Muhyiddin Ikrar Lantik Jemaah Menteri Bersih Berintegriti



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri daripada kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.

Muhyiddin berkata, beliau sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah.

"Kerajaan pimpinan saya juga akan memberi keutamaan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik," kata beliau dalam ucapan bertajuk 'Rayuan Kepada Rakyat Malaysia' yang disiarkan stesen-stesen televisyen malam ini.

Muhyiddin berkata, ini termasuk usaha-usaha untuk membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dengan meningkatkan penguatkuasaan dan memperkasa undang-undang, peraturan dan amalan berkaitan.

Ini merupakan ucapan sulung beliau yang ditujukan kepada rakyat Malaysia selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara semalam.

Muhyiddin berkata, beliau faham apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang prihatin dan cekap dalam menyelesaikan permasalahan mereka.

Dalam ucapan yang mencerminkan apa yang didambakan rakyat, beliau berkata, "Saudara memerlukan wang untuk membeli barang keperluan harian, membeli buku dan keperluan sekolah untuk anak-anak, membayar bil air, letrik dan sewa rumah, membayar pinjaman kereta dan kediaman serta lain-lain keperluan untuk menyara kehidupan sekeluarga."

Perdana Menteri seterusnya berkata, perkhidmatan kesihatan, bidang pendidikan dan pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan turut diberikan tumpuan.

"Saya tahu bahawa antara perkhidmatan yang paling diperlukan oleh saudara dan saudari ialah perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan kos berpatutan. Ini juga akan menjadi keutamaan saya," kata Muhyiddin.

Merujuk kepada jangkitan Covid-19 yang turut dikesan di Malaysia, Perdana Menteri berkata, "Dalam menghadapi wabak koronavirus pada masa ini, sama-samalah kita jaga kesihatan."

Muhyiddin berkata, beliau juga sedar bahawa rakyat mahukan pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak, dan sememangnya bidang pendidikan amat dekat dengan jiwanya.

"Dengan pengalaman selama enam tahun menjadi Menteri Pendidikan, saya berjanji akan berusaha untuk melonjakkan lagi kualiti pendidikan negara.

"Saya akan pastikan anak-anak kita mendapat taraf pendidikan yang setanding dengan negara-negara maju," katanya sambil menambah usaha ini telahpun beliau mulakan dahulu dan akan diperkukuh pada masa hadapan.

Perdana Menteri seterusnya berkata beliau tahu bahawa masyarakat Malaysia mahukan sebuah negara yang stabil, aman dan makmur yang menawarkan kehidupan lebih baik untuk semua.

Untuk tujuan itu, katanya, kerajaan pimpinannya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi dalam masyarakat.

"Marilah bersama-sama saya untuk bina semula negara kita dan kembalikan kegemilangannya," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/muhyiddin-ikrar-lantik-jemaah-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemaah Menteri Yang Bersih Dan Berintegriti Antara Intipati Di Dalam Ucapan Perdana Menteri Ke 8

Jemaah Menteri Yang Bersih Dan Berintegriti Antara Intipati Di Dalam Ucapan Perdana Menteri Ke 8

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 456 hits
Tempat jam 9 malam sebentar tadi YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi ucapan khas sbg Perdana Menteri Ke 8 Ucapan khas bertajuk
Individu Bersih Berintegriti Bebas Rasuah Akan Dilantik Sebagai Menteri Pm

Individu Bersih Berintegriti Bebas Rasuah Akan Dilantik Sebagai Menteri Pm

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 410 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menurunkan tandatangan pada borang rasmi sempena hari pertama bertugas di Bangunan Perdana Putra Putrajaya foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedar...
Kerajaan Pn Muhyiddin Serah Senarai Jemaah Menteri Baharu Pagi Ini

Kerajaan Pn Muhyiddin Serah Senarai Jemaah Menteri Baharu Pagi Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 270 hits
Kenderaan rasmi yang membawa PM dilihat tiba di Istana Negara pagi iniPERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan senarai bari...
Muhyiddin Buat Kejutan Lantik 4 Menteri Kanan Tiada Tpm

Muhyiddin Buat Kejutan Lantik 4 Menteri Kanan Tiada Tpm

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 300 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan kabinetnya untuk bersama sama dalam pentadbirannya Menerusi satu sidang media Muhyiddin melantik empat orang menteri kanan yang berfungsi membantu Perdana Menteri Menteri...
Muhyiddin Tiada Keperluan Lantik Timbalan Perdana Menteri

Muhyiddin Tiada Keperluan Lantik Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 395 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan tiada keperluan buat masa ini untuk melantik Timbalan Perdana Menteri Ini disebabkan terdapat beberapa Menteri Menteri Kanan yang telah dilantik yang akan membantu tugas Perdana...
Bn Pas Sokong Muhyiddin Jadi Perdana Menteri Ke 8

Bn Pas Sokong Muhyiddin Jadi Perdana Menteri Ke 8

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 347 hits
SHAH ALAM Barisan Nasional dan PAS bersetuju mencalonkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan Dalam dua kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa Setia...
Jemaah Menteri Pas Tidak Memberi Apa Apa Syarat Serah Sepenuhnya Kepada Pm

Jemaah Menteri Pas Tidak Memberi Apa Apa Syarat Serah Sepenuhnya Kepada Pm

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 258 hits
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam melantik Kabinetnya Astro AWANI Shahir OmarJemaah Menteri Pas tidak meminta cuma mahu yang berintegriti...
Kenapa Tak Lantik Anwar Je Lelaki Ini Kongsi Teori Tun M Buka Jalan Muhyiddin Jadi Pm Ke 8

Kenapa Tak Lantik Anwar Je Lelaki Ini Kongsi Teori Tun M Buka Jalan Muhyiddin Jadi Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 214 hits
Minggu lepas kita dikejutkan dengan kemelut politik apabila Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Pelbagai plot twist telah berlaku sehinggakan tiada siapa boleh mengagak siapa yang akan menjadi Perdana Menteri ke 8 ...
Apa Itu Wang What Is Money

Pilih Peruntukan Atau Muhyiddin

Amerika Syarikat Fakta Menarik Unik Dan Aneh

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons

Our Corrupt And Exploitative Business Community Is A Part Of The Problem Not A Part Of The Solution

Kad Bank Malaysia Support Apple Pay Google Pay

Private Hospitals Ready To Receive Cardiac Surgery Patients From Serdang Centre

Bimbang Tentang Keselamatan Anak Anda Ketika Naik Motorsikal Dapatkan Helmet Ltd J



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Drama Nuh Dan Nayla

Ita Medin Wai Setak Nyin Chord

Anneth Pandai Bicara Chord

Himpunan Soal Jawab Qurban Sempena Hari Raya Aidiladha

Hijau Biru Purple Mata Hitamku

What S Behind The Security Warnings For Pride Events