Kalau Nak Anak Bijak Jangan Buat 4 Perkara Yang Boleh Halang Perkembangan Positifnya


Semua ibu bapa mahu anak masing-masing membesar dengan bijak. Tolong elakkan daripada buat perkara-perkara yang boleh menghalang perkembangan positifnya. Tanpa kita sedar sikap kita sendiri yang menyebabkan perkembangan anak untuk bereksplorasi tersekat dan terhalang oleh arahan dan larangan tertentu.
“Adam, jangan kutip mainan. Kotor!”
“Adam, jangan panjat, nanti jatuh!”
“Biar Mama dukung saja. Kotor nak merangkak kat situ.”
Berikut antara dialog yang sering diucapkan oleh sesetengah ibu terhadap bayi kecilnya yang semakin lasak dan aktif.  Melihat caranya melayan bayi, kita boleh membuat kesimpulan si ibu terlalu melindungi anaknya.
Memang benar, sebagai ibu kita mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan mahu melindungi mereka daripada ancaman bahaya tetapi kadang-kala tanpa disedari, kita juga menjadi penghalang terbesar kepada perkembangan positif anak.
Secara semula jadi, bayi akan mula meneroka dunia sekelilingnya dalam proses tumbesaran yang aktif. Mereka belajar daripada persekitaran. Ia membantu perkembangan positif anak menjadi lebih mahir dan cekap mencapai perkembangan kemahiran motor mereka seperti meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan.
Pelbagai halangan dan perlindungan yang keterlaluan hanya akan menyekat keinginan semula jadi anak untuk meneroka dan belajar. Tanpa disedari, kita sendiri yang menghalang proses perkembangan anak bahkan mengganggunya membesar sebagai anak yang kreatif dan inovatif kelak.
4 perkara ini eloklah dielakkan jika mahu anak membesar dengan sikap yang positif.
1. Terlalu melindungi
Sikap tidak mahu anak terdedah kepada bahaya memang sikap pelindung ibu dan ayah. Namun jika kita keterlaluan tidak mahu anak berada dalam keadaan berisiko, anda sebenarnya telah menanamkan perasaan rendah diri, penakut dan sombong dalam diri anak anda sejak dia kecil lagi.

2. Cepat beri bantuan
Jika anak anda sedang dalam proses belajar kemahiran motor seperti duduk, berdiri atau berjalan, biarkan sesekali dia melakukan kesilapan dan merasakan kesakitan. Jangan terlalu cepat memberikan bantuan. Ia hanya akan membuatkan anak anda mudah lemah semangat dan cepat berputus asa kerana tahu ibu ayah akan datang membantu.

3. Mudah ‘cair’ dengan anak
Kadang kala sikap kita sebagai ibu bapa terlalu mudah ‘cair’ dengan anak-anak. Biarpun mereka melakukan kesilapan, dengan membuat mimik muka comel, ia sudah cukup membuatkan kita mudah memaafkan kesilapan mereka. Seharusnya kita tegas dengan pendirian kita sebagai ibu bapa. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.

4. Cakap tak serupa bikin
Walaupun anak anda masih usia bayi tetapi mereka memerhatikan tingkah laku anda. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka contoh yang baik dalam urusan mendidik mereka. Jangan terkejut jika satu hari nanti anak anda meniru perbuatan buruk anda. Misalnya bercakap kasar atau suka menjerit. TIdak mustahil si kecil juga akan pandai menjerit dan bercakap kasar bila tiba saatnya nanti.
Bukan mudah nak menjadi ibu bapa yang terbaik dan sempurna tapi berusahalah untuk bergelar ibu bapa yang sentiasa prihatin dan peka terhadap rangsangan positif perkembangan si anak.
 
 
 
The post Kalau Nak Anak Bijak, Jangan Buat 4 Perkara Yang Boleh Halang Perkembangan Positifnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kalau-nak-anak-bijak-jangan-buat-4-perkara-yang-boleh-halang-perkembangan-positifnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Manja Boleh Jejaskan Perkembangan Diri Beri Peluang Anak Bersosial

Anak Manja Boleh Jejaskan Perkembangan Diri Beri Peluang Anak Bersosial

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 444 hits
Istilah manja mempunyai makna yang negatif dalam konteks sosial Ia boleh ditakrifkan sebagai sikap memberi kasih sayang yang terlalu berlebihan dalam fasa awal mengasuh anak anak Anak manja sering merujuk kepada anak yang cenderung menunjuk...
Nak Bagi Ke Tak Jangan Sampai Abang Makan Anak Perempuan Kita Sendiri Suami Durjana

Nak Bagi Ke Tak Jangan Sampai Abang Makan Anak Perempuan Kita Sendiri Suami Durjana

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 991 hits
Nak Bagi Ke Tak Jangan Sampai Abang Makan Anak Perempuan Kita Sendiri Suami DurjanaNak Bagi Ke Tak Jangan Sampai Abang Makan Anak Perempuan Kita Sendiri Suami Durjana
Seawal Dalam Pantang Selalu Berborak Dengan Bayi Boleh Merangsang Otak Anak Jadi Bijak

Seawal Dalam Pantang Selalu Berborak Dengan Bayi Boleh Merangsang Otak Anak Jadi Bijak

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 581 hits
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi Bagaimana caranya Cuba lakukan kaedah ini bersama bayi anda Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat merapatk...
Doa Makan Yang Di Anggap Biasa Jika Di Amalkan Setiap Hari Anak Boleh Jadi Baik Dan Bijak

Doa Makan Yang Di Anggap Biasa Jika Di Amalkan Setiap Hari Anak Boleh Jadi Baik Dan Bijak

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 732 hits
Doa yang hari hari kita buat sebelum makan besar sangat manfaatnya jika di amalkan untuk anak anak Mungkin ramai ibu bapa yang tak tahu pun kelebihan doa tersebut untuk jadikan anak kita orang yang baik akhlaknya dan bijak Perkongsian dari ...
Hari Hari Nak Makan Jajan Tak Bagi Mengamuk Tip Ini Mama Boleh Cuba Agar Anak Suka Makanan Sihat

Hari Hari Nak Makan Jajan Tak Bagi Mengamuk Tip Ini Mama Boleh Cuba Agar Anak Suka Makanan Sihat

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 651 hits
Anak kecil dan jajan atau snek kurang berkhasiat seolah olah tidak dapat dipisahkan Ibu mana yang tidak bimbang jika si manja gemar makan snek yang belum tentu kandungan nutrisinya Tambahan pula ada fakta yang menyatakan kanak kanak di Mala...
Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 612 hits
Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan Sejuk perut bila melihat an...
Nak Ajar Bayi Jadi Bijak Tak Semestinya Guna Flashcard Je Ibu Ini Kongsi 3 Perkara Yang Ibu Ayah Patut Buat

Nak Ajar Bayi Jadi Bijak Tak Semestinya Guna Flashcard Je Ibu Ini Kongsi 3 Perkara Yang Ibu Ayah Patut Buat

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 536 hits
Flashcard atau kad imbasan memaparkan gambar objek huruf atau nombor selalu digunakan kepada bayi Ia sangat bermanfaat kerana boleh memperkayakan tatabahasa si manja Tapi adakah memperkenalkan flashcard seawal usia masih bayi itu tepat seda...
Nak Jadi Ibu Ayah Tak Marah Anak Ini 5 Perkara Anda Mesti Lakukan

Nak Jadi Ibu Ayah Tak Marah Anak Ini 5 Perkara Anda Mesti Lakukan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 470 hits
Ibu bapa mana yang tak pernah marahkan anak Kalau boleh sebenarnya semua ibu bapa tidak mahu marahkan anak tetapi kadang kala bila sudah hilang kesabaran termarah juga si anak Lepas marah anak anda mesti rasa menyesal dan kasihan dengan si ...
Anak Tak Duduk Diam Itu Tak Semestinya Hiperaktif Kena Caranya Mereka Boleh Jadi Bijak

Anak Tak Duduk Diam Itu Tak Semestinya Hiperaktif Kena Caranya Mereka Boleh Jadi Bijak

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 663 hits
Anak saya terlalu aktif tak boleh duduk diam walau seminit melompat sana melompat sini Nak tengok dia duduk diam waktu dia tidur Tidur pulak sekejap sahaja Begitulah antara keluhan ibu ibu yang anak mereka terlalu aktif Sebenarnya anak yang...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri