Sebenarnya Anak Bangsa Kita Pandai Ibu Yb Syed Saddiq Kongsi Tip Anak Fasih Bahasa Inggeris


Ibu kepada YB Syed Saddiq, Puan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Umi, berkongsi tip menarik bagaimana beliau mendidik empat orang anaknya iaitu Sharifah Amani Syed Abdul Rahman, Syed Salleh Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman dan Syed Saddiq Abdul Rahman agar fasih berbahasa Inggeris sejak dari kecil. Bagi Umi, usaha itu bukan bermula ketika mereka sudah besar, tetapi seawal usia kanak-kanak lagi.

“Cakap Bahasa Inggeris Dengan Mama Ya…”
Sejak kecil lagi, Umi sudah menekankan kepada anak-anaknya untuk menggunakan Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi dengannya. Katanya, kalau nak bertutur dalam Bahasa Melayu, simpan untuk kawan-kawan di sekolah. Dengan Umi, wajib speaking!
“Umi memang tekankan penggunaan Bahasa Inggeris pada anak-anak Umi. Umi selalu pesan kalau boleh, selalu bercakap Bahasa Inggeris dengan Mama. Kalau nak cakap Bahasa Melayu, boleh cakap dengan kawan-kawan di sekolah.”
Umi cukup tegas dalam hal ini. Ada satu ketika, semasa memandu, anak-anak berbual dalam Bahasa Melayu. Tanpa berfikir panjang, Umi berhentikan kereta tepi jalan. Bila ditanya kenapa, Umi hanya jawab ringkas tapi padat — dengan Mama, kena cakap Bahasa Inggeris. Dari situ, anak-anak terus faham mesej yang cuba disampaikan.
“Umi berhenti tepi jalan dan minta mereka turun. Kenapa Mama anak-anak tanya tapi Umi beritahu Umi tak nak mereka bercakap Bahasa Melayu. Jadi sejak tu anak-anak dah faham.”

Library Jadi ‘Playground’ Ilmu
Dalam kesibukan seharian sebagai ibu dan guru, Umi tetap curi masa bawa anak-anak ke perpustakaan setiap minggu. Bukan sekadar pergi, tapi duduk bersama-sama membaca buku. Uniknya, aura ‘family reading time’ ni turut tarik perhatian kanak-kanak lain untuk sama-sama duduk membaca.
“Macam mana sibuk sekalipun, Umi akan bawa mereka ke library seminggu sekali. Duduk, baca buku dengan mereka. Kadang-kadang, budak lain yang tak berkaitan pun duduk dengan kami.”
Bagi Umi, aktiviti sebegini bukan saja mengeratkan hubungan, tapi juga menyemai minat membaca dalam suasana yang menyeronokkan.
Buku Bahasa Inggeris Wajib Ada Di Rumah
Setiap bulan, Umi akan bawa anak-anak ke kedai buku. Bukan sekadar window shopping, tapi benar-benar bagi peluang anak-anak pilih buku Bahasa Inggeris yang mereka suka. Kalau Umi rasa buku itu sesuai, pasti dia belikan.

Malah, Umi juga sediakan bahan bacaan tambahan supaya anak-anak boleh bertukar buku dengan rakan-rakan. Bagi Umi, semua anak di Malaysia sebenarnya bijak, cuma tak semua diberi pendedahan yang sama — lebih-lebih lagi yang tinggal di luar bandar.
“Yang benar, anak-anak bangsa kita ni pandai walaupun di luar bandar. Cuma kurang pendedahan. Jadi, mudah-mudahan dengan cara yang Umi kongsi boleh membantu anak bangsa kita lebih maju dalam pelbagai bahasa.”
Pilih Kawan Pun Kena Bijak
Selain akademik dan bahasa, satu lagi aspek penting yang dititikberatkan oleh Umi ialah siapa kawan anak-anaknya. Umi akan jemput rakan-rakan anak ke rumah untuk kenal lebih dekat. Dengan pengalamannya sebagai seorang guru, Umi mudah membaca karakter anak-anak yang datang bertandang. Bagi Umi, persekitaran sosial juga memainkan peranan besar dalam membentuk sahsiah anak-anak.
Tonton video ini;
@keluarga.my Ini cara ibu YB Syed Saddiq mengajar anak-anak untuk fasih berbahasa Inggeris. #keluarga #majalahkeluarga #syedsaddiq ♬ Backsound Lucu – Faid rafanda
The post “Sebenarnya, Anak Bangsa Kita Pandai.” Ibu YB Syed Saddiq Kongsi Tip Anak Fasih Bahasa Inggeris appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sebenarnya-anak-bangsa-kita-pandai-ibu-yb-syed-saddiq-kongsi-tip-anak-fasih-bahasa-inggeris/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seperti Meratap Dan Berdoa Buat Anaknya Saksi Kejadian Kongsi Situasi Sedih Ibu Gajah Di Sisi Lori

Seperti Meratap Dan Berdoa Buat Anaknya Saksi Kejadian Kongsi Situasi Sedih Ibu Gajah Di Sisi Lori

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 304 hits
Kasih seorang ibu tak kira manusia atau haiwan apabila anak dalam bahaya sanggup buat apa saja Tular satu kejadian menyayat hati di Jalan Raya Timur Barat bila seekor anak gajah dipercayai dilanggar lori dan tersepit di bawah kenderaan Tapi...
Nafas Anak Anda Tanggungjawab Anda Kesihatan Paru Paru Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Nafas Anak Anda Tanggungjawab Anda Kesihatan Paru Paru Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 186 hits
Paru Paru Sihat Nafas Pun Power Panduan Ringkas Buat Ibu Bapa Si Cilik Bayangkan anak anda aktif bermain berlari ke sana sini ketawa tanpa henti semua itu mustahil tanpa satu sistem penting yang bekerja tanpa henti paru paru Tapi sejauh man...
Di Sini Jumpa Husban Rupanya Ini Kisah Cinta Atikah Suhaime Siap Kongsi Tip Cari Suami Kaya

Di Sini Jumpa Husban Rupanya Ini Kisah Cinta Atikah Suhaime Siap Kongsi Tip Cari Suami Kaya

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 282 hits
Jodoh ajal tiada siapa yang tahu Itu semua takdir Allah Tak sangka dari sekadar makan setahun sekali di restoran mahal kini bergelar isteri kepada seorang bergelar Datuk dan usahawan jenama terkenal Pelakon dan usahawan Atikah Suhaime mencu...
Anak Menangis Berjam Jam Salah Ibu Bapa Atau Orang Sekeliling Yang Tak Tahu Bersabar

Anak Menangis Berjam Jam Salah Ibu Bapa Atau Orang Sekeliling Yang Tak Tahu Bersabar

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 250 hits
Sebuah video tular di TikTok baru baru ini memaparkan sepasang suami isteri yang kelihatan tidak senang duduk sewaktu menaiki feri apabila mereka terpaksa mendengar tangisan seorang budak selama hampir satu jam perjalanan Video tersebut yan...
Tak Boleh Campur Dengan Orang Ibu Ain Edruce Kongsi Rahsia Kekalkan Kasih Sayang Keluarga

Tak Boleh Campur Dengan Orang Ibu Ain Edruce Kongsi Rahsia Kekalkan Kasih Sayang Keluarga

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 183 hits
Siapa yang tak kenal Ain Edruce yang happy go lucky tu kan Tapi kali ni lain sikit dalam satu perkongsian Ain dan ibunya buka cerita tentang bagaimana rapatnya hubungan dalam keluarga mereka Bukan rapat biasa biasa tau tapi jenis yang macam...
Bukan Sekadar Hadiah Tapi Tanda Sokongan Kepada Produk Anak Bangsa Tv Ppim 22 04 2025

Bukan Sekadar Hadiah Tapi Tanda Sokongan Kepada Produk Anak Bangsa Tv Ppim 22 04 2025

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 236 hits
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan telah menerima pelbagai kiriman hamper dan bingkisan penghargaan daripada masyarakat umum rakan strategik serta para pemimpin negara Me...
Tanggungjawab Ibu Bapa Kepada Anak Anak Mencorak Masa Depan Umat

Tanggungjawab Ibu Bapa Kepada Anak Anak Mencorak Masa Depan Umat

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 295 hits
Tanggungjawab Ibu Bapa Kepada Anak Anak Mencorak Masa Depan UmatIbu bapa bukan sahaja penyedia keperluan fizikal tetapi juga pemimpin yang membentuk peribadi anak anak Ingatlah anak anak kita adalah amanah Allah SWT dan didiklah mereka deng...
Anak Takut Sunat Ibu Ayah Kena Tahu Cara Pujuk

Anak Takut Sunat Ibu Ayah Kena Tahu Cara Pujuk

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 314 hits
Bersunat Lebih Dari Sekadar Tradisi Bersunat atau khatan bukan sekadar satu amalan keagamaan atau budaya Ia kini menjadi satu keperluan kesihatan yang diiktiraf secara perubatan Video Sunat Macam Kena Gigit Semut oleh Bintang Kecil bersama ...
Anwar Should Emulate Singapore Pm S Honesty On Us Tariffs Syed Saddiq

Anwar Should Emulate Singapore Pm S Honesty On Us Tariffs Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 268 hits
PARLIAMENT Prime Minister Anwar Ibrahim should be honest about the US tariffs impact on Malaysians Syed Saddiq Syed Abdul Rahman said During a special parliamentary sitting on the tariffs Syed Saddiq urged Anwar to emulate Singapore Prime M...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd