Letih Rasa Nak Menangis Punca Ibu Tertekan Tempoh Berpantang Boleh Beri Kesan Pada Bayi


Selepas melahirkan anak adalah waktu penjagaan penting yang perlu diberi keutamaan atau ibu mungkin meroyan selepas bersalin. 
Ada yang menganggap keadaan itu akan pulih dengan sendirinya.

Hakikatnya andai dibiarkan tanpa rawatan yang betul, wujud risiko untuk berterusan. Bahkan ia juga boleh memberi kesan kepada anak.
Kedaan ibu selepas melahirkan anak Ramai wanita mengalami perubahan emosi, kegelisahan dan tangisan air mata selepas beberapa minggu melahirkan anak.
Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, gejala ini boleh berterusan dan menjadi lebih parah yang menunjukkan masalah kemurungan selepas bersalin atau meroyan.
Berdasarkan satu kajian klinikal, biasanya keadaan tersebut akan bermula dalam tempoh 3 bulan pertama selepas kelahiran anak.
Keadaan meroyan adalah penyakit mental yang serius.
Ia berbeza dengan baby blues – perasaan sedih, keletihan dan kegelisahan yang menjejaskan sehingga 80% wanita setelah melahirkan anak dan akan hilang dalam tempoh masa 3 hingga 5 hari.
Meroyan selepas bersalin Tekanan yang dialami selepas bersalin atau postpartum depression (PPD), adalah bentuk kemurungan klinikal yang bermula selepas kelahiran bayi.

Antara gejala biasa termasuklah:
Hilang selera makan Menangis atau keletihan yang berlebihan Kesukaran menjalinkan hubungan dengan bayi Kurang rehat dan insomnia Kegelisahan dan serangan panik Perasaan bercampur baur, marah, putus asa atau malu Walaupun masih tidak dapat dipastikan apakah punca utama di sebalik meroyan selepas bersalin, namun seperti masalah depresi lain, pastinya ia didasari oleh beberapa perkara berbeza.
Tempoh selepas melahirkan anak adalah masa di mana ibu terdedah dengan pelbagai penyebab utama PPD klinikal.
Antaranya seperti perubahan biologi, tekanan melampau dan perubahan besar dalam kehidupan yang berlaku sekali gus.
Bilakah meroyan selepas bersalin boleh berlaku? PPD boleh bermula sebaik sahaja selepas anda melahirkan anak.
Tetapi anda mungkin tidak menyedarinya kerana menganggap adalah 1 keadaan biasa untuk berasa sedih dan keletihan pada beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan.
Mungkin selepas fasa baby blues berakhir, barulah anda menyedari bahawa sesuatu yang lebih serius sedang berlaku.
Tempoh berpantang adalah termasuk 4 hingga 6 minggu selepas kelahiran anak dan kebanyakan kes kemurungan selepas bersalin berlaku dalam waktu itu.
Pun begitu, PPD juga boleh berkembang semasa kehamilan dan sehingga setahun selepas anak dilahirkan.
Jadi sebaiknya, jangan abaikan perasaan anda jika menyedari sesuatu yang tidak kena atau di luar kebiasaan.
Kajian mengenai tempoh kemurungan selepas melahirkan anak Oleh sebab kemurungan boleh berlaku pada bila-bila masa daripada beberapa minggu hinggalah 12 bulan setelah bersalin, jadi tidak dapat ditentukan berapa lama ia akan berlanjutan.
Dalam kajian tinjauan yang dilakukan pada 2014, menunjukkan gejala PPD bertambah baik dari masa ke masa, dengan banyak kes depresi dapat dirawat dalam tempoh 3 hingga 6 bulan setelah ia bermula.
Melalui tinjauan yang sama, terdapat bukti menunjukkan bahawa terdapat wanita mengalami gejala meroyan selepas bersalin lebih daripada tempoh 6 bulan.
Dianggarkan 30 hingga 50% wanita mengalami PPD sehingga tempoh setahun selepas melahirkan anak.
Manakala, kurang daripada separuh wanita yang terlibat dalam kajian dilaporkan mengalami PPD selepas 3 tahun bersalin.

Lama atau sekejap? Garis masa untuk wujudnya masalah meroyan selepas melahirkan anak adalah berbeza bagi setiap individu.
Sekiranya anda mempunyai faktor risiko tertentu, anda mungkin akan mendapat PPD yang dialami berlanjutan lebih lama walaupun dengan rawatan.
Tahap keterukan simptom dan tempoh masa ia berlaku sebelum memulakan rawatan turut boleh mempengaruhi jangka masa untuk anda mengalami isu kemurungan selepas bersalin.
Antara faktor risikonya adalah seperti:
Sejarah kemurungan atau penyakit mental lain Kesukaran menyusukan anak Proses kehamilan atau kelahiran yang rumit Kurang sokongan daripada pasangan, ahli keluarga atau rakan Perubahan hidup lain yang berlaku dalam tempoh berpantang seperti berpindah atau kehilangan pekerjaan Sejarah PPD selepas kehamilan terdahulu Tiada formula tertentu untuk menentukan siapa yang akan mengalami PPD atau siapa yang tidak mahupun, berapa lama ia akan berlangsung.
Tetapi dengan rawatan yang betul, terutamanya pada peringkat awal, ia pastinya dapat memberikan anda kelegaan walaupun berdepan salah satu faktor risiko di atas.
Namun, apakah bahayanya jika kemurungan ini berlanjutan untuk tempoh masa yang lama?
Meroyan selepas bersalin beri kesan kepada anak Masalah kemurungan yang dialami boleh mempengaruhi hubungan awal antara ibu dan anak.
Menurut Women’s Health, seorang anak mungkin akan mengalami perkara berikut jika ibu mereka berdepan kemurungan yang tidak dirawat:
Masalah pembelajaran dan perkembangan bahasa Isu berkaitan tingkah laku Lebih kerap menangis Pergolakan dan tekanan Masalah tumbesaran Risiko obesiti yang lebih tinggi Kesukaran menyesuaikan diri dengan situasi sosial dan kehidupan di sekolah Mencari dan mendapat bantuan untuk merawat PPD yang dialami selepas melahirkan anak dapat menjaga kesejahteraan mental ibu dan bayi.
Jangan pandang remeh Kemurungan selepas bersalin boleh menjejaskan ramai wanita.
Tanpa rawatan yang betul, ia boleh berterusan selama berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun.
Jika anda atau individu yang dikenali mempunyai kebimbangan mengenai perasaan mereka, dapatkan rundingan pakar atau doktor.
Merawat masalah depresi yang dialami mempunyai banyak manfaat kepada wanita, bayi dan keluarga dalam tempoh jangka masa panjang.
The post Letih, Rasa Nak Menangis Punca Ibu Tertekan Tempoh Berpantang. Boleh Beri Kesan Pada Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/letih-rasa-nak-menangis-punca-ibu-tertekan-tempoh-berpantang-boleh-beri-kesan-pada-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Cuba Bersalin Normal Lepas Czer Boleh Tapi Ada Perkara Yang Ibu Kena Tahu

Nak Cuba Bersalin Normal Lepas Czer Boleh Tapi Ada Perkara Yang Ibu Kena Tahu

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 272 hits
Selepas melalui proses kelahiran secara pembedahan ada sesetengah ibu yang mahukan bersalin secara normal untuk anak yang seterusnya Doktor di hospital akan menyarankan apa jenis kelahiran yang sesuai mengikut keadaan si ibu Ada yang dibena...
Nak Luah Perasaan Je Ibu Ibu Ni Penat Uruskan Rumah Lepas Menangis Dia Lega

Nak Luah Perasaan Je Ibu Ibu Ni Penat Uruskan Rumah Lepas Menangis Dia Lega

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 210 hits
Isteri yang bekerja mahupun suri rumah cepat merasa penat dan tertekan dalam menguruskan rumah tangga dan kerja harian Kadang kadang isteri stress dan hanya memerlukan seseorang untuk memahami mereka Cukup sekadar dapat meluahkan Semalam sa...
Terlalu Harap Kesempurnaan Dari Anak Punca Ramai Ibu Bapa Sekarang Tertekan

Terlalu Harap Kesempurnaan Dari Anak Punca Ramai Ibu Bapa Sekarang Tertekan

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 271 hits
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa Mari bersikap jujur dengan diri sendiri Kita bukan Superhero Menguruskan urusan diri sendiri keluarga kerjay...
Menangis Nak Pegang Mommy Anak Selamat Jalani Pembedahan Syaheera Fad Luah Rasa Syukur

Menangis Nak Pegang Mommy Anak Selamat Jalani Pembedahan Syaheera Fad Luah Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 319 hits
Bila anak sakit pastinya seorang ibu akan turut merasai kesakitannya Apa lagi saat melihat anak yang menangis dek kerana kesakitan Menerusi beberapa entri di instagramnya isteri kepada pelawak Fad Bocey Syahirah A Rahman berkongsi kisah ana...
Bukan Mudah Nak Lahirkan Bayi Seberat 4kg Mungkin Anak Boleh Tercedera Masa Lahir

Bukan Mudah Nak Lahirkan Bayi Seberat 4kg Mungkin Anak Boleh Tercedera Masa Lahir

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 331 hits
Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 3 4 kg hingga 3 5 kg Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai Berat lahir adalah melebihi 9...
Ibu Hamil Bukan Semua Ikan Boleh Makan Bahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan

Ibu Hamil Bukan Semua Ikan Boleh Makan Bahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 304 hits
Ibu janganlah makan sembarangan ikut nafsu mengidam Kelak saya yang tanggung akibatnya Bayangkan jika anda dapat dengar keluhan bayi anda pasti anda tidak sampai hati kan Diet ibu hamil memang penuh dengan pantang larang kerana makanan diam...
Waktu Tepat Nak Latih Anak Tidur Sendiri Kena Mulakan Dari Bayi Lagi Senang Kerja Ibu

Waktu Tepat Nak Latih Anak Tidur Sendiri Kena Mulakan Dari Bayi Lagi Senang Kerja Ibu

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 267 hits
Mesti ada di antara anda terfikir bukankah melelapkan mata itu satu kemahiran semula jadi Bagi sesetengah individu dewasa masa untuk tidur dianggap perkara yang mudah Malahan untuk mereka yang baharu bergelar ibu bapa kepenatan menjaga si k...
Siap Masak Lauk Berpantang Mudah Kerja Suami Nanti Bakal Berpantang Sendiri Ibu Ini Kongsi Lebih 10 Menu

Siap Masak Lauk Berpantang Mudah Kerja Suami Nanti Bakal Berpantang Sendiri Ibu Ini Kongsi Lebih 10 Menu

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 397 hits
Waktu berpantang adalah waktu untuk ibu ibu berehat setelah penat melahirkan bayi Dalam tempoh berpantang ibu ibu hanya mahukan rehat yang cukup untuk memulihkan kembali badan dan juga tenaga Baca Keadaan badan yang masih lemah membantutkan...
3 Posisi Ini Sangat Bahaya Jadi Posisi Muka Bayi Kena Betul Bila Ibu Ayah Letak Dalam Baby Carrier

3 Posisi Ini Sangat Bahaya Jadi Posisi Muka Bayi Kena Betul Bila Ibu Ayah Letak Dalam Baby Carrier

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 368 hits
Jika anda ingin menyiapkan kerja rumah tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga bayi maka penggunaan alat mengendong bayi adalah pilihan yang baik Namun adakah alat mengendong bayi seperti anduh bayi atau baby carrier selamat untuk bayi an...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord