Makanan Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer Ibu Wajib Cuba


Bagi wanita yang menjalani pembedahan Caesarean atau czer, sudah tentu perlu menjaga aspek pemakanan. Tetapi adakah anda tahu menu berpantang bersalin czer yang boleh diamalkan?
Baca: Stok Sayur Tahan Lama, Lapik & Balut Guna Tisu Sebelum Simpan. Confirm Segar!
Risiko pembedahan caesarean Kebanyakan wanita hamil akan bersalin normal. Namun mereka yang mengalami kehamilan berisiko tinggi atau berlaku komplikasi sewaktu proses kelahiran, pembedahan czer kebiasaannya disyorkan doktor.

Antara sebab pembedahan czer menjadi prosedur pilihan adalah seperti berikut:
Kehamilan songsang (kaki bayi keluar dahulu) atau masalah posisi lain seperti keluar bahu dahulu Ukur lilit pinggul ibu terlalu kecil untuk membuka ruang laluan kepada kepala bayi semasa proses kelahiran Bayi mengalami masalah tumbesaran Komplikasi kehamilan seperti preeklampsia dan mereka mengambil rawatan ubat atau insulin setelah didiagnosis dengan diabetes gestasi Masalah penyakit jantung Masalah jangkitan kelamin seperti herpes dan HIV Masalah berkaitan dengan plasenta seperti abruptio placenta atau placenta praevia Masalah prolaps tali pusat Proses kelahiran yang berpanjangan (20 jam bagi ibu baru dan 14 jam bagi ibu yang pernah melahirkan anak) Proses pemulihan selepas bersalin czer bergantung kepada beberapa komponen kritikal dan salah satu daripadanya adalah pengambilan nutrisi yang optimum.
Ada makanan yang boleh diambil dan ada makanan yang perlu dielakkan. Ibu yang baru bersalin penting untuk memahami bahawa menu berpantang selepas czer yang baik dapat menggalakkan proses pemulihan yang optimum.

Kunci utama kepada proses pemulihan selepas bersalin czer Pada suatu ketika dahulu, sejurus selepas pembedahan caesarean, ibu hanya dibenarkan mengambil air kosong sehinggalah mereka kentut.
Perkara ini dianggap penting kerana kentut merupakan tanda bahawa usus si ibu berada dalam keadaan baik dan boleh memproses makanan yang berbentuk pepejal.
Menurut kajian wanita yang mengambil makanan dalam tempoh 8 jam selepas pembedahan kebiasaannya kurang memerlukan ubat tahan sakit.
Adakah ini bermaksud selepas mereka sedar daripada kesan ubat bius, mereka perlu dipaksa makan?
Beberapa isu perlu diambil kira sebelum anda boleh memberikan makanan kepada isteri anda yang bersalin czer. Wanita yang melalui prosedur tersebut cenderung untuk mendapat masalah berkaitan dengan sistem penghadaman.
Ini bermakna mereka akan berasa loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan selepas sedar.
Sebahagian pesakit juga akan mengalami masalah kekejangan pada bahagian abdomen membuatkan pengambilan makanan menjadi sukar. Oleh itu, prioriti yang perlu diberikan kepada wanita seumpama ini adalah untuk menggalakkan mereka minum air secukupnya.
Pengambilan air yang cukup selepas bersalin czer boleh menghindarkan masalah sembelit. Ia juga penting bagi memastikan jumlah susu yang dihasilkan oleh ibu, cukup untuk menampung keperluan nutrisi bayi yang baru lahir.
Menu berpantang czer Antara komponen yang baik untuk digunakan bagi melengkapi menu berpantang bersalin czer seperti berikut:

#1.Oat Jika anda ingin mengambil makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, oat boleh menjadi pilihan terbaik untuk mencapai kesan fisiologikal tersebut.
Selain menghindarkan sembelit, oat dapat membantu mengekalkan tahap kolesterol anda pada kadar yang rendah. Ia dianggap sebagai makanan yang berpotensi untuk menurunkan risiko individu bagi mendapat masalah berkaitan jantung.
#2.Kunyit Selain daripada mempunyai sifat antiradang, kunyit juga mempunyai nutrisi mikro yang lain seperti serat, kalium, magnesium, vitamin B dan vitamin C.
Ia boleh menggalakkan kadar penyembuhan luka yang cepat dan menghindarkan kelesuan dalam menghadapi detik awal anda sebagai ibu kepada si kecil yang baru lahir.
#3.Bijirin Nasi juga boleh diberikan. Ini kerana bijirin menjadi antara nutrisi terpenting dalam menu berpantang bersalin czer anda.
Bijirin lain seperti roti juga mempunyai nutrisi dan vitamin yang dapat memberikan tenaga kepada ibu seusai menjalani pembedahan caesarean.
#4.Buah-buahan dan sayur-sayuran Menu berpantang bersalin czer perlu dilengkapi dengan buah-buahan seperti bluberi dan oren. Ia mengandungi antioksida yang tinggi dan merupakan pilihan makanan berserat yang lazat berbanding dengan hidangan oat.
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, kangkung dan brokoli mempunyai sumber zat besi yang baik sepanjang tempoh pemulihan selepas pembedahan czer.
#5.Kacang badam Kacang badam mempunyai sumber nutrisi yang pelbagai. Ia mengandungi sumber karbohidrat, protein, lemak, serat dan pelbagai jenis nutrisi mikro seperti vitamin B12 dan vitamin E.
#6.Bawang putih  Makanan ini boleh membantu si ibu untuk mengawal berat badan selepas bersalin. Ia juga mempunyai sifat antibakteria bagi menghindarkan jangkitan pada luka selepas bersalin.
#7.Makanan yang kaya dengan zat besi Makanan seperti ikan bilis, sayur-sayuran hijau dan kekacang kaya dengan kandungan zat besi. Ia baik untuk mengembalikan jumlah darah yang hilang semasa bersalin.
Mereka yang mempunyai masalah kurang zat besi kebiasaannya akan mengalami simptom seperti kelesuan, pening kepala dan kepucatan.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Makanan-Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer, Ibu Wajib Cuba! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/makanan-makanan-ini-kunci-utama-untuk-sembuh-cepat-lepas-bersalin-czer-ibu-wajib-cuba/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalkan Makan Bayam Buah Oren Dalam Pantang Antara Tip Kempiskan Perut Lepas Bersalin Mama Boleh Cuba

Amalkan Makan Bayam Buah Oren Dalam Pantang Antara Tip Kempiskan Perut Lepas Bersalin Mama Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 278 hits
Selepas bersalin pastinya kebanyakan wanita ingin mendapatkan kembali bentuk badan langsing kan Tapi wujudkah cara tanpa pembedahan yang boleh dicuba Baca artikel ini Artikel Menarik Badan langsing idaman setiap wanita Perubahan hormon sele...
Kerana Terlalu Rindu Kanak Kanak Redah Malam Ziarah Kubur Ibu Meninggal 4 Hari Lepas Bersalin

Kerana Terlalu Rindu Kanak Kanak Redah Malam Ziarah Kubur Ibu Meninggal 4 Hari Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 418 hits
Perasaan rindu kepada insan yang sudah tiada merupakan satu rasa yang sangat berat Lebih lebih lagi individu yang meninggal dunia adalah orang yang paling kita sayang seperti ibu atau bapa Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosia...
Hiburan Dah Berzaman Guna Nama Ni Netizen Kritik Ibu Neelofa Cuba Trademark Nama Harimau Menangis

Hiburan Dah Berzaman Guna Nama Ni Netizen Kritik Ibu Neelofa Cuba Trademark Nama Harimau Menangis

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 458 hits
Sejak kebelakangan ini rasanya mesti ramai yang terdengar mengenai daging perap Harimau Menangis kan Walaupun sudah lama ada di pasaran namun ianya kian tular kini Bahkan dah ramai stokis daripada jenama berlainan yang pasarkan produk ini d...
Demi Anak Ibu Ditahan Curi Ubat Makanan Polis Datang Tak Tangkap Tapi Bawa Makanan

Demi Anak Ibu Ditahan Curi Ubat Makanan Polis Datang Tak Tangkap Tapi Bawa Makanan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 409 hits
Betullah orang kata demi anak ibu sanggup berkorban apa sahaja Susah senang hidup kita ni tak sama Begitu juga masalah orang lain kita tak tahu sejauh mana kesusahan mereka Seperti kisah ibu ini di Petaling Jaya yang didapati mengambil bara...
Klip Rasmi Wandavision Papar Dua Watak Utama Cuba Ingati Hari Istimewa Mereka

Klip Rasmi Wandavision Papar Dua Watak Utama Cuba Ingati Hari Istimewa Mereka

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 268 hits
Marvel Studios telah melancarkan klip terbaru siri Marvel Disney WandaVision yang memaparkan dua watak utama cuba mengingati hari istimewa mereka bertarikh 23 Ogos Dibintangi Elizabeth Olsen dan Paul Betanny siri ini akan membuat debut pada...
Nak Luah Perasaan Je Ibu Ibu Ni Penat Uruskan Rumah Lepas Menangis Dia Lega

Nak Luah Perasaan Je Ibu Ibu Ni Penat Uruskan Rumah Lepas Menangis Dia Lega

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 210 hits
Isteri yang bekerja mahupun suri rumah cepat merasa penat dan tertekan dalam menguruskan rumah tangga dan kerja harian Kadang kadang isteri stress dan hanya memerlukan seseorang untuk memahami mereka Cukup sekadar dapat meluahkan Semalam sa...
Rasanya Menjadi Seorang Ibu Di Perantauan Wajib Mandiri Meski Nasib Sering Tak Sejalan

Rasanya Menjadi Seorang Ibu Di Perantauan Wajib Mandiri Meski Nasib Sering Tak Sejalan

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 144 hits
Ibu di tanah rantau merupakan sosok yang kuat meski jutaan liter air mata telah mereka teteskan
Sambal Kentang Mee Siput Sira Acik Nad Wajib Cuba

Sambal Kentang Mee Siput Sira Acik Nad Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 572 hits
Sambal Kentang Mee Siput Sira Acik Nad Wajib Cuba Mama sekeluarga memang hantu sambal kentang Dan sebagai orang Muo tentulah mee siput sudah jadi kudap kudapan mama sejak dari kecil lagi Bila duduk KL dan Selangor baru mama tau ramai yang t...
Air Mata Seorang Ibu Demi Selamatkan Bayi Dipaksa Bersalin Selepas Positif Covid

Air Mata Seorang Ibu Demi Selamatkan Bayi Dipaksa Bersalin Selepas Positif Covid

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 370 hits
Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan adik saya yang dijangkiti Covid dan anak saudara yang dilahirkan secara pembedahan Ini yang diluahkan oleh seorang kakak selepas memuat naik statusnya di FB Tiada siapa yang minta keadaan seperti ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever