Najis Yang Menempel Di Hatimu Itu Tidak Akan Boleh Bersih Walaupun Engkau Membasuhnya Dengan Air 7 Samudera Lautan 9867



"NAJIS ITU ADALAH DIRIMU"

Abu Yazid Al-Busthami, beliau adalah seorang Syekh Atau Pemimpin Kaum Sufi. Namun siapa sangka beliau pernah mendapat ilmu yang sangat berharga dari seekor anjing di perjalanan. 

Seperti biasa, Abu Yazid Al-Busthami suka berjalan sendiri di malam hari. Lalu dia melihat seekor anjing berjalan terus menuju ke arahnya, Anjing itu dengan bersahaja berjalan dan tidak menghiraukan Sang Syeikh. Namun ketika anjing itu sudah hampir dekat, Al-Busthami mengangkat jubahnya kerana khuwatir tersentuh sang anjing yang katanya najis itu.  Spontan anjing itu pun berhenti dan terus memandangnya. 

Entah bagaimana Abu Yazid seperti mendengar seakan anjing itu berkata kepadanya; “Hai syekh... tubuhku kering dan tidak akan menyebabkan najis padamu. Kalau pun engkau itu merasa terkena najis, engkau tinggal membasuh 7 kali dengan air dan tanah, Maka najis itu akan hilang. Namun jika engkau mengangkat jubahmu kerana menganggap dirimu yang berbaju dan berbadan manusia itu merasa lebih mulia dan menganggap diriku yang berbadan anjing ini najis dan hina, maka najis yang menempel di hatimu itu tidak akan boleh bersih, walaupun engkau membasuhnya dengan air 7 samudera lautan.”

Abu Yazid tersentak dan meminta maaf  kepada sang anjing. Sebagai tanda permohonan maafnya yang tulus ikhlas, dia pun mempelawa sang anjing itu untuk bersahabat dan berjalan bersama. Tapi si anjing itu menolak pelawaannya. Seraya berkata: “Engkau tidak patut berjalan denganku, kerana mereka yang memuliakanmu akan mencemohmu dan melempari aku dengan batu. Aku tidak tahu mengapa mereka menganggapku begitu hina, padahal aku berserah diri pada sang Pencipta atas wujudku yang seperti ini. Lihatlah.....!! aku juga tidak menyimpan dan membawa seketul tulangpun, sedangkan engkau masih menyimpan sekarung gandum.” Lalu Anjing itu Pun Berjalan Meninggalkan Abu Yazid Yang Masih Terpinga-pinga. 

Abu Yazid masih terdiam, dalam hatinya mengasuh: “Duhai Allah, untuk berjalan dengan seekor anjing ciptaan-MU sahaja aku tidak layak. Bagaimana aku merasa layak berjalan bersama dengan-MU, ampunilah aku dan sucikanlah hatiku daripada najis hatiku ini.”

Sejak peristiwa itu, Syeikh Abu Yazid pun sentiasa memuliakan dan mengasihi semua makhluk Allah tanpa syarat. “Janganlah menganggap dirimu lebih suci daripada yang lain, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang paling suci di antara hamba-hamba-Nya.” (Surah an-Najm).

Dapatan:
“cnp wsp”

Tafsir Surah an-Najm Ayat 1 – 17 (Nabi jumpa Jibrail pertama kali) 

Pengenalan

Surah Najm ini adalah surah tentang Mi’raj Nabi dari MasjidilAqsa ke langit. Tentang Isra’ (perjalanan dari Mekah ke MasjidilAqsa) telah diberitahu dalam Surah Isra’. Maka Surah Najm ini tentang kenaikan Nabi ke langit pula.

Ianya adalah Surah Makkiah. Ianya adalah surah pertama yang Nabi bacakan secara keseluruhan kepada penduduk Mekah (kerana surah-surah yang lain datang sikit demi sedikit). Dalam surah inilah, ayat tentang sujud telah dibacakan dan baginda terus sujud. Selepas Nabi Muhammad membacakan ayat itu, baginda kemudiannya telah sujud. Waktu itu baginda membacakan ayat ini di khalayak ramai, iaitu kepada sahabat-sahabat baginda dan juga kepada kaum Musyrikin Mekah.

Apabila baginda sujud, sahabat kesemuanya telah sujud bersama baginda. Yang hebatnya, puak-puak musyrikin yang tidak mahu beriman itu pun sampaikan terpesona dengan Surah an-Najm yang baginda bacakan dan perbuatan sujud baginda, maka mereka pun ramai-ramai sujud bersama Nabi. Semua sekali mereka yang berada di situ telah sujud, kecuali seorang sahaja yang degil. Begitu pun, dia telah mengambil sedikit tanah dan meletakkan tanah itu ke dahinya. Dia tahan dirinya dari sujud penuh, tapi dia telah terpanggil untuk meletakkan tanah ke dahinya. Kejadian ini boleh dibaca dalam Seerah.

Surah ini memberitahu tentang kebenaran kerasulan Nabi Muhammad. Jadi Dakwa Surah ini adalah tentang Risalah.

Dan ianya mengandungi teguran kepada amalan-amalan syirik Musyrikin Mekah. Mereka menyembah sembahan-sembahan lain selain Allah. Ini ada fahaman bathil yang tiada asas. Mereka sembah dan seru roh wali-wali dengan menamakan mereka Latta, Uzza, Manat dan lain-lain untuk bawa doa mereka kepada Allah. Allah jelaskan bahawa fahaman itu adalah bathil tidak berasas.

Musyrikin Mekah itu kenal Allah dan terima Allah sebagai Tuhan. Mereka terima Allah sebagai pencipta alam dan menguruskan perkara yang besar-besar. Tapi dalam masa yang sama, mereka ada fahaman syirik yang hendak diperbetulkan dalam surah ini.

Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 5 perenggan makro. Ayat 1 – 18 adalah Perenggan Makro Pertama. Ia memberikan hujah kebenaran wahyu dan menyentuh peristiwa Isra’ Mi’raj.

Ayat 1 – 10 ini menyentuh tentang kebenaran Wahyu Al-Qur’an dan kerasulan Nabi Muhammad. Allah menekankan yang Al-Qur’an itu bukan daripada diri Nabi sendiri.

وَالنَّجمِ إِذا هَوىٰ
Sahih International By the star when it descends, 
Malay Demi bintang semasa ia menjunam, –

Dalam ayat ini, Allah bersumpah dengan ‘bintang yang terbenam’. Hanya Allah sahaja yang berhak bersumpah dengan makhlukNya. Allah jadikan makhlukNya sebagai dalil bukti yang Dia yang buat makhluk itu. Allah hendak menzahirkan bukti QudratNya. 

Kita hanya boleh bersumpah dengan menggunakan nama Allah sahaja. Kita menggunakan sumpah untuk menguatkan kata-kata dakwaan kita. Maka kita kena guna nama Allah sahaja. Tidak boleh guna nama makhluk dan ini dilarang. Dalilnya, Nabi pernah bersabda: Sesiapa yang ingin bersumpah, maka bersumpahlah atas nama Allah atau (jika tidak) maka diamlah.

Maka orang yang ingin bersumpah hendaklah menyebut “Wallahi”, “Billahi” atau “Tallahi” yang semuanya bermaksud “Demi Allah”. Inilah juga yang digunakan oleh bangsa Arab. Selain dari itu, boleh juga bersumpah dengan salah satu nama Allah seperti al-Rahman, al-Rahim, al-Khalik dan sebagainya. Seumpama: “Demi al-Rahman, aku tidak pernah melakukan hal itu”.

Boleh juga bersumpah dengan sifat-sifat Allah. Sebagaimana Nabi pun selalu lakukan:

Demi yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, tidaklah seorang jua dari umat ini yang mendengar tentang aku, baik Yahudi mahupun Nasrani, kemudian dia mati tanpa beriman kepada apa yang aku diutus dengannya (Islam) melainkan dia menjadi dari kalangan ahli neraka.

Memang jiwa Nabi dan juga jiwa kita berada dalam Tangan Allah, maka itu tidaklah salah, tambahan pula Nabi Muhammad selalu gunakan sumpah begitu. Oleh itu, ada tiga cara untuk bersumpah yang dibenarkan, maka gunakan cara itu sahaja. Maka janganlah kita buat seperti sesetengah orang yang bersumpah dengan ‘cahaya api’, dengan ‘matahari yang tengah naik’, sumpah dengan nama emak dan sebagainya. Itu semua memang berlaku tapi dilakukan oleh mereka yang jahil yang tidak tahu tentang larangan Allah.

Jika seseorang bersumpah dengan sesuatu selain Allah, nama-nama Allah atau sifat-sifat Allah, sumpahnya bukan sahaja tidak sah tetapi dia telah menyekutukan Allah. Ini adalah dosa syirik yang tidak akan diampuni oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala jika orang itu tidak bertaubat. Hadis berikut menjadi rujukan:

Ibn ‘Umar (radhiallahu ‘anhuma) mendengar seorang lelaki bersumpah: “Tidak, demi Ka’bah!” Lalu Ibn ‘Umar berkata kepadanya: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah berbuat syirik.”

Kalimah النَّجْمِ bermaksud bintang di langit yang manusia boleh lihat – jelas kelihatan di malam hari. Bintang-bintang itu digunakan sebagai penunjuk arah kepada bangsa Arab yang selalu mengembara waktu malam. Oleh itu, salah satu sifat bintang itu adalah sebagai ‘penunjuk di dalam kegelapan’ malam. Ianya adalah isyarat kepada Al-Qur’an yang memberi petunjuk kepada kaum yang berada di dalam kegelapan iman.

Ada pendapat yang mengatakan yang bintang ini adalah Bintang Suraya. Kerana ianya adalah bintang yang dikenali oleh masyarakat Arab.

Kalimah هَوَىٰ adalah apabila bintang hilang dari langit, tak nampak lagi (terbenam). Apabila matahari keluar, bintang sudah tidak kelihatan lagi. Ianya akan terjadi setiap hari. Perkataan هَوَىٰ ini selalunya digunakan untuk mengungkapkan objek-objek di langit yang terbenam.

Lagi satu, bintang itu akan jatuh apabila ia digunakan untuk menembak syaitan-syaitan yang cuba untuk mendengar rahsia-rahsia dari langit. Ini seperti yang disebut dalam surah Mulk:5

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (langit dunia) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu sebagai rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

Jadi dalam potongan ayat pertama Surah Najm ini, Allah bersumpah dengan bintang untuk memberitahu kepada kita satu perkara yang penting yang akan disebutkan selepas ini. Macam kita juga, apabila hendak menekankan sesuatu perkara yang penting, kita akan kata sebagai contoh: “demi Allah, aku tak tipu, aku cakap benar ni”.

Allah menggunakan bintang sebagai sumpahNya dalam ayat ini. Bintang adalah satu elemen penting dalam kehidupan orang Arab. Mereka suka melihat bintang. Mereka tidak ada TV nak tonton, supermarket untuk pergi jalan-jalan, internet nak dilayari. Maka, bintanglah yang mereka tenung malam-malam hari. Maka, Allah menggunakan bintang sebagai sumpah kerana ianya penting kepada bangsa Arab.

Pada zaman itu, seperti juga zaman sekarang, ada Kaahin (tukang tenung) yang membaca nasib manusia dengan membaca bintang. Zaman sekarang pun ada juga, tapi lagi senang sekarang mereka boleh tengok suratkhabar dan tengok zodiak mereka. Ada Sagittarius, Pisces dan sebagainya. Mereka tengok ramalan nasib itu sebab nak tahu sama ada mereka akan bernasib baik atau tidak, dan sebagainya. Ini adalah syirik kerana nasib tidak ditentukan oleh bintang.

Malangnya ramailah budak-budak kita yang tertipu. Pada zaman Nabi pun memang sudah ada yang baca bintang ini. Mereka pun ada yang menuduh Nabi sebagai ahli nujum atau kaahin juga. Mereka tuduh Nabi Muhammad mendapat maklumat dari bintang juga. Itulah Allah menyentuh hal bintang dalam ayat pertama ini.

Ataupun, mereka ada juga menuduh Nabi mendapat maklumat dari jin-jin yang kononnya menjaga bintang itu. Mana mungkin itu terjadi. Sedangkan kalau jin-jin itu cuba mendapatkan maklumat dari langit pun, mereka akan kena lempar dengan bintang-bintang itu seperti yang disebut dalam Surah al-Mulk.

Ayat 2: Inilah perkara penting yang Allah hendak sebutkan sampaikan Allah bersumpah dengan bintang. Tujuan sumpah adalah untuk memberitahu sesuatu perkara yang penting. Jadi apakah yang Allah hendak tekankan?

ما ضَلَّ صاحِبُكُم وَما غَوىٰ
Sahih International Your companion [Muhammad] has not strayed, nor has he erred, 

Malay Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah dia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan dia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). 

Kalimah ضَلَّ bermaksud sesat yang disebabkan oleh kejahilan. Sudah cari tapi tak jumpa. Tidaklah Nabi Muhammad itu sesat setelah mendapat wahyu. Tidaklah Nabi itu seorang yang jahil.

Kalimah غَوَىٰ pula bermaksud terpesong atau keliru. Tidaklah juga baginda terpesong daripada jalan yang benar. Ia juga bermaksud sesat setelah sudah tahu kebenaran tapi tolak untuk menerimanya. Baginda tidaklah juga begitu. Jadi ada sedikit perbezaan antara ضَلَّ dan غَوَىٰ. Apabila wahyu diberikan kepada baginda tentang tauhid, baginda menerimanya dengan rela.

Ayat ini bermaksud, apa-apa sahaja yang Nabi Muhammad sampaikan kepada kita adalah berdasarkan kepada panduan daripada Allah. Ianya berdasarkan ilmu dari Allah dan juga hidayah yang diberikan oleh Allah.

Tidaklah Al-Qur’an itu menyesat dan memesongkan manusia. Malangnya, kadang-kadang ada antara kita yang telah belajar tafsir Al-Qur’an dan juga belajar hadis Nabi, tetapi masih juga terpesong. Itu adalah mereka yang belajar bukan kerana hendak mendapat petunjuk, tapi mungkin kerana hendakkan ilmu supaya mereka boleh berlagak dengan orang lain.

Dalam ayat ini, perkataan صَاحِبُكُمْ – sahabat kamu – digunakan. Allah tidak mengatakan “Nabi Muhammad itu tidak sesat dan tidak keliru”, tapi Allah gunakan perkataan صَاحِبُكُمْ untuk merujuk kepada baginda. Kenapakah begitu?

Perkataan صَاحِبُكُمْ dari perkataan صحب yang bermaksud seseorang yang telah tinggal lama dengan kita. Yang kita memang kenal siapa dia, dan apakah perangainya kerana telah lama kita kenal.

Digunakan perkataan صَاحِبُكُمْ dalam ayat ini untuk mengingatkan kepada Musyrikin Mekah bahawa mereka telah lama kenal dengan Nabi Muhammad. Bukan mereka baru kenal baginda semalam tetapi telah 40 tahun baginda tinggal bersama mereka. Mereka pun tahu bagaimana sifat Nabi Muhammad yang amanah dan tidak pernah menipu. Sampaikan mereka menggelar baginda dengan panggilan al–Amin (yang amanah).

Sekarang Allah tempelak mereka: Kenapa dulu mereka menggelarnya al-Amin tetapi apabila baginda membawakan agama yang benar, kenapa mereka menggelar baginda al-kaazib – (penipu) pula? Ini adalah satu perkara yang menghairankan.

Dan Allah mengingatkan kepada puak Musyrikin yang Nabi Muhammad itu adalah sahabat mereka dan apabila kita dengan sahabat, sepatutnya dibantu oleh sahabatnya yang lain, bukannya macam yang dilakukan oleh Musyrikin Mekah itu. Mereka bukan sahaja tidak membantu baginda, tapi mereka menentang baginda pula. Allah mengingatkan mereka bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah salah dan tak kena langsung.

Ayat 3:

وَما يَنطِقُ عَنِ الهَوىٰ
Sahih International Nor does he speak from [his own] inclination.

Malay Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut hawa nafsunya sendiri.

Takkanlah Nabi Muhammad itu sesat sedangkan dia bukannya berkata dari hawa nafsu dirinya sendiri tetapi baginda dipandu sendiri oleh Allah. Kata-kata Nabi sama ada dalam bentuk Al-Qur’an ataupun dalam bentuk hadis, bukanlah dari hawa nafsunya tetapi ianya adalah dari Allah.

Kerana itu kita katakan kata-kata Nabi sebagai ‘sabda’ yang bererti wujud dari lafaz baginda itu ‘makna agama’. Bukan cakap kosong sahaja, tapi ada nilai agama. Kalau untuk Allah, kita gunakan kalimah ‘firman’ pula.

Maka Nabi berkata tentang agama dengan wahyu dan panduan dari Allah. Ini berlainan dengan Musyrikin Mekah yang berkata dari hawa nafsu mereka sahaja.

Kita boleh bahagikan kata-kata Nabi Muhammad itu kepada tiga jenis. Yang pertama adalah kata-kata dalam bentuk Al-Qur’an yang tentunya hanya daripada Allah sahaja.

Yang keduanya adalah kata-katanya dalam bentuk Sunnah ataupun hadis dan itu juga bukanlah dari hawa nafsunya. Kata-kata Nabi dalam bentuk Sunnah itu adalah untuk memperjelaskan apa yang telah disebut di dalam Al-Quran. Dengan cara kita dengar dan lihat amalan baginda, kita dapatlah tahu bagaimana mengamalkan Al-Qur’an.

Yang ketiganya, ada juga kata-kata Nabi yang berbentuk ijtihad ataupun dari pemikiran baginda berdasarkan pengetahuan dan fikiran baginda yang sihat. Kita kena ingat bahawa baginda sebagai seorang Nabi telah diberikan dengan akal fikiran yang bijak. Walaupun ianya adalah ijtihad baginda, tapi itu pun bukanlah daripada hawa nafsu baginda. Nabi Muhammad tidaklah sama seperti kita, kerana kita sebagai manusia, kadang-kadang berkata dari hawa nafsu kita sahaja.

Dan kalau kata-kata Nabi yang berasaskan kepada ijtihad itu salah, Allah akan memperbetulkan kata-kata baginda itu dengan diturunkan wahyu. Ada banyak insiden yang kita dapat tahu daripada hadis yang sampai kepada kita, bagaimana Allah telah memperbetulkan kata-kata Nabi Muhammad kalau ianya salah.

Sebagai contoh, pernah seorang lelaki bertanya kepada Nabi, jikalau beliau mati dalam jihad Fisabilillah, adakah beliau akan masuk syurga? Nabi Muhammad beritahu kepada lelaki itu ‘ya’. Semasa lelaki itu sedang bergerak pergi, Nabi Muhammad telah memanggil balik lelaki itu. Kerana Jibrail telah memberitahu baginda bahawa orang yang mati pada jalan Allah akan masuk syurga, kecuali mereka yang ada hutang (tidak terus masuk syurga tapi rohnya akan tergantung-gantung).

Nabi Muhammad tidak reka agama, semua perkara yang Nabi Muhammad sebut dengan mulut baginda itu adalah wahyu dari Allah. Maka kata-kata baginda ada nilai sabdaan. Kita pun apabila menyebut balik kata-kata baginda, kita kata: “Rasulullah bersabda….”

Oleh itu, jikalau apa yang Nabi kata itu bukan daripada hawa nafsu baginda, maka kita hendaklah mengambil serius kata-kata baginda itu dan tidak mempersoalkannya lagi. Tidaklah boleh kita berfikir atau mempersoalkan sama ada kata Nabi itu benar ataupun tidak. Kita kena terima sebagai satu kebenaran. Ada satu hadis untuk menjelaskan perkara ini:

قال عبد الله بن عمرو ـ رضي الله عنه: كنت أكتب كل شيء أَسْمَعُهُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيدُ حِفْظَهُ، فَنَهَتْنِي قُرَيْشٌ، فَقَالُوا: إِنَّكَ تَكْتُبُ كُلَّ شَيْءٍ تَسْمَعُهُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَرَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَشَرٌ يَتَكَلَّمُ فِي الْغَضَبِ وَالرِّضَا، فَأَمْسَكْتُ عَنِ الْكِتَابِ، فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَقَالَ: اكْتُبْ، فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا خَرَجَ مِنِّي إِلَّا حَقٌّ. رواه أحمد في المسند وأبو داود في السنن.
Abdullah bin Amr, ra berkata: Aku menulis semua yang aku dengar dari Rasul Allah SAW kerana aku mahu menyimpannya, maka ada orang Quraisy (mereka pun orang Islam juga) yang melarangku, mereka berkata: Kamu menulis semua yang kamu dengar daripada Rasulullah SAW, sedangkan Rasulullah SAW itu seorang manusia, yang kadang-kadang bercakap dalam kemarahan dan rasa tidak puas hati, maka aku berhenti dari menulisnya. Aku kemudiannya telah menyatakan perkara ini kepada Rasulullah SAW. Baginda berkata: tulislah, demi jiwaku yang di tanganNya, tidaklah yang keluar dariku melainkan haq. Diriwayatkan oleh Ahmad dalam al-Musnad dan Sunan Abu Daud dalam Sunannya.

Tidaklah Nabi salah di dalam memperkatakan tentang hal agama. Cuma kalau kita lihat ada perbezaan di dalam hadis-hadis yang kita baca, itu adalah kerana kesilapan perawi. Atau, kadangkala kita tidak faham apakah yang baginda maksudkan. Maka ini memerlukan pembelajaran khusus tentang hadis Nabi.

Ayat 4:

إِن هُوَ إِلّا وَحيٌ يوحىٰ
Sahih International It is not but a revelation revealed,

Malay Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Qur’an atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Jadi, tidak boleh ada keraguan dalam diri kita tentang apa yang Nabi katakan itu mungkin salah atau baginda menipu atau baginda keliru. Semua itu pasti tidak ada. Kerana tugas baginda adalah untuk mengajar kita tentang agama dan Allah tidak akan benarkan Nabi mengajar perkara yang salah. Kita kena yakin bahawa segala suruhan yang Nabi sampaikan kepada kita adalah benar dan kita kenalah mengikutinya.

Ayat ini juga sebagai dalil untuk menyatakan bahawa hadis dari Nabi pun adalah ‘wahyu’ juga. Bukanlah hanya Al-Qur’an sahaja yang dinamakan wahyu. Tapi tidaklah boleh kita baca hadis itu dalam solat kita pula. Hanya wahyu dalam bentuk Al-Qur’an sahaja yang boleh dibaca dalam Solat.

Ayat ini juga mengingatkan kita yang hadis juga adalah wahyu dari Allah. Maka, tidaklah boleh kalau kita tidak jumpa apa-apa hukum dalam Al-Quran, kita kata: “mana ada Qur’an cakap begitu? Tunjukkan kat aku yang Al-Qur’an ada cakap begitu..” Kadang-kadang hukum itu tidak ada dalam Al-Qur’an, tapi ada dalam hadis. Dan kalau dalam hadis, ianya masih lagi hukum dalam syariat, kerana ianya adalah wahyu juga.

Ayat 5: Setelah diberitahu yang Nabi Muhammad bersabda berdasarkan wahyu, maka timbul soalan: bagaimana baginda dapat wahyu itu
Maka Allah menceritakan tentang Jibril yang membawakan wahyu kepada Nabi Muhammad. Jibrail adalah ketua malaikat yang dipilih oleh Allah untuk menyampaikan wahyu kepada para Nabi. Jadi Allah hendak menceritakan tentang sifat-sifat Jibrail. Beliau adalah wakil bagi para malaikat. Beliau juga dipanggil pangkat ‘Rasul’ oleh Allah
عَلَّمَهُ شَديدُ القُوىٰSahih InternationalTaught to him by one intense in strength –Malaywahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, –
‘Yang sangat kuat’ yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah malaikat Jibrail. Jibrail lah yang membawakan wahyu kepada Nabi. Dan apa yang Jibril bawa itu adalah arahan daripada Allah dan bukan dari dirinya sendiri
Dalam ayat ini, perkataan عَلَّمَ (mengajar) yang digunakan. Maknanya, Jibrail bukan sahaja menyampaikan wahyu itu tetapi Jibrail telah mengajarnya kepada Nabi Muhammad. Sebagai contoh, apabila Jibrail memberitahu tentang sembahyang kepada Nabi Muhammad, bukanlah dia hanya memberitahu Nabi kena solat sahaja, tetapi dia memberitahu cara-cara untuk mengerjakannya dan juga waktu-waktu solat itu
Ayat ini mengajar kepada kita bahawa ilmu agama ini perlu dipelajari. Guru Nabi adalah Jibrail sendiri. Bukanlah agama ini boleh didapati dengan hanya membaca sahaja. Kerana kalau kita membaca sahaja, ada perkara-perkara yang kita tidak faham yang memerlukan kita untuk bertanya kepada mereka yang boleh menjelaskannya. Itulah sebabnya adalah baik kita berguru dengan guru yang boleh mengajar kita
Oleh itu saya mengajak anda semua yang membaca penulisan ini untuk menghadiri kelas pengajian tafsir Al-Qur’an di mana-mana. Kerana tentunya semasa anda membaca penulisan ini terdapat banyak persoalan persoalan yang timbul di hati anda yang memerlukan jawapan. Kita memang memerlukan guru untuk mengajar kita kerana lihatlah bagaimana Nabi Muhammad pun telah diberikan seorang guru oleh Allah Taala
Ayat ini juga menceritakan satu sifat Jibrail itu. Iaitu Jibrail itu mempunyai kekuatan yang hebat. Sebagai contoh, kita telah diberitahu bahawa penerimaan wahyu itu amat berat kepada Nabi Muhammad. Kalau Nabi Muhammad mempunyai kepayahan yang susah untuk menerima wahyu itu, sampaikan kalau baginda sedang duduk atas unta, unta itu pun terduduk kerana beratnya wahyu itu, bayangkan Jibrail yang membawanya dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad. Ianya satu perjalanan yang amat jauh. Maknanya, Jibrail itu kuat benar
Kita juga telah belajar di dalam sirah bagaimana Jibrail lah yang telah mengangkat tempat tinggal kaum Luth ke langit dan menghempaskannya kembali ke bumi. Tentulah kerja itu memerlukan kekuatan yang amat hebat
Begitu juga ada diberitahu di dalam ayat-ayat lain bagaimana pekikan daripada Jibrail itu sampai boleh menghancurkan satu kaum. Sebagai contoh, dalam ayat Yaasin:28-29, telah diceritakan bagaimana pekikan Jibrail lah yang mematikan penduduk Antokiah semuanya
Begitulah hebatnya Al-Qur’an itu. Ianya diberikan kepada seorang manusia yang paling afdhal dan paling hebat dan yang menyampaikannya pula adalah juga makhluk Allah yang amat hebat, iaitu Jibrail
Dalam hadis ada diberitahu bagaimana Jibrail itu amat kuat dan mulia, sampaikan malaikat lain pun takut dan hormat kepada baginda. Kalau malaikat pun takut kepada Jibril, apatah lagi syaitan, bukan
Dalam masa yang sama, ada hadis yang mengatakan apabila Jibril membawa turun ayat-ayat Al-Quran, baginda ditemani oleh malaikat-malaikat lain, sampaikan ada sampai beratus-ratus malaikat yang mengiringinya
Ada yang jahil mengatakan bahawa malaikat-malaikat itu turun menemani Jibril sebagai pengawal kepada Jibril, takut Al-Qur’an itu kena curi. Itu adalah pendapat yang amat salah sekali. Kerana Jibril itu adalah makhluk Allah yang amat kuat. Tiada makhluk lain yang dapat kacau dia buat kerja. Sebenarnya, malaikat yang ramai turun sekali itu adalah kerana sebagai penghormatan kepada ayat-ayat Al-Qur’an yang diturunkan. Bukan sebab nak tolong bantu beri bantuan keselamatan kepada Jibril
Ini penting untuk difahami kerana kalau kita tidak dapat terima yang Jibrail itu kuat, maka ada kemungkinan ada yang kata ada syaitan yang curi wahyu dari Jibrail pula. Ini memang tidak pernah berlaku kerana kehebatan Jibrail
Ayat 6: Masih lagi tentang Jibrail dan sifatnya yang kedua.ذو مِرَّةٍ فَاستَوىٰSahih InternationalOne of soundness. And he rose to [his] true formMalayLagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian dia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, –
Ada tiga terjemahan bagi kalimah مِرَّةٍ ini:1. Perkataan مِرَّةٍ bermaksud kekuatan tubuh yang amat kuat dan tidak dapat dikalahkan
2. Perkataan مِرَّةٍ bermaksud ‘kekuatan’ lebih-lebih lagi ‘kekuatan akal’. Jibrail bukan sahaja mempunyai kekuatan tubuh tetapi juga mempunyai kekuatan mental yang tinggi. Sangat kuat mengingat. Maksudnya bukanlah Jibrail ada tertinggal untuk memberi tahu hal agama kepada Nabi Muhammad kerana terlupa atau tak faham bagaimana nak sampaikan
3. Perkataan مِرَّةٍ juga bermaksud ‘molek untuk dilihat’. Ini bermaksud Jibrail hadir kepada Nabi dalam rupa yang cantik dan indah. Sebab itu, walaupun Jibrail menunjukkan dirinya yang asal dengan besarnya dan dengan 600 sayapnya, tetapi tidaklah rupanya itu menakutkan Nabi malah ianya mempersonakan Nabi Muhammad
Perkataan فَاسْتَوَىٰ bermaksud berdiri tegak. Maknanya Jibrail datang bertemu Nabi dalam bentuknya yang lengkap dan asal. Ini adalah kali pertama Nabi Muhammad melihat Jibrail dalam keadaan asalnya. Nabi Muhammad dapat melihat Jibrail dengan segala kebesarannya. Baginda dapat melihat Jibril mempunyai 600 sayap. Dan setiap satu sayap boleh menutupi timur dan barat


Ayat 7: Dalam riwayat disebut Rasulullah melihat rupa asal Jibrail dua kali: pertama kali ketika pertama kali Jibrail menyampaikan wahyu. Dan inilah ayat tentangnya
وَهُوَ بِالأُفُقِ الأَعلىٰSahih InternationalWhile he was in the higher [part of the] horizon.MalaySedang dia berada di arah yang tinggi (di langit);
Semasa Nabi Muhammad menerima wahyu yang pertama dan baginda didatangi oleh Jibrail, Jibrail waktu itu menjelma dalam rupanya yang asal dan dia berada di ufuk yang tinggi
Ufuk yang tinggi itu bermaksud tidaklah tinggi sangat kerana kalau tinggi, Nabi Muhammad kena dongak pula. Tapi ia bermaksud yang Nabi Muhammad dapat melihat keseluruhan Jibrail tanpa perlu mendongak pun
Perkataan ‘Ufuk’ adalah garisan di mana kita melihat langit dan bumi bertemu. Itulah tempatnya kita melihat matahari terbit dan terbenam setiap hari. ‘Ufuk yang tinggi’ bermaksud tubuh Jibrail memenuhi ufuk itu sampaikan menutupi segala-galanya

Ayat 8:ثُمَّ دَنا فَتَدَلّىٰSahih InternationalThen he approached and descendedMalayKemudian dia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu dia mendekat sedikit demi sedikit,
Kalimah دَنَا bermaksud Jibrail mendekati Nabi Muhammad dengan turun perlahan-lahan. Kalau turun dengan cepat, nampak macam nak menyerang pula. Maka kedatangan Jibrail mendekati itu dalam keadaan aman dan tenang sahaja
Kalimah فَتَدَلَّىٰ bermaksud Jibrail turun. Ianya dari katadasar د ل و yang bermaksud ‘timba’. Ia bermaksud timba yang diturunkan sedikit demi sedikit ke dalam perigi
Selepas Jibrail menampakkan dirinya dalam rupanya yang besar, Jibrail kemudian telah turun mendatangi Nabi Muhammad sambil mengecilkan dirinya. Kemudian Jibril datang berjalan mendatangi Nabi. Maknanya semakin merupai manusia. Mulanya dalam bentuk asal dia, tapi semakin datang dekat, semakin menjadi rupa manusia

Ayat 9:فَكانَ قابَ قَوسَينِ أَو أَدنىٰSahih InternationalAnd was at a distance of two bow lengths or nearer.MalaySehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
Kalimah قَابَ adalah jarak antara tengah panah ke hujung – setengah panah. Oleh itu, perkataan قَابَ قَوْسَيْنِ bermaksud jarak sepanjang satu panah. Menunjukkan bahawa kedudukan Jibril dan Nabi Muhammad adalah amat dekat. Dalam riwayat hadis, ada disebut jaraknya adalah ‘dua hasta’
Kalimat قَابَ قَوْسَيْنِ juga adalah pepatah Arab yang digunakan untuk menyatakan dua kaum yang bersatu. Sebagai satu upacara untuk menyatakan penyatuan mereka, seorang lelaki dari setiap puak itu akan datang ke hadapan dengan busur masing-masing. Kemudian mereka akan merapatkan busur mereka, dan memanah menggunakan satu anak panah. Maknanya, mereka berdiri bersentuhan bahu. Itu adalah sebagai simbol bahawa kaum mereka telah bersatu
Jadi, kalau perkataan قَابَ قَوْسَيْنِ itu di ambil daripada pepatah Arab itu, ini bermaksud bahawa Nabi Muhammad dan Jibril adalah bersentuhan antara satu sama lain
Maknanya kedudukan Jibril amat dekat dengan Nabi Muhammad. Sebab itu telah diceritakan bagaimana Jibrail telah mendakap Nabi kerana mereka memang berdekatan
Kenapa Jibrail perlu berdekatan dengan Nabi? Kerana semakin dekat kita dengan seseorang, semakin senang untuk kita menyampaikan sesuatu. Sebab dia dekat dengan kita
أَبُو إِسْحَاقَ الشَّيْبَانِيُّ قَالَ سَأَلْتُ زِرَّ بْنَ حُبَيْشٍعَنْ قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى{ فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى فَأَوْحَى إِلَى عَبْدِهِ مَا أَوْحَى }قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ مَسْعُودٍ أَنَّهُ رَأَى جِبْرِيلَ لَهُ سِتُّ مِائَةِ جَنَاحٍAbu Ishaq asy-Syaibaniy berkata; Aku bertanya kepada Zirra bin Hubaisy tentang firman Allah Ta’ala dalam an-Najm ayat 9-10: “Fa kaana qaaba qausaini aw adnaa. Fa awhaa ilaa ‘abdihii maa awhaa” (“Maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) sedekat dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi). Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan”). Dia berkata, telah bercerita kepada kami Ibnu Mas’ud, bahawa baginda shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat Jibril yang memiliki enam ratus sayap”.  (Bukhari, Muslim)

Ayat 10:فَأَوحىٰ إِلىٰ عَبدِهِ ما أَوحىٰSahih InternationalAnd he revealed to His Servant what he revealed.MalayLalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
Maka di sinilah Jibrail telah mentalqinkan kepada Nabi Muhammad wahyu pertama dari Allah kepada baginda yang dimulai dengan perkataan yang pertama: iqra’
Kenapa tidak dicakap terus dikatakan yang ‘Al-Quran’ yang telah diwahyukan. Ini adalah kerana hendak menunjukkan kehebatan Al-Qur’an. Apabila sesuatu itu tidak disebut secara terus, menambahkan lagi kehebatan sesuatu itu. Oleh kerana itu, dalam ayat ini hanya disebut مَا أَوْحَىٰ – apa yang diwahyukan. Selalu digunakan cara begini dalam Al-Qur’an
Maka habis ayat-ayat yang menceritakan bagaimana Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad. Kalau orang tanya, kita sudah tahu nak jawap macam mana

Ayat 11: Ayat 11 – 18 ini menceritakan tentang kebenaran Peristiwa Nabi Mi’raj ke Sidratul Muntahaما كَذَبَ الفُؤادُ ما رَأىٰSahih InternationalThe heart did not lie [about] what it saw.MalayHati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Hati Nabi Muhammad tidak mendustakan baginda, bermakna baginda yakin bahawa apa yang baginda saksikan itu adalah kebenaran. Hati baginda tidak ragu-ragu. Sebab baginda boleh nampak dengan jelas sekali
Ia juga bermaksud yang Nabi Muhammad boleh faham apa yang disampaikan oleh Jibrail itu. Kerana baginda kenal Jibrail sungguh-sungguh. Ini adalah jawapan kepada kesamaran manusia tentang wahyu dari malaikat. Mungkin ada yang mempersoalkan, benarkah apa yang Nabi nampak itu benar? Entah khayalan baginda sahaja? Entah-entah syaitan yang datang
Maka Allah nak tekankan yang bukanlah apa yang Nabi nampak itu adalah ilusi. Memang Nabi benar nampak Jibrail, bukannya syaitan. Kadang-kadang kita nampak sesuatu, kita sangka ianya air, tapi rupaya ia fatamorgana juga. Ataupun kadang-kadang kita duduk rumah seorang diri, kita macam nampak kelibat sesuatu, tapi bila pergi periksa, tidak ada apa-apa pun. Itu bermakna, kita tak jelas dan keliru waktu itu
Tapi, apa yang berlaku kepada Nabi Muhammad ini adalah benar, bukan fatamorgana, bukan kelibat sesuatu, ia memang Jibrail datang bertemu Nabi dan menyampaikan wahyu kepada baginda. Memang ada yang mempersoalkan apa yang dilihat oleh baginda itu, dan kerana itu kalimah ما digunakan dalam ayat ini untuk menidakkan salah faham itu

Ayat 12:أَفَتُمٰرونَهُ عَلىٰ ما يَرىٰSahih InternationalSo will you dispute with him over what he saw?MalayJika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
Apakah kamu kaum musyrikin mempertikaikan yang Jibrail telah datang kepada baginda? Sedangkan apa yang Nabi nampak itu benar-benar Jibrail? Macam mana mereka nak tolak apa yang Nabi nampak? Bayangkan kalau saya nampak sesuatu, bagaimana ada orang yang boleh menidakkan sesuatu yang memang terjadi. Itu tidak masuk akal langsung
Musyrikin Mekah juga mempersoalkan kejadian baginda naik ke langit (mi’raj) dengan tubuh badan baginda. Mereka kata, walaupun ia terjadi, bukanlah dengan tubuh badan tetapi hanya mimpi baginda sahaja. Itu juga adalah kata-kata mereka sahaja kerana mereka memang tidak mahu menerima apa-apa sahaja yang disampaikan oleh baginda

Ayat 13: Sekarang disebut tentang kisah Mi’raj
وَلَقَد رَءآهُ نَزلَةً أُخرىٰSahih InternationalAnd he certainly saw him in another descentMalayDan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
Kalimah نَزْلَةً bermaksud ‘penurunan’. Maknanya, Jibrail pernah turun sekali lagi untuk bertemu dengan Nabi Muhammad dengan rupanya yang asal. Kejadian itu berlaku semasa Mi’raj Nabi ke langit
Maknanya, Nabi Muhammad memang kenal benar dengan Jibrail kerana baginda sudah pernah lihat Jibrail
Ada tafsir yang salah tentang ayat ini. Mereka kata yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Nabi Muhammad ‘melihat’ Allah. Itu adalah tafsiran yang amat salah. Selalunya dipelopori oleh golongan sufi yang memang suka buat pandangan sendiri. Maka jangan terlibat dengan mereka kerana kita tidak berjumpa lagi tarekat sufi yang benar
Dalam ayat al-An’am:103, telah dibincangkan bagaimana Allah tidak boleh digarap dengan pandangan mata manusia. Tambahan pula, ayat ini menyebut ‘waktu yang lain’, iaitu Nabi sudah pernah lihat Jibrail dan sekarang Nabi dapat melihatnya sekali lagi. Kalau dikatakan ayat ini bermaksud Nabi Muhammad melihat Allah sekali lagi, bila pula baginda melihat Allah buat kali pertama

Ayat 14: Sekarang, Al-Qur’an menceritakan sedikit apakah yang ada di langit ke tujuh
عِندَ سِدرَةِ المُنتَهىٰSahih InternationalAt the Lote Tree of the Utmost Boundary –MalayDi sisi “Sidratul-Muntaha”;
Dalam hadis telah diberitahu bahawa Sidratul-Muntaha ini adalah atas lagi dari langit yang ketujuh
Kalimah سِدْرَةِ dari segi bahasa bermaksud ‘pohon bidara’. Tetapi bukanlah ianya pohon bidara yang sama dengan yang ada di dunia
Kalimah الْمُنتَهَىٰ dari katadasar ن ه ي yang bermaksud ‘berhenti’. Oleh itu الْمُنتَهَىٰ bermaksud ‘tempat berhenti’ yang menahan sesuatu dari melepasinya. Oleh itu, Sidratul-Muntaha ini terletak di sempadan antara langit ketujuh dan Arasy Allah Ta’ala. Inilah sempadan yang malaikat Jibril dan malaikat-malaikat lain pun tidak boleh melepasinya
Ayat ini memberi tahu kepada kita bahawa Nabi Muhammad sekali lagi nampak Jibril dalam rupaya yang asal berdekatan dengan Sidratul-Muntaha

Ayat 15:عِندَها جَنَّةُ المَأوىٰSahih InternationalNear it is the Garden of Refuge –MalayYang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.
Ayat ini memberitahu kepada kita yang Sidratul-Muntaha itu berdekatan dengan Syurga Ma’wa. Tetapi kita perlu ingat bahawa bukanlah syurga itu berada di antara tujuh langit itu. Cuma berdekatan sahaja. Semua syurga-syurga yang ada adalah di luar daripada langit yang tujuh. Cuma dalam ayat ini disebut bagaimana Syurga Ma’wa itu berdekatan dengan Sidratul-Muntaha
Ayat ini juga sebagai dalil bahawa syurga telah ada. Allah sudah siap-siap buat syurga. Hanya menunggu ahlinya sahaja

Ayat 16:إِذ يَغشَى السِّدرَةَ ما يَغشىٰSahih InternationalWhen there covered the Lote Tree that which covered [it].Malay(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh apa yang menutupinya.
Ada sesuatu yang meliputi Sidratul Muntaha itu, tapi Allah menggunakan perkataan مَا يَغْشَىٰ – ‘yang meliputinya’ – tidak disebut apakah ianya dan ini bermaksud ianya tidak dapat digambarkan oleh akal. Ianya adalah sesuatu yang hebat sampaikan tidak ada perkataan yang kita dapat faham yang dapat menggambarkannya
Tapi ada juga tafsir yang mengatakan yang meliputi itu adalah hamparan emas. Ini pun sudah tidak dibayangkan. Maka kita biarkan sahaja. Bukan semua perkara kita kena tahu dengan terperinci
Ibn Kathir pula menyebut bagaimana banyak sekali ‘malaikat’ yang meliputi pokok Sidratul-Muntaha itu bagaikan banyaknya burung-burung gagak yang meliputi pokok. Itulah perumpamaan yang Nabi Muhammad berikan kepada kita dan disampaikan oleh Ibn Kathir. Setakat itu sahaja yang kita tahu. Memang tidak dapat dibayangkan dengan akal kita yang lemah
Ayat 17:

 ما زاغَ البَصَرُ وَما طَغىٰ
Sahih International 
The sight [of the Prophet] did not swerve, nor did it transgress [its limit].

Malay
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak tersasar daripada menyaksikan dengan tepat, dan tidak pula melampaui batas.

Perkataan زَاغَ bermaksud ‘melihat ke kiri dan ke kanan’ dan tidak menumpukan perhatian kepada objek di hadapan. Pandangan Nabi Muhamad tidak زَاغَ. Ini menunjukkan adab Nabi Muhammad.

Walaupun Nabi Muhammad nampak pokok Sidratul-Muntaha itu, tapi pandangan baginda tidak beralih dari melihat Jibrail. Seperti Nabi Muhammad hanya melihat dari ekor matanya sahaja. Lihatlah akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Walaupun baginda berada di tempat yang asing, yang ada macam-macam perkara ajaib dan menghairankan, tapi baginda menjaga pandangan baginda. Baginda tidak ‘jakun’ – semua nak tengok. Kalau kita, tentu mata kita sudah ke merata-rata. Kalau orang cakap dengan kita pun, kita sudah tak dengar dah.

Pandangan baginda juga tidak melebihi dari melihat Jibrail. Baginda tidak melihat melepasi apa yang ditunjukkan kepada baginda. Baginda dapat mengawal diri baginda.

Ini mengajar kita dalam belajar, kenalah ada adab. Kalau semasa belajar Al-Qur’an atau belajar tafsir dalam kuliah, mata kita hendaklah melihat kepada Al-Quran. Hendaklah kita menumpukan perhatian kepada pelajaran hari itu. Tidaklah kita melihat kepada perkara-perkara yang lain. Kerana kita kena menghormati Al-Qur’an itu. Kalau mata kita melihat perkara-perkara yang lain, maka kita akan hilang tumpuan dan kita akan lalai dari belajar. Lebih ditakuti, kita silap dengar dan silap tafsir pula nanti.

Allahu a’lam. Lompat ke ayat yang seterusnya
Kemaskini: 14 Ogos 2019
Rujukan: 
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Taimiyyah Zubair

Sumber:
Tafsir Surah an-Najm Ayat 1 – 17 (Nabi jumpa Jibrail pertama kali) – Celik Tafsir

Tafsir Surah an-Najm Ayat 18 – 26 (Kekeliruan tentang syafaat) – Celik Tafsir

https://celiktafsir.net/2014/12/03/najm-ayat-27-31/

Sudah Tak Terdengar Namanya, 7 Juara Indonesian Idol Ini Kariernya Nyungsep, Ada yang Kini Dipenjara
Tribunnews.com - 1 hour agoBak hilang ditelan bumi, 7 juara Indonesian Idol ini justru kariernya nyungsep, bahkan ada yang dipenjara
Kasus Vina Garut, VA Dituntut 5 Tahun Penjara, Ini Pertimbangan Jaksa
Tribunnews.com - 1 hour agoVA, terdakwa kasus asusila Vina Garut dituntut lima tahun penjara oleh Jaksa Penuntut Umum (JPU)
Foto Tara Basro Disebut Langgar UU ITE, Menkominfo: Kalau Bagian dari Seni, Maka Itu Biasa.
Tribunnews.com - 1 hour agoMenteri Komunikasi dan Informatika ( Menkominfo) Johnny G Plate turut menanggapi foto yang diunggah aktris Tara Basro di akun Twitternya
Kronologi Bentrok Driver Ojol dengan Debt Collector di Yogyakarta
Tribunnews.com - 1 hour agobentrokan tersebut diduga merupakan buntut dari aksi penganiayaan terhadap seorang driver ojol oleh oknum yang diduga DCKekerasan terhadap Anak: Seorang Ibu Siksa Gadis 11 Tahun karena Telepon Tanya Kapan Pulang
Tribunnews.com - 1 hour agoSeorang ibu terbukti bersalah menyiksa anaknya yang berumur 11 tahun hanya karena anaknya menelepon bertanya kapan pulangProtes Kekerasan Terhadap Umat Islam, Massa PA 212 Akan Gelar Aksi di Kedubes India Hari Ini
Tribunnews.com - 1 hour agoKendati demikian, ia menuturkan, pihak polisi belum menetapkan jumlah personel yang bakal diterjunkan di aksi tersebut
Mengenal Prinsip Ngertakeun Bumi Lamba, Prinsip Sunda Cegah Bencana
[email protected] (Editor), Merdeka.com - 1 hour agoSebagai salah satu elemen kehidupan, tradisi Ngertakeun Bumi Lamba hingga saat ini masih dipraktikkan oleh masyarakat Sunda di wilayah Bandung
Kejari Sragen Sita Rp2,1 M Terkait Korupsi Proyek di RSUD Soehadi Prijonegoro
[email protected] (Editor), Merdeka.com - 1 hour ago"Uang yang dikembalikan oleh tersangka RW sebanyak Rp2.106.766.740," tutur Hari dalam keterangannya, Kamis (5/3)
Pembunuhan Pengusaha Tepung Bakso di Pekanbaru Dipicu Sakit Hati
[email protected] (Editor), Merdeka.com - 1 hour ago"Pembunuhan terhadap korban sudah direncanakan oleh tiga pelaku, Agus, David dan Madan. Perencanaan itu diotaki oleh A, teman korban,"
EHHHH.....TERKEJUT.....SYARIKAT INI MILIK ANAK PM BARU ????
AMIR Wartawan Rasmi LR, WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 2 hours agoVIDEO PAGI INI : Pendirian dan sokongan ahli Parlimen Sabah kepada Tun M" - Shafie Apda
AMIR Wartawan Rasmi LR, WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 2 hours agoPria di Barito Kuala Diduga Jadi Korban Pembunuhan, Istri dan Mertuanya Ditangkap Polisi
Tribunnews.com - 2 hours agoPria berinisial S (30) diduga menjadi korban pembunuhan dan mayatnya ditemukan terkubur di persawahan Kabupaten Barito Kuala (Batola)
FOTO dan VIDEO Area Sekitar Kakbah yang Terlihat Kosong untuk Dilakukan Sterilisasi
Tribunnews.com - 2 hours agoBerikut ini foto dan video penampakan area sekitar Ka'bah yang dikosongkan untuk dilakukan strerilisasiPutus Cinta Saat Mau Menikah dengan Ferro Walandauw, Susan Sameh Masih Galau?
Tribunnews.com - 2 hours agoAsmara selebritas Susan Sameh (23) dengan Ferro Walandauw (30) harus berakhir ditengah jalan setelah berpacaran selama tiga tahun
Pria Bersaudara di Pekanbaru Peras Orang Pacaran, Paksa Korban Lakukan Adegan Tak Senonoh
Tribunnews.com - 2 hours agoTiga pria bersaudara ditangkap aparat kepolisian Subdit III Reserse Kriminal Umum Polda Riau atas kasus pencurian dengan kekerasanLink Pendaftaran Sensus Penduduk 2020 dan Cara Login sensus.bps.go.id hingga Dokumen
Tribunnews.com - 2 hours agoLink Pendaftaran Sensus Penduduk 2020 BPS, Login sensus.bps.go.id hingga Daftar Dokumen dan Cara PengisianLogin DJP Online djponline.pajak.go.id dan Cara Laporan SPT Tahunan 2020 Melalui Efilling
Tribunnews.com - 2 hours agoBerikut link login djponline.pajak.go.id untuk mengisi laporan SPT Tahunan Online dan efilling hingga batas waktu sampai 31 Maret 2020
Bongkar Penimbunan, Polisi Pastikan Stok Masker Aman
Taufik Budi, SINDOnews | Berita Terkini dan Terpercaya | RSS - 2 hours agoKetersediaan masker di tengah mewabahnya virus Corona dipastikan aman. Walaupun sempat ditemukan kasus penimbunan di Kota Semarang, Jawa Tengah
Diracik Chef Arnold, Warteg Edho Zell Bagikan Makan Cuma-Cuma
Diana Rafikasari, SINDOnews | Berita Terkini dan Terpercaya | RSS - 2 hours agoContent creator Edho Pratama atau yang dikenal sebagai Edho Zell menghadirkan Warteg Gratis yang dibangunnya sejak November 2019 dengan tujuan kegiatan sosial
Trik Ross Brawn Jangkau Penggemar Formula 1 dan Bicara Peta Persaingan
Yova Adhiansyah, SINDOnews | Berita Terkini dan Terpercaya | RSS - 2 hours agoAlarm bahaya tampaknya tidak akan pernah menyala di kejuaraan Formula 1 meskipun wabah virus corona terus menyebar ke sejumlah negara



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/03/najis-yang-menempel-di-hatimu-itu-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Minum Air Kelapa Saat Hamil Bisa Bikin Kulit Bayi Putih Dan Bersih Sejak Dalam Kandungan Mitos Atau Fakta Ya

Banyak Minum Air Kelapa Saat Hamil Bisa Bikin Kulit Bayi Putih Dan Bersih Sejak Dalam Kandungan Mitos Atau Fakta Ya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 371 hits
Banyak Minum air Kelapa saat hamil bisa bikin Kulit bayi putih dan bersih sejak dalam kandungan Mitos atau Fakta ya Air kelapa muda dikenal baik bagi kesehatan karena banyak mengandung elektrolit dan nutrisi yang diperlukan tubuh Rasanya ya...
Keluar Tanda Air Ketuban Ketika Hampir Bersalin Boleh Ke Ibu Hamil Teruskan Solat Ini Jawapan Dari Mufti Wp

Keluar Tanda Air Ketuban Ketika Hampir Bersalin Boleh Ke Ibu Hamil Teruskan Solat Ini Jawapan Dari Mufti Wp

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 819 hits
Setiap muslim diwajibkan untuk menunaikan kewajipan solat Begitu juga dengan seorang ibu yang sedang sarat hamil Tapi bagaimana pula jika ketika menghampiri Tarikh jangkaan bersalin keluar tanda tanda yang menyebabkan ibu hamil ragu ragu sa...
Nak Tubuh Kabinet Paling Bersih Tupasal Lambat Sikit Harap Bersabar

Nak Tubuh Kabinet Paling Bersih Tupasal Lambat Sikit Harap Bersabar

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 314 hits
MUHYIDDIN kena pastikan kabinet yang dilantik bukan Jenis tikam belakang khianat Semua pemimpin BERSATU yang ada jawatan di PH menuntut mereka kekal BERJAWATAN dalam kabinet Muhyiddin sebagai ganjaran rampasan kuasa Jika dipenuhi sudah tent...
Rakyat Mahu Kabinet Bersih Jujur Mufti Perlis

Rakyat Mahu Kabinet Bersih Jujur Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 305 hits
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu pertemuan di kediaman Muhyiddin semalam NSTP Facebook DRMAZAKUALA LUMPUR Rakyat mahu kerajaan dianggotai menteri yang jujur cekap dan ...
Bersih Still In The Wilderness

Bersih Still In The Wilderness

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 260 hits
KTemoc Konsiders First please read my earlier post in which I penned Maria Chin s BERSIH Selamatkan Ekonomi WTF Maria Chin turned BERSIH into a more politically aligned NGO one which assumed an anti BN stance Why she did so may be a nice th...
Kualitas Udara Kian Bersih 6 Potret Satelit Ini Diambil Saat Wabah Virus Corona

Kualitas Udara Kian Bersih 6 Potret Satelit Ini Diambil Saat Wabah Virus Corona

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 176 hits
Sejak wabah virus corona muncul kualitas udara China terus membaik Kadar nitrogen dioksida di langit China mulai menurun
Muhyiddin Ikrar Lantik Jemaah Menteri Bersih Berintegriti

Muhyiddin Ikrar Lantik Jemaah Menteri Bersih Berintegriti

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 205 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri daripada kalangan individu yang bersih berintegriti dan berkaliber Muhyiddin berkata beliau sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah k...
Bersih Tiada Skandal Berpengalaman Kriteria Utama Jadi Menteri

Bersih Tiada Skandal Berpengalaman Kriteria Utama Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 174 hits
KUALA LUMPUR Tiada masalah peribadi bersih daripada skandal dan berpengalaman adalah antara syarat yang wajar diberi pertimbangan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memilih barisan Menteri Kabinet baharu Jemaah Menteri yang...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya