Nasi Arab Paling Mudah Masak Guna Bahan Bahan Di Dapur Je Tapi Terlajak Sedap Wanita Ni Kongsikan Resipinya
Baru memasuki hari kedua berpuasa, pasti sekarang ini ada ibu-ibu yang tengah membelek menu untuk hidangan berbuka nanti kan. Dah dapat ilham belum apa nak dimasak petang nanti.
Apa kata cuba resipi Nasi Arab yang cukup mudah ini.Tak payah nak fikirkan bab perencah Nasi Arab, guna apa yang ada di dapur anda je.
Bagi yang tengah mencari menu tu, apa kata cuba resipi Nasi Arab yang dikongsikan oleh puan Nur Aisya
NASI ARAB SENANG JE.
Try buat nasi arab pakai bahan2 kat rumah je… Alhamdullilah menjadi dgn jayanya…
Menu berbuka semalam
utk 6 org makan
Kongsi jgk la mana tau ada yg berkenan
Untuk resepi nasi dan ayam ada kt setiap gambar dengan step2 nya sekali… Ni resepi utk salatoh dan salsa
Salsa/sambal arab
Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam sedikit
(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)
Salatoh
Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan2 diatas)
Pudina hiris (sy guna ketumbar gak.. Benda takde
)
Gaul semua bahan dlm 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lg jus lemon. Siap!
Cara buat nasi
Ok part ni paling penting utk dapatkan rasa nasi arab tu
Ayam sy guna 3 whole leg
Bwng besar 1 biji (klu besar guna separuh)
Tomato 1 biji
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
1 sk biji ketumbar
Buah pelaga 3 biji
1 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma
2 sudu minyak masak
Sedikit garam
Rebus sampai ayam masak… Air rebusan tadi digunakan utk masak nasi.. Dan selebihnya saya buat sup utk makan dengan nasi.. Sedap.. Rasa sup berempah.
Angkat ayam dr air rebusan.. Saya perap guna bahan ni
Serbuk cili
Serbuk kari
Sos tiram
Garam
Perasa
Madu/gula 1 sudu
Minyak masak 2 sudu
(perap kejap je sambil2 siapkan nasi)
Lepas tu panggang
bakar pada suhu 150 api atas sahaja.. 30minit… Nnti dh bakar 15minit.. Keluarkan sekejap.. Sapu lebihan bahan perap td. Nanti ayam kilat dan cantik
ni bahan2 tumis utk nasi.
Bwng besar sebiji
Halia 1 inci
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
Panaskan majerin/butter dan klu nk sedap minyak sapi.
Masukkan bahan2 hiris dan 3 sekawan td.. Tumis smpi garing yer.
Masukkan beras.. Gaul bersama bahan tumis…Tumis sehingga garing.. Baru nasi sedap.
Beras basmathi rendam dlu 30minit yer
Air rebusan ayam td.. Masukkan dlm periuk.
Beras dah siap macam ni… Kalau beras biasa sukatan mcm biasa la yer.. Tp klu basmathi sy guna 1 cup beras = 2 cup air.
Ayam dah siap! Ayam ni boleh je dimasak sekali dalam nasi… Tapi sy lebih suka aroma panggang.
Nasi dah pon siap… Bila nasi dah kering.. Tuang la pewarna.. Minyak carotina ke(ni Mohd Radzi Azizi ajar
)..tutup dulu.. Lepas 10 minit baru boleh kacau nasi dan jangan lupa.. Daun ketumbar… Ni yg buat bau dia sedappp…
Dah siap. Hidangla mcm mana pon.. Asal kenyang. Sup tu saya ambil dr air rebusan ayam td. Untuk salsa dan salatoh… Resepi kat atas yer
Selamat mencuba!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://malaysiastream.com/nasi-arab-paling-mudah-masak-guna-bahan-bahan-di-dapur-je-tapi-terlajak-sedap-wanita-ni-kongsikan-resipinya/