Nak Cepat Baik Luka Bersalin Ini Tip Pemakanan Ibu Dalam Pantang


Nak cepat baik luka bersalin, ini tip pemakanan ibu dalam pantang. Tempoh berpantang bukan sekadar waktu berehat, tetapi merupakan fasa penting bagi pemulihan tubuh selepas melahirkan anak. Dalam tempoh ini, ibu perlu benar-benar menjaga pemakanan, bukan sekadar menahan diri daripada makan sembarangan.
Nak Cepat Baik Luka Bersalin, Ini Tip Pemakanan Ibu Dalam Pantang Selain menjalani rawatan tradisional untuk memulihkan tenaga, apa yang dimakan turut memberi kesan besar terhadap kesihatan keseluruhan ibu.
Berikut beberapa garis panduan pemakanan yang wajar diikuti semasa berpantang: 1. Pilihan Makanan Mengikut Minggu Pada minggu pertama, disarankan mengambil makanan yang kering bagi membantu mengecutkan rahim. Pastikan makan pada waktu tetap untuk mengelakkan perut dimasuki angin. Nasi yang dimakan sebaiknya masih panas dan dalam jumlah sederhana. Lebih baik makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap, berbanding makan banyak dalam satu hidangan.
Masuk minggu kedua, makanan berkuah seperti sup ikan dan sup sayur boleh mula diperkenalkan, termasuk buah-buahan untuk menyokong keperluan nutrisi badan.

2. Elakkan Lemak Dan Minyak Makanan bergoreng dan berlemak harus dielakkan kerana boleh mengganggu proses penyembuhan. Untuk menjaga berat badan dan kesihatan, lebihkan makanan yang dimasak secara stim atau rebus seperti sayur dan ulam-ulaman.
3. Kawalan Pengambilan Air Walaupun pantang lama melarang minum air dalam kuantiti banyak sekaligus kerana dikatakan boleh menyebabkan rahim lambat kecut, ibu tetap perlu mengambil air secara berkala dalam jumlah mencukupi untuk penghasilan susu dan pemulihan dalaman.
4. Peranan Halia Dalam Diet Halia adalah bahan utama dalam hidangan berpantang kerana sifatnya yang ‘panas’ dan ‘kering’. Ia membantu menghilangkan angin, memanaskan badan dan memperbaiki sistem pencernaan. Namun, jika bayi mengalami jaundis, pengambilan halia perlu dihentikan buat sementara kerana ia boleh mempengaruhi kandungan bilirubin dalam susu ibu.
5. Makanan Untuk Merangsang Susu Sayuran seperti cekur manis, lobak putih, peria dan pegaga bukan sahaja membantu menambah susu, tetapi juga melancarkan sistem pencernaan dan pengaliran darah.

6. Penambah Tenaga Tradisional Minuman herba hasil rebusan serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam boleh diamalkan dua kali sehari – pagi dan malam – bagi membantu mengembalikan kecergasan tubuh.
7. Sumber Antioksidan Semula Jadi Untuk detoksifikasi badan, ulam seperti pegaga, cekur, daun kunyit, ulam raja, pucuk mengkudu dan daun kesum sesuai diambil kerana kaya dengan serat, mineral dan vitamin seperti A, C dan E.
8. Pilih Ikan Yang Sesuai Ikan segar penting dalam diet berpantang. Pilihan seperti ikan haruan, selar dan sardin sangat sesuai, terutama bagi ibu yang bersalin secara pembedahan kerana membantu penyembuhan luka. Sebaliknya, elakkan ikan seperti kembung, bawal hitam, tongkol dan terubuk yang boleh menyebabkan alahan atau bentan.
9. Makanan Penyembuh Luka Buah oren kaya vitamin C yang membantu proses penyembuhan luka dalaman. Dalam masa yang sama, elakkan makanan yang dianggap ‘sejuk’ atau ‘tajam’ seperti kangkung, timun, bayam, tebu, cincau, dan nanas kerana boleh menyebabkan badan sejuk, sakit sendi dan otot lemah.
10. Kunyit Untuk Mengecutkan Rahim Pengambilan kunyit bersama nasi panas setiap hari selama 40 hari dipercayai mempercepatkan pengecutan rahim dan membantu penyembuhan luka dalaman. Namun begitu, jika bayi masih mengalami jaundis, sebaiknya elakkan kunyit buat sementara waktu.
Pemulihan selepas bersalin memerlukan disiplin dan ketekunan. Jika ibu tidak serius menjaga pemakanan dan tidak mampu mengikut pantang, kemungkinan besar badan akan mengambil masa lebih lama untuk kembali sihat dan cergas. Menjaga pemakanan semasa berpantang bukan sekadar tradisi, tetapi langkah bijak untuk kesihatan jangka panjang.
Baca artikel lain juga: Tip Berpantang Bersalin Czer, Mona Allen Minta Warga Maya Kongsi Pengalaman
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Nak Cepat Baik Luka Bersalin, Ini Tip Pemakanan Ibu Dalam Pantang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-cepat-baik-luka-bersalin-ini-tip-pemakanan-ibu-dalam-pantang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Dah Bersalin Tapi Nak Badan Slay Ini Cara Nak Bangkit Dan Jadi Lebih Hebat Dari Dulu

Ibu Dah Bersalin Tapi Nak Badan Slay Ini Cara Nak Bangkit Dan Jadi Lebih Hebat Dari Dulu

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 132 hits
Melahirkan anak bukan perkara kecil Ia satu perjuangan yang luar biasa ibarat bertarung nyawa Tapi selepas habis tempoh berpantang ramai ibu mula rasa letih lesu dan kadang kadang hilang semangat untuk jaga diri Eh tak boleh macam tu ya Ing...
Ibu Hamil Kena Buat Senaman Mudah Ni Makin Senang Nak Bersalin

Ibu Hamil Kena Buat Senaman Mudah Ni Makin Senang Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 118 hits
Semakin dekat hari nak bersalin ada baiknya anda melakukan pelbagai senaman ringan dan regangan Semua ini bagi memastikan proses bersalin berjalan dengan lancar Senaman macam mana Sebenarnya tak perlukan gerakan atau senaman yang sukar perg...
Surah Doa Amalan Untuk Ibu Hamil Peneman Setia Sampai Bersalin

Surah Doa Amalan Untuk Ibu Hamil Peneman Setia Sampai Bersalin

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 143 hits
Kehamilan bukan saja tentang perubahan fizikal tapi juga satu perjalanan spiritual Bila ibu tenang dan dekat dengan Allah insyaAllah anak dalam kandungan pun rasa kasih sayang dan ketenangan tu Ramai pakar dan ustaz menyarankan supaya ibu i...
Checklist Barang Keperluan Ibu Bersalin Normal Czer Jangan Panik Semua Dah Ready

Checklist Barang Keperluan Ibu Bersalin Normal Czer Jangan Panik Semua Dah Ready

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 129 hits
Tahniah kerana kini anda telah memasuki trimester ketiga kehamilan Ini adalah waktu yang sesuai untuk mula membuat persiapan bersalin termasuk mengemas beg ke hospital Persediaan awal bukan sahaja memberi ketenangan minda malah membantu men...
Lepas Buat Iui Ada Perkara Kena Elak Kalau Nak Cepat Double Line

Lepas Buat Iui Ada Perkara Kena Elak Kalau Nak Cepat Double Line

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 134 hits
Buat pasangan yang sedang berjuang mendapatkan zuriat rawatan IUI memang jadi salah satu ikhtiar yang popular Tapi tahu tak walaupun prosedur ni nampak simple cara kita jaga diri selepas rawatan tu sangatlah penting untuk tingkatkan peluang...
Apa Berlaku Dalam Bilik Bersalin Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Pertama Kali Bersalin

Apa Berlaku Dalam Bilik Bersalin Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Pertama Kali Bersalin

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 143 hits
Proses kelahiran merupakan satu pengalaman besar dalam kehidupan seorang wanita dan sering kali disertai dengan pelbagai emosi cemas teruja dan penuh debaran Walaupun setiap pengalaman bersalin adalah berbeza memahami apa yang akan berlaku ...
Tumpah Darah Lepas Bersalin Boleh Ragut Nyawa Ibu Ni Sebabnya

Tumpah Darah Lepas Bersalin Boleh Ragut Nyawa Ibu Ni Sebabnya

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 123 hits
Tumpah darah selepas bersalin atau postpartum hemorrhage merujuk kepada kehilangan darah yang berlebihan selepas melahirkan anak Secara umumnya ia ditakrifkan sebagai kehilangan lebih daripada 500ml darah selepas kelahiran normal atau lebih...
Ibu Hamil Kena Bersalin Induce Jangan Down Perlu Bersedia Lebih Awal

Ibu Hamil Kena Bersalin Induce Jangan Down Perlu Bersedia Lebih Awal

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 133 hits
Ada ibu direzekikan untuk bersalin mudah namun ada juga yang terpaksa melalui proses induce bagi mempercepatkan kelahiran bayi Dalam episod podcast Borak Pa Ma pakar obstetrik dan ginekologi Dr Maiza Tusimin dari Prince Court Medical Centre...
Sebenarnya Anak Bangsa Kita Pandai Ibu Yb Syed Saddiq Kongsi Tip Anak Fasih Bahasa Inggeris

Sebenarnya Anak Bangsa Kita Pandai Ibu Yb Syed Saddiq Kongsi Tip Anak Fasih Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 115 hits
Ibu kepada YB Syed Saddiq Puan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Umi berkongsi tip menarik bagaimana beliau mendidik empat orang anaknya iaitu Sharifah Amani Syed Abdul Rahman Syed Salleh Syed Abdul Rahman Sy...
Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Tips Menang Di Gudangtoto

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan

Isu Petronas Dan Buang Pekerja

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Tiong Orders Pullout From Sibu Association Over Interference By Politician

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kari Daging Bebiri Tanpa Serbuk Kari Dan Santan

Raja Kolam Petua Tips Untuk Memancing Kolam Berbayar

Staycation Tanpa Dirancang Ke Cameron Highland

Guardian Malaysia Raih Tiga Anugerah Di Retail Asia Awards 2025

Ibadah Korban Bersama Jiran

Lirik Lagu Pandang Pandang Jeling Jeling Haziq Rosebi Iera Milpan