Nak Bercerai Susu Kena Buat Betul Betul Doktor Kongsikan Tip Paling Mudah


Membuat keputusan untuk wean off anak atau menceraikan penyusuan ibu dengan bayi sememangnya bukan mudah. Malah menolak permintaan anak terasa berat bagi ibu. Akhirnya ibu menyerah kalah dan proses cerai susu menjadi tertangguh hanya kerana kasihankan anak. Inilah yang kerap terjadi.
Menurut Dr Nurhaya Yacob, Kaunselor Laktasi daripada Dr Nurhaya Lactation Center, Pulau Pinang, proses wean off perlu dilakukan dengan kerelaan ibu serta kerjasama daripada suami. Ini yang dikongsikan oleh beliau. Tip dan perkongsian dari Dr sendiri di harap dapat membantu ibu wean off.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang proses cerai susu yang saya lakukan dengan ketiga-tiga anak saya.

 
Saya tak berapa banyak cerita liku menyusukan anak-anak saya. Bukan tiada cabaran, tapi kadang-kadang risau ada segelintir yang menjadikan ia sebagai batchmark. Masyarakat kita lebih mudah ikutan tanpa memahami. “Aku tengok dia buat macam ni, cuba ko buat juga mana tau jadi”. Namun hakikatnya tak tahu hujung panggal kenapa kita buat sesuatu tu. Sedangkan perjalanan penyusuan itu kan berbeza terhadap setiap individu.
Apabila saya kongsikan tentang cerai susu secara natural proces, mesti akan ada yang cakap, “haa sebab nak natural process tu lah, aku menyusu anak aku sampai 4 tahun”. Maka hari ini saya kongsikan apa yang saya lakukan untuk cerai susu dengan Ammar, Amirul dan Cik Bunga.

Apabila nak cerai susu, saya akan tanya satu soalan pada diri sendiri. “Am i ready to wean off?”.
Every single child, without fail I will ask my self.
Yang tak ready wean off at 2 year old adalah Amirul. Ini kerana saya perlu afford yang lebih dalam menjaga “bonding” dengan Amirul kerana latar belakang beliau yang ADHD. I need more time to make him secure and focus to his surrounding. So i breastfed him 1 year longer than others.
Bila nak cerai susu, mak mesti ready. Bila tak ready, inilah punca ibu akan give in bila anak menangis tantrum tak dapat apa yang dia nak. Bila anak tahu mommy akan give in dengan mudah, maka mereka hanya akan “press the button” untuk dapatkan apa yang mereka mahu.
Apabila sudah tetapkan diri, “ok ready to wean off” maka kita mulakan proses ini.

1. Saya mulakan pada usia 1 tahun 8 bulan. Saya ada 4 bulan sebelum capai usia 2 tahun.
Its a process, no rush. Im ready, now i need to make them ready.
2. Apabila bersama dengan anak, contohnya pada hari minggu/ cuti, jangan offer.
Jangan tanya “Sofea nak susu?” “Sofea nak nenen?”.
Tak perlu ingatkan mereka. Buat sahaja macam biasa. Teruskan kerja.

3. Bila anak minta, LENGAHKAN!
.
“Mommy, nak nenen pls”. Setelah beberapa ketika.
“Ok boleh, boleh nenen, lepas kita makan ni, mommy make some yummy amazing cupcake”.
Cuba lengahkan. Ia adalah sebuah proces, boleh jadi hari ini tak berjaya, tapi esok berjaya. Maka perlulah ibu konsistant.
Ibu sahaja ke? Tidak. Ayah pun main peranan. Ketika anak meminta, ayah boleh alihkan perhatian dengan ajak bermain di luar atau sebagainya.

4. Alihkan perhatian anak.
Apabila saya sedang cuba lengahkan sebenarnya saya juga sedang mengalihkan perhatiannya kepada penyusuan.
Its a process. I have 4 months to go but Im persistance and consistance. Dari mungkin 6 kali menyusu kalau hari cuti, dah mulai drop ke 4 kali dalam tempoh 2 minggu. Dengan Cik Bunga agak cepat process cerai susu.
.
5. Bercakap ketika anak sedang separa tidur, kata-kata ini akan masuk dan tersemat.rapi di mindanya.
Masa tidur anak menyusu sebentar dan tidur. Cik bunga memang tidak mengempeng sebab saya ajar dari bayi tidur di katilnya sendiri. Selesai menyusu, saya letakkan di baby cot sebelah katil saya. Ni memang semua anak saya train dari lahir.
Ketika menyusu, saya cakap pada Cik Bunga, “Nanti dah 2 tahun, Sofea dah tak mahu nenan dengan mommy dah ya. Sofea dah besar, dah princess dah. Princess tak nenan dah”
Ulang ayat ni entahlah berapa juta kali. Konsistant dan persistant. Janganlah punya sikap di mana bila kita penat, “hmm ikutlah, aku nak tido”. Ini maksudnya ibu belum siap.

Masuk usia 10 bulan, Cik Bunga menyusu hanya 2 kali. Pagi bangun tidur dan malam nak tidur. Kemudian pada usia 11 bulan sekali sahaja, hanya waktu malam. Pagi-pagi terus makan pagi.
Ketika usia ini, saya sudah mula “drill” situasi time out ketika menyusu di malam hari.
6. Time out / count down.
Apabila Cik Bunga menyusu dimalam hari, saya tahu ia hanyalah untuk keselesaan. Bukan sebab lapar pun.
Bila dah agak lama seperti 10 minit menyusu, saya akan cakap “ok Sofea 2 minit lagi, lepas tu no more nenen ya”
Dia bukan tahu pun 2 minit tu berapa lama, tapi saya follow dengan count down. 10 9 8 7 6 5 4 sampai 0.
Mula-mula memang liat. Lepas 3 kali, dia lepas sendiri dan tepuk-tepuk sikit lalu tidur. Lama-lama Sofea tidur sendiri, tak perlu menyusu pun.
7. Ketika usia 2 tahun, kami sambut ulang tahunnya dan ulang banyak kali “Sofea dah princess, tak nenan dah. Big girl”. Alhamdulilah Sofea faham dan tiadalah lagi penyusuan.
Bila orang tanya tak sedih ke wean off anak, jawapan saya sama “TAK”. Rindu menyusu, iya. Tapi sedih tidak. Sebab ketika tempoh menyusu, menyusulah betul-betul, sepenuh hati dan jiwa. Sesuatu yang mula ada akhirnya.

Saya sudah berikan sepenuh jiwa saya semasa tempoh itu. Sekarang tempoh saya fokus kepada yang lain seperti read aloud sebelum tidur dan rutin tidur di kamar sendiri. Banyak lagi keperluan perkembangan anak-anak yang perlu di fokuskan.
Alhamdulilah hikmah PKP, semua anak-anak sudah berjaya dengan rutin tidur di kamar sendiri termasuklah Cik Bunga.
Sekiranya anak tantrum bagaimana?
Boleh minta bantuan pasangan.
Tapi sekiranya sudah buat semua dan masih juga anak mahu menyusu, tak apa, nama pun proses. Susuilah, anaknya belum bersedia. Cubalah next.
Fokus pada progress, teruskan dengan konsistan dan persistant. Jangan lupa doa dan tawakal pada yang Esa. Dia yang menjaga hati kita dan anak kita.
Gambar hiasan. Mungkin dengar macam mudah sahaja saya wean off, tapi ia memerlukan kesabaran kerana perlu ulang berkali-kali. Dari 8 kali turun ke 6 kali, kemudian 4 kali lalu 2 kali dan akhirnya cerai susu.
Penyusuan susu ibu itu perjalanannya indah. Memorinya sangat manis. Membina keyakinan diri anak melalui ikatan yang luar biasa, nutrisi yang hebat dan lengkap. Namun kenapa perlu di rentap perjalanan yang indah itu dengan pengakhiran yang traumatik.
Dr Nurhaya Yacob.
Nak buat, buat betul-betul.
The post “Nak Bercerai Susu Kena Buat Betul-Betul”, Doktor Kongsikan Tip Paling Mudah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-bercerai-susu-kena-buat-betul-betul-doktor-kongsikan-tip-paling-mudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Arab Paling Mudah Masak Guna Bahan Bahan Di Dapur Je Tapi Terlajak Sedap Wanita Ni Kongsikan Resipinya

Nasi Arab Paling Mudah Masak Guna Bahan Bahan Di Dapur Je Tapi Terlajak Sedap Wanita Ni Kongsikan Resipinya

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 712 hits
Baru memasuki hari kedua berpuasa pasti sekarang ini ada ibu ibu yang tengah membelek menu untuk hidangan berbuka nanti kan Dah dapat ilham belum apa nak dimasak petang nanti Apa kata cuba resipi Nasi Arab yang cukup mudah ini Tak payah nak...
Cara Paling Mudah Nak Bersihkan Microwave Harum Semerbak

Cara Paling Mudah Nak Bersihkan Microwave Harum Semerbak

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 326 hits
Hampir setiap hari kita akan menggunakan microwave untuk memanaskan makanan dan lauk pauk Tetapi bila kali akhir anda mencuci microwave Sekiranya tidak dicuci ia akan menjadi tempat berkumpulnya bakteria Jika anda mempunyai masa di hujung m...
Soalan Yang Paling Tak Suka Nak Jawab Pasal Niaga Bundle

Soalan Yang Paling Tak Suka Nak Jawab Pasal Niaga Bundle

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 463 hits
Penat tau tak nak menjawab soalan yang entah apa apa dari korang Ya tak tahu tanya tapi tak semua perkara boleh ditanya begitu sahaja Korang kena jaga adab juga First of all korang kena tahu juga apakah yang korang nak tanya tu nampak sanga...
Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 419 hits
Apa ibu bapa akan lakukan sekiranya anak merengek nak sesuatu Adakah terus memberi sebab tak mahu anak lagi lama merengek dan menangis atau biar dulu sambil menjelaskan kenapa bukan sekarang boleh dapat Ibu bapa kena belajar ilmu ini dan ja...
Trauma Anak Cedera Naik Baby Walker Doktor Sarankan Cara Ni Nak Latih Anak Berjalan

Trauma Anak Cedera Naik Baby Walker Doktor Sarankan Cara Ni Nak Latih Anak Berjalan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 631 hits
Penggunaan baby walker sememangnya tidak disarankan malah dilarang sama sekali kepada bayi kecil kita kerana risiko kecederaan yang terlalu tinggi Pun begitu masih terdapat mak ayah yang gemar membelikan walker ini dengan alasan untuk meran...
Nak Tau Tip Penting Untuk Ibu Yang Masih Menyusukan Anak Meh Baca Ni

Nak Tau Tip Penting Untuk Ibu Yang Masih Menyusukan Anak Meh Baca Ni

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 633 hits
NAK TAU TIP PENTING UNTUK IBU YANG MASIH MENYUSUKAN ANAK MEH BACA NI Setiap ibu yang melahirkan mesti punya keinginan untuk menyusukan anak secara eksklusif kan Maccam cikla anak sulung je menyusu lebih dari 2 tahun anak yang lain semua set...
Nak Mi Goreng Sedap Ben Safwan Berkongsi Tip Rahsianya

Nak Mi Goreng Sedap Ben Safwan Berkongsi Tip Rahsianya

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 560 hits
Nak masak mi goreng ni kalau nak sedap kena bermula daripada pemilihan mi selain daripada resipi yang super sedap Mengikut Ben Safwan dalam perkongsian resipi di laman FB nya bila memilih mi kena pilih yang kurang kapur Mi yang kurang kapur...
Kek Cheese Ni Hanya Guna Tiga Bahan Aje Gebu Gebas Dan Mudah Nak Buat Legend

Kek Cheese Ni Hanya Guna Tiga Bahan Aje Gebu Gebas Dan Mudah Nak Buat Legend

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 577 hits
Tentu ada yang mengidam nak makan kek keju atau cheese cake Mana taknya nak pergi kedai confirm tak boleh Apa kata kita buat aje di rumah Bahan nak buat kek keju ni pun guna tiga bahan aje Ikuti perkongsian ini 3 Bahan je boleh buat kek sed...
Mudahnya Nak Jaga Kesihatan Kuku Dan Tangan Ikut Tip Ini

Mudahnya Nak Jaga Kesihatan Kuku Dan Tangan Ikut Tip Ini

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 497 hits
MUDAHNYA NAK JAGA KESIHATAN KUKU DAN TANGAN IKUT TIP INI Selain dari kepentingan menjaga kesihatan serta kecantikan wajah dan diri kesihatan kuku dan tangan juga tak kurang pentingnya untuk diberi perhatian khusus Sebab bagi cikla kuku dan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga