal seperti loya tekak dan tidak mempunyai selera makan. Malah adakalanya emosi juga tidak stabil.
” Saya pernah dengar cakap orang tua-tua bahawa simptom kebiasaan perempuan mengandung ini akan dialami orang suami dulu,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, entri Ikhmal itu turut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan seluruh pengikutnya.
View this post on Instagram
A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)
Terdahulu, Ikmal Amry dan isterinya, Najla mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020. Dan kini pasangan ini bakal melalui fasa seterusnya dalam kehidupan berumahtangga mereka. Tahniah diucapkan.
Menarik: Akhirnya Saya Dah Bersalin, Berjam-Jam Bertarung Nyawa Di Labour Room, Ain Edruce Timang Cahaya Mata Sulung
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ikmalamry & Media Hiburan
The post “Insyallah, Tahun Depan Beraya Bertiga” Umum Isteri Hamil, Ikmal Amry Bakal Bergelar Bapa! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/insyallah-tahun-depan-beraya-bertiga-umum-isteri-hamil-ikmal-amry-bakal-bergelar-bapa/