Nak Elak Gigi Anak Berlubang Rosak Boleh Cuba Sapu Flourida Doktor Pergigian Kongsi 13 Info Mengenainya


Gigi rosak dan berlubang banyak terjadi kepada kanak-kanak. Kadangkala, si kecil belum pun mencecah 2 tahun, gigi sudah mula rosak. Pelbagai faktor yang menjadi punca seperti pemakanan, kurang penjagaan dan sebagainya.
Sapuan flourida mampu mengelakkan kerosakan pada gigi anak. Karies gigi misalnya disebabkan oleh kurangnya penjagaan atau tatacara penjagaan yang salah. Sapuan flourida boleh membantu melindungi gigi daripada kerosakan dan sekiranya sebilangan kecil gigi sudah rosak, ia boleh membantu melindungi gigi-gigi lain daripada rosak.

 
Kerosakan gigi boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti masalah untuk makan, sakit gigi hingga trauma, sebutan dalam pertuturan serta kurang keyakinan diri kepada si kecil.
Mungkin ramai ibu bapa masih belum jelas mengenai sapuan flourida ini. Penerangan dan ulasan dalam bentuk soal jawab daripada Dr Iqbal Rosali, Pegawai Pergigian di Pusat Sejahtera, Universiti Sains mengenai sapuan flourida ini diharapkan dapat membantu ibu bapa. Berikut ialah perkongsian beliau.
SOAL JAWAB TENTANG SAPUAN FLOURIDA #1. MANFAAT SAPUAN FLOURIDA
SOALAN: Anak saya diberikan sapuan flourida semasa rawatan gigi di sekolah. Untuk apa?
JAWAPAN: Sapuan flourida adalah sejenis rawatan pencegahan untuk mengelakkan gigi daripada rosak dan berlubang. Sejenis cecair akan disapu pada seluruh permukaan gigi, Sapuan ini akan melekat pada gigi untuk beberapa jam dan pada masa itu flouroda akan diserap untuk menguatkan gigi.
#2. PENTINGNYA SAPUAN FLOURIDA
SOALAN: Perlu ke sapuan flourida ini?
Kajian membuktikan memberus gigi dan digabungkan dengan sapuan flourida membantu untuk melindungi gigi dari rosak.
#3. GIGI DAH ROSAK, BOLEH KE SAPU FLOURIDA?
SOALAN: Gigi anak saya sudah rosak. Doktor gigi kata dia perlukan sapuan flourida. Boleh juga ke?
Boleh. Sapuan flourida akan melindungi pula gigi-gigi yang lain daripada rosak. Jika ada gigi-gigi yang baru mula rosak, sapuan flourida boleh menghalang daripada lubang gigi menjadi besar.

#4. UMUR 7 TAHUN, SUDAH TERLAMBATKAN?
SOALAN: Anak saya 7 tahun, belum pernah diberi sapuan flourida. Boleh ke nak juga sapuan ini?
JAWAPAN: Boleh. Sesiapa sahaja boleh diberikan sapuan flourida ini. Terutamanya kanak-kanak yang berisiko tinggi karies seperti banyak makan minum manis, malas gosok gigi dan ada gigi yang sudah rosak.
#5. BERAPA KALI SAPUAN DIPERLUKAN?
SOALAN: Kalau macam itu berapa kali nak kena sapu?
JAWAPAN: Atas penilaian doktor gigi yang merawat. Jika kebersihan mulut sangat baik, setahun sekali atau 6 bulan sekali. Bagi kes-kes yang banyak gigi rosak dan berisiko tinggi, mungkin perlukan sapuan flourida selang 3 bulan.

#6. BAGAIMANA NAK DAPATKAN SAPUAN FLOURIDA?
SOALAN: Macam mana nak dapatkan? Boleh ke request?
JAWAPAN: Boleh. Di klinik gigi boleh dapatkan. Misi-misi gigi juga ada memberikan sapuan flourida kepada murid-murid sekolah rendah dan kanak-kanak pra sekolah bila mereka datang.
#7. APA PERLU DILAKUKAN SELEPAS SAPUAN DILAKUKAN?
SOALAN: Saya perasan sapuan ini warna kuning dan melekat. Macam mana nak buat?
JAWAPAN: Sapuan flourida memang akan melekat apabila sudah disapu dan bersentuhan dengan air liur. Ia untuk membantu penyerapan flourida ke dalam gigi. Biarkan untuk beberapa jam. Ia akan hilang dan boleh ditanggalkan semasa memberus gigi.
#8. ADAKAH IA BOLEH MENYEBABKAN FLOUROSIS?
SOALAN: Adakah sapuan flourida boleh menyebabkan flourosis?
JAWAPAN: Tidak. Sapuan flourida akan melekat pada gigi. Flourosis terjadi jika menelan sesuatu yang mengandungi flourida dalam kuantiti yang banyak.

#9. BOLEHKAH DISAPU KEPADA GIGI ORANG DEWASA?
SOALAN: Orang dewasa boleh?
JAWAPAN: Boleh tiada masalah.
#10. SAPUAN FLOURIDA BAGI INDIVIDU YANG MEMAKAI PENDAKAP GIGI
SOALAN: Saya memakai pendakap gigi (braces). Boleh buat juga sapuan flourida?
JAWAPAN: Ada sesetengah doktor berpendapat tidak sesuai kerana sapuan akan melekat pada gigi dan menyukarkan proses memberus gigi selepas itu. Walaubagaimanapun, boleh mendapatkan nasihat doktor yang merawat untuk sapuan flourida ini.
#11. BOLEH MAKAN LEPAS DISAPU
SOALAN: Boleh makan selepas gigi di sapu dengan sapuan flourida?
JAWAPAN: Boleh tiada masalah.
#12. SAPUAN TIDAK MENYAKITKAN & TAK AMBIL MASA LAMA
SOALAN: Anak saya susahlah menangis sahaja bila duduk di kerusi rawatan. Lama tak nak buat sapuan ini? Sakit tak?
JAWAPAN: Tidak sakit dan tidak mengambil masa yang lama.

#13. HANYA DILAKUKAN OLEH PROFESSIONAL
SOALAN: Ada ke dijual di farmasi?
JAWAPAN: Tidak. Sapuan ini hanya boleh dilakukan oleh professional dan atas nasihat doktor.
Semoga menjawab semua persoalan.
Kongsikan untuk manfaat semua.
Dr Muhamad Iqbal
Pegawai Pergigian
The post Nak Elak Gigi Anak Berlubang & Rosak? Boleh Cuba Sapu Flourida. Doktor Pergigian Kongsi 13 Info Mengenainya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/nak-elak-gigi-anak-berlubang-rosak-boleh-cuba-sapu-flourida-doktor-pergigian-kongsi-13-info-mengenainya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Gigi Kongsi Tip Pilih Berus Gigi Anak Yang Penting Kepala Berus Lebar Lembut

Doktor Gigi Kongsi Tip Pilih Berus Gigi Anak Yang Penting Kepala Berus Lebar Lembut

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 306 hits
Pelbagai jenis berus gigi yang terdapat di pasaran Berus gigi yang comel dihiasi pelbagai jenis kartun dan warna mampu menarik minat anak anak dan ibu bapa untuk membelinya Namun adakah berus gigi yang anda pilih sesuai untuk anak anda tela...
Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 632 hits
Makanan sunah seperti kurma sangat digalakkan untuk diamalkan oleh ibu hamil termasuklah ketika dalam proses bersalin Dr Zubaidi Hj Ahmad Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor doktor Islam Malaysia berkongsi fakta berkenaan kenyataan in...
Ini Sebab Ibu Ayah Kena Elak Membanding Anak Anak Salah Cara Hukum Kritik Boleh Bunuh Kepercayaan Dirinya

Ini Sebab Ibu Ayah Kena Elak Membanding Anak Anak Salah Cara Hukum Kritik Boleh Bunuh Kepercayaan Dirinya

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 468 hits
Membandingkan anak dengan orang lain paling dekat ialah adik beradiknya menjadi satu perkara yang biasa dilakukan dalam keluarga Tahukah anda perkara ini memberikan impak yang tidak baik kepada perkembangan diri dan emosi mereka Membina emo...
Elak Beri Makanan Minuman Yang Bergula Bewarna Kepada Anak Ketika Travel Farah Lee Kongsi Tip Kendali Anak Aktif

Elak Beri Makanan Minuman Yang Bergula Bewarna Kepada Anak Ketika Travel Farah Lee Kongsi Tip Kendali Anak Aktif

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 374 hits
Memang lumrah si kecil tak boleh duduk diam Semakin dia membesar semakin aktif pergerakanya Sifat ingin tahu yang tinggi membuatkan anak anak sangat aktif Keadaan ini akan memenatkan ibu bapa atau penjaga bila anak terlalu aktif ketika berc...
Boleh Ke Anak Duduk Diam Dalam Car Seat Untuk Perjalanan Jauh Ibu Ini Kongsi 5 Tip Mudah

Boleh Ke Anak Duduk Diam Dalam Car Seat Untuk Perjalanan Jauh Ibu Ini Kongsi 5 Tip Mudah

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 397 hits
Baby Car Seat atau kerusi keselamatan bayi antara barangan yang penting yang perlu ada dalam setiap kereta bagi yang mempunyai anak Selain dapat mengurangkan risiko bayi tercampak keluar kereta baby car seat juga memudahkan untuk travel wal...
Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 572 hits
Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan Sejuk perut bila melihat an...
Ini Cara Buat Fillet Ikan Mak Mak Boleh Cuba Untuk Galakkan Anak Makan Ikan

Ini Cara Buat Fillet Ikan Mak Mak Boleh Cuba Untuk Galakkan Anak Makan Ikan

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 495 hits
Ikan masak apapun sedap tapi sayang anak anak sekarang tidak suka ikan kerana tidak mahu bersusah payah membuang tulang Mak mak ambik jalan mudah bagi lauk yang tak bertulang seperti isi ayam Jangan kecewa masalah tulang ikan boleh diatasi ...
5 Resipi Mudah Yang Anda Boleh Cuba Bersama Anak Cuti Sekolah Ini

5 Resipi Mudah Yang Anda Boleh Cuba Bersama Anak Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 406 hits
Cuti sekolah ini ambil peluang untuk luangkan masa bersama anak dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti memasak Jelita kongsikan 10 resipi mudah yang boleh anda cuba bersama anak cuti sekolah ini Piza Ayam Bahan 1 sudu perasa 1...
Senang Je Nak Buat 2 Menu Burung Puyuh Ni Korang Boleh Cuba Sebab Sedap

Senang Je Nak Buat 2 Menu Burung Puyuh Ni Korang Boleh Cuba Sebab Sedap

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 587 hits
Korang suka makan buruh puyuh tak Kalau suka ini RASA kongsikan dua resipi burung puyuh yang sedap dan korang boleh cuba sebab cara memasak pun senang dan ringkas je Sekali sekala masak lauk lain dari yang lain apa salahnya kan BURUNG PUYUH...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11